Teruk jugak banjir lumpur di Cameron Highlands. habis semua lumpur dihanyutkan oleh banjir gara-gara hijan lebat yang masih melanda di negara kita nie sejak akhir-akhir ini. saya baru berangan-angan nak ke Cameron Highlands cuti sekolah nie sebelum mula menanda kertas peperiksaan SPM. macam tak jadi je..takut..hehe
Seram pulak kalau tengok gambar-gambar kat bawah nie. semua benda dihayutkan oleh banjir. ada beberapa rumah yang dah tenggelam dek banjir lumpur. kereta-kereta pun habis rosak teruk. tak tahu la apa nasib mangsa banjir di sana.
Kita hanya boleh doakan semoga semuanya pulih seperti sediakala.
Wallahu'alam.
RABU, 5 NOVEMBER 2014 @ 10:32 PM
Banjir lumpur landa beberapa kawasan di Cameron Highlands
LEBIH 20 rumah dan beberapa kenderaan dihanyutkan banjir lumpur di pekan Ringlet, Kg. Baru Ringlet dan Kg. Ulu Merah, Cameron Highlands, 7 malam ini
CAMERON HIGHLANDS: Hujan lebat berterusan dan kenaikan paras air Sungai Ringlet di sini menyebabkan banjir lumpur yang menjejaskan lebih 20 rumah penduduk selain merosakkan beberapa kenderaan.
Difahamkan sehingga kini sekurang-kurangnya dua penduduk cedera ringan dalam kejadian lewat petang tadi. Antara kawasan penempatan terjejas dengan banjir lumpur paras lutut itu ialah pekan Ringlet, Kampung Baru Ringlet, Kampung Ulu Merah. Kawasan terjejas hanya terletak kira-kira empat kilometer dari lokasi kejadian banjir lumpur di Lembah Bertam yang mengorbankan empat nyawa pada 23 Oktober lalu.
Banjir itu berpunca daripada limpahan air Empangan Sultan Abu Bakar (SAB) berikutan kenaikan mendadak paras air sehingga 0.6 meter sejam dan berbahaya kepada struktur empangan berkenaan.
Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Lesley berkata, air lumpur hingga paras lutut bersama sampah sarap menghentam kawasan terjejas.
"Seorang rakan saya cedera dan terpaksa dibawa ambulans ke hospital bagi mendapatkan rawatan akibat kejadian itu. Selain itu beberapa kenderaan turut terjejas akibat hentaman banjir berkenaan," katanya. Lesley berkata, hujan masih lebat di kawasan berkenaan sehingga jam 9.30 malam dan bimbang keadaan menjadi lebih buruk.
Sementara itu, Ketua Kampung Ringlet, Looi Chin Chin, berkata lebih 20 rumah terjejas berikutan kejadian itu. Katanya, kebanyakan kawasan terjejas yang berada di tebing Sungai Ringlet.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands pula berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.04 petang tadi.
Seorang budak lelaki berusia 13 tahun dilaporkan lemas dihanyutkan air manakala seorang pekerja kebun sayur warga Nepal maut ditimbus tanah runtuh susulan hujan lebat dan banjir lumpur di beberapa kawasan di sekitar Cameron Highlands sejak lewat petang tadi.
Seorang budak lelaki berusia 13 tahun dilaporkan lemas dihanyutkan air manakala seorang pekerja kebun sayur warga Nepal maut ditimbus tanah runtuh susulan hujan lebat dan banjir lumpur di beberapa kawasan di sekitar Cameron Highlands sejak lewat petang tadi.
Video kejadian banjir lumpur di Cameron Highlands
KHAMIS, 6 NOVEMBER 2014 - 9:22AM
20 kediaman, 20 kenderaan terjejas dan rosak
Polis mengesahkan 20 kediaman dan 20 kenderaan terjejas dan rosak akibat banjir lumpur di Kampung Baru Ringlet. pelepasan air dari Empangan Sultan Abu Bakar Dilakukan untuk menstabilkan takungan air di empangan itu malam tadi yang mencapai paras bahaya. Jadi bagi mengelak bahaya, air empangan terpaksa dilepaskan melalui Sungai Bertam.
sumber : Harian Metro dan Berita Harian
lovenota : makin banyak bencana alam berlaku di negara kita, kan?
perghhh smpai bumbung rumah , dah nak dekat musim banjir jugak ni
ReplyDeleteMacam manalah perasaan penduduk kat situ kan..harap harap semuanya akan kembali pulih macam biasa dalam masa terdekat nih..amin.
ReplyDeleteInnalillah.. semoga semuanya akan baik2 saja walau tengok gambar.. hurmm sadis jugak.. huhu..
ReplyDeleteya allah.. tegak bulu roma mama.. subhanallah.. peringatan untuk hambaNya
ReplyDeleteSalam. Hee saya baru tahu berita banjir cameron highland ini.
ReplyDeleteYa Allah...dahsyat nyeee...moga penduduk yang terlibat tabah menghadapi dugaan (-_-)
ReplyDeleteastaghfirullah. banyak betul bencana sejak2 akhir ni. kesiannya tengok.
ReplyDeletebahaya tu....
ReplyDeleteYelatu... makin byk bncana alam..
ReplyDeletecameron kws bukit pon boleh banjir
dekat tempat Cik Mimie ni setiap petang mesti hujan..lebat pulak tu..takut pulak bnjir mcm kt cameron ni..
ReplyDeletecameraon sekarang dh x seperti dulu...dh kurang sejuk dan terutama hujung tahun ni...dgn cuaca hujan hari2 batalkan je niat nk ke sana
ReplyDeletesaya pun baru berangan-angan nak pergi sana
ReplyDeletekena postpone dulu la
takutnye tengok air deras tu