Friday, October 31, 2014

Puting Beliung di Kota Setar


Makin banyak kejadian yang menimpa negara kita sekarang ini. banjir, hujan lebat dan kali ini puting beliung. hari tu jadi kat Pendang, Kedah. yang terbaru adalah kejadian puting beliung kecil di Kota Setar, Alor Setar, Kedah petang tadi. puting beliung itu juga dipanggil belalai air. makin seram dah...tengok gambar pun dah seram. apa lagi orang yang mengalaminya di Kota Setar. 

35 rumah rosak akibat puting beliung di Kota Setar


puting beliung di kota setar


Alor Setar: Sekurang-kurangnya 35 rumah di sekitar daerah Kota Setar, rosak teruk selepas dilanda puting beliung kecil dikenali sebagai belalai air.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, antara rumah yang rosak dilanda belalai air berkenaan termasuklah di Kampung Batin, Taman Mergong Jaya Fasa 1, Kampung Sungai Baru dan Taman Inang.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Kota Setar berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 5 petang oleh orang ramai bagi memaklumkan mengenai kejadian itu.

Katanya, hasil pemeriksaan awal mendapati sebahagian rumah yang dilanda belalai air itu rosak teruk akibat dinding kediaman mereka diterbangkan angin dan ditimpa pokok tumbang.


Gambar Puting Beliung Kota Setar, Alor Setar, Kedah:

puting beliung di kota setar


puting beliung di kota setar

puting beliung di kota setar

puting beliung di kota setar

puting beliung di kota setar

puting beliung di kota setar


puting beliung di kota setar

sumber : Berita Harian dan Harian Metro

Video kejadian puting beliung di alor setar




Ahad : 2 November 2014


Puting beliung kecil melanda Mergong


ALOR SETAR: Sekurang-kurangnya 13 buah rumah di Taman Wira Mergong mengalami kerosakan setelah dilanda angin kencang dan pusaran kecil puting beliung, hari ini. Kejadian kira-kira 1.15 petang itu berlaku hanya selepas dua hari kejadian puting beliung melanda lima kawasan di daerah Kota Setar.

Ketua Cawangan Blok E Taman Wira Mergong, Ahmad Ishak, 60, berkata, ini merupakan kali ketiga kejadian seumpama itu berlaku dalam tempoh dua tahun sejak 2012 dan kejadian pertama tahun ini.

"Kebanyakan rumah yang terlibat rosak di bahagian bumbung dan hanya tiga buah yang mengalami kerosakan teruk tetapi pelbagai pihak telah tampil menghulurkan bantuan dan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga sudah melihat kerosakan yang dialami penduduk," katanya.

Sementara itu, Adam Abdullah, 30, berkata, ketika kejadian dia berada di luar rumah sedang menjemur pakaian sebelum mendengar bunyi angin kuat serta pusaran puting beliung kecil datang dari arah bertentangan rumahnya.

"Saya tengah sidai baju. Selepas itu saya dengar bunyi angin kuat dan lihat ada bumbung rumah jiran yang diterbangkan angin dan angin kencang itu terus menghala ke kawasan rumah saya. Saya terus meluru masuk ke dalam rumah untuk menyuruh isteri dan anak yang berumur satu tahun lebih menyorok di bawah meja kerana bimbang akan berlaku kejadian seperti di Mergong dua hari lepas tetapi saya bersyukur kerana ia tidak serius," katanya.

Jamilah Mard, 20, yang juta pelajar semester lima jurusan Perbankan di Kolej Universiti Insaniah berkata, ketika kejadian dia bersama empat teman rumahnya sedang mengulang kaji pelajaran di ruang tamu sebelum mendengar angin kuat di bahagian dapur rumah mereka.

"Kami sedang mengulang kaji pelajaran sebelum mendengar bunyi angin kuat dan tiba-tiba sahaja bumbung di bahagian dapur dibawa angin. Kejadian berlaku sekelip mata... kami tak mampu berbuat apa-apa dan tergamam melihat bumbung diterbangkan angin satu persatu," katanya.


****

Malapetaka yang datang seperti gempa bumi, ombak besar (tsunami), tiupan angin yang kuat (puting beliung) dan sebagainya adalah ujian yang ditentukan oleh Allah S.W.T. bagi menguji sejauh mana keimanan dan kesabaran setiap hamba-Nya.

Oleh itu umat manusia khususnya umat Islam hendaklah sentiasa beringat (jangan lalai dan alpa) dan sentiasa berzikir menyebut nama Allah sebanyak-banyaknya di samping berselawat ke atas baginda Rasulullah saw. sepanjang masa dan berdoa agar dijauhi dari segala mara bahaya dan bencana yang menimpa.



Wallahu'alam :)




lovenota : subhanallah


8 comments:

  1. subhanallah..
    moganya ini sebagai ujian,
    bukan hukuman..
    macam2 perkara berlaku sekarang ni..
    tak diduga.. hurmm :(

    ReplyDelete
  2. Menakutkan...pokok pun boleh tercabut...semoga kita dijauhkan daripada malapetaka sebegini di masa akan datang...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum dan salam singgah pagi sabtu dik....begitu kejadian puting beliung yang melanda kota star ni...semua ini peringatan dariNya...Subhanallah..

    ReplyDelete
  4. Tu baru puting beliung kecik kn qis...
    Klu besar cmne lah gamaknye....

    ReplyDelete
  5. teruk jugak ek.. rumah sedara kite ramai kt alor star naseb rumah dieorang xde yg kene..alhamdulilah..
    betol kata cik gee.. hope ini satu ujian bukan hukuman.. alahaii takotnyaa

    ReplyDelete
  6. uishh..truk jgak yer, mintak dijauhkan kena pada kita..

    ReplyDelete
  7. Area rumah adik saya. Nasib baik dia takdak kat rumah time tu.

    ReplyDelete
  8. masha ALLAH, takut sangat.. ini baru kecil. hmmm. kita dah lah x pernah kena situasi macam ni..

    ReplyDelete

komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)

Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®