Wednesday, October 22, 2014

[Gambar] Ribut di Pandamaran

Pandamaran dilanda ribut, banyak kerosakan dilaporkan


PELABUHAN KLANG: Ribut seperti puting beliung yang melanda Pandamaran selama kira-kira 30 minit merosakkan puluhan rumah serta premis perniagaan di kawasan kilang dan perusahaan di situ. Malah, ribut berserta hujan lebat yang bermula kira-kira jam 2 petang itu menimbulkan ketakutan dalam kalangan penduduk di Pandamaran dan Pandamaran Jaya serta di sepanjang Jalan Banting dan Jalan Besar Pandamaran.

Angin berpusar itu bukan saja menerbangkan atap rumah tetapi juga menumbangkan beberapa pokok di kawasan berkenaan sehingga menimpa bangunan, tiang elektrik dan kenderaan. Kesesakan jalan raya turut berlaku di kawasan terbabit apabila pokok tumbang menghalang laluan.

Tinjauan di tempat kejadian mendapati sebanyak 72 rumah di Pangsapuri PKNS, Pandamaran Jaya, di sini, terjejas akibat ribut berkenaan. Beberapa bot yang berada di jeti berhampiran juga tenggelam akibat dipukul ribut. Antara premis yang terbabit dalam kejadian ribut itu ialah sebuah gudang penyimpanan tong gas, Tokong Aji San, Flat PKNS dan Flat Pandamaran Permai.

Akibat daripada ribut itu, bekalan elektrik telah terputus dan pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah dihubungi. 

ribut puting beliung angin kencang di pandamaran

ribut puting beliung angin kencang di pandamaran

ribut puting beliung angin kencang di pandamaran


Kelembapan udara tinggi punca angin kencang di Pandamaran

  
PELABUHAN KLANG: Kejadian angin kencang dan ribut petir berskala besar yang berlaku di Pandamaran petang tadi disebabkan oleh faktor kelembapan udara yang tinggi dan penumpuan angin di paras rendah.

Jabatan Meteorologi Malaysia ketika mengesahkan mengenai kejadian kira-kira jam 2.30 petang hari ini, turut menyatakan ketidakstabilan atmosfera bertindak sebagai pemangkin untuk pembentukan awan ribut petir yang berskala besar.

Berdasarkan gema radar cuaca, pembentukan awan berintensiti tinggi mula terbentuk sekitar jam 2 petang dan berakhir pada jam 3.10 petang. Pihak Jabatan Meteorologi Malaysia sudah mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat pada jam 1.53 petang.

ribut puting beliung angin kencang di pandamaran

ribut puting beliung angin kencang di pandamaran

ribut puting beliung angin kencang di pandamaran

ribut puting beliung angin kencang di pandamaran

ribut puting beliung angin kencang di pandamaran
\



Hikmah dari kejadian-kejadian tidak menyenangkan yang terjadi di alam semesta ini seperti banjir, gempa bumi dan angin ribut bukan semata-mata kerana azab Ilahi. Namun ia memiliki banyak pengaruh. Di antaranya ialah berbagai nikmat Ilahi, penyedaran manusia dari kelalaian, memicu potensi-potensi dan penyemaian bakat, penerusan generasi kehidupan di muka bumi, dan juga sebagai peringatan bagi penzalim, orang yang melampaui batas dan sebagainya. Hal ini semua dapat dijadikan sebagai hikmah dalam kejadian bencana-bencana alam. 

Di samping itu, tidak ada pertentangan sama sekali antara sebuah kejadian fenomena alam yang memiliki sebab-sebab material. Pada saat yang sama ianya merupakan azab Ilahi, kerana azab Ilahi juga turun kepada manusia dan alam semesta berdasarkan pada sunnah Ilahi dan sistem sebab-akibatDengan kata lain, setiap fenomena yang terjadi di alam semesta ini berdasarkan kehendak Ilahi. Allah (s.w.t) juga menyampaikan kehendak-Nya berdasarkan pada hukum sebab-akibat. Manakala sebab-sebab material merupakan salah satu kehendak Ilahi dan berada di bawah sekumpulan masyiyyāt Tuhan.

Salah satu pengaruh positif bencana-bencana yang mengusik kehidupan manusia ialah, manusia akan terbangun dan terjaga dari tidur dan kelalaian setelah tenggelam dalam kenikmatan-kenikmatan dunia, di samping mengingatkan mereka tentang tanggung jawabnya yang besar di hadapan Tuhannya dan mengubah sikapnya yang sebelumnya angkuh dan sombong akan bertukar menjadi rendah hati dan tawadhu. Al-Qur'an menyentuh masalah ini dengan menjelaskan bahawa kaum-kaum para nabi sentiasa berhadapan dengan berbagai kesulitan hingga ia meninggalkan sikapnya yang melampaui batas dan berserah diri di hadapan Allah (s.w.t). 

"Kami tidaklah mengutus seseorang nabi pun kepada sesuatu negeri, melainkan Kami timpakan kesempitan dan penderitaan kepada penduduknya supaya mereka tunduk dengan merendahkan diri." (Surah Al-A'raf: 94)

Pengaruh positif yang lain apabila wujud bencana alam ialah manusia semakin mengenal betapa pentingnya nikmat Ilahi dan memberikan penghargaan terhadapnya; Ini disebabkan "kadar kesihatan hanya baru dapat dirasakan tatkala seserang itu menderita kesakitan." 

Dalam sebuah hadis yang dinukilkan dari Imam Shadiq (a.s) menyatakan bahawa: "Meskipun bencana atau penderitaan menimpa kedua kelompok samada orang baik dan orang jahat, akan tetapi  Allah menjadikan hal tersebut sebagai benih untuk memperbaiki kedua kelompok tersebut. Bencana dan musibah yang menimpa orang-orang baik adalah bahan untuk mengingat nikmat-nikmat Ilahi yang dahulunya dianugerahkan kepada mereka dan dengan perantara bencana ini akan membimbing mereka untuk bersyukur dan bersabar."

Noktah penting lainnya yang tidak boleh kita lupakan adalah munculnya sebahagian bencana akibat dari perbuatan tangan-tangan manusia sendiri. Manusia adalah sebuah entiti yang bebas dan berasaskan hukum sebab-akibat. Sebahagian perbuatan ikhtiari manusia tersalah dalam membuat pilihan sehingga mengundang berbagai musibah dan bencana."

Al-Qur'an menyatakan, "Jika sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka keberkatan dari langit dan bumi. Tetapi, mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami seksa mereka disebabkan perbuatannya." (Surah Al-A'raf [7]:96)

sumber : IslamQuest

semoga semuanya selamat. 
harap semua kerosakan dapat diperbaiki.

10 comments:

  1. tudia aihh. takut pulak tengok.

    ReplyDelete
  2. uishhh.. pernah duduk dkt sini dlu..

    ReplyDelete
  3. tula mase tgk tu terkjut jugak...
    dekat dah ng umah kat klang tuu..
    isao je sbb kalau nak ke jalan besar mmg kene lalu pandamara..
    smoga xde pape jadi la kat sane

    ReplyDelete
  4. arituu tgok video nih... fuhh seram.. kecutt je perot nihh hah.. nampak sgt kiamat da dkt sgt ><

    ReplyDelete
  5. dahsyat juga kat Pandamaran ni, akhir tahun,hujung bulan,mmg cuaca tak menentu,so semua kena 'sediakan payung sblm hujan'. kita pun tak tau kan apa yg akan jadi harini esok atau lusa tp bersiap2 la..

    ReplyDelete
  6. Pergghhh harap kejadian seperti ini tidak berlaku dekat dengan rumah bro...

    ReplyDelete
  7. Astaghfirullahalazim...
    Takutnya tengok..
    Moga-moga kita dijauhkan dari bencana ni.

    ReplyDelete

komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)

Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®