Monday, April 15, 2013

Isu Cerai dan Curang


tajuk paper kosmo hari nie (15 April 2013) *lambat publish sebab ada masalah sikit* XD

"remaja benci bapa selepas tembelang SMS mesra dengan perempuan lain terbongkar"


isu cerai sekarang nie dah makin berleluasa. sikit2 cerai sana sini. artis pun sama jugak. minta cerai melalui SMS, facebook, ada yang memalui blog pun. erk! maybe tanda2 kiamat kecil kan? tapi siapa sebenarnya yang bersalah dalam hal nie?

Qis bukannya dah berkahwin, tak layak nak cakap pasal isu nie. tapi sebagai anak, qis sendiri dah ada pengalaman. bukan nak aibkan diri sendiri, tapi bagi pengajaran kepada bakal2 ibu dan bapa di luar sana. hurmmm.

gambar di bawah adalah kajian dari UK, sebab mengapa berlakunya penceraian iaitu mostly disebabkan jatuh cinta dengan orang lain selepas perkahwinan (27%) dan hubungan sulit luar nikah (25%). hurmm.


*klik pada gambar untuk melihat secara jelas*


sebab apa timbul kes curang? salah satunya, sebab sebelum kahwin lagi dah biasa curang2 nie. tak pernah puas/setia pada pasangan masing-masing. dah ada steady bf/gf, tapi still bermesej or calling manja2 dengan orang lain, main facebook la tagged la *social networking*. bila bf/gf marah, mulalah bagi macam2 alasan. 

konon, 

"alah, kawan jer", 
"entah. siapa perempuan tuh. i tak kenal pun. dia yang terhegeh2 kat i",
"biarkan la dia. saya tak layan sangat pun lelaki tu. kawan jela",
"entah apesal pompuan tu menyibuk. menyampah plak rasa",

tu alasan biasa yang selalu kita dengar. come on la, kalau takde angin masakan pokok boleh bergoyang kan?

see..sangat bahaya sebab nanti takut jadi habit after marriage. 

sebagai anak, memang la kita REDHA kalau ibu bapa kita bercerai. sebab jodoh tak panjang, dah tak serasi bersama. tapi sebelum nak redha tu macam2 yang berlaku; pergaduhan, caci maki hamun..sangat menakutkan. siap melibatkan benda2 yang boleh mencederakan orang lain, tak pun nak junjung Al-Quran bagai. sangat2 menakutkan. apa jadi pada si anak? yes TRAUMA. memang takkan dapat lupa semua kejadian yang berlaku di depan mata. sangat memberi kesan pada hati. sampaikan si anak dapat keputusan SPM yang sangat teruk. anak dah berperangai liar..buat macam2 kesalahan yang melampaui batas. salah siapa? lepas tu, si ayah bising2 disebabkan perangai anak sebegitu. haishh.



ada jugak si anak berdendam pada ibubapa, sehinggakan ada si anak perempuan dah tak percayakan mana2 lelaki disebabkan perangai si ayah; dan sebaliknya untuk anak lelaki. memang ada yang sampai camtu sekali. tapi alhamdulillah, saya tidak berdendam pada kedua orang tua saya. 

secara kesimpulannya, rata2 semua pasangan yang cerai kebanyakannya tiada sikap MEMAHAMI antara satu sama lain. itu jer. lagipun, masing2 ada salah sendiri. tak boleh tunding jari salah pada si suami atau si isteri. hanya mereka saja yang tahu siapa yang bersalah. tapi jikalau boleh, fikir lah masak2..fikirkan keadaan anak2. kesian sangat. =,="



No comments:

Post a Comment

komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)

Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®