Saturday, November 08, 2014

Perkenalkan Semula Hukuman Merotan di Sekolah



Hukuman merotan harus diperkenalkan semula di sekolah. kenapa? cuba tanya mak ayah datuk nenek kita, macam mana sekolah mereka pada zaman dahulu. semuanya DIROTAN! kalau buat salah, memang akan diberi hukuman. 

Abah saya pernah bercerita, semasa dia remaja dulu, abah jenis yang suka mencuba sesuatu benda tanpa mengharapkan bantuan orang lain. pada masa itu, dia nak belajar bawa kereta arwah Tok Wan. so, dia pun cuba la start enjin kereta. tiba-tiba masuk gear reverse pulak tu, terlanggar la batang pokok kelapa di belakang. bila arwah Tok Wan dapat tahu *arwah Tok Wan berkhidmat sebagai polis ketika itu dan sangat garang*, dia memang naik marah lalu mengikat abah di pokok kelapa yang masa tu memang ada kerengga yang lalu lalang. tak boleh bayangkan rasa sakitnya digigit kerengga pada masa itu. kita yang digigit seekor pun dah rasa sakit, apatah yang berpuluh-puluh ekor. itu cara didikan arwah Tok Wan dulu. saya dengar pun naik takut..seram..huhu



Saya sendiri pernah merasa rotan-rotan di pada waktu persekolahan. bukan sekolah je, abah saya pun merotan saya jugak sebab selalu dapat 'bunga merah' pada report card. dah 'dapat' di sekolah, 'dapat extra' di rumah. apa, ingat guru seperti saya nie tak pernah kena rotan? anda silap! rotan tu juga yang telah banyak mendidik saya sehingga jadi seorang yang berjaya kini. sebab saya dulu pemalas dan nakal, kekeke. saya kadang-kadang tu memang malas buat kerja sekolah. 


Saya ingat lagi, cikgu sejarah saya semasa tingkatan 1, Cikgu Rosli namanya. walaupun dia mengajar best, seronok, ada sense of humour, kalau tak siap kerja sekolah dia, habis dirembatnya budak tu. saya terlupa nak siapkan, kena la rotan kat tangan sedas-dua. masa tu, saya assume cikgu rotan perlahan kot, sebab perempuan kan? tapi bila dapat, bukannya perlahan, sama kuat dengan lelaki. sakit woo..huuuu. 


Saya juga pernah didenda berdiri di luar kelas kerana tidak menyiapkan kerja matematik semasa di sekolah rendah. perasaan malu tu, hanya Allah swt je yang tahu. kita pelajar perempuan, lebih malu berbanding pelajar lelaki. tetapi, saya redha jela masa tu..hehe.


Menurut laporan jawatankuasa kabinet yang mengkaji perlaksanaan dasar pelajaran, hukuman rotan boleh didefinisikan sebagai perihal menghukum dengan menggunakan sebuah rotan bagi kesalahan serius. Kemelut ini sering dipaparkan di dada-dada akhbar ibarat barah yang menular di dalam badan. Oleh itu, pelbagai usaha telah dilakukan bagi membendung masalah ini. Ada yang mengesyorkan supaya hukuman rotan diwujudkan semula.


Turut dikongsikan di sini, bentuk-bentuk hukuman yang dilarang berdasarkan maklumat terkini dari Unit Disiplin KPM iaitu :

Hukuman terhadap fizikal
  • Berdiri lama di tengah panas
  • Lari keliling padang
  • Berdiri lama dalam/luar bilik darjah
  • Memukul diri sendiri/sesama sendiri
  • Berdiri di atas kerusi / meja
  • Menarik rambut / tarik telinga
  • Belasah dengan alat seperti tali pinggang atau pembaris.
  • Junjung kerusi atau buku
  • Cubit
  • Enjut/ketuk ketampi
  • Ketuk/ sekel kepala

Hukuman terhadap mental dan emosi
  • Gunting rambut
  • Berdiri membuat latihan
  • Berleter
  • Gantung tulisan dibadan
  • Memalukan di khalayak ramai
  • Kelas tahanan pada waktu rehat
  • Memaki hamun
  • Conteng muka dengan kapur
  • Koyak buku latihan
  • Mengugut atau menggertak murid
  • Tidak menanda buku latihan
  • Tidak menghiraukan murid

Saya menyokong supaya hukuman rotan ini diwujudkan semula. ini tidak bermaksud bahawa guru-guru boleh merotan pelajar sesuka hati. ianya harus berlandaskan kepada kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh pelajar tersebut sama ada kesalahan kecil atau kesalahan besar dan serius. bukan main sesahh je!


Saya juga tahu para ibu bapa lazimnya amat bimbang berikutan hukuman rotan ini yang mungkin akan memberi kesan kepada perkembangan moral dan mental anak-anak mereka. mungkin ada juga ibu bapa yang menganggap dan mengatakan bahawa hukuman rotan di sekolah diklasifikasikan sebagai dera secara terbuka, bukan tujuan mendidik. itu adalah salah sama sekali. dera itu membawa maksud merotan atau mencederakan tubuh beberapa kali. bagi rotan di sekolah pula, selalunya hanya diberi sekali sahaja. Masalah ini timbul kerana mentaliti segelintir masyarakat yang tidak faham dan sering menyalahkan guru walaupun guru menggunakan rotan untuk mendisplinkan sikap murid di sekolah dan bertujuan untuk membendung salah laku displin kembali berulang.


Saya juga faham ibu bapa takut jika anak-anak mereka didera sehingga meninggalkan kesan parut dan lebam di bahagian badan. sebenarnya, guru tidak boleh merotan sehingga meninggalkan kesan. sepatutnya, guru harus merotan dengan menggunakan teknik yang betul dan tidak mencacatkan anggota badan pelajar dapat memberi tekanan mental dan fizikal ke atas pelajar-pelajar sekolah. jika ia meninggalkan kesan terhadap pelajar tersebut, dipersilakan ibu bapa untuk saman guru tersebut. hehe. merotan sebenarnya tidak sampai mencederakan, cuma sekadar mengajar.



Nilai moral dan sahsiah diri dalam kalangan generasi muda, iaitu Generasi Y ketika ini semakin rendah dan merosot. Tahap disiplin pelajar pada masa kini semakin membimbangkan. kebanyakan sekolah pada zaman kini, isu pelajar tidak berdisiplin sudah semakin menjadi-jadi dan sering diperkatakan di dada akhbar, seperti kes buli singlet hitam baru-baru ini, kes mencuri, ponteng kelas, kes merokok, kes bergaduh, kes pukul guru dan sebagainya. 


Ibu bapa hari ini pula terlalu melindungi anak mereka. Dulu, kalau guru denda atau rotan pelajar, tak ada yang berani beritahu ibu bapa, takut dipersalahkan kembali. Tetapi, kini, anak pantang disentuh. pelajar mesti mengadu kepada ibu bapa jika guru menyentuhnya walaupun sedikit. sekarang, menjeling pada pelajar pun tidak boleh. ibu bapa sekarang sudah berani untuk mengeluarkan saman kepada guru, hanya kerana kesalahan mencubit pelajar sahaja. Ibu bapa seharusnya tidak cepat melatah dan terburu-buru membantah pelaksanaan hukuman ini sebaliknya menilainya dari sudut yang positif. Namun, para guru diingatkan untuk bertindak secara bijak agar tidak menyalahgunakan hukuman rotan ini dan bertepatan dengan tujuan pelaksanaannya.



Semalam, rakan perguruan saya dimaki, diherdik dan dipukul di lengan oleh seorang pelajar kelasnya. perasaan malu terbit dari hati seorang guru yang ikhlas ingin membantu anak-anak muridnya menempuhi kejayaan hidup. tetapi, inilah akibat yang guru tersebut dapat.


Semua yang berlaku adalah kesan daripada Surat Pekeliling Ikhtisas bil. 7/2003, hanya Guru Besar yang dibenarkan melaksanakan hukuman rotan kepada murid yang melakukan kesalahan tertentu. Oleh itu, setiap salah laku murid perlu dirujuk kepada Guru Besar sebelum sebarang hukuman diberikan. Guru biasa tidak dibenarkan menjatuhkan hukuman rotan kepada murid yang melakukan sebarang kesalahan. disebabkan itu, pelajar sudah tidak takut dan tidak hormat pada guru biasa, malah mampu mencederakan guru, merosakkan harta benda guru, seperti mencalarkan kereta guru sudah sinonim dengan mana-mana sekolah di Malaysia. 


Jika kita melihat dari sudut yang positif, hukuman rotan ini memberikan impak yang besar kepada keseluruhan pelajar di sekolah tersebut. hukuman rotan ini memang penting untuk menjinakkan pelajar yang degil dan keras kepala. Hal ini kerana tidak dapat dinafikan bahawa terdapat pelajar yang jahat dan nakal, malah tidak mempedulikan teguran atau nasihat guru


Pelajar tersebut wajar dirotan kerana tindakan ini akan menyebabkan mereka berasa malu dan takut serta serik untuk mengulangi perbuatan yang melanggar peraturan sekolah dan malu untuk berinteraksi dengan rakan-rakan mereka selepas mereka disebat di khalayak ramai. Bak kata pepatah "mencontengkan arang di muka sendiri". bagi pelajar-pelajar lain, mereka yang melihat juga akan merenung dan melakukan muhasabah diri. Oleh itu, dengan adanya keinsafan dalam diri para pelajar, mereka tidak akan melanggar peraturan sekolah dan ini dapat mengurangkan kes disiplin di sekolah bak kata pepatah "pencegahan itu lebih baik dari rawatan". 


Hukuman rotan juga dilihat mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih selesa dan selamat. kebanyakan kelas yang lemah cenderung membuat bising semasa pembelajaran berlaku. Saya sendiri menggunakan rotan untuk mengawal kelas terutama kelas yang lemah. tetapi, saya hanya menggunakan rotan sebagai modal untuk menjadikan pelajar tersebut takut dan senyap semasa pembelajaran berlaku, bukan untuk merotan. maka, sesi pembelajaran akan menjadi lebih kondusif dan efektif malah para pelajar dapat belajar secara tenang. 


Tujuan merotan adalah untuk mendisiplinkan pelajar bagi membentuk sahsiah diri yang sempurna. Ini termasuklah kesempurnaan moral dan etika. Memukul pelajar dengan tujuan hendak mengubah perangai mereka menjadi baik berlainan daripada penderaan kanak-kanak bagi tujuan mendisiplinkan mereka. merotan sebenarnya tidak terlalu teruk dan tidak mencederakan anggota pelajar walaupun mereka akan berasa pedih dan sakit dalam tempoh masa yang singkat sahaja. Ia cuma bertujuan bagi menyatakan hukuman yang diberikan adalah kerana kesalahan yang sudah beberapa kali dinasihati dan diberi amaran. 

*entry ini adalah pendapat saya dan beberapa fakta dari internet. hormati pandangan saya dan segala pandangan anda, saya juga akan hormati*


lovenota : pelajar takut dengan saya kerana dua faktor, garang dan rotan. 

19 comments:

  1. Actually nak merotan ni takde salahnya. Tapi, ada cara dia. Bintang dulu pun ada pengalaman sendiri.. Sakit memang sakit, tapi sakit tu lah yg membuatkan kita berjaya. Takde guru yang benci murid.. Murid je yg tak suka guru..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Sy sbg guru xde rse benci sekumat pun pd ank murid. Kita mrh rotan sbb nk bg diorg bdisiplin. Xde sorg yg kite xsuka. Budak je yg xsuka kita..huhu

      Delete
  2. kalau dah sampai kena maki, herdik and pukul oleh murid tu, rakan guru cik balqis tak wajar berdiam diri. itu dah macam bagi muka, sebab tu anak murid naik kepala.

    memang wajar rotan dikembalikan kepada guru. guru tanpa rotan berjalan ke hulu hilir seakan tidak memberi sebarang impak maksima kepada anak murid yg nakal. ironinya, setiap zaman akan ada anak murid macam ni jadi kenapa cara pencegahan kita semakin lama semakin teruk? tak faham.. ~.~'

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nk repot polis pn xgua. Sbb xde kesan berdarah pn. Cuma guru tu jdi malu sbb kne mrh di depan smua pljr kelas tu. Jatuhnya maruah seorang guru disbbkn seorang pljr tu

      Delete
  3. Kalau tak diajar dgn rotan, tak tahu reti hormat sampai boleh maki hamun dgn cikgu sendiri. Sedih betol..

    ReplyDelete
  4. saya sokong jer..bagus buat macam nih..tp skg nih susah la..kena sikit jer..mak bapak yang datang sekolah maki cikgu..naik kepala la budak kalau mcm nih kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Btl tu. Sy rnh nmpk dpn mata parents dtg mrh pentadbir sbb anak die kne gantung sekolah atas kesalahan rambut berfesyen berulang kali. Dia yg xreti ajar ank..nk ajar pihak sekolah. Sakit kple lyn parents mcm tu.

      Delete
  5. Setuju jugak hukuman rotan diwujudkan semula..teringat zaman sekolah dulu..xsiap keeja sekolah cikgu buang buku dr atas ke bawah..berdiri atas kerusi satu kelas...woooo nostalgia...kerana semua tuhlah kita jd org skang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu! Dlu budak2 mmg tkut kt cikgu2. Yg buang buku dr tingkat ats tu mmg nostalgia.

      Delete
  6. setuju. rotan sbagai hukuman. bila teringat balik zaman kecik2 hingga sekola.. wajib la kene rotan.. haih kenangan.. :)
    bila tgok zaman skg byk sgt buli haih sdeh btl..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sbb budak zmn skrg xde spe brni nk 'ajar'. Dlu cikgu2 sllu 'ajar'. La nie xde dah

      Delete
  7. Wahhh kenr ikat kt pokok ng oenuh kerengga mmg tak dpt dbygkan...
    tgk la skg qis sbb tu la ank2 murid dah tak hormat ke guru.. dorg dah tak takott da...sbb tu la kalau nk jadi cikgu mmg kene kental jiwanye.. silap marah silao denda xpasal2 kene saman.. tak macam dulu.. ayu pon penah kene rotan.. berlari pusing padang sume... sume tu tok.pngajran.. tp.skg??

    ReplyDelete
  8. Budak sekarang ni makin kurang ajar. Mak bapak pun sayang anak tak bertempat. Ibarat depan mak bapak dorang ni pijak semut tak mati tapi kat belakang mak bapak perangai nauzubillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg tu mmg bsepah kt skola qis. Mnympah. Talam 2 muka.

      Delete
  9. Dulu kat skolah saya, smap kajang..ada public canning.
    Bapak dia x bagi cikgu rotan,
    Tapi die sendiri yang rotan depan semua pelajar.
    Tabah betul bapak dia:(

    ReplyDelete
  10. Sesuai sgt Qis di lantik jadi cikgu Disiplin sbb garang dan keduanya ROTAN!!!

    ReplyDelete
  11. Hukuman secara fizikal kebanyakkannya saya pernah rasa masa time sekolah dulu. Alhamdulillah, jadi 'orang' sekarang ni.

    ReplyDelete

komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)

Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®