Friday, March 08, 2013

Review Movie: Istanbul Aku Datang


hahaha..jangan gelak. memang Qis terlambat nak tonton cerita nie. maklumlah busy. 
*kunun*

jalan cerita nie ringan jer..takda nak fikir sedalam2 sampai naik juling mata. takde ye. sangat santai dan menceritakan episod cinta zaman anak remaja sekarang nie. 

dipendekkan cerita, Dian (Lisa Surihani) datang ke Istanbul disebabkan kekasih hatinya, Azad (Tomok) semata2 ingin berjumpa *of course sebab rindu la* dan Dian mengharapkan pertunangan akan berlaku. then, sampai Istanbul Dian terpaksa berumah bersama-sama dengan Harris (Beto Khusyairy). bila dah serumah tu memang tak sekepala, ada je benda yang diorang buat mesti gaduh. contohnya,  Maggie Asam Laksa. *ntah hape2 je..macam budak2..haha!*

plot semakin menarik bila Azad dapat tangkap Dian serumah dengan Harris. so, apa lagi..gaduh besar la kan? tanpa mendengar penjelasan Azad tinggalkan Dian macam tu ajer. then, Harris dengan baik hati ingin menjelaskan perkara yang sebenar kepada Azad. Bila Harris ingin menjelaskan keadaan yang sebenar, Azad menuduh yang diorang sudah "bersama"..menuduh seperti Dian perempuan murahan. *marah Qis mase neh! mulot lelaki itu takde insurans yer! tula mostly lelaki..serkap jarang memang pandai! tapi tak semua lelaki la kann*. nak dijadikan cerita, tiba2 datang seorang perempuan mengaku dia girlfriend Azad. *Pfftt! entah hapa2. marahkan Dian serumah dengan lelaki tapi dia sendiri ada girlfriend simpanan! eiii..marahnye rasa!*

kemudian, adalah sesi pujuk memujuk antara Azad and Dian. Azad kata, dia sunyi..rasa kosong sebab berjauhan dengan family, berjauhan dengan Dian. apa2 masalah dia tak tahu nak luahkan pada siapa..sebab berjauhan kan? sebab tu ada girlfriend lain. *Pffttttt!! perlu ker??? kalau dah tak sanggup berjauhan why sambung medic kat istanbul? dok je malaysia..sama jer! cait!*. then, Azad melamar Dian. tengok Dian macam keliru..yela, pada masa yang sama dia macam dah suka pada Harris sebab layanan 1 hari yang penuh dengan istimewa. 

pada keesokan hari nak balik Malaysia, sebelum Dian pergi..Harris lari menuju ke arah Dian dan merayu supaya tidak pergi. *at last! mengaku jugak! sweet scene! Harris siap tahan kereta tepi jalan nk confess pada Dian..aww!*. Azad masa tu dah menggelabah puyuh *pinjam kata2 Mr.Isz..keh3* memujuk Dian supaya memberikan peluang kedua. tapi, Harris mengatakan yang dia tak perlukan peluang kedua, dia nak satu peluang je! *gile suweeet!*. and, uolss boleh agak cerita nie camne, kompem laaa Dian pilih Harris! selepas 2 tahun, diorang berkahwin :P

the moral value of the story:
1. jangan la menipu kekasih anda, tak kira lelaki ataupun perempuan! fikir secara matang. hargai apa yang kekasih kita buat dan pengorbanan dia pada kita sepanjang perkenalan korang berdua. don't mess up! appreciate what his/her done to you!
2. Jangan biasakan diri anda dengan peluang ke-2. dah ada peluang depan mata cepat2 grab. nanti menyesal di kemudian hari.
3. don't be rude to your girlfriend. orang yang biadap dan bercakap kasar bukan seorang lelaki yang baik. respect them and you will get their respect back. kalau bercakap tu fikir dengan otak dulu. jangan ikutkan kata hati n panas baran! terlajak kata tak boleh undur dah! lepas tu nak menyesal bagai..pfftt!
4. kalau rasa tak mampu nak buat "long-distance relationship" jangan cuba2 ye. orang yang tabah n kuat sahaja yang boleh lalui hubungan ini. 


p/s: suka tengok Beto berlakon. giler cute! *tapi tak se-cute Mr.Isz* XD


No comments:

Post a Comment

komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)

Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®