Tuesday, October 07, 2014

8 Sekolah ditutup di Sabah akibat Banjir



7 Oktober 2014





Lapan sekolah di empat daerah di Sabah ditutup akibat banjir ekoran hujan berterusan sejak awal pagi semalam. Hujan berterusan sejak beberapa hari lalu turut menjejaskan beberapa kawasan rendah di sekitar ibu negeri termasuk di Telipok dan Menggatal.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS), Datuk Jame Alip berkata, sebanyak 3,400 murid terjejas akibat banjir di sekitar Kota Kinabalu, Papar, Penampang dan Kota Belud.

Beliau berkata 8 buah sekolah yang terlibat banjir ialah:

Di Kota Kinabalu:
1. SK St Cathrine
2. SK Gudon
3. SK Pulau Gaya
4. SK Rampayan 
5. SK Natai.

Di Papar: 
1. SK Tampasak Kinarut
2. SJKC Kin Kiau 

Di Kota Belud:
1. SK Lasau Titapon


Beliau berkata walaupun sekolah yang terjejas banjir itu ditutup sementara, namun masih terdapat beberapa sekolah yang tetap meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Penampang, Jamaludin Hussin berkata, kira-kira 400 penduduk dari empat kampung sekitar Penampang dilanda banjir dan menjejaskan aktiviti harian penduduk di bandar raya ini. antara kawasan terlibat ialah Kampung Penampang Proper, Kampung Hungap, Kampung Tuavon dan Kampung Tanaki.

Katanya, setakat tengah hari ini paras air di Empangan Sungai Babagon berada di paras bahaya 10 meter


sumber: Berita Harian dan Harian Metro


10 oktober 2014


11:50 AM : Banjir: Penduduk di pantai barat Sabah diminta berjaga-jaga
  

JALAN pintas Kota Belud - Kudat dinaiki air susulan hujan sejak malam tadi.

Penduduk beberapa daerah di pantai barat Sabah khususnya Kota Belud dan Penampang, diminta berjaga-jaga berikutan paras sungai di dua daerah berkenaan semakin meningkat, berikutan hujan lebat sejak malam tadi.

Di Kota Belud, Pegawai Daerahnya, Gari Itam, berkata dua kampung sudah dinaiki air iaitu Kampung Suang Punggor dan Marajah dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Usukan.

"Setakat jam 11 pagi ini, air Sungai Abai berada pada paras bahaya iaitu 5.6 meterKita juga sudah membuka pusat pemindahan sementara di Dewan Masyarakat Tun Said di pekan Kota Belud bagi memindahkan penduduk terbabit," katanya.

Beliau berkata, hujan lebat masih berlaku di daerah berkenaan sekali gus meminta penduduk di kawasan berisiko banjir berhati-hati termasuk berpindah ke tempat selamat.

Sementara itu di Penampang, paras Sungai Moyog mula meningkat sejak awal pagi ini berikutan hujan lebat dengan beberapa kampung di kawasan rendah digenangi banjir sejak jam 9 pagi.


Selasa lalu, Penampang mengalami banjir paling teruk sejak tahun 1999 dengan lebih 100,000 penduduk terjejas, manakala 70 kampung dan kawasan perumahan digenangi banjir.


11:56 AM : 8 sekolah di Sabah ditutup akibat banjir, tanah runtuh
  
Sebanyak lapan sekolah di beberapa daerah di Sabah turut ditutup akibat banjir dan terputus hubungan akibat tanah runtuh, pagi ini. Pengarah Pendidikan Sabah, Datuk Jame Alip, berkata ia membabitkan 1,972 murid dan pelajar serta 176 guru. Antara daerah yang terbabit ialah Kota Kinabalu, Papar, Kota Belud dan Beaufort, katanya.


JALAN dari Penampang menuju Tambunan di Kota Kinabalu ditutup selepas berlaku mendapan tanah berikutan hujan berterusan sejak beberapa hari lalu. 


sumber : Berita Harian


lovenota : banjir adalah perkara yang menakutkan, kerana ia adalah salah satu tanda kiamat kecil dari Allah SWT (T.T)

1 comment:

  1. teruknya jalan.. pastu macam mana diog nak jalan nnti klu rupa jalan pun dan mcm nie...

    ReplyDelete

komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)

Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®