Wednesday, October 08, 2014

Luahan Hati Kamal Adli mengenai Intan Ladyana




sempat membaca menggodek blog Abang Nara di Beautifulnara. sungguh terasa sekali kata-kata dan luahan hati dari Kamal Adli mengenai hubungannya yang sudah berakhir dengan Intan Ladyana. memang feeling habislah. sedihnye. 
Jiwa saya kosong. Saya terlalu kecewa dan sudah kering air mata! 6 tahun bercinta, susah senang bersama tetapi akhirnya saya dibuang begitu saja? Hingga hari ini saya masih tidak faham kenapa saya ditinggalkan? Apa salah dan dosa saya? Panggilan tidak dijawab, mesej tidak dibalas.  
Saya cukup merana sejak ditinggalkan. Tak tahu nak cakap betapa hati saya terluka. Kenapa Intan buat saya seteruk ini? Secara jujur, saya dan Intan tidak bergaduh dan tidak berperang besar, hubungan kami berjalan seperti biasa. Tetapi saya pelik Intan secara tiba-tiba mengambil keputusan mengakhiri hubungan ini, sedangkan apa salah saya? Saya tidak boleh terima ditendang begitu saja. 

Jika saya pernah kantoi menjalinkan hubungan dengan gadis lain dan buat perkara tidak senonoh itu lainlah! Ini tanpa saya tahu apa kesilapan, saya ditinggalkan. Saya mahu bersemuka, Intan tidak mahu berjumpa. Kenapa? Saya sudah lama memendam perasaan, saya tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan kerana masih mengharap hubungan kami masih boleh diselamatkan, namun nampaknya saya hanya bermimpi. 

Sebenarnya saya sudah bersedia mahu melamar Intan. Hati saya sudah terbuka untuk berkahwin tahun ini. Saya masih ingat sebelum menjalani penggambaran drama di Taiping, Perak, kami berbuka puasa bersama, malah Intan berbuka puasa dengan keluarga kami. Sebelum pergi kami berjanji mahu sehidup semati. Kami berjanji tidak akan berpisah, tapi minggu depan lain pula jadinya. Saya dapat rasakan Intan sedikit sudah mula berubah. 

Hanya seminggu saya inggalkan, hatinya jadi keras. Saya tidak tahu apa yang berlaku. Ketika di Taiping, saya sebenarnya tidak sabar mahu pulang ke Kuala Lumpur, hasrat saya mahu melamar Intan, tetapi nampaknya tidak sempat. Saya sedih sangat. Saya tidak tahu kenapa terlalu drastik Intan berubah hati? Saya tidak sesekali menyalahkannya, mungkin saya pernah buat silap, tetapi besar sangat ke silap saya sehingga hubungan 6 tahun dicampak ke tepi? Tiadakah rasa sayang pada perhubungan ini? 

Saya pernah bertemu Intan di Anugerah Lawak Warna baru-baru ini. Apabila saya tahun Intan di sana, saya sangat teruja, maklumlah sudah lebih sebulan tidak bertemu. Saya pakai cantik-cantik, macam pertama kali nak keluar dating. Tapi saya kecewa, Intan melayan saya seperti baru pertama kali bertemu. Saya tebalkan muka, saya duduk dekat dengannya, tetapi tiada respon. 

Apabila dia ke belakang pentas, saya mengikutnya. Saya rindu sangat padanya. Saya melutut padanya, tapi Intan buat saya seperti orang asing. Malu, hanya Tuhan saja yang tahu, tapi apakan daya. Saya terus tidak faham kenapa Intan melayan saya seperti musuhnya? Jika tidak inginkan saya sekalipun, jangan sampai bermusuh. 

Selama 6 tahun bercinta, Intan bukan saja buat hati melekat, malah dia juga memaku hati saya. Bagaimana saya nak mencabut paku ini? Setiap hari saya berdoa agar kami terus bersama.

Wuu..sedihnya. ego seorang lelaki hilang dan cair di depan seorang wanita yang amat dicintainya. kenapa Intan berpisah ek? tak faham jugak apa sebabnya. hensem ape Kamal Adli tu. apa kurangnya? itu hanya Intan Ladyana je yang boleh jawab ye

Kepada Kamal Adli, bersabarlah anda. mungkin ada jodoh yang lebih baik kut yang akan datang. itu semua kehendak Allah SWT. terima suratan takdir-Nya. ada hikmah di sebalik perpisahan anda. ishk ishk..nak pi nangis kejap..uwaaa :P


lovenota : hubungan saya dengan si dia pun sudah menjangkau 9 tahun perkenalan. genap 10 tahun kahwin jela..hihi :P

13 comments:

  1. Lebih baik Kamal Adli lamar Ayuni yang reti menghargai cinta ini sahaja daripada membuang masa jadi merana kerana cinta yang tidak kesampaian. Tidak, Ayuni bergurau saja :P

    ReplyDelete
  2. rilekslah..
    itu baru 6 tahun..
    saya 8 tahun pun boleh move on, cuma kena ambil masa nak pulih
    yg penting, kena letak segala urusan ni pd Allah
    barulah jiwa berasa tenang.. =)

    salam kenal cik belog ^^

    ReplyDelete
  3. @Gee Lion
    mmg ambil masa pun. prnh alami tp xsggup. smbung balik..hihi

    thnks singgah :D

    ReplyDelete
  4. Dah xde jodoh saba je la..xsabar nk tgok cik balqis kite ni kawen..hehe

    ReplyDelete
  5. @fizi_ajoe
    kejap..saper fizi neh?
    haha..lmbt lagi kawen daa..

    ReplyDelete
  6. Jgn tggu lame2 cikgu,kan d ambil org..
    Cantiknye bulan gerhana kt tgh2 laut ni,kagum dgn ciptaan allah..

    ReplyDelete
  7. @fizi_ajoe
    siapakah gerangan tuan hamba? adeii

    ReplyDelete
  8. bgs kamal ni kn..dia x malu nk akui..intan mesti ad org lain.kalo x, x kn dia berubah drastik.

    ReplyDelete
  9. Ni la padah klau bcinta lame2..manis cinta tu dah hilang..
    @Cik Balqis>merindui sahabat lame yg meyepikan diri,namun dr jauh mmerhati..miss sseorg..

    ReplyDelete
  10. Tak tau nak comment apa. Cuma satu je cakap, sebak....

    ReplyDelete

komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)

Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®