Sunday, October 31, 2010

:: amaran: jangan letak handphone tepi seterika ::

ada satu video pasal nie amaran keras nie..

sebelum tu balqis nak pesan..
masa korang tengah gosok baju ke..
terutama orang2 bujang yang xde iron board kat rumah..
jangan laa letak handphone anda di sebelah seterika yee..
tak kira la betapa mahal henpon anda..
blackberry ke..nokia canggih kee..i-phone 4 kee..
jangan la yee..walaupon henpon anda ada safety or warranty..

so pelisss jangan letak henpon di sebelah seterika..

nak tengok video tu klik kat link di bawah yee..


:: best tak video tuh? hahaha! ::

Saturday, October 30, 2010

:: Cantiknya LELAKI dan Hebatnya WANITA ::


Nak tahu dimana Kecantikan Lelaki????

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.

2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.

3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.

4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.

5) Lelaki yang sentiasa berbaik sangka.

6) Lelaki yang tak pernah putus asa.

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. 
Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki…

Dan dimana Kegagahan Wanita???

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.

2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.

3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.

4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman.
Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah SAW:

“Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat ”

Surah Al-Ahzab : Ayat 71

“Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.”

sumber: facebook

Wednesday, October 27, 2010

:: Surat Kepada Bakal Suami..18 ke Atas Sahaja ::

dulu cik balqis pernah post entry
pasal 10 peraturan yang bapa si perempuan bagi kat boipren anak dia kan..
nak baca balik tengok kat entry nie..

kali ini pulak balqis nak kongsi..
surat perempuan untuk bakal suami2 mereka..future husband lah!

layan!!


Kehadapan bakal suamiku (harap-harap ada satu saja kamu).
Oh, Laling (boleh saya call kamu laling kan?)

Laling, saya tulis ini bukan sebab saya sangap nak kahwin laling, walaupun biological clock saya dah tik-tok-tik-tok –kesha dah dengan saya ni. Bukan juga untuk menyindir dan meletak syarat tinggi2 ala puteri Gunung Ledang laling, tapi nukilan ini hanya semata luahan hati saya.

Oh Laling (chewah geli pulak dah ni)
Laling, I hope time I jumpa you nanti, you dah bersedia nak settle down and kahwin. Wah laling, geli you vaca statement I kan? Tapi laling, I tak suke couple-couple. Couple dua tiga empat lima tahun pun, last2 putus jugak. I tau laling, ramai lelaki ni couple sekadar nak melepas kesunyian je. Maklum la kurang kasih sayang dari mak. Tapi tanggungjawab tak ada. Paling tak best kalau yang mau geli-geli aje. Eee tak suka la laling! Tambah dosa je tau kapel ni.

So kalau kita jumpa nanti laling, tapi saya jual mahal, laling jangan marah tau. Kalau saya tak boleh dating, you mesej saya dalam Facebook pun tak pe. Jangan mesej2 gersang sudahla! Saya report sama itu Mark Zuckerberg!

Oh laling,
Kalau nanti saya first time jumpa laling saya tanya dah Solat Subuh ke belum, laling jangan marah tau. Wajib tau laling saya ni tak tinggal solat. Saya tengok rakan-rakan saya selalu merungut pakwe die tak bangun pagi. Hantar mesej “good morning” pukul enam pagi haram tak balas. Ring-ring telefon die tiga empat minit pun tak angkat. Last-last pukul lapan baru mesej macam orang mamai “sorry sayang, I baru bangun…makan jom.” Ohh!! Tampar laju-laju! Okeh laling, nanti kalau dalam proses mengenal diri saya miscall-miscall pagi-pagi laling tak angkat…siap laling!

Pastu laling mesti tau Imam kan solat. Paling tidak surah-surah Juz Amma pun jadilah. Qunut pendek Qunut panjang dua-dua mesti tau. Ye la, bukan ke kahwin ni macam bina masjid. Mana ada masjid boleh fungsi kalau takde Imam? Laling kata macamlah saya tak pernah tinggal solat? Eh, of cozz la saya tinggal solat, saya kan perempuan. Kikikiki…

Oh laling,
Kalau awal-awal kahwin nanti saya masak tak sedap laling jangan marah ek. Biasa la, sebelum ni masak untuk mama and papa je. Dah diorang suka garam banyak tu, minyak banyak ni. Tup tap laling kata banyak sangat pulak. Laling, nanti laling tegur la baik-baik. Kata “masakan sayang sedap, lain kali kurang skit garam je.”. penat tau saya masak.

Jangan pulak asyik2 makan kat luar sebab saya masak tak sedap. Paling kurang pun bagila buku resepi sebuah dua untuk hari jadi. Takpun periuk nasi Faber atau Elektrolux. Ni tak, asik-asik lupa je tarikh hari jadi dan hari anniversary kita. Sedih tau kita. Time ni la saya tunggu laling balas segala jerit perih saya masak dan jaga anak laling….

Oh laling,
Tau nanti tak lama lagi bila kahwin laling mesti mau anak. Kalau boleh satu pasukan bolasepak laling nak kan? Ye la, nanti boleh la jemput Chelsea datang KL buat friendly match! Anyway laling, I on je (wah terkejut kau!)Tapi syaratnye laling kenalah tolong-tolong kemas rumah dulu, handle lampin anak sama-sama, paling kurang tolong hidang apa yang saya masak. Penat laling? Saya pon penat gak. Laling pikir, kerja saya 8-5 hari-hari. Balik rumah terus masak makan malam, tukar lampin anak kemas rumah, cuci pinggan, basuh baju…lepas tu kena layan laling pulak. Heisss…kalau kurang layan laling nak jadikan tu alasan pasang dua pulak!

Senang-senang laling, kita upah bibik sorang. Takpe laling, I bayar separuh you bayar separuh. Yang penting kita bahagia…ke laling bahagia?

Oh Laling,
Kalau nanti you jalan-jalan dengan I (of cozz lepas kahwin ok), laling jangan la malu nak pegang tangan. Ni saya tengok, pasangan suami isteri, suami jalan depan, isteri jalan punyelah kat belakang dengan anak-anak, laling. Paling tak best couple-couple muda remaja lalu sebelah boleh pulak bermesra-mesraan. Tangan tu lekatttt je kat pinggang ok.

Laling, kenapa kita tak boleh macam tu? Malu ke laling? Saya tengok suami Arab boleh je pegang tangan bini dia. Bini kemain purdah lagi.(of coz I taktau camne rupa bini die. Kot rupe cam Salma Hayek tak tau la).

Dan laling,
Kalau laling tengok awek-awek cun depan mata jangan la laling sweet-sweet jelling-jeling pulak. Kalau laling type yang gatal depan-depan saya laling pi usik dia lagi. Amboi laling, laling suruh saya pakai tutup aurat segala jadi wanita muslimah, tup-tap bila laling keluar dgn saya laling pi tengok yang baju singkat macam Fasha Sendat. Apa laling kata “dia pakai macam tu laling tengok la?” Laling, dia pakai macam tu dosa dia dengan Allah aje. Tapi bila laling tengok laling pon tumpang dose sekali. Laling nak? Laling kata laling tak boleh tahan diri dari tengok? OK laling, next time kita keluar saya pakaikan blindfold ya. Dapat jugak pahala saya menghalang zina mata. Hihihhiihhi

Laling,
kalau you betul, betul sedia, I tunggu you lama-lama pun takpe. Maklum la I tau payah nak simpan duit untuk masa depan. Papa I pun makan megi je dulu taw, sebab nak kumpul duit kahwin. Tapi laling, kena la ingat untuk berjimat cermat. Jangan laling merungut sebab kos kahwin tinggi, tup-tap-tup-tap, laling pergi beli iPhone 4. Haa~~ kalau kahwin nanti lagilah. Jangan sengkek kalau anak nak beli coklat Tora Datang Lagi Dengan Mainan Pistol Air tapi laling boleh pulak pergi beli LCD TV. Apa laling kata, itu keperluan kita bersama? Ah, laling sorang je yang akan tengok TV nanti. Mesti laling kongker tengok Chelsea main EPL kan….

Laling, kita tak payah hidup kaya raya pun takpe. Kalau gaji laling kecik, kita campur dua jadi besar. Tapi jangan mengada-ngada nak anak ramai pulak kalau gaji kecik. Tak termakan diorang nanti. Bukan apa, saya cuma ingat kat anak je. Saya dapat makan separuh pinggan takpe. Asal anak dapat makan sampai gemuk macam Giant. Kalau tak dapat fulfill syarat tu jangan harap nak kahwin dua laling!

Cuma ingat laling, cari rezeki halal. Kalau halal, dengan perancangan rapi insyaallah laling, kita senang.

Sekian sajalah laling. Hope to see you soon! ^_^


:: ok tak camnie? hehe ::

Tuesday, October 26, 2010

:: Sate Kajang ::

baru  tadi je lepas makan Sate Kajang Haji Samuri..
ape..ingat nak makan sate kajang kena pergi Kajang ke..
oh tidakk..hehe..
Port Dickson pun ada sate kajang taw..kat Batu 4..


memang ramai jugak la yang datang makan kat situ..
satu2nya sate yang sedap and isi yang besar2..
yelaa..kalau pasar malam kecikk jee..tu pun mahal jugakk..tak berbaloi haa..

dah lama tak makan sate kajang nie..
yelaa..kerajaan kan dah gaji semalam..
tu yang abah belanja makan sate kajang..haha..


sedap takk..hehe..
sedap hingga menjilat jari!

:: gemok laa malam nie..hehe ::

Sunday, October 24, 2010

:: Piala Malaysia: Kelantan VS Negeri Sembilan ::


seperti semua dah tahu..
kelantan n NS akan bertemu 
mata ke mata..
kaki ke kaki..
merebut sebijik bola..
(dulu mase kecik2 aku pelik..kenapa ramai2 kejar bola sebijik kat tengah padang..haha..)
so kedua2 team nie akan merebut kejuaraan Piala Malaysia edisi ke-84 
kat Stadium Bukit Jalil pada 30 Oktober 2010..

so..adakah NS akan mengulangi sejarah kejuaraan mereka??
ataupun Kelantan merebut takhta NS??

aku sokong mane ek? haha..
kalau korang nak tahu..ak ade kaitan dengan kedua2 negeri ini..
Kelantan adalah tempat tumpah lahir abahku..
kire ada kampung la situ..
hola..ore pon klate gok..buke mu sore jaa..hoho..(kecek doh!)

dan..nogori pulok tompat den tinggal skrg nie..
iyo laa..den kek Port Dickson haa..
meh laa jumpo den kek sini kalu datang PD..hoho..
hobin jang hobin!

alaa..tak kisah laa siapa yang menang..
janji jangan la cetuskan pergaduhan macam tahun lepas..
pasal bola pun nak bergaduh.
.pemain bola tuu dok gecek2 bola dengan senang hati jee..
korang yang kat atas tempat penonton tuh plak yang melebih2..huhu..
harap2 semuanya jadi aman dan damai..amin..

:: ape kes tetibe cite pasal bola plak nie..hehe ::

:: Award: Blog Paling Sweet 2010 ::

haha..award lagi taww..
jangan jeless..hehe!! (n_n)

award kali ini datangnya dari
memang kak LM selalu jugak datang blog nie..
tengkiu very2 much kak LM..
singgah la selalu lagi ye..hehe..



hoho..sweet ke blog nie? haha..
tak sangke yee..hehe..
(mula perasan~~)

dah dapat award nie..balqis cuma perlu tag je kepada 5 orang..
Ok nanti balqis bagitahu siapa yang dapat award nie kat shoutbox/shoutmix korang..

:: kenyangnyee makan pizza tadi..jangan jeles..hehe!! ::

Saturday, October 23, 2010

:: Extreme Cheesy 6 Pizza Contest ::


kenapa aku tulis pasal entry nie?
nak masuk contest nie kee?

oh! tidak!! nak masukk!! tapi tak boleh!!!
sebab..
 Eligibility



3. Permanent and contract employees of Pizza Hut ® Sdn Bhd (including its subsidiaries and related companies), their immediate family members, its promotion agencies, advertising agencies, PR agencies and its associate companies are not eligible to participate, unless stated otherwise.
haa..disebabkan aku pekerja di bawah Pizza Hut Sdn Bhd..
tak boleh laa join contest nie..
sedih kann..huhu..
bagi Nuffnanger yang lain..cepat2 la sertai contest nie..
hadiah pun lumayan giler kan! 

8. Top 5 winners will win RM2000 cash each.

tapi!!
yes!! i'm crazyyy about the cheesee!!!!
betoll!!! sebab aku sudah rasa!!
sedap!! wahaha!!

ada 6 jenis cheese yang dicampur..
parmesan, mozzarella, romano, cheddar, provolone and Monterey Jack
(aku ingat semua nama cheese nie tau..sebab wajib..huhu!)
aku suka Cheesy Hawaian..tak pon Cheesy Chicken!!
Cheesy Pepperoni pon bole laa..hehe..
korang jangan laa pesan pizza Cheesy yg Plain aka kosong..
sebab masin sikit..bg sesiapa yang ada darah tinggi tidak digalakkan untuk makan yee..
memang masin sebab cheese sahaja kan..
bek korang tambah topping jerr..
untuk Extreme Cheesy 1 (regular pizza) korang kena tambah RM 2..
kalau Extreme Cheesy 2 (large pizza) kena tambah RM 3 jee..
memang best n sedap untuk peminat2 cheese macam aku nie..hehe! 

so..yang lain try la masuk contest nie..
sila tengok di profile Nuffnang masing2 ye..
n baca syarat2 contest nie..

:: I’m crazy about Cheeeeeeeeeeeeeeeeeese! ::

Thursday, October 21, 2010

:: Anugerah Blog Berbunga-Bunga Terbaik ::


tengok kat badge atas tu!
balqis dapat award!
tak sangka!! 


award nie datang dari

Blog HasrulHassan

balqis adalah penerima anugerah yang pertama untuk award nie..
award nie ingatkan boleh kongsi2 macam award yang sebelumnya..
rupanya award solo!
terharu! tak pernah dapat penghargaan sebegini rupa..
ingatkan tiada siapa yang kenal n nak ambil tahu pasal balqis dalam persada dunia blog nie..
(ayat sedih kejap)


apa2 pun terima kasih pada tuan punya award..
kerana bagi award ini kepada balqis..
err..balqis jugak tak tahu dapat hadiah..
macam
misteri pulak kan! hehe..
hadiahnya tak tahu..masih dalam fikiran HH..
xpelaa..balqis terima seadanya..hehe..

okie..da abis speech..macam ada orang nak baca plak! (erk!)
:: i leb u all lahh yang datang ke blog balqis..muahh!! ::

Wednesday, October 20, 2010

Istiadat Konvokesyen Ke-12 Sidang Kedua Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

rasanya siapa yang rajin singgah blog balqis sedia maklum..
yang balqis baru je berkonvo pada sabtu lepas..16 Oktober 2010..
so..i am a graduation from UPSI..yeahh!!
(speaking plak!)

balqis kena pada sesi ke-8 sebelah petang..
semuanya ada 9 sesi..
Fakulti Sains dan Teknologi (FST) kirenya second last laa..
takpelaa..asalkan konvo kan..hehe..

perasaan?
 gembira la sangat2..suka2!
sekali seumur hidup merasa konvo nie tau..
lain la sambung master nanti kan..
insyaAllah kalau ada rezeki..amin..

memang rasa berdebar sebelum melangkah masuk ke Dewan SITC..
diiringi secara live oleh orkestra dari Fakulti Seni Persembahan dan Muzik UPSI sendiri..
rasa terharu dengan sambutan semasa melangkah beramai2 masuk ke dalam dewan..
ishkk..tak dapat den nak gambarkan betapa gembiranya den..
mase tu den tongah demam lagi..tapi da jejak kaki kat UPSI lupe terus demam tu..
sebab excited state sangat..tenaga proton menjadi terlalu tinggi..hehe..

so layan jela gambar2 dibawah nie ye..
cube tengok ada tak senyum sampai ke telinga..hehe..

(besaq gedabak kau..ambik! haha!)


bersama dengan adik bongsu..(macam abang kan..haha!)

banyak lagi gambar2 bersama rakan2 sekonvo..haha..
tapi dalam banyak2 gambar..rasanya inilah yang paling menarik sekali..

(susuan mortar ketika dibaling tersusun..macam dirancang kan..)

balqis takkan lupa la seharian berkonvo bersama2 rakan2 seperjuangan..
selama 4 tahun bersama mereka..
dalam suka dan duka..sentiasa bersama..
lepas nie entah bila dapat berjumpa..
mungkin bila perjumpaan Alumni UPSI?
insyaAllah..

(my sweet teddy flower from my dad..love it very much!)

:: bila mau posting pulak?? wahai KPM..hantar la kami ke mana2..asalkan posting..haha ::

:: Perkara-Perkara Yang Membuat Kita Hilang Ingatan Dan Tumpul Minda ::

PERKARA-PERKARA YANG MEMBUAT KITA HILANG INGATAN DAN TUMPUL MINDA

Kurangkan makan bawang besar
Kurangkan makan berempah
Kurangkan makan ketumbar kering
Kurangkan menonton hiburan
Kurangkan membaca majalah hiburan
Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
Kurangkan minuman air batu,air dalam tin (100 plus dan lain2)
Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2
Jangan makan kepala ikan
Jangan minum air yang ada semut
Jangan tidur selepas subuh
Jangan tidur selepas asar
Jangan tidur selepas makan
Jangan makan terlalu kenyang
Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam
Jangan menyapu rumah pada waktu malam
Jangan makan yang masam-masam berlebihan
Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan
Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam

PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIAMALKAN

Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2
Selalu makan makanan yang panas2
Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2
Selalu minum air masak
Selalu makan ulam2
Selalu mengamalkan pandangan hijau
Selalu bersenam
Selau menggunakan imajinasi otak
Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya
Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai (yang mempunyai pokok) kerana disitulah terdapat banyak ion2 negetif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit
Jangan ego
Jangan dengki pada orang lain
Jangan makan dari sumber yang tidak halal
Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal
Jangan makan makanan yang ada pewarna
Jangan makan makanan yang ada pengawet
Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali
Jangan mandi selepas 9.00 malam

......dan yang paling penting dibawah ini........
selamat beramal.....


Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.

Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.  
  Nanti kita sombong apab ila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan mengh ila ngkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

Wasalam

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW)

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.."
  (Surah Al-Ahzab:71)
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®