Tuesday, December 30, 2014

Nahas Pesawat AirAsia QZ8501


Kronologi @ Peristiwa Nahas Pesawat AirAsia QZ8501

AHAD, 28 DISEMBER 2014 

11.00 AM : Pesawat AirAsia dari Surabaya ke Singapura hilang
Pesawat AirAsia Indonesia QZ 8501 dari Bandara Juanda Surabaya ke Singapura yang membawa 162 penumpang terputus hubungan pagi ini, menurut media Indonesia. Pesawat itu yang berlepas pada 5.20 pagi Waktu Indonesia Barat (WIB), dilaporkan hilang di ruang angkasa Pulau Kalimantan. pesawat berkenaan sepatutnya tiba di Singapura pada jam 8.30 pagi waktu tempatan.

Agensi Mencari dan Menyelamat Republik Indonesia pula menyatakan ia menerima laporan bahawa pesawat Airbus dengan nombor pendaftaran PK-AXC itu terputus hubungan pada jam 6.17 pagi (7.17 pagi waktu Malaysia) ketika berada di ruang udara di Teluk Kumai, Kalimantan TengahMenurut Staf Khusus, Kementerian Perhubungan Indonesia, Hadi Mustofa, faktor cuaca buruk antara kemungkinan jangkaan awal kehilangan pesawat AirAsia itu.




1.29 PM : Juruterbang AirAsia lapor elak awan tebal, komunikasi terakhir sebelum hilang
Pegawai Perhubungan Udara Indonesia, Joko Murdjatmojo menyatakan juruterbang pesawat sempat melakukan komunikasi terakhir dengan Pengawal Trafik Udara (ATC) di Bandara Soekarno-Hatta pada jam 6.12 pagi waktu Indonesia.

"Saat itu pesawat melaporkan akan menghindari awan dengan berbelok ke arah kiri. Saat itu pesawat terbang dengan ketinggian 32,000 kaki dengan arah 320 atau ke Barat Daya. "Pada jam 6.17 pagi, pesawat hilang hubungan dan pada jam 6.18 pagi yang terlihat hanya 'flight plan' atau rencana penerbangan," katanya,



1.24 PM : Dipercayai hilang di Teluk Pandan
Majoriti penumpang dan anak kapal pesawat Air Asia yang hilang dalam pantauan radar di sekitar Laut Jawa awal pagi ini kebanyakkannya berasal dari negara Indonesia. Pesawat itu membawa 149 penumpang warga Indonesia manakala selebihnya adalah penumpang warga asing termasuk seorang dari Malaysia dan pembantu juruterbang dari negara Perancis yang bernama Remi Emmanuel Plesel. 

Berdasarkan senarai nama penumpang dan anak kapal yang diperoleh dari pihak Lapangan Terbang Juanda, Surabaya, warga asing yang dipercayai menaiki pesawai itu adalah sebanyak tiga orang iaitu masing-masing seorang dari Singapura, Malaysia dan Jerman.

Data senarai anak kapal pesawat itu adalah:

Kapten pesawat/Juruterbang: Iriyanto (Indonesia)
Pembantu juruterbang: Remi Emmanuel Plesel (Perancis)
Atendan kanan pesawat: Wanti Setiawati
Pramugari dan pramugara: Khairunisa Haidar Fauzi, Oscar Desano, Wismoyo Ari Prambudi
Jurutera pesawat: Saiful Rakhmad
155 penumpang - 138 dewasa, 16 kanak-kanak dan seorang bayi.

2.24 PM : 5 kapal dikerah cari pesawat AirAsia QZ8501
Lima kapal digerakkan mencari pesawat di perairan antara Tanjung Pandan dan Pontianak, menurut Ketua Operasi SAR Bangka Belitung.

2.39PM : Kementerian Perhubungan Indonesia keluarkan senarai 155 penumpang 
Dalam daftar itu, terdapat 155 penumpang dalam penerbangan pesawat itu namun 23 penumpang yang lain membatalkan perjalanannya. Senarai penuh nama penumpang pesawat AirAsia QZ8501 seperti berikut:






3:01 PM : Juruterbang tukar haluan ke kiri elak awan tebal
Juruterbang pesawat AirAsia dikatakan sempat membelok ke kiri laluannya untuk menghindari awan tebal pada jam 6.17 pagi waktu Indonesia, seminit sebelum hilang dari radar. Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika Indonesia, terdapat awan tebal jenis 'cumulonimbus' di sekitar laluan pesawat. Awan cumulonimbus terbentuk hasil dari ketidakstabilan atmosfera yang menghasilkan petir.

3:11 PM : Tentera Singapura siap sedia sertai misi SAR
Menteri Pertahanan Singapura, Ng Eng Hen dalam laman Facebooknya yang dipetik The Straits Times melaporkan bahawa pihaknya menyiapkan pesawat Hercules C130 dan kapal milik angkatan tentera laut untuk operasi SAR.

3:34 PM : Amat sedih atas insiden kehilangan pesawat - Najib



3:57 PM : CEO AirAsia minta syarikat kekal tabah
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia, Tony Fernandes mahu anak syarikat itu kekal tabah berikutan kehilangan pesawat QZ8501 pagi tadi. Menerusi laman sosial Twitternya, beliau berkata satu kenyataan mengenainya akan dikeluarkan dalam tempoh terdekat.



5:05 PM : Pasukan SAR bimbang cuaca buruk halang operasi
Ketua NASARNAS Bangka Belitung, Jhoni Supriadi, di Pangkalpinang berkata ombak besar sehingga dua meter memperlahankan pergerakan kapal pasukan mencari pesawat berkenaan. dalam keadaan cuaca normal pun ia memerlukan masa kira-kira empat jam untuk sampai ke lokasi berkenaan dan menjangkakan dalam keadaan cuaca buruk sekarang perjalanan akan mengambil masa sehingga lapan jamPesawat Airbus A320 itu dipercayai berada di perairan Belitung pada koordinat 03.22.46 Selatan dan 108.50.07 Timur ketika ia hilang hubungan.

5:09 PM : Malaysia kerah 3 kapal, 1 C-130 ke perairan Belitung
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Liow Tiong Lai, mengumumkan empat aset ketenteraan milik Malaysia iaitu tiga kapal milik TLDM dan sebuah pesawat TUDM C-130 Hercules sudah digerakkan ke perairan Belitung.


7:26 PM : Aset Malaysia berlepas malam ini - Hishammuddin
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein, berkata 3 aset itu adalah KD Pahang, KD Lekir dan KD Lekiu serta sebuah helikopter jenis Fennec. Katanya, pesawat C-130 Hercules TUDM juga akan dikerah membantu Indonesia dalam operasi SAR.

8:16 PM : QZ8501 rekod 13,600 penerbangan, 23,000 jam - pengeluar pesawat Airbus 
Syarikat yang beribu pejabat di Toulouse, Perancis itu menyatakan, pesawat A320-200 berkenaan yang mampu membawa 180 penumpang, diserah kepada syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia pada Oktober 2008. Ia didaftarkan sebagai PK-AXC dengan MSN (Nombor Siri Pengeluar) 3648 dan beroperasi mengikut servis berjadual.

A320-200; adalah pesawat dua enjin satu lorong. Pesawat jenis A320 ini memulakan perkhidmatannya pada Mac 1988. Menjelang akhir November 2014, lebih 6,000 pesawat jenis ini digunakan lebih 300 syarikat penerbangan.

11:35 PM : Kapten kapal lihat pesawat terbang rendah dekat Pulau Lingga
Kapten sebuah kapal, KM Bahari Maju, mendakwa melihat pesawat merah terbang rendah di perairan Pulau Lingga, hari ini. Menurut laporan Metrotvnews.com, perkara itu dimaklumkan petugas pusat komunikasi SAR Daerah Bangka-Belitung selepas menerima maklumat itu menerusi kapten kapal terbabit, Fariawan.

Pesawat berkenaan dilihat terbang rendah pada jam 8.00 pagi waktu Indonesia Barat (WIB) ketika KM Bahari Maju berada pada kedudukan koordinat 00'17'202 S dan 105'40'422 E. "Kita tadi menerima informasi dari KM Bahari Maju yang melihat pesawat berwarna merah terbang rendah di Timur Pulau Lingga, Kepulauan Riau," kata petugas berkenaan, Febby Imam Saputra.

ISNIN, 29 DISEMBER 2014

11:04 AM : QZ8501 berkemungkinan besar di dasar laut 
"Berdasarkan koordinat yang dikemukakan dan penilaian, lokasi terhempas adalah dalam laut, kesimpulannya ialah pesawat berada di dasar laut. Itu adalah andaian awal dan ia boleh dibangunkan berdasarkan penilaian hasil carian kami," kata Ketua BASARNAS Indonesia, Bambang Soelistyo.

Sementara itu, Bambang berkata Badan Pengkajian dan Penerapan Teknologi (BPPT) turut dikerah ke lokasi pencarian. Beliau menjelaskan, BPPT mempunyai teknologi sonar yang dapat mengesan kehadiran logam jika pesawat QZ8501 ada di bawah laut"Mereka punya sistem sonar, boleh mengesan pada kedalaman sekitar 1000 hingga 2000 meter," kata Bambang.

12:31 PM : Misi SAR Malaysia seluas 11,400 batu nautika sekitar Pulau Belitung 
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata Malaysia juga bersedia untuk menghantar bantuan tambahan sekiranya diperlukan oleh kerajaan Indonesia bagi operasi SAR terbabit. "Setakat ini enam aset, iaitu masing-masing tiga pesawat dan kapal milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sudah dihantar ke lokasi pencarian," katanya.


SELASA, 30 DISEMBER 2014 

11:50 AM : Pelan penerbangan QZ8501 berbahaya - Pakar Australia
SYDNEY: Pakar penerbangan Australia berkata, kesilapan manusia membawa kepada kehilangan pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 selepas juruterbang membawa pesawat itu ke dalam zon bahaya yang diketahui di ruang udara Laut Jawa.

Neil Hansford berkata, kapten warga Indonesia atau pembantu juruterbang warga Perancis pesawat itulah yang merancang "pelan penerbangan berbahaya" itu. Beliau berkata, juruterbang senior akan mengelak melalui kawasan berkenaan di mana pesawat dipercayai akan terhempas dan tidak boleh terbang melaluinya. "Mereka memanggilnya 'kilang ribut petir'. Anda merancang untuk mengelaknya, anda tidak merancang untuk melaluinya," kata Hansford kepada Nine Network.

Beliau berkata, sesiapa yang merancang penerbangan itu telah membuat satu kesilapan besar"Kami tidak tahu sama ada ia pembantu juruterbang atau kapten sendiri...sama ada mereka membaca laporan meteorologi yang diberikan ketika di Surabaya. Bagaimana pula tahap komunikasi sesama mereka? Bahasa asas seorang itu ialah bahasa (Indonesia), bahasa seorang lagi pula Perancis," katanya. Hansford menyimpulkan bahawa nahas berkenaan sebagai kesilapan juruterbang. "Saya sudah katakan sebelum ini, ia bukan masalah teknikal," katanya.

12:47 PM : Nelayan di Bangka dakwa temui serpihan, objek keras
Pangkalan Udara Bangka Belitung (Babel) melaporkan terdapat serpihan atau objek keras ditemui di perairan utara Bangka dan Pulau Tujuh namun belum dipastikan ia serpihan pesawat QZ8501 AirAsia Indonesia. Pegawai Babel, Adi Nugraha, berkata serpihan itu diperoleh berdasarkan maklumat daripada nelayan di Belinyu. "Nelayan berkenaan memberitahu, ada serpihan berukuran empat meter panjang dan satu meter lebar, warnanya merah dan putih kelabu... Banyak juga sampah," katanya.

1:41 PM : BASARNAS siasat laporan nelayan dengar dentuman
BASARNAS menyiasat laporan daripada nelayan yang mendengar dentuman kuat di laut di kawasan pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 dipercayai hilang.

2:41 PM : Objek dikesan terapung di laut
Serpihan seperti gelongsor kecemasan dan pintu pesawat serta objek lain dikesan terapung di laut semasa pencarian melalui udara. Jurugambar AFP yang berada dalam pesawat yang menyertai operasi mencari dan menyelamat itu berkata, beliau melihat objek seperti jaket dan rakit keselamatan serta tiub jingga terapung di laut.

Pegawai tentera udara Indonesia, Agus Dwi Putranto, memberitahu wartawan: "Kami mengesan kira-kira 10 objek besar dan banyak lagi objek kecil putih yang kami tidak dapat rakamkan. Kedudukannya ialah 10 kilometer dari lokasi pesawat berkenaan dikesan kali terakhir oleh radar."

Putranto menunjukkan 10 gambar objek seperti pintu pesawat, gelongsor kecemasan dan kotak empat segi. "Ia tidak begitu jelas...ia mungkin dinding pesawat atau pintu pesawat. Marilah kita berdoa agar objek berkenaan adalah apa yang kita cuba ketemukan," katanya.

OBJEK seperti serpihan pintu pesawat

OBJEK seperti gelongsor kecemasan

OBJEK seperti gelongsor kecemasan

3:28 PM : Serpihan dijumpai sah pesawat QZ8501
Ia disahkan oleh Ketua Pengarah Penerbangan Awam Indonesia, Djoko Murjatmodjo. "Buat masa ini ia boleh disahkan bahawa serpihan itu adalah pesawat AirAsia Indonesia dan Menteri Pengangkutan akan berlepas ke Pangkalan Bun tidak lama lagi," katanya.

3:49 PM : Anggota SAR temui mayat membengkak terapung
Pembantu juruterbang Hercules C130 Indonesia mendakwa melihat objek seperti mayat manusia terapung di Selat Karimata di mana objek lain seperti pelampung dan serpihan pesawatLeftenan Satu Tri Wibowo berkata, pada awalnya beliau melihat objek berkenaan seperti manusia yang sedang melambai-lambai ke arah pesawat, namun selepas didekati ia menyerupai jasad manusia yang sudah membengkak. 



4:08 PM : Mayat ditemui dibawa menaiki kapal tentera laut Indonesia
BASARNAS Indonesia dikerah untuk memindahkan jasad penumpang yang dikesan jatuh di Selat Karimata. Beberapa jenazah dilaporkan ditemui di lokasi sekitar 190 kilometer arah barat daya Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah. Anggota penyelamat ketika ini mula memindahkan jasad yang ditemui untuk dibawa ke Pangkalan Bun yang dijadikan pusat operasi sementara. Kapal Perang KRi Bung Tomo sudah berada di lokasi untuk mengambil mayat yang ditemui serta serpihan yang sebelum ini dikesan di lokasi berdekatan. Jarak mayat yang terapung berada di sekitar 10 kilometer dari KRI Bung Tomo ketika ini.

4.22 PM : Jasad pertama ditemui
BASARNAS menemui satu mayat di Selat Karimata. Proses pemindahan menggunakan heli Super Puma sedang berlangsung. Dari tayangan tvOne, mayat ditemui terumbang-ambing di Selat Karimata, sekitar jam 3.40 petang tadi, tidak jauh dari penemuan serpihan bahagian pesawat. Mayat itu dikenalpasti berpakaian hitam. Kerja menyelamat dilakukan seorang kakitangan BASARNAS yang turun menggunakan seutas tali. Usaha menyelamat sukar berikutan angin kuat.



4:23 PM : Pangkalan Bun pusat pengumpulan serpihan pesawat, jasad
Badan SAR BASARNAS menetapkan Pangkalan Bun, Kota Waringin, Kalimantan Tengah sebagai pusat pengumpulan serpihan pesawat dan jasad mangsa sebagai pusat identifikasi mangsa. "Lokasi Pangkalan Bun dekat dengan lokasi penemuan serpihan pesawat," katanya.




4.31 PM : 21 penyelam ke lokasi
Menurut Ketua BASARNAS Marshal Madya FHB Soelistyo, pihaknya mempersiapkan 10 penyelam tempatan dan 11 pakar selam dari Tentara Nasional Indonesia Angkatan Laut (TNI-AL). “Kedalaman laut di lokasi penemuan serpihan dan jenazah dianggarkan antara 25 hingga 30 meter dan ia masih boleh dicapai penyelam,” katanya. Begitupun, BASARNAS menyediakan peralatan untuk penyelam ke dasar laut sekiranya diperlukan. 

4:41 PM : Pasukan SAR lihat bayangan pesawat dalam laut
Ketua BASARNAS Laksamana Madya TNI, Henry Bambang Soelistyo, berkata pasukan SAR kini ke lokasi itu untuk menyiasat. "Jam 12.50 waktu tempatan, pesawat TNI menemui objek yang menggambarkan seperti bayangan pesawat di dalam laut," katanya. Beliau berkata, ketika ini pasukan SAR sedang melakukan penyiasatan dan memindahkan objek yang dipercayai milik pesawat QZ8501.

5:26 PM : ‘Pecah sebaik sentuh air’
Pemerhati penerbangan, Alvin Lie ketika menganalisis penemuan serpihan dan jasad berkata, maklumat yang diterima membawa kemungkinan pesawat itu terjatuh dan pecah apabila menyentuh airAnalisis Alvin itu masih bersifat telahan, namun beliau turut mengatakan bahawa ada kemungkinan kecil pesawat terbabit meletup di udara“Kalau meletup di udara pasti serpihannya merebak," ujarnya.

Pasukan gabungan carian AirAsia mencari serpihan pesawat dan enam jenazah di perairan Pangkalan Bun. Tiga dari enam jenazah dipindahkan menggunakan KRI Bung Tomo. Selain penemuan itu, pesawat Hercules Tentera Nasional Indonesia Angkatan Udara (TNI AU) mencari objek yang menggambarkan bayangan pesawat di dalam laut.


PETUGAS BASARNAS membawa beg yang digunakan untuk mengisi jasad mangsa.

5.52 PM : Lebih 40 mayat dibawa keluar dari laut - Tentera Laut Indonesia
Jurucakap tentera laut, Manahan Simorangkir berkata angka ini sedang meningkat. "Berdasarkan kepada radio tentera laut, dilaporkan bahawa kapal perang Bung Tomo telah membawa keluar 40 mayat dan jumlah itu semakin meningkat. Mereka sangat sibuk sekarang, " kata Simorangkir.

6:54 PM : Tentera Indonesia jumpa kargo
"Kami menjumpai serpihan dan kargo yang masih utuh dalam kondisi 65 peratus," kata Pembantu Juruterbang pesawat Hercules TNI AU Lettu Jalang di Halim Perdanakusumah, Jakarta Timur. Lettu menemui serpihan berkenaan di antara perairan Ketapang dan perairan Pelabuhan Bun. "Kargo itu masih lengkap dengan jaring net kargo ditemui di kedudukan kira-kira 100 meter dari titik pencarian awal," katanya. Katanya, ketika penemuan kargo itu cuaca dan arus laut berada dalam keadaan baik.



9:11 PM : Isyarat telefon penumpang petunjuk lokasi pesawat QZ8501
Ketua Polis Republik Indonesia, Jenderal Pol Sutarman, berkata penemuan itu hasil daripada usaha pasukan SAR di lapangan terbang yang bekerjasama dengan pasukan teknologi maklumat untuk mencari isyarat telefon milik penumpang melalui stesen transmisi pangkalan (TBS). Sutarman berkata, selepas mengesan isyarat satu daripada nombor telefon penumpang, pihaknya segera mengerahkan kapal untuk ke titik koordinat isyarat berkenaan. "Saya tidak tahu adakah akan menemui isyaratnya di hujung Kalimantan," katanya.

Selepas penemuan itu, Sutarman berkata beliau segera meminta nombor telefon milik semua penumpang pesawat berkenaan. Beliau berkata, terdapat kemungkinan beberapa penumpang lupa mematikan talian telefon bimbit mereka sehingga isyarat telefon berkenaan dapat dikesan oleh BTS. "Itu adalah penemuan analisis IT kerana saya minta nombor telefon milik semua penumpang. Kerana telefon bimbit berkenaan dibawa terbang lalu dikesan oleh BTS," katanya.

9:56 PM : Hanya tiga mayat ditemui
Ketua BASARNAS, Bambang Soelistyo, berkata hanya tiga mayat yang ditemui dari kawasan pencarian selepas seorang pegawai lain menyatakan 40 mayat sudah ditemui. "Hari ini kami membawa keluar tiga mayat dan mereka berada dalam kapal perang Bung Tomo," katanya sambil menambah mayat yang ditemui ialah dua wanita dan satu lelaki.


Terdahulu, jurucakap tentera laut Indonesia, Manahan Simorangkir, memberitahu AFP bahawa berdasarkan komunikasi radio, sebuah kapal perang sudah menemui lebih 40 mayat. Namun kemudian beliau menyatakan laporan itu berpunca daripada kesilapan komunikasi antara anggotanya.


RABU, 31 DISEMBER 2014 



8:56 AM : Penyelam teruskan pencarian selepas serpihan, mayat ditemui
Tumpuan operasi SAR yang dikerahkan besar-besaran hari ini ini juga tertumpu kepada pencarian kotak hitam pesawat berkenaan. Pakar penerbangan percaya kotak hitam pesawat berkenaan mudah untuk dijumpai kerana pesawat hanya mungkin pecah apabila terkena air.

10:39 AM : Tiga lagi mayat dijumpai, salah satu berpakaian pramugari
"Pagi ini, ditemukan tiga jenazah, yakni dua lelaki dan seorang perempuan. Yang perempuan berpakaian pramugari," kata Ketua BASARNAS, F Henry Bambang Sulistyo. Dengan penemuan terbaharu itu, setakat ini enam mayat sudah dijumpai.

11:20 AM : Banyak lagi serpihan pesawat, barang penumpang ditemui
Kapal perang Indonesia, KRI Bung Tomo mengumpulkan sejumlah besar barangan peribadi milik mangsa, selain beberapa objek keras daripada bahagian pesawat. "Peralatan kecemasan bertulis AirAsia, dua pintu pesawat, satu unit tingkap kecemasan, beberapa beg berisi makanan dan kasut kanak-kanak serta kamera poket ditemui di kawasan perairan Pangkalan Bun," kata ketua operasi KRI Bung Tomo, Dispne Koarmatim. "Pada kedalaman 24 meter, alat sonar mengesan beberapa objek berselerakan dipercayai serpihan badan pesawat," katanya.


KOMANDER 1 Tentera Udara Operasi Indonesia, Marshall Dwi Castillo (kanan), menunjukkan sebuah beg ditemui terapung 


12:56 PM : Bangkai pesawat dikesan di dasar Laut Jawa
Anggota BASARNAS menggunakan peralatan sonar mengesan lokasi bangkai pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 di dasar Laut Jawa. Ketua BASARNAS Jawa Timur, M Hernanto, berkata buat masa ini pihaknya masih tidak dapat pastikan sama ada serpihan itu adalah satu bahagian atau sudah pecah.

1:37 PM: Kasut kanak-kanak antara yang ditemui
Sementara itu, pemerhati industri penerbangan, Chappy Hakim berkata, juruterbang dan pembantu juruterbang pesawat berkenaan dipercayai gagal mengeluarkan kod 'Mayday ... Mayday' atau isyarat bahaya dari pesawat berikutan situasi cemas. mereka mungkin sibuk mengatasi kerosakan komunikasi, radio dan hilang bekalan elektrik sebaik pesawat terputus hubungan dengan menara ATC. “Juruterbang tidak sempat mengeluarkan kod bahaya (Mayday...Mayday),” katanya. Bagaimanapun, bekas Ketua Anggota Tentara Nasional Indonesia Angkatan Udara itu enggan mengulas lanjut.

Mayday adalah kod tanda bahaya yang sering digunakan dalam dunia penerbangan. Perkataan itu berasal dari bahasa Perancis, M'aidez yang bermaksud tolong saya. 

2:43 PM : Mayat ke-7 ditemui
Pasukan BASARNAS menemui mayat ketujuh dipercayai mangsa nahas pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 di perairan Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah.

3:07 PM : Satu mayat ditemui dengan jaket keselamatan
Satu mayat yang ditemui lengkap dengan jaket keselamatan, menurut pegawai BASARNAS. "Pagi ini, kami menemui sejumlah empat mayat dan satu memakai jaket keselamatan," kata Timbalan Ketua Operasi BASARNAS, Tatang Zaenudin.


PASUKAN BASARNAS menurunkan satu daripada dua mayat mangsa di Pangkalan Bun, tengah Kalimantan.

4:08 PM : Identiti 3 mayat dikenal pasti  
Perkara itu dimaklumkan oleh komandan kapal perang Indonesia, KRI Bung Tomo, Kolonel Yayan. Mayat yang sudah dikenal pasti adalah:

1) Hayati Lutfiah berasal dari Tegalsari, Surabaya
2) Khairunisa Haidar Fauzi, pramugari
3) KKevin Alexander Soetjipto dari Malang

Sementara itu, Yayan berkata, dua daripada tujuh mayat berkenaan sudah diterbangkan ke Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah manakala empat lagi masih berada di dalam KRI Bung Tomo sementara satu lagi mayat sedang dibawa naik.



5:23 PM : Tiada mayat ditemui pakai jaket keselamatan - Ketua SAR


ANGGOTA TLDM menemui objek yang dipercayai dari pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 ketika operasi SAR di Laut Jawa.

Timbalan Ketua Operasi BASARNAS, Tatang Zaenuddin, berkata pasukannya menemui jasad seorang lelaki yang berada hampir dengan pelampung atau jaket keselamatan berkenaan. "Kita temui satu jasad, ada seorang lelaki dan jaket keselamatan. Ditemui dalam keadaan terpisah, jasad itu tidak memakai jaket," tegasnya. Beliau berkata, mayat lelaki berkenaan sudah dibawa menaiki kapal perang Indonesia, KRI Bun Tomo termasuk jaket keselamatan daripada AirAsia itu.

6:52PMANGGOTA tentera Indonesia mengusung dua keranda jenazah mangsa sebaik tiba di lapangan Terbang Juanda, Surabaya



 6:54 PM : KD Pahang temui 3 mayat di Laut Jawa - TLDM
Panglima Tentera Laut, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dalam akaun Twitternya berkata tiga mayat itu ditemui pada 4.30 petang. "Pada jam 1630, KD Pahang menjumpai tiga mayat terapung di laut di Sektor 1. Kapal sedang menaikkan mayat tersebut," katanya. Dengan penemuan itu, sudah 10 mayat mangsa pesawat berkenaan ditemui pasukan SAR.

9:30 PM : Dua mayat ditemui dalam keadaan sempurna


ANGGOTA TLDM menemui mayat mangsa ketika operasi SAR di Laut Jawa. 

Pemeriksaan awal forensik di Hospital Bhayangkara mendapati mayat seorang lelaki dan perempuan berada dalam keadaan sempurna, cukup sifat dan masih utuh. Ketua DVI Jawa Timur Komisioner Besar, Budiyono, berkata kedua-dua mayat itu bagaimanapun sudah berbau kerana mangsa telah meninggal dunia kira-kira tiga hari lepaskedua-dua mayat itu kini berada di Hospital Bhayangkara, kira-kira 40 kilometer dari Surabaya, untuk menjalani proses bedah siasat dan identifikasi.

"Maklumat lanjut mengenai identiti seperti umur dan sebagainya belum lagi boleh diperoleh kerana forensik baru menerima jenazah petang ini. Kami memerlukan waktu untuk mendapatkan identiti jenazah. Team kami sedang bekerja keras," katanya. Beliau berkata, pelbagai pakar lain dari bidang patologi, DNA, dan orthodonlogi (pergigian) turut terbabit dalam bedah siasat itu. Difahamkan kira-kira 20 doktor dan pakar bedah siasat bersiap sedia untuk menjalankan proses bedah siasat yang dijangka dimulakan secepat mungkin dan siap dalam tempoh 24 hingga 48 jam.

Dilaporkan, enam mayat, tiga lelaki dan tiga perempuan termasuk seorang kru penerbangan, masih lagi dalam proses untuk dibawa keluar oleh pasukan misi mencari dan menyelamat di Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah, kira-kira sejam penerbangan dari Surabaya. Cuaca buruk dengan ombak setinggi tiga meter menjejas operasi mencari.


KHAMIS, 1 JANUARY 2015

10:19 AM : Dua mayat nahas pesawat tiba di Pangkalan Bun


PASUKAN BASARNAS membawa dua jenazah mangsa nahas

Mayat dua mangsa yang dibawa oleh helikopter milik TNI tiba di Lapangan Terbang Iskandar, di sini, jam 8.30 pagi ini (waktu tempatan). Jenazah kemudian terus dihantar ke Rumah Sakit Imanuddin, untuk diuruskan sebelum diterbangkan ke Surabaya. Bagaimanapun, identiti dan jantinanya kedua-dua mayat masih belum dipastikan.

Sehingga kini, empat jenazah mangsa terdiri daripada seorang lelaki dan seorang perempuan ditempatkan di rumah sakit berkenaan manakala dua lagi masih belum diketahui jantinanya.

11:43 AM : Empat jenazah diterbangkan ke Surabaya
Semua jenazah berkenaan tiba di lapangan terbang itu jam 10.05 pagi waktu tempatan menggunakan empat ambulans yang ditempatkan di dalam keranda putih yang sudah diberi nombor. Kelihatan tulisan nombor 004, 003, 005, dan 006 ketika keranda dimasukkan dalam pesawat Hercules di pekarangan landasan dengan diangkat oleh anggota pasukan udara darat TNI serta Agensi BASARNAS.

Daripada empat jenazah itu, dua jenazah dijumpai malam tadi dan dibawa melalui Ppelabuhan Kumai. Dua jenazah lagi diterbangkan pagi tadi dari lokasi nahas menggunakan helikopter Bell.

1:56 PM : 4 jenazah selamat tiba di Surabaya


EMPAT keranda yang membawa jenazah diusung

Tepat jam 11.50 pagi waktu tempatan (12.50 waktu Malaysia), pesawat Hercules C130 milik TNI Angkatan Udara yang membawa empat jenazah selamat mendarat di Landasan Udara Angkatan Laut Juanda. Empat keranda berwarna putih itu masing-masing diletakkan nombor siri 003, 004, 005 dan 006 sebaik turun dari pesawat dengan nombor pendaftaran A-1320.

"Alhamdulillah, ketibaan empat jenazah mengikul jadual walaupun pada asalnya ia dijadualkan pada jam 9.00 pagi tadi," kata Gabenor wilayah Jatim, Soekarwo. Beliau berkata, sehingga kini pihaknya masih belum mendapat laporan lanjut mengenai jumlah jenazah yang akan tiba dari Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah.



1:18 PM : Ratusan anggota tentera, polis sambut empat jenazah di Surabaya
Empat kereta jenazah dan ratusan anggota perajurit TNI dan Polis Republik Indonesia (Polri) ditempatkan di Pangkalan Udara Angkatan Laut Juanda sempena majlis penerimaan jenazah penumpang AirAsia Indonesia QZ8501. Kesemua kenderaan jenazah itu didatangkan khas dari Garnisun, TNI Angkatan Laut, Marinir dan Pasukan Pengecaman Mangsa Bencana (DVI).

"Jangkaan awal, mereka akan mendarat di Pangkalan Operasi kira-kira 11.38 pagi waktu tempatan," kata Komandan Pusat Penerbangan Angkatan Laut Juanda, Laksamana Pertama Sigit Setianta. Sigit berkata, keempat-empat jenazah itu akan dibawa menggunakan Hercules C130 milik TNI Angkatan Laut dari Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah. Sambutan penerimaan jenazah akan dihadiri oleh Gabenor wilayah Jatim Soekarwo serta pegawai tertinggi TNI Jawa Timur.


POLIS Nasional Indonesia membawa beberapa serpihan besar bangkai Pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 di Pelabuhan Kumai Utara, Pangkalan Bun, Indonesia.


2:47 PM : KD Pahang temui mayat ke-7
Kapal TLDM, KD Pahang hari ini menemui satu lagi mayat menjadikan jumlah keseluruhan yang sudah ditemui sebanyak tujuh"Mayat itu kini berada dalam proses pengasingan oleh helikopter pasukan SAR TNI, HR3601 untuk dibawa ke Landasan Udara Iskandar Muda, Pangkalan Bun," kata Komandan Pusat Penerbangan Angkatan Laut Juanda, Laksamana Pertama Sigit Setianta. Beliau berkata, mayat berkenaan dimaklumkan adalah seorang wanita, namun identiti mangsa masih belum dikenal pasti. "Ciri-cirinya adalah memakai seluar jeans, berbaju warna coklat, berkasut hitam, memakan gelang dan jam tangan..rambutnya panjang berwarna hitam," katanya.

6:04 PM : Mayat ke-8 ditemui di perairan Selat Karimata
Mayat seorang lagi mangsa selamat didaratkan di Lapangan Terbang Iskandar kira-kira jam 4.30 petang waktu tempatan. Mangsa itu dipercayai ditemui TLDM dalam operasi di sekitar perairan Selat Karimata. Sebaik diturunkan daripada Helikopter milik BASARNAS, jasad mangsa kemudian dibawa terus ke Hospital Imanuddin untuk diuruskan jenazahnya sebelum diterbangkan ke Surabaya. Bagaimanapun, jantina dan identiti mangsa masih belum dikenalpasti. Jasad berkenaan menjadikan keseluruhan mangsa yang berjaya dibawa naik seramai lapan orang.

6:57 PM : Mayat mangsa pertama dikenal pasti

WARIS keluarga tidak dapat menahan kesedihan ketika menerima keranda jenazah Hayati Lutfiah Hamid pada majlis penyerahan di Hospital Bhayankara, Surabaya.

Mayat pertama dikenal pasti sebagai Hayati Lutfiah Hamid yang berasal dari Sidoarjo, Surabaya, menurut Pusat Pengecaman Mayat Mangsa Bencana (DVI) di sini. Ketua DVI Jawa Timur, Komisioner Besar Budiyono berkata, pengesahan identiti wanita itu dibuat berdasarkan bedah siasat, padanan cap jari dan barangan peribadi milik mangsa. "Kad pengenalan dan rantai tertulis nama Hayati diperoleh bersama-sama mangsa dan perkara ini turut disahkan oleh waris dan anggota keluarga," katanya.

Jenazah wanita itu telahpun diserahkan kepada keluarganya hari ini. Jenazah Allahyarham adalah antara dua mayat yang pertama tiba di hospital ini pada petang Rabu, satu lagi merupakan mayat lelakiSambil menjelaskan identiti mayat lelaki itu belum dikenal pasti, Budiyono berkata: "Mayat ini ada rambut panjang, tahi lalat di atas kiri bibirnya dengan tinggi lebih kurang 145 cm ke 150 cm."

JUMAAT, 2 JANUARY 2015

7:38 PM : 14 lagi mayat mangsa pesawat ditemui


KERANDA jenazah diusung masuk ke pesawat Tentera Udara Indonesia sebelum berlepas ke Surabaya hari ini. 

Jumlah itu termasuk 10 jasad penumpang pesawat malang itu yang diterbangkan dari Pangkalan Bun dan sudah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda, Surabaya lewat petang ini. Terdahulu, setiap keranda membawa jenazah itu ditampal kertas berwarna biru tertulis angka 009 sehingga 018Sementara itu, empat lagi jasad mangsa pesawat yang tiba jam 6.45 petang waktu tempatan pula akan ditempatkan di Rumah Sakit Imanuddin sebelum dijadual diterbangkan ke Surabaya, esok.

Kebanyakan mangsa yang berjaya diperoleh itu, ditemui terapung di sekitar perairan Teluk Kumai. "Jumlah keseluruhan mangsa yang kini sudah berjaya diambil adalah 22 orang. 18 daripadanya sudah berada di Surabaya manakala empat lagi masih di sini (Pangkalan Bun)," katanya.


SABTU, 3 JANUARY 2015

9:39 AM : BASARNAS temui lokasi baharu tumpahan minyak
Ketuanya, Marsekal Muda F Henry Bambang Soelistyo, berkata lokasi itu masih berada di sektor utama pencarian iaitu di kawasan Selat Karimata di mana serpihan dan mayat mangsa nahas ditemui. "Kita lihat ada tumpahan minyak di sana," katanya semalam. Daerah yang menjadi sektor keutamaan adalah lokasi lokasi penemuan semua mayat semalam.

Hingga malam tadi, sejumlah 21 mayat ditemui, termasuk dua yang masih mengenakan tali pinggang keledar, menjadikan keseluruhan 30 mayat.

10.18 AM : Pesawat Beriev Be-200 Russia tiba
Pesawat Beriev Be-200 milik Russia yang berkeupayaan mendarat di atas air tiba di Jakarta hari ini bagi menyertai misi SAR nahas pesawat AirAsia Indonesia QZ8501.

11:26 AM : Dua bahagian besar pesawat ditemui


LOKASI di mana pasukan SAR KRI Bung Tomo menemui dua bahagian besar (dalam kotak merah) dipercayai milik pesawat AirAsia Indonesia QZ8501

"Dengan penemuan tumpahan minyak dan dua bahagian besar pesawat, saya boleh memberi jaminan bahawa ini adalah bahagian pesawat AirAsia yang kami cari selama ini," kata ketua Badan BASARNAS, Bambang Soelistyo.

Bambang berkata, kedua-dua objek besar itu berada kira-kira 30 meter (90 kaki) di bawah permukaan air. Katanya, agensi itu kini sedang cuba untuk mendapatkan imej objek berkenaan dengan menggunakan kenderaan kawalan jauh bawah air. Bangkai pesawat itu diimbas dengan menggunakan teknologi sonar dalam bentuk dua dan tiga dimensi kira-kira 12.40 tengah malam tadi waktu tempatan. Satu daripada objek berkenaan berukuran 7.2 x 0.5 meter, sementara objek lain yang berukuran 9.4 meter.

4:49 PM : Objek setinggi 3 meter dikesan dalam laut
Timbalan Ketua Bahagian Teknologi dan Pengembangan Sumber Daya Alam BPPT, Ridwan Djamaluddin, berkata objek itu ditemui di sektor empat kawasan pasukan SAR. "Optimisnya, ia dijumpai di lokasi jatuhnya pesawat, dari imej bentuknya, ia bukan dari bentuk alam," kata Ridwan yang berharap objek itu adalah bahagian utama pesawat QZ8501.


AHAD, 4 JANUARY 2015

5:52 PM : Dasar laut gelap, penuh lumpur tangguh tugas penyelam
Ketua Agensi BASARNAS, F Henry Bambang Soelistyo, berkata penyelam sudah memulakan misi itu sejak jam 8.20 waktu Indonesia Barat (WIB) selepas mendapati cuaca baik. "Di dasar laut jarak pandangannya sifar, jadi gelap. Dasar laut wujudnya lumpur," kata Soelistyo di Kantor Basarnas, di Jakarta.

6:35 PM : Empat lagi jenazah mangsa ditemui
Jumlah terbaru itu menjadikan keseluruhan jasad ditemui pasukan SAR diketuai Agensi BASARNAS kini adalah 34 orangMetrotv sebentar tadi melaporkan tiga mayat terbaru itu ditemui kapal USS Sampson milik Angkatan Laut Amerika Syarikat (AS), tengah hari tadi. Tiga jenazah itu kemudian dibawa menggunakan helikopter Sea Hawk milik AS dan tiba di Landasan Udara Iskandar Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah, kira-kira jam 2.50 petang tadi. Sementara itu, satu lagi jenazah ditemui kapal milik Singapura, RSS Persistence pagi tadi dan sudah tiba di Pangkalan Bun kira-kira jam 6.15 waktu Malaysia.





 lovenota : Innalillah. Takziah diucapkan. 



11 comments:

  1. terkejut jugk masa dapt thu tu. allah. ada sorang penum pang dari malaysia dalam tu

    ReplyDelete
  2. Allahu akbar... hebat dugaan Malaysia tahun 2014 ni. Walaupun hanya seorang rakyat malaysia, rasa dia sama macm kes MH370 dan MH17.. semoga semuanya dipermudahkan Allah. Jika takdir mereka hidup hanya sampai di sini sahaja, insya allah mereka insan terpilih yg mendapat doa seluruh pelosok alam...

    ReplyDelete
  3. 154 penumpang in the manifest but you mention 155 penumpang. Can confirm real figure? Just checking.

    ReplyDelete
  4. semoga Allah permudahkan urusan pencarian. semoga mereka semua selamat harapnya.

    ReplyDelete
  5. Setelah banjir, kini pesawat.. moga ditemui dalam keadaan selamat..

    ReplyDelete
  6. Dapat tau ni petang tadi.
    Moga misi mencari berjaya.
    Juga semoga semua penumpang selamat.

    ReplyDelete
  7. doakan yang terbaik untuk mereka :(

    ReplyDelete
  8. Semoga mereka yang terlibat selamat...mcm2 kejadian sekarang ni..Allah bagi peringatan kecil pada kita.. :(

    ReplyDelete
  9. Banyak betul dugaan, akhirnya mayat & serpihan kapal terbang dijumpai.

    ReplyDelete
  10. takziah kepada yang terlibat.
    jumpa jugak mayat dan bangkai kapal terbang ni.
    apa la nasib mangsa MH 370

    ReplyDelete

komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)

Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®