Monday, October 20, 2014

Entry/Status Meroyan? Jangan Hukum Orang Tanpa Sebab




[Peringatan] entry ini adalah luahan dan pendapat hati saya. nak kecam pun kecam lah. 


Semasa saya sedang blogwalking senam pagi di semua laman sosial tadi, ada beberapa orang mengatakan, tak guna nak menyalak, meng'update' status mengikut perasaan marah di laman sosial. ya, memang saya setuju dan tidak setuju

Yang setujunya, tidak patut kita marah-marah dan menggunakan bahasa yang tidak seeloknya. nak sebut perkataan lucah atau perkataan yang tidak baik tu kita elakkan. bukan elak, jangan sebut pun tak apa, lagi bagus. sebabnya korang dah sebut dah pasal menyumpah-seranah itu di dalam hati *betul tak? hahaha*. dah tak perlu sumpah-sumpah kat laman sosial pulak. tapi kadang-kadang saya pun terlepas pandang jugak. nama pun manusia. dan saya mengaku saya memang seorang yang kejam dan lidah tajam. itu telah pun diperakui oleh student saya sendiri. keh3 :P 

lidah tajam


Yang tidak setujunya, mungkin dia ada sebab yang tersendiri kenapa dia buat macam tu. mungkin dia cuma nak meluahkan perasaan dia, sebab bila kita pendam tanpa meluahkan, boleh jadi gila tau. mungkin juga dia tak boleh dan tak reti nak luahkan pada orang lain dan hanya laman sosial menjadi tempat dia mencurahkan perasaan. contohnya, blog seperti blogger dan wordpress ini juga adalah platform di mana orang ramai boleh meluahkan atau menulis apa-apa saja mengikut pendapat dan fikiran masing-masing. laman sosial lain seperti facebook atau tagged juga adalah platform yang sama. 

Saya pun sejak akhir-akhir ini buat entry tunjuk perasaan *pasal langau tu*. saya publish entry tu bukan dalam keadaan marah dan masih bersifat waras. saya terpaksa buat begitu disebabkan kedua-dua orang yang terbabit adalah seorang yang pengecut, tidak mahu berjumpa dan berbincang. yang mereka tahu hanyalah menyakitkan hati orang lain. ini sahaja platform saya untuk bercakap dan meluahkan hati pada dua mangkuk hayun tersebut. nombot telefon? saya tak ada nombor mereka. whatsapp? wechat? ingat diorang nak balas ke? kirim salam. jalan daaa! tapi saya memang tahu yang mereka sentiasa datang blog saya untuk membaca entry-entry saya. macam mana boleh tahu? dah diorang pun update entry pasal saya, so saya pun tahu la. lebih-lebih lagi kan sekarang dah software yang boleh jejak siapa yang datang ziarah blog kita. ada tricknya tu.  :D 

Dan bila saya buat entry khas untuk mereka berdua, saya tak pernah nak ping entry tersebut di platform lain. TAK ADA LANGSUNG! sebab tu visitor yang baca entry khas saya tu kurang berbanding entry yang lain. sebab saya buat entry itu hanya untuk mereka, bukan untuk semua orang. bukan untuk korang jugak. kalau ping ke facebook ataupun ping busuk, memang kena makan kaki la jawabnya. macam nak meraih simpati dan rasa kasihan pulak kan. oh tidak, saya bukan orang seperti itu. saya tak perlu simpati dan kasihan orang sebab mereka yang komen cakap 'sabar-sabar bla bla bla' tu bukannya tahu cerita sebenar pun. saja nak komen buat penghias komen. dan paling saya tak suka ialah jangan blame tukang komen entry tersebut, kononnya turut sama LOSER dengan pengarang entry. itu memang salah.  

Sama juga seperti status di facebook. contoh saya sendiri la, ramai sangat student saya yang meng'update' status meluahkan perasaan marah dan tidak puas hati. ada juga yang status macam nak mintak penampar, mintak kaki. memang ada rasa menyampah jugak la. tapi, saya tak boleh nak tegur student saya tu macam tu je. nak marah pun tidak. budak remaja zaman sekarang makin susah ditegur, pantang ditegur. kalau tegur lagi diorang jadi makin galak. kalau saya nak tegur pun saya akan buat dengan cara baik, iaitu tegur secara peribadi dan sulit. tak pun, apa yang saya buat adalah unfriend dia je. settle masalah saya..haha. 


kebebasan bersuara


Seperti yang saya cakap, jangan suka-suka menghukum orang tanpa sebab dan musabab yang munasabah. itu hak mereka. hak bersuara hak kami. hak semua orang. hak asasi manusia. 


Perlembagaan persekutuan Malaysia dalam Perkara 10 (1) (a) dengan jelas menyatakan bahawa setiap warganegara berhak untuk bersuara dan menyatakan pandangan secara terbuka.

Jangan pertikaikan hak tersebut. ikut suka dia la nak tulis entry meroyan ke, entry tunjuk perasaan ke. selagi tidak menyalahi peraturan dan undang-undang Akta. Kepada sesiapa yang menyampah geli tak suka bagai tu tak payah baca, just klik button pangkah je di tab browser korang. itu je. mereka yang update entry tunjuk perasaan tu pun tak kisah. dan jangan pulak dok kondem pengarang entry kononnya LOSER, sebab yang tukang kondem tu pun sama-sama LOSER jugak. 

Sekian, terima kasih. 

Maaf atas entry ini. jangan terasa ye nok.  


lovenota : terus hilang mood nak bercerita. lain kali la update.

2 comments:

  1. hak bersuara kadang-kadang macam dah x releven. lagi-lagi bila melibatkan politik. ops, we're not going to talk about that.

    betul. kita ni dah lah perempuan kan... perempuan x boleh lari dari emosi. and yep, pandai2 lah jaga bahasa even di mana2 pun kita berada. xpe kak, kalau orang tu terasa, maknanya memang kenalah dengan batang hidung dia.

    kalau dia membalas balik, nampak sangat dah personaliti dia macam mana kan... yang penting kita dah tegur and kita tegur dengan elok. jangan benda x elok, kita x tegur. ALLAH tanya nanti, kita x tahu nak jawab apa.

    ReplyDelete

komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)

Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®