Friday, September 19, 2014

Alexa Ranking semakin Naik





Ini adalah entry versi 2 dari Versi 1 Mama Niza, iaitu Tak Gila Kejar Follower.

Memang betul kata-kata dari Mama Niza dalam entri "Tak Gila Kejar Follower". Actually memang nak update entri pasal follower pun, tak buat karangan sikit-sikit malam tadi. tapi Mama Niza dah update dulu. hehe. ramai blogger yang kenal Mama Niza. saya pun dah lama kenal Mama Niza sejak mama guna blogspot lagi. eh, lama jugak la kan? ada kot dalam 2 tahun. eh? entah. lama dah. haha.

ini cuma dari pendapat saya, bukan secara umumnya. 

Nak blog ada dalam Google ranking? nak blog dalam Alexa Ranking? dapat ranking 1 ribu pun dah ok, kan? so, kena la pandai main SEO keyword. blog kena mesra SEO.  nak tips blog mesra SEO boleh baca blog bro Hasrul Hassan. kat situ banyak tips yang diberikan. saya akui saya ada jugak ikut keyword SEO nie tetapi tidak sepenuhnya. pening sikit main SEO nie. hehe.

Selain dari itu, kalau nak follower ramai, gaya penulisan anda kena cantik, kemas, dan tersusun. ada daya penarik. blog comel ke cantik, contohnya. dan juga mesti konsisten dalam update blog. loading blog tu kena cantik jugak, tak nak blog berat-berat, tak habis loading comfirm kena pangkah dah. widget-widget yang tak guna sangat tu jangan pasang, contohnya jam, calender, etc. ada masa lapang buatlah segmen ringkas, giveaway ataupun blogwalking. mesti blog anda sentiasa diterjah. 

Saya? update blog tak konsisten, blog pun lebih kurang. tak cantik pun. cerita merapu meraban. kurang mesra SEO. eh, banyak la. tapi tak apa. saya berblogging bukan nak rating, tetapi memang suka menulis dan berkongsi ilmu dan artikel. itu sahaja. ikhlas saya katakan, hanya waktu cuti sekolah ataupun cuti weekend *kalau tak balik kampung* sahaja masa saya untuk berblogger. contohnya, cuti sekolah nie. saya ada banyak masa yang saya tumpukan pada blogger *yelah, sampaikan semua kerja lingkup. kertas exam tak ditanda. kerja report semua tak bergerak-gerak lagi..iskh3*. dan disebabkan itu, Alexa Ranking saya naik sebanyak 10 ribu++ dalam seminggu berbanding pada hari biasa. saya tidak tipu! memang itu yang terjadi kepada blog saya minggu ini. itu adalah kuasa penangan dari Blogwalking dan sertai pelbagai segmen dan giveaway.

cara nak naikkan Ranking Alexa dengan cepat:
  1. update blog secara konsisten
  2. artikel sentiasa berkualiti *kurangkan copy-paste artikel orang lain*
  3. selalu blogwalking *bagi trafik naik dan dapatkan backline*
  4. selalu buat review ranking Alexa *perasan tak ada blogger selalu buat review ranking Alexa. itu adalah salah satu cara sebenarnya, bukan saje-saje*
  5. promosikan blog anda *ping di mana-mana : Facebook, Twitter, Blogr, Ping Busuk, Kartikel, Pingje, Kaki Ping*
  6. jangan suka-suka tukar template sesuka hati *effect pada ranking termasuk Google Ranking dan Page Rank*

Mengenai Blogwalking, saya akui saya memang kurang BW. kadang-kadang tak pernah BW. hanya ping url blog lepas tu tutup blog, buat kerja. saya memang takkan sempat nak buat semua tu disebabkan tugas hakiki saya yang memang suka tak bagi saya rilek2. nak buat macam mana, dah itu memang kerja saya. orang yang berkerjaya dan professional tinggi macam saya *ehem* memang kurang memberikan komitmen kepada blog masing-masing. macam mama cakap, nak harapkan orang BW blog kite kena BW blog orang dulu kan? yela, betul la tu. tapi saya memang tak buat. sesiapa yang masuk blog saya memang visitor yang seikhlas hati nak membaca blog saya. tengkiu, gamshahamnida, arigatou, trimas saya ucapkan. 

Follower saya pun tak ramai. saya tak kisah. mereka follow seikhlas hati ke tidak, itu hak mereka. kalau uols follow blog saya sebab nak difollow balik, kirim salam la yer. saya hanya follow blog yang saya suka dan best jer. *tettt! macam blog hengkou best sangat! caitt!* ade aku kesah? pedulikkan! hahaha! tetapi, melalui follower sebenarnya kita boleh tarik visitor melalui update-update entri yang terbaru. so, nak follower ramai, blog kena menarik la ye!

apa-apa pun, baik Google Follower ataupun G+ Follower, saya sayang follower saya :D
terima kasih follow saya ye :D

lovenota : tinggal beberapa hari lagi nak mula persekolahan. korang rindu-rindukan i selalu eh..ngeee :P

p/s : belum sempat blogwalking lagi. saya nak balik kampung di Port Dickson. babai!

update: Abang Ben Ashaari post satu komen di Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA), "Up jer entri terbaru dan rajin-rajin g baca entri kawan-kawan yang post. Tu baru blogwalking..". so perfect! that's the right way to blogwalking. :)

8 comments:

  1. salam.
    tahniah.
    semoga terus success dalam berbelog ye

    http://jmbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. congratulation XDD

    fighting blogging ^__^

    ReplyDelete
  3. setuju, bab nak follow mama memang pilih bulu,, blog yang mama tak minat, mama tak follow .. kiki

    ReplyDelete
  4. alexa x senaraikan blog sy pun. x adil! hehehe. congrats! :)

    ReplyDelete
  5. tq sharing pasal alexa ranking tu. cik fafa sekarang dok 21k lagi. haha

    ReplyDelete
  6. @Cik Wangi
    kalau tak tersenarai tu, mesti tak pasang coding. cuba pasang, comfirm lepas nie tersenarai punyala :D

    ReplyDelete

komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)

Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®