Pelajar SPM 2014 di Sekolah Menengah Sains Tapah (SESTA) membuat Sujud Syukur sejurus habis peperiksaan SPM iaitu Biologi Kertas 3 petang tadi di dalam dewan peperiksaan.
Pelajar Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) sujud syukur selepas peperiksaan SPM tamat
Pengertian sujud syukur:
Jika hajat kita telah tercapai, maka hendaklah menzahirkan rasa penghargaan kita terhadap ALLAH SWT melalui sujud syukur. Sujud syukur bermaksud sujud yang dilakukan kerana mensyukuri nikmat ALLAH SWT. Sujud syukur ini disunatkan kepada seseorang yang terlepas dari bahaya atau orang yang mendapat nikmat dari ALLAH SWT.
Abi Bakrah meriwayatkan "bahawa Nabi Saw apabila datang kepadanya sesuatu yang menggembirakan atau khabar suka, baginda terus sujud berterima kasih kepada ALLAH" (Riwayat Abu Dawud & Tarmizi)
Firman ALLAH SWT:
"Dan (ingatlah juga), ketika Tuhanmu memaklumkan: "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih" (Surah Ibrahim 14:7)
sungguh elok didikan agama di sekolah tersebut. syabas kepada para guru, ustaz dan ustazah yang mendidikan mereka semua. semoga pelajar-pelajar ini dirahmati Allah SWT dan cemerlang dalam SPM 2014
jangan buruk sangka. fikir yang positif. mereka bukan riak, mereka tidak diminta untuk upload ke media sosial. yang tangkap gambar ini mungkin guru-guru yang menjadi Pengawas SPM di sekolah tersebut.
lagi elok buat sujud syukur daripada melalak-lalak di dalam dewan peperiksaan menjerit MERDEKA banyak kali, main lari kejar-kejar baling tepung, conteng baju sekolah penuh dengan tandangan kawan-kawan, buat vandalism sepak meja kerusi. huhu.
ini adalah satu perkembangan yang baik dalam syiar Islam. mohon teruskan wahai warga penegak ISLAM!
lovenota : hendaklah kita sentiasa syukur kepada Allah SWT
Alhamdulillah...contoh yang baik untuk adik2 yg ambil keputusan UPSR hari ini...^_^
ReplyDeleteAlhamdulillah. Moga keputusan terbaik bakal jadi milik mereka :)
ReplyDeleteAlhamdulillah. bagusnya mereka ni~
ReplyDeletealhamdulillah, dah selesai semuanya
ReplyDeletelepas ni tunggu result jer
Alhamdulillah :) semoga mereka semua beroleh keputusan yang cemerlang :)
ReplyDeletewah, bagusnya :D ada yang saya dengar, lepas habis paper Add Maths, terus dibakar kertas tu beramai-ramai. lol. tapi ni kes yang dah lama dah.. masa saya spm dl
ReplyDeleteBetul. Bukan riak.
ReplyDeleteTerharu saya tengok.
Rasa apa yang mereka rasa..Dulu saya SMAPK. Kami tak lah sujud syukur, tapi kami amalkan baca Yaasin everytime sebelum start paper.
bagusla, semoga ramai yang dapat keputusan cemerlang nanti. mudah-mudahan.
ReplyDeleteAlhamdulillah. IM pun ingat nak post benda ni. Rasa terharu tengok apa yg student semua ni buat.
ReplyDeletebagus.. mudah mudahan result keluar dengan cemerlang :D
ReplyDeleteAlhamdullilah.
ReplyDeletealhamdulilah. semoga mereka cemerlang :)
ReplyDeleteamin . .
ReplyDeletealhamdulillah..
ReplyDeleteSubhanaAllah ... Smoga dijdikan cntoh untuk plajar lain !! :D
ReplyDeleteDiaorang tak main bling tepung tpi diorang sjud syukur ..
MasyaALLAH :)
Alhmdullilah... smoga dpt kptsn yg cemerlang... untuk adik ayu jugak
ReplyDeletesejuk mata memandang :)
ReplyDelete