Sunday, September 07, 2014

Happy Anniversary

Terasa syahdu sangat rasanya malam ini.
kenapa?


Aku terlalu rindukan dia.
tak pernah lagi aku memikirkan dia sampai begini jadinya
air mata ini tidak lekang dari menitis
hati ini tidak lekang dari mengingati dirinya
jiwa ini tidak lekang menyeru namanya

bagi dirinya, aku terlalu cengeng
terlalu manja, kuat menangis.
tidak!
aku cuma rindukan dia..terlalu..
ingin melihat dia sentiasa ada di depan mata
sentiasa bergelak ketawa di depan mata
sentiasa ada di sampingku bila-bila masa

waktu perkenalan kita di zaman MySpace
tak sangka dari kawan kita mengubahnya menjadi ikatan yang suci ini
walaupun ada sedikit isu, tetapi itu tidak menjadi penghalang
untuk kita berdua bersama

aku sentiasa ingat, waktu pertama kali kita berjumpa
walaupun terasa seram sikit namun tetap beranikan diri
dia pula tiba-tiba menjadi seorang yang pendiam
mungkin terasa segan..
tapi lama kelamaan kita semakin serasi
walaupun kerap bertelagah seperti anjing dan kucing
tapi aku tetap sayangkan kamu

Seperti cinta Juliet pada Romeo

ah, hubungan jarak jauh tidak menjadi permasalahan
sentiasa berhubung, sentiasa bersua,
kita sentiasa dilamun cinta

aku sedar aku memang kejam, selalu menyakiti hatimu
tapi itu dulu..sekarang aku dah sedar
aku memang sudah berubah
demi masa depan kita berdua
Kerana tiada sesiapa setanding dirimu

sekarang,
kita cuma tunggu masa untuk melangkah ke alam bahagia
bilakah hari itu?
aku cuma dapat menghitung hari..
menunggu saat dan ketika itu..
yang akan menjadi hari yang paling bahagia dalam hidupku

InsyaAllah.



cintahati -izsya-

7 September 2014.
happy 8th anniversary my dear



1 comment:

  1. Hurmmm.. Maafkan sy syg, ambik mudah dlm semua hal, sy mengaku memg langsung tak ingt tarikh ni. Sy cuba realisasikan apa yg awk hrapkan dng cepat. Love u. ~ izsya~

    ReplyDelete

komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)

Copyright © 2008-2017 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®