Saturday, October 04, 2014

Guru Wanita ditemui mati ditikam di Kundasang



Guru wanita ditemui mati ditikam di Kundasang

Ranau: Seorang guru Sekolah Kebangsaan (SK) Kundasang, ditemui mati dengan kesan tikaman pada tubuh dan belakang kepala di dalam rumahnya di kuarters pekerja SESB Jalan Hotel Perkasa, Kundasang. Mayat mangsa Masina Samadi, 50, ditemui oleh suaminya selepas pulang daripada kerja jam 9.30 pagi sebelum memaklumkan kejadian itu kepada pihak polis. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Senior Asisten Komisioner Salehuddin Abdul Rahman ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut dan motif kejadian dipercayai rompakan. polis menemui kesan umpil pada bahagian pintu dapur rumah mangsa, dipercayai dilakukan oleh penjenayah yang memecah masuk kediaman itu.

"Polis percaya kejadian itu bermotifkan rompakan, namun masih menjalankan siasatan terperinci berhubung kes ini," katanya.

"Mayat mangsa kini dihantar ke Hospital Ranau untuk bedah siasat. Setakat ini belum ada tangkapan dilakukan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya. 


Tiga suspek bunuh guru ditahan


Kota Kinabalu: Tiga lelaki berusia 17 hingga 28 tahun ditahan tengah malam tadi bagi membantu siasatan kes bunuh guru Masina Samadi, 50, di perumahan pekerja Sabah Electricity Sdn Bhd Kundasang, Ranau, Jumaat lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Asisten Komisioner Salehhudin Abdul Rahman berkata, semua suspek akan direman hari ini.

“Pemeriksaan terhadap suspek menemui beberapa barang milik mangsa yang dilaporkan hilang, termasuk buku akaun bank mangsa,” katanya. Menurutnya, siasatan mendapati ketiga-tiga suspek warga tempatan dan tinggal di kampung yang sama dengan mangsa.

“Siasatan lanjut masih dijalankan, termasuk ujian sampel dan bahan bukti senjata yang digunakan dalam kejadian itu.

“Hasil ujian air kencing mendapati semua suspek positif dadah jenis syabu,” katanya. Menurut Salehhudin, semua suspek kini direman untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.


sumber: Harian Metro dan Berita Harian

**************

kenapa dia dibunuh? kejamnya!
seorang guru yang sudah banyak berkorban 
pada anak didik bangsa dibunuh dengan begitu kejam, 
tidak ada sifat perikemanusiaan langsung. 
kalau nak merompak pun, tak perlu sampai membunuh orang. 

semoga pembunuh itu dapat ditangkap dengan segera
dan dikenakan hukuman yang setimpal. 

takziah pada ahli keluarga mangsa

innalillahiwa'innalillahirojiun

5 comments:

  1. Malaysia dah setanding Amerika :) kes2 macam ni dah lali...

    innalillahwainnalillahirojiun...

    ReplyDelete
  2. iahhh nyawa orang skg mcm dah tak ade hrga je..
    bunuh sesuke ati

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Saya sebagai anak buah arwah redha dengan pemergian arwah.

    ReplyDelete
  5. Saya redha pemergian arwah mak cik saya

    ReplyDelete

komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)

Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®