Saturday, May 17, 2014

Lelaki benci Perempuan Menangis


situasi:
(pada waktu malam, sedang on call)
girl: i nak pergi makan nie. dah lapar (nak start enjin kereta).
boy: pergilah makan.
girl: (start enjin tapi tak nak start..problem. muka dah cemas) eh, kereta i tak nak start la. apesal nie?
boy: kenapa tu? rosak ke? enjin? batery? starter kot?
girl: (sabar. cuba lagi start enjin) entah la. buat perangai balik kereta nie kot. workshop dah tutup dah nie. hadeii.

setelah 30 minit mencuba untuk start kereta tetapi masih tak boleh. girl sudah mula menangis teresak-esak.
girl: macam mana nie? kereta tak boleh start. esok nak pergi kerja macam mana? nak pergi macam-macam tempat lagi..itu ini bla bla bla (masih menangis lagi. otak tak boleh nak fikir dah)
boy: ....
girl: (masih menangis sedu-sedan tak henti-henti)

(letak telefon secara tiba-tiba)

mesej dari boy:
"aku tak suka kau menangis. ko kan tahu aku benci kau menangis. aku tak suka kau menangis. tapi ko nangis jugak. matang la sikit. ubah perangai tu"
girl: damn!
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Salah ke perempuan menangis? kenapa lelaki tak suka perempuan menangis? kenapa perlu lelaki benci perempuan menangis? 


Mesti di antara anda semua pernah mengalami situasi lebih kurang seperti di atas. kenapa lelaki tak suka perempuan menangis? apa sebabnya? saya masih lagi tidak memahami mengapa lelaki bencikan perempuan yang menangis walhal air mata dengan wanita memang tak dapat dipisahkan. kalau perempuan menangis sebab hal-hal yang kecil, itu memang boleh diterima lagi. tetapi jikalau perempuan dilanda masalah yang besar, sudah semestinya perempuan itu akan menangis dahulu. kebanyakan sikap wanita memang begitu.


Saya tidak mengatakan yang perempuan elok menangis disebabkan hal-hal kecil yang sangat remeh-temeh. kalau saya pun tak suka benda kecil pun boleh buat menangis meraung bagai. contohnya, break dengan boyfriend sampai melalak-lalak. korang melalak macam anjing hutan pun boyfriend korang takkan datang balik *maaf kasar*. 

Ada juga yang jenis kuat menangis tak tentu pasal. sikit-sikit menangis. usik sikit pun da menangis. itu mengada-ngada namanya atau pun gedik terlampau. orang kutuk-kutuk sikit dah mula bergenang air mata. langsung tak kuat, terlalu lemah. jenis yang macam nie memang harus lelaki menyampah.

Ada yang mengatakan bahawa perempuan menangis disebabkan ingin memanipulasikan keadaan lelaki kerana lelaki akan berasa lemah apabila melihat perempuan menangis. anda mesti pernah dengar bahawa air mata perempuan adalah senjata utama wanita untuk mendapatkan sesuatu. memang ada yang ingin mengambil kesempatan, tetapi apabila anda sudah mengenali pasangan anda, anda boleh tahu sama ada mereka pura-pura menangis ataupun tidak. Sebenarnya, kebanyakan perempuan menangis tidak dibuat-buat *melainkan perempuan tu memang kategori gedik yang amat la*. kalau perempuan menangis, maka ia betul-betul menangis. dan mereka menangis ini mempunyai sebab-sebab tertentu.

1. wanita menangis untuk meluahkan emosi dan ekspresi diri
apabila mereka dalam keadaan yang marah, sedih, takut atau stress, wanita memang mudah menangis dahulu sebelum memikirkan jalan penyelesaiannya. contohnya, apabila pasangan sedang bergaduh, akhirnya perempuan yang akan menangis sebab dia dah terlalu marah dan tak boleh dipendam. ia berbeza dengan emosi lelaki di mana lelaki masih boleh lagi mengawal emosi mereka berbanding dengan perempuan yang lebih muah dipengaruhi dengan emosi. jika terlalu stress pun wanita boleh menangis. ini memang berlaku pada diri saya sendiri. bila dah terlalu busy seharian itu, akhirnya saya tak larat lalu menangis. bukan untuk menunjukkan yang diri saya lemah, tetapi meluahkan rasa yang terpendam sebenarnya. selepas saya menangis, dah ok balik..hehe :D

 2. wanita menangis disebabkan perubahan hormon
apabila perempuan datang bulan (haid), berlaku perubahan hormon di mana perempuan akan mudah tersentuh dan sensitif dengan keadaan persekitarannya. emosi pun boleh berubah-ubah dan tidak stabil. pada waktu ini, jangan la lelaki cari pasal dengan perempuan ye.

3. wanita menangis disebabkan kisah atau memori lalu
kalau tiba-tiba di waktu yang hening semasa anda mengimbau kembali kenangan lalu bersama dengan perempuan, jangan terkejut tiba-tiba perempuan menangis. mereka mudah tersentuh dengan memori-memori tak kira memori yang gembira ataupun sedih. jangan pula lelaki pergi marah tak tentu pasal. ini kerana perempuan mempunyai memori yang kompleks di mana mereka mampu menyimpan segala memori-memori lama dalam otak berbanding dengan lelaki (teringat pula kisah Lawak Ke Der 2 yang disampaikan oleh Harith Iskander). 

Bila perempuan dah mula menangis, diorang tak kisah pun cantik ke tak cantik ke rupa apabila menangis. yang penting luahan dan perasaan hati sudah diluahkan dan tak mampu disimpan di dalam hati..tak mampu untuk menangis di dalam hati. ada kalanya perempuan tak mampu menuturkan semua kata-kata dan disebabkan itulah perempuan menitiskan air matanya. ini tidak bermakna perempuan itu terlalu lemah, cuma hati perempuan cepat tersentuh. memang seorang perempuan kuat dan cekal, tetapi mereka menjadi lebih kuat dan cekal selepas menangis sebenarnya.


Saya faham kalau perempuan menangis, sang lelaki mesti buntu memikirkan apa tindakan yang perlu dilakukan dan cara untuk mengatasinya. bagi saya, tak perlu lelaki memarahi perempuan yang sedang menangis, cukup menenangkan dia dan mendengar luahan hati mereka. itu pun sudah memadai. tak perlu la bising-bising cakap yang bukan-bukan. comfirm korang kena tinggal lepas tu, tak pun kena maki hamun.

Allah SWT pernah berfirman, "Dan akhirnya Ku berikan dia air mata agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus Ku berikan kepada wanita agar dapat digunakan apabila dia perlu. Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita, walaupun sebenarnya air mata ini adalah air mata kehidupan"

Wahai lelaki, fahamilah, wanita tanpa air mata bukanlah wanita. kalau anda lelaki yang mengharapkan seorang wanita yang berjiwa lembut dan sensitif, jangan pertikaikan hakikat ini kerana itulah sumber kekuatan wanita yang Allah SWT kurniakan. tanpanya, masyarakat akan menjadi sekeras-keras manusia dan kasar berbicara. manusia mana kat dunia ni yang tak pernah menangis? Hatta Rasulullah SAW juga dikatakan seorang yang mudah menangis, menangis memikirkan nasib umatnya di akhir zaman. Malah sahabat-sahabat nabi juga menangis atas kembalinya Rasulullah SAW ke pangkuan ilahi. Bayangkan betapa lembutnya hati insan kesayangan Allah SWT ini. jika Baginda juga pernah menangis, apa lagi kita manusia biasa? Jika orang lelaki memandang rendah pada orang perempuan yang menangis, lelaki ini hakikatnya menolak pemberian Allah SWT. Malah egois kepada perempuan. 


lovenota 1: saya juga seorang yang kuat menangis.
lovenota 2: ini adalah diri saya. menangis adalah sebahagian dalam hidup saya. tak boleh diubah! faham x Papa?

3 comments:

  1. sebab lelaki tu sayang sangat dekat perempuan tu...sebab lelaki tu tak nak tengok orng yg dia cinta tu menangis sebab lelaki tu nak perempuan tu happy lelaki tu nak perempuan tu lebih kuat dari dia....macam saya ,saya tak suka kalau girlfriend saya menangis sebab saya datang dalam hidup dia untk buat dia bahagia untuk buat dia happy...bukan tak sayang tapi terlalu sayang dekat dia cuma tak nak tengok dia menangis saya cuma nak tengok dia lebih happy dari saya

    ReplyDelete
  2. aku pun tak suka bila gf menangis... but tengok tempat, sebab & keadaan la... kalau bini menangis di atas sejadah, kmatian, malapetaka, kerana kasihan, banyak lagi yg kena dgn keadaan... tak boleh la halang sebab jiwa depa dah mcm tu... kalau sebab lambat pi kerja atau ada masalah yg membuatkan dia mungkin x dpt pi kerja and then tiba2 nangis tp tak nak berfikir, tu mmg la laki tak suka... laki nak berfikir pun susah terganggu dengan dia punya tangisan... kira bagusla kalau laki tu tengking je... kalau kena bf yg gangster mau tak di balunnya dengan helmet. dah dewasa dah pun, bulu "organ" pun dah lebat,keras macam dawai masih lg nak nangis hal2 yg tak sepatutnya walhal adalah lebih baik utk berfikir cari jalan penyelesaian.

    ReplyDelete
  3. Aku benci perempuan menangis, kalau hal yang dia menangis tu boleh je diselesaikan, tetapi dia amik kesempatan dengan tangisan dia tu, untuk amik kesempatan, supaya orang tolong dia. Tak gemar betul aku, sebab aku dah jumpa dengan ramai perempuan yang macam tu. Im hated them.

    ReplyDelete

komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)

Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®