*klik pada gambar untuk penjelasan*
Pasangan warga emas maut
Sinar Harian Edisi Melaka dan Negeri Sembilan - 29 Oktober 2014
Batang Melaka - Sepasang suami isteri warga emas maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Batang Melaka, berhampiran Balairaya Batang Melaka, semalam.
Kereta jenis Honda Civic yang dipandu anak perempuan dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh sebuah kereta jenis Toyota Vios yang dipandu oleh seorang guru lelaki *dalam paper tulis guru perempuan, sengal punya wartawan* SMK Dato' Mohd Taha, Gemencheh yang datang dari arah bertentangan.
Namun, sebuah pacuan empat roda Toyota Hilux tidak sempat mengelak lalu merempuh bahagian depan Honda Civic dinaiki warga emas itu, menyebabkan tiga kenderaan terlibat.
Kedua-dua warga emas dilaporkan meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Hospital Melaka, manakala anak perempuannya dilaporkan parah dan dirawat di unit rawatan rapi (ICU) hospital berkenaan.
*****
Serba sedikit mengenai berita kemalangan yang melibatkan kawan saya *tiada dalam akhbar online, so kena taip sendiri..huhu*. agak seram dan dahsyat jugak la. kawan saya yang naik Toyota Vios tu. yang terkejutnya, sampai terbalik kereta Vios tu. dia sebenarnya dalam perjalanan ke Melaka menghadiri kursus. bila dah terlibat dengan kemalangan, terus tak jadi attend kursus.
Alhamdulillah, beliau tak apa-apa. tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius. kalau lihat pada gambar kereta Vios tu, paling kurang pun mesti ada cedera sikit kan? tapi Allah Maha Menyayangi dan Mengasihani beliau. eh, kawan saya nie baru jadi pengantin baru, belum sebulan lagi. darah masih manis orang katokauu. hehe.
Jom kita layan gambar di tempat kejadian.
Saya pun pengguna Toyota Vios seperti kawan saya nie. bila lihat gambar macam nie, saya pun rasa seram jugak la. apatah lagi tuan punya kereta yang accident tu. semoga kawan saya nie dapat recover trauma accident tu secepat yang mungkin, dan boleh bertugas seperti biasa. tang kereta tu, memang sedih la. tapi masih belum dikira totally lost kot. tak pela Feedo, kereta tu pun dah merajuk sebab ko dah kahwin. so, ko tukar kereta baru la. sempena pengantin baru, kan? hadiah untuk diri sendiri. hehe :D
lovenota : malang tidak berbau..huhu
Salam, jap2 sy macam konfius sikit..kiranya warga emas yg meninggal tu adalah ibu bapa kpd anak perempuan yg hilang kawalan tu ke? Ngerinya tgk pic yg last tu, dgn darah2 pun masih kat jalan.. :( Alhamdulillah kwn awk xpape, dah lah baru kahwin..ish3..
ReplyDeleteyela..anak perempuan yang bawa kereta, dia driver. ibu bapanya warga emas. meninggal di hospital. anaknya masih icu. harap2 perempuan tu selamat..huhu
Deleteyang gambar last tu tak sure darah ke minyak. macam minyak. tak dipastikan pulak. hehe
bab mcm ni la takut...kadang bukan silap kite pon, tp terbabit sekali..mtk jauh la drp perkara2 mcm ni
ReplyDeletebetul tu. kadang2 seram kalau orang potong kereta guna line kita. bahaya sangat. huhu
DeleteMinta dijauh2kan perkara macam ni....hhmm....
ReplyDeleteinsyaAllah :)
Delete1st tyme nie pingje.org datang melawat.
tengkiu :D
moga Allah lindungi kita semuaa :) pemandu2 kenaa lebih2 berhati2 . skrg ni pun bila kita dah berhemah kat jalan raya . ada je pemandu yg xada sivik bawak kereta ke moto ke dgn cara bahaya .
ReplyDeleteinsyaAllah.
Deletekita dah berhemah pun. tp tula, malang tidak berbau..huhu
Nasib baik kawan tak pape2..tapi kesian dekat pasangan warga emas tu..minta dijauhkan bnda2 macam..takut..T_T
ReplyDeletetula..ajal maut semua di tangan Allah swt :D
DeleteinsyaAllah, semoga dijauhkan
Innalillahiwainnalillahirojiun..
ReplyDeletesalam takziah kepada mangsa yg terlibat..
walaupun tak kenal siapa yg terbabit dlm kejadian di atas, saya doakan mereka semua cepat sembuh baik dari kecederaan mahupun trauma.. kesian pada budak perempuan tu. sekelip mata saja hilang kedua orang tuanya.. :'(
p/s : wartawan memang sengal. masa kes kakak saya masuk surat khabar pun, dia dok tulis melalut2.. banyak fakta salah, cerita salah. sudahnya nampak kakak saya yang salah.
tula..bukan bole percaya wartawan nie. cite nak sedap je. tak pikir dosa pahala. ishkk
Deletealhamdulillah kawan saya yang terlibat da sihat sejahtera. :)
teruk jugek vios tuu. seram. ayah kite kereta vios jugak.. sbb2 xde smgt nak amek lesen.. sbb excdent byk sgt.. jadi seram dibuatnya.huhu
ReplyDeletetula. alhamdulillah kawan sy tak ada apa2. huhu..
Deletetapi kena aa amik lesen kete. nnt nak pergi mana2 senang :D
Ishh nasb kawan balqis xde pape... bab2 kemalangan ni mmg ngeri sgt..
ReplyDeleteWalaupon kite dah berhati2 tp still bleh trlibat dgn kmlngan kan
Allahu. tengok camner vios tu terbalik pun saya takdpt imagine bagaimana keadaan sebenar. wuwuwuw
ReplyDeleteInallilah. :(
ReplyDelete