"Malah bonus ini dianggap sebagai tradisi kerana dua tahun lalu, penjawat awam mendapat sagu hati RM1,000 menjelang Aidilfitri iaitu RM500 sebelum dan selepas perayaan itu.
"Pemberian bonus raya perlu diberikan mengikut gred masing-masing dari sebulan hingga tiga bulan gaji," katanya.
Menurutnya, pemberian bonus itu bukan sahaja meringankan beban mereka, tetapi penjawat awam dan pesara juga dapat menikmati kemeriahan Aidilfitri nanti.
“Kami berharap bonus raya dapat menceriakan sambutan hari raya dengan lebih bermakna memandangkan perbelanjaan mereka akan meningkat untuk persediaan tersebut,” katanya.
Sebelum ini, Presiden Cuepacs mencari pendekatan terbaik bagi memastikan 1.4 juta penjawat awam mendapat imbuhan itu dan tidak menyebabkan pihak tertentu mengambil kesempatan.
***************************************************************
kalau dapat bonus/imbuhan hari raya nie kan..lega la sikit kan uolss..banyak perbelanjaan raya neh nanti..nak bagi duit raya kat anak2 buah lagi..sedara mara..pokai den..haha! (n_n)v
update: dah umum ada bonus kan? suke la teww..baca entry sy di [LINK]
update: dah umum ada bonus kan? suke la teww..baca entry sy di [LINK]
No comments:
Post a Comment
komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)