Wednesday, July 28, 2010

:: INSAK n Interview ::

hoho..kembali ak di sini..
aisehh..
ok2..sume da tau kn bile korunk pny interbiu..
sumenye mggu dpn..

aku nye ari 6 ogos ari jumaat di presint 14, putrajaya..
jauh tuuu...
ishkkkk...

ak da carik jgk tips2 utk mghadapi saat getir itu pd minggu depan..
so nk kongsi sket la dgn sume..

:: persiapan yang perlu dilakukan sebelum menghadapi temuduga ::

1. Mestilah berpakaian DAN berpersonaliti kemas dan sopan..(rambut afro tak mau ye..pnjg2 smemeh..mentang2 da kj sambilan kn..=p) 
2. Kalu sijil original letak dalam satu file, dan copy letak dalam satu fail yang lain, maknanya asingkan. So file copy interviewer akan amik dan yang ori akan dipulangkan kepada anda lepas abis interview. (yg nie klo buat pon oke kn..xslh..)
3. Jangan sesekali lupa lekat gambar kat borang. Penting! 
4. Make sure sijil2 aktiviti kokurikulum tu banyak gak dalam aktiviti sukan dan sijil2 tu mestilah masa kita dalam upper form yakni F4 n F5. Kalau nak letak semua pun suka hatilah..cuma takut interviewer tak sempat nak tengok je..=p 

Tips mengahadapi INSAK: 



Kuncinya : Jawab berdasarkan Apa Yang Kementerian Mahu dan Kehendaki

Tak perlu fikir lama sangat..135 soalan, bukan sikit!

Point-point yang membantu

Untuk menjawab soalan INSAK, saya sertakan di sini tambahan supaya anda lebih yakin dan jelas tentang objektif dan bagaimanakah sepatutnya anda jawab. Kebanyakan mereka yang gagal dalam ujian ini adalah kerana:
  1. Kegagalan untuk mengenalpasti dan untuk memberikan definasi yang jelas tentang apa yang calon mahu dalam hidup mereka
  2. Sifat bertangguh, dengan bersebab atau tanpa sebab, biasanya digunakan bermacam alasan
  3. Tiada minat untuk mengejar ilmu pengetahuan yang khusus/ specialized knowledge
  4. Sukar membuat keputusan, mempunyai tabiat 'pass kepada orang lain' dalam semua urusan, tidak mahu bertanggungjawab, suka berselindung dan melarikan diri dari masalah
  5. Mempunyai tabiat memberi alasan, tidak pula menyediakan pelan yang khusus untuk menyelesaikan masalah
  6. Cepat berpuas hati. Susah untuk dipulihkan, melainkan dibentuk setiap hari
  7. Terlalu berlembut, tidak tegas untuk menghadapi situasi-situasi yang memerlukan ketegasan
  8. Tabiat suka menyalahkan orang lain untuk kesilapan sendiri, dan menerima semua perkara sebagai takdir dan nasib, tidak mahu berusaha.
  9. Lemah dan tidak mempunyai keinginan yang kuat, tiada motif kukuh untuk berbuat sesuatu, buat sesuatu kerana disuruh oleh orang lain.
  10. Cepat mengaku kalah, langsung tiada ikhtiar untuk cuba selesaikan masalah.
  11. Tiadak sistematik dan tidak mempunyai perancangan, tiada pelan untuk berjaya, pelan tidak ditulis dan tidak dianalisis
  12. Mempunyai tabiat tidak bertindak apabila idea sudah muncul, bertangguh dan tidak suka merebut peluang
  13. Banyak berharap tetapi tidak sanggup untuk ambil risiko
  14. Suka mengambil jalan mudah yang kadangkala menyusahkan
  15. Tidak boleh dikritik, tidak boleh menerima kritikan dan terlalu serius




Ok, sekarang kita pegi kepada Tips menghadapi temuduga: 



Antara soalan yang suka ditanya ialah: 

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 


Dasar Pendidikan Kebangsaan


Kenali menteri2 sekarang & terdahulu di Jbtn Pendidkan


Isu2 terkini bidang pendidikan, etc. pemansuhan PMR dan UPSR, penglibatan guru dalam politik dll.


Rukunegara


Lagu2 nasional/patriotik, esp. Lagu Guru Malaysia


NKRA


RMK10


Konsep 1 Malaysia


Sejarah pendidikan, cth: Penyata Razak, Ordinan Pelajaran dll

Lagi satu nak pesan:



Kebiasaannya temuduga adalah dalam BAHASA MELAYU.. 
Tapi, biasanya masa perkenalkan diri, akan diminta dalam bahasa Inggeris.


Lepas tu, jawab soalan lain, dalam bahasa Melayu.


So, masa jawab dalam BI tu, takyah la tunjuk perfect sgt BI tuh, takut nanti interviewer dengar sedap je, dia suh kamu jawab soalan lain dlm bahasa Inggeris jugak..huhu..
Kecuali lah kalau kamu mmg nak jawab dalam BI..terpulang... huhuu..


n tgk2 la memo dr UPSIKINI tu..ikot n bace ape yg memo tu tulis..

so..gud luck to me n all my fren!!
MySpace

1 comment:

  1. Assalammualaikum...saya tak sempat jawab soalan insak...maksudnye baki soalan tu saya main bedal sebab masa dah tamat...camne ek???

    ReplyDelete

komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)

Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®