Russia beri bukti imej satelit MH17 ditembak jet pejuang Ukraine
SABTU, 15 NOVEMBER 2014 @ 12:26 PM
STESEN televisyen Rusia, Channel 1 menyiarkan imej satelit yang didakwa kemungkinan diambil dari ruang orbit oleh pengintip satelit asing pada saat akhir MH17 terbang di ruang udara Ukraine.
MOSCOW: Russia hari ini mengeluarkan bukti imej satelit mengukuhkan dakwaannya bahawa pesawat Malaysia Airlines MH17 ditembak jatuh oleh pesawat pejuang Ukraine dan bukannya peluru berpandu dari darat ke udara. Ia berikutan tersebarnya imej satelit yang menunjukkan peluru berpandu dari jet pejuang disasarkan ke arah pesawat penumpang dengan yang disiarkan oleh stesen televisyen utama Russia sejak malam tadi. Laporan itu mendakwa gambar itu diambil daripada satelit Amerika Syarikat (AS) atau British.
Penyampai TV, Mikhail Leontiev mendakwa, imej yang diberikan oleh sumber misteri itu menunjukkan bagaimana pesawat pejuang Mig-29 memusnahkan pesawat penumpang Boeing. Bagaimanapun, Barat berulang kali menyatakan bahawa pesawat itu ditembak jatuh oleh pemberontak pro-Moscow dengan menggunakan sistem peluru berpandu BUK buatan Russia.
Manakala Russia pula mempersoalkan kehadiran pesawat yang tidak dikenali ketika nahas itu berlaku, namun Ukraine dan Barat mendiamkan perkara ini.
Penyampai saluran Kremlin berkata: "Hari ini kita mempunyai semua bukti untuk mengandaikan jenayah itu dilakukan oleh pihak yang sengaja mahu memusnahkan pesawat berkenaan. Dan oleh mereka yang bersungguh-sungguh menyembunyikannya, mempunyai maklumat lengkap mengenai insiden itu."
Rancangan luar biasa itu muncul apabila pemimpin Barat termasuk David Cameron berjumpa dengan Vladimir Putin berhubung nahas MH17 menjelang bermulanya Sidang Kemuncak G-20 di Australia.
Sementara itu, Channel One mendakwa: "Kami mempunyai rakaman yang menarik, kemungkinan diambil dari ruang orbit oleh pengintip satelit asing pada saat akhir MH17 terbang di ruang udara Ukraine."
Laporan sebelum ini menyatakan peluru berpandu BUK sebagai punca kepada tragedi itu.
"Untuk memendekkan cerita, ia kelihatan seperti tidak ada peluru berpandu BUK dan tiada pelancaran dari tanah. Terdapat berpuluh pakar dan ribuan saksi amatur, namun tiada seorang pun yang mengakuinya," dakwa Leontiev.
Naib Presiden Persatuan Jurutera Russia, Ivan Adrievskiy, berkata: "Kami lihat gambar yang diambil daripada ruang angkasa daripada orbit rendah. Kebiasaannya imej berkenaan imej itu diambil untuk tinjauan am udara dan darat. Koordinat imej itu bermaksud kita boleh mengandaikan imej itu diambil oleh satelit Amerika atau British. Kami telah meneliti imej ini secara terperinci dan tidak menemui sebarang tanda yang membuktikan ia adalah palsu," katanya.
Dalam pada itu, seorang pakar yang mahu dikenali sebagai George Bilt dipetik sebagai berkata pesawat Boeing itu ditembak dari udara menerusi serangan jet pejuang klasik yang disasarkan dari belakang.
Sementara itu, wartawan perang dan jurugambar bagi laman sesawang Foxtrot Alpha, Jalopnik.com, Tyler Rogoway mendakwa imej yang disiarkan dalam stesen TV Russia, 1TV News kononnya jet tempur Ukraine, SU-27 (pihak Russia mendakwa pesawat MiG-29) menembak MH17 ketika ia terbang di ruang udara timur Ukraine adalah palsu sama sekali.
Beliau berkata, imej itu kelihatan seperti paparan skrin yang dipalsukan daripada permainan 'Lock-On Modern Air Combat', simulator pertempuran udara paling popular yang dibuat di Russia dan mempunyai plot atau jalan cerita yang berlaku ke atas Ukraine. Daripada imej satelit sebenar, banyak isu mengenai kesahihan dan ketulenan imej itu.
Pertama, di mana sebenarnya ia datang? TV1 menyatakan ia daripada satelit perisikan asing, bagaimana dengan mudah. Bagaimana resolusi imej itu begitu tinggi untuk objek yang jauh daripada darat tetapi begitu rendah untuk objek di darat?
Dan juga, imej itu diambil dari jarak 50 kilometer dari lokasi nahas MH17 dan 50km untuk jatuh ke darat selepas ia ditembak oleh peluru berpandu. Jika pesawat itu terbang untuk sesuatu tempoh, kira-kira 50km sebelum ia pecah, sudah pasti ramai saksi akan melihat pesawat itu dan kepulan asap atau seumpamanya.
Sesetengah individu yang biasa dengan imej satelit menyatakan bahawa skala pesawat berbanding di darat juga tidak seperti biasa, begitu juga cuaca menunjukkan keadaan yang sebenar ketika itu.
Terakhir dan paling menyedihkan apabila logo 777 di pesawat MAS itu berada pada kedudukan yang salah.
Kesimpulannya, apa yang anda peroleh daripada bukti yang disiarkan adalah bukan saja imej palsu tetapi taktik yang cukup teratur. Hakikatnya Russia membiarkan perkara ini sebagai tanda baru Putin untuk menyebarkan maklumat tidak tepat. - Agensi
sumber: Berita Harian
sumber: Berita Harian
*******
Actually benda nie dah jadi semakin serabut disebabkan beberapa bukti dan komen yang berlainan dari pelbagai penyiasat antarabangsa. kalau anda masih ingat, ada video dari youtube yang memaparkan kisah MH17: The Untold Story yang telah disebarkan dua minggu yang lepas. ia memaparkan bahawa ia mungkin ditembak dari pesawat lain dan bukannya dari peluru berpandu BUK. kalau ada masa, anda boleh tonton video di bawah nie.
Apa yang menarik perhatian saya ialah Peter Haisenko, bekas pilot dari German meneliti gambar-gambar bangkai MH 17 di mana ada kesan tembakan peluru yang menyebabkan satu lubang yang besar di bahagian kokpit kapal terbang dan mungkin peluru tersebut terkena pada perut pilot. dan saya tertanya-tanya, adakah jenazah pilot yang dibawa balik sempurna atau tidak? ada kesan ditembak ataupun tidak?
Ada juga penjelasan dari Ivan Andrievsky, Vice President, Russion Union of Engineers mengatakan jika Peluru Berpandu BUK digunakan, seharusnya penduduk tempatan boleh mengesan saki baki jejak wap asap peluru yang dilancarkan oleh BUK kerana kesan asap peluru BUK sepatutnya akan hilang selepas 5 minit dari pelancaran. ia meninggalkan kesan yang lama dan boleh dilihat oleh sesiapa yang berdekatan di sana. tapi, tiada seorang pun penduduk tempatan yang melihat kesan kepulan asap tersebut.
Gambar-gambar tersebut saya ambil dari video tersebut. ini adalah hasil illustrasi kemungkinan kapal terbang MH17 itu berkecai menjadi empat bahagian. saya tak boleh bayangkan bagaimana perasaan mangsa-mangsa yang terlibat dalam kejadian ini. innalillah.
lovenota : Semoga kes ini dapat diselesaikan dengan cepat. insyaAllah.
Dah tak sanggup nak baca tentang kes ini lagi.
ReplyDeleteMereka yg bertanggungjawab mungkin boleh terlepas di mahkamah dunia, tapi tidak di mahkamah Dia.. hidup bukan di dunia ini saja..
baru je lepas dgr berita TV3 berkaitan isu ini. Doa dan harapan agar mereka yg terlibat di beri hukman yang setimpal
ReplyDeleteSesungguhnya Allah lebih mengetahui.
ReplyDeletebaru tengok gamba ni kat group whatsapp..
ReplyDeletesmoga kes ni selesai dengan cepat.. amin..
Allah sebaik2 perancangan :)
Semakin rumit kes ni..moga dapat diselelsaikan dengan segera..kesian mangsa2 nahas mesti tak tenang kat sna.. :(
ReplyDeletehmmmm. kesian diorang, keluarga mangsa... lagi2 MH370... aduhai.. apa nak jadi dengan dunia ni
ReplyDeleteSemua pakat menuding jari antara satu sama lain. Alfatihah dan takziah untuk mangsa dan keluarga yang terlibat.
ReplyDeleteAdoyaiii...feniiin.
ReplyDeleteBanyak betul untold story ni.
Banyak cerita yang berbeza..