Baru-baru ini beberapa orang dari Singapura (kod negara 65) telah melaporkan kempen SMS spam baru dengan mesej "Adakah ini gambar anda?" Dan URL tertentu. Anda pernah dapat mesej @ sms 'is this your photo?' seperti di bawah ini?
Ada beberapa pengguna facebook yang forwardkan mesej ini. memang sudah tersebar rasanya. cuma saya belum kena lagi. mesej @ sms tersebut juga ada dihantar sama ada melalui sms biasa di telefon bimbit anda.
Jika anda terima mesej tersebut, JANGAN TEKAN! itu adalah MALWARE! Malware adalah sejenis perisian yang dicipta khusus untuk merosakkan sistem komputer. Apabila URL itu diklik, perisian itu akan dimuat turun dan satu perisian Photo Grid akan dipasang.
Pernah nampak kan logo ini? ini adalah Photo Viewer. Aplikasi berkenaan akan cuba mendapatkan wang sebanyak mungkin daripada bilangan klik yang dilakukan pada iklan yang akan sentiasa muncul dalam aplikasi itu. Malware itu juga mempunyai mekanisme yang secara dinamik akan menghantar SMS spam kepada senarai kenalan penerima berdasarkan maklumat yang ada dalam peranti dan kad SIM. SMS itu berkemungkinan dimajukan oleh peranti seorang daripada kenalan anda yang sudah dijangkiti malware itu.
lovenota : ada dapat? delete terus!
Noted... Tq for sharing...
ReplyDeleteya. jgn klik...
ReplyDeleteMacam-macam sekarang ni kan..setakat ni belum pernah dapat lagi sms ni..FB tengah viral pasal benda ni..
ReplyDeletesetakat ni tak dapat lagi :)
ReplyDeletemenakutkan zaman skrg ni. hjung jari pun boleh merosakkan. belum tahu lagi apa yg akan dtg
ReplyDeletedelete terus ja kalau dapat sms macam ni.
ReplyDeleteakak pun dapat, bos yang bagi. nasib baik tak gatal tangan nak buka
ReplyDelete