Tuesday, April 29, 2014

Melanjutkan Pengajian Sarjana (Master)


bila difikirkan keinginan hati, mahu saja ku turutkan tapi memikirkan hal-hal lain agak berat hati pula ingin diteruskan. siapa yang tak nak sambung master? ambil pengajian Sarjana di bidang yang diingini? ditambah pula dengan tawaran dari KPM baru-baru ini, iaitu:


saya lebih prefer pada Program Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) disebabkan tawaran yang agak baik berbanding dengan Program Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) iaitu pemberian Elaun Biasiswa dan penajaan Yuran Pengajian. bermakna, saya tidak perlu memikirkan pembayaran yuran dan akan mendapat biasiswa di samping penerimaan gaji penuh saya. apabila melihat senarai bidang yang ditawarkan, saya memilih kod LD_B311 iaitu Pengajian/Pendidikan Kimia. itu sahaja bidang yang berkaitan dengan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains (Kimia) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dahulu. 

tetapi saya memikirkan penerimaan oleh 'dia'. adakah dia sanggup menunggu saya lagi untuk menghabiskan Master pula? tambahan pula nanti ada taraf pendidikan yang selangkah jauh dari saya. pening juga memikirkan tanggapan abah nanti. susahnya rasa.

memang dia ada mengatakan, kalau nak sambung master teruskan. lagipun dia ada untuk support saya semasa belajar nanti. lagipun kami dah merancang semuanya dan akan berlaku pada tahun depan *InsyaAllah..ngeee* tapi banyak faktor-faktor yang menghalang saya untuk meneruskan permohonan ini. 

faktor lain pula, jika permohonan berjaya, dikehendaki menulis satu kertas cadangan berkaitan dengan penyelidikan. saya membayangkan kertas cadangan itu nanti seperti tesis saya pada zaman Ijazah Sarjana Muda dulu. perlu ada Pengenalan, Penyataan Masalah, Latar belakang kajian, Tujuan / Objektif, Persoalan Kajian, Metodologi, Rangka Jadual Kerja, Kepentingan Kajian dan Rujukan; langkah yang sama menghasilkan tesis dulu. runsing memikirkan jenis penyelidikan yang bagaimana yang ingin saya hasilkan. saya tiada idea langsung! kalau tesis dulu, saya membuat penyelidikan mengenai Chitosan, iaitu kulit udang untuk menyelidik kadar keterlarutan air (water soluble) di dalam Chitosan mengikut kepekatan (concentration) Chitosan yang berlainan. sangat mencabar!

mugkin saya kena berfikir dan berbincang dengan kedua ibu bapa saya nanti. dan juga si 'Papa Meow' tu. oh ya, tarikh tutup permohonan adalah 24 Mei 2014. pada sesiapa yang nak mohon, boleh melawat ke laman web KPM -> [ link ]



sehingga kini saya masih buntu. nak ke tak? nak ke tak? 

akhirnya, saya pening sendiri. 


lovenota 1: nak sambung sekarang ke lepas kahwin nanti? 
lovenota 2: tak lama lagi dah tu. aiseh!

Read More »

Saturday, April 26, 2014

Sindrom Virus MERS-CoV


Apa itu MERS-CoV?

Sindrom MERS-CoV ialah singkatan daripada Sindrom Pernafasan Koronavirus Timur Tengah Coronavirus. Penyakit Sindrom Pernafasan Timur Tengah dikenal juga sebagai Middle East Respiratory Syndrome Coronavirus (MERS-CoV). MERS-CoV merupakan sejenis jangkitan sindrom pernafasan. Ia merupakan sejenis virus single-stranded RNA dan simetri nucleocapsid heliks, spesis aneh yang baru ditemui dan diklasfikasikan dalam kumpulan Betacoronavirus, iaitu satu daripada ahli keluarga (strain) daripada kumpulan coronavirus. Virus ini pertama kali dilaporkan pada 24 September 2012 oleh pakar virus Mesir, Doktor Ali Mohamed Zaki di Jeddah, Arab Saudi. 



SARS yang pernah menggemparkan dunia pada 2003 adalah satu daripada strain yang boleh menjangkiti manusia dan haiwan. MERS-CoV dan SARS ialah dua strain coronavirus yang berbeza di antara satu sama lain. 



Asas biologi CoV sangat serupa dan sama dengan SARS CoV. Kebanyakan kajian yang dijalankan di luar berpandukan daripada penemuan virus SARS. Informasi yang paling penting ialah mengenai sel reseptor-Dipeptidyl peptidase 4 (DPP4). DPP4 mengikat kepada 231-residue region dalam spike (S) protein MERS-CoV. Genom RNA akan dipam ke dalam melalui plasma atau endosomal membrane fusion, ke dalam sel sasaran. RNA segera mentranskripsikan (menyalin) kepada protein dan RNA, yang akan dibungkus dan dikeluarkan.



sumber: Medical Microbiology 

MERS dipercayai mempunyai kaitan dengan dua jenis binatang, unta dan kelawar jenis baka Afrika Utara. Pada 11 November 2013, Kementerian Kesihatan Arab Saudi telah mengumumkan terdapat kes yang mempunyai perkaitan jangkitan antara manusia dan unta. Namun sehingga kini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau World Health Organization (WHO) memaklumkan perkara ini masih dalam kajian dan belum terdapat bukti secara saintifik yang mampu menjelaskan perkaitan antara kedua haiwan ini dengan jangkitan kepada manusia.



Berdasarkan kemaskini terbaru WHO pada 17 April 2014, MERS kini telah mencatatkan 243 kes jangkitan dan 93 kes kematian, juga telah menyerang lebih dari 10 buah negara dan telah merentas sempadan benua. Ironinya, sehingga kini cara penyebaran jangkitan masih belum diketahui dan lebih malang lagi tiada lagi sebarang vaksin yang boleh digunakan untuk mencegah jangkitan ini.

Pada minggu yang lalu, Kementerian Kesihatan mengesahkan kematian seorang lelaki rakyat tempatan yang baharu pulang dari mengerjakan umrah pada 29 Mac lalu dijangkiti MERS-CoV. Lelaki yang berusia 54 tahun dari Batu Pahat, Johor itu tiba di Malaysia pada 29 Mac lalu selepas menunaikan umrah. Dia meninggal dunia pada 13 April lalu selepas dimasukkan ke Hospital Sultanah Nora Ismail selama tiga hari, apabila mengadu menghidap demam, batuk dan sesak nafas.

Tanda-tanda atau Simptom

Simptom biasa yang kerap berlaku apabila terkena jangkitan adalah kesukaran untuk bernafas diikuti dengan demam, batuk dan pernafasan pendek. Walau bagaimanpun, terdapat juga kes MERS yang diikuti dengan beberapa penyakit lain seperti Pneumonia (paru-paru berair), simptom Gastrointestinal seperti cirit birit dan kegagalan buah pinggang.

Langkah-langkah Pencegahan

Orang awam yang ingin mengerjakan umrah atau membuat lawatan ke negara-negara di rantau Timur Tengah yang kini dilaporkan terdapatnya kejadian jangkitan MERS-CoV, dinasihati supaya:

  1. Selalu mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau hand sanitizer, terutamanya selepas batuk, bersin atau selepas bersalaman.
  2. Semasa dalam tempoh lawatan:
    • Sentiasa membawa bersama penutup mulut dan hidung (mask) serta hand sanitizer untuk digunakan apabila perlu.
    • Elakkan daripada mendekati dan menyentuh orang yang sakit.
    • Elakkan daripada melawat ladang haiwan, khususnya ladang unta dan menyentuh sebarang jenis haiwan.
    • Elakkan daripada menjamah makanan mentah, yang tidak dimasak, menjamah buah-buahan atau sayuran yang tidak dibasuh terlebih dahulu atau meminum minuman yang menggunakan bekalan air tidak terawat.
  3. Mereka yang pulang dari lawatan ke negara-negara yang terlibat dengan gejala jangkitan respiratori (seperti demam, batuk, selsema dan sakit tekak) adalah dinasihatkan untuk memakai penutup mulut dan hidung, menjaga adab batuk serta mengamalkan kebersihan diri.
  4. Segera mendapatkan rawatan perubatan sekiranya tidak sihat serta maklumkan sejarah perjalanan mereka kepada doktor yang merawat.
  5. Susulan kes kematian yag berlaku, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memohon kerjasama pihak agensi pelancongan khususnya yang menguruskan jemaah umrah/haji untuk memperkukuhkan kesedaran para jemaah umrah/haji mengenai jangkitan MERS-CoV melalui hebahan maklumat secara berterusan.

Sudut Pandangan Islam

Apabila mendengar wabak sebegini, disunatkan untuk membaca:


لا إله إلا الله العظيمُ الحليمُ . لا إله إلا الله ربُّ العرشِ العظيمُ . لا إله إلا اللهُ ربُّ السماواتِ وربُّ الأرضِ وربُّ العرشِ الكريمُ
(Riwayat Sahih Muslim)

Selain itu, diriwayatkan ketika penyakit Taun tersebar, disunatkan solat khas untuk menjauhi penyakit tersebut sepertimana diriwayatkan dalam hadis:


كان رسول الله - صلى الله عليه وسلم - إذا حزبه أمر صلى  
Ertinya: Nabi s.a.w apabila membimbangkan olehnya sesuatu perkara, baginda akan mendirikan solat (sunat).

PARA ULAMA JUGA menyebut agar segera MEMANTAPKAN SOLAT YANG WAJIB dan disunatkan berqunut nazilah.

Selain itu, amalkanlah bacaan ini 3 kali pada pagi dan petang :


بسمِ اللهِ الذي لا يضُرُّ مع اسمِهِ شيءٌ في الأرضِ و لا في السماءِ ، وهُوَ السميعُ العليمُ
Ertinya: Dengan nama Allah yang tiada mudarat bersama namaNya sesuatu di bumi dan langit dan Dialah yang maha mendengar dan maha mengetahui. ( dari hadis sahih)


Dengan penyebaran penyakit MERS ini, wajarlah kita sama-sama mengamalkan dua saranan di atas dan terus berdoa agar dijauhkan daripada terkenanya atau tidak mampu sabar darinya.

sumber: http://perubatan.org/

Read More »

Thursday, April 24, 2014

Disaman Polis Trafik


Dah lama saya tak update blog kan? akhir-akhir ini saya betul-betul sibuk sehingga langsung tak ada masa nak online sudah. rasanya sudah 2 minggu kot saya tak berada di dunia blog ini. (T.T)

Pada hari selasa lepas iaitu 22 April 2014, saya ambil MC untuk ke KPJ. sebelum ke Seremban singgah ke Port Dickson sekejap mengambil mak untuk menemani saya ke KPJ Seremban. masa itu saya sudah membuat appointment dengan doktor pada pukul 12 tengah hari. so, dalam keadaan rushing saya memang bawa kereta sangat laju. berhenti pada Petronas Seremban selepas keluar Tol exit Port Dickson untuk mengisi minyak, saya terlupa untuk tarik seatbelt dan terus memecut. otak saya fikir nak cepat nak cepat..hurry hurry and hurry sampai terlupa polis trafik selalu buat sekatan jalan atau roadblock di PD. 

masa sedang memecut memang tengah racing sebenarnya dengan sebuah kereta Proton Saga FLX yang juga sedang laju. tiba-tiba corner tepi selekoh di Bandar Sunggala iaitu di KM 08 jalan Sua Betong sudah standby seorang anggota trafik yang tajam menjeling owner-owner kereta yang sedang melintasi beliau sambil bercakap menggunakan walkie-talkie. dalam hati saya dah berdebar dah, "mesti kena saman nie,". dengan tak pakai seatbelt lepas tu laju pulak melebihi 80 km/j. adei~

sampai di roadblock tu, memang saya ditahan ke tepi dan diberi saman. sedih woo~


saya rasa dah macam suwey je hari itu. dengan tak menyempat encik polis trafik memberi saman kepada saya dengan kesalahan tidak memakai tali pinggang keledar *seperti yang tertera di gambar di atas*. saya nak merayu meminta excuse pun tak ada mood. seperti-seperti sebelum nie, kalau kena saman pandai saya bermain kata-kata dan menggunakan nama ayah saya *memang salah cara itu ye, jangan ikut..hihi*. tapi kali ini saya tak sempat memandangkan abah pun sedang berada di Thailand sekarang nie. so, saya pun redha jela..huhu

selepas ambil surat saman tu, saya bergegas ke IPD Port Dickson untuk pembayaran saman di Cawangan Trafik. mak ada cakap, tunggu je abah balik settlekan saman tu, mungkin dapat murah seperti sebelum ini tapi saya malas nak peningkan kepala, so saya bayar jela saman tersebut. sepatutnya saman ini harus dibayar RM 300 tapi memandangkan saya membayar terus pada hari kejadian, saya dikenakan sebanyak RM 150 *kalau abah buat nie mesti tak kena sampai RM 100..huhu*. 

dinasihatkan pada semua pemandu kereta, sila memakai seatbelt kalau berada di Port Dickson. memang selalu sangat buat roadblock kat PD. tempat favourite roadblock Polis sekarang selepas stesen minyak Shell di Batu 6. di situ, pukul 9 malam ke atas memang dah terpacak pakcik-pakcik dan abang-abang polis menunggu anda. polis Trafik atau JPJ pula selalu ada di bawah jambatan sebelum sampai ke bulatan Bandar Sunggala tak kira masa. selalunya pada waktu tengah hari ataupun pada waktu petang. Hati-hati ye apabila sampai ke Port Dickson :)


lovenota 1: terbang woo RM150..sedihh..wuuu~
lovenota 2: lepas nie memang pakai seatbelt jela bila sampai PD..haih3!

Read More »

Thursday, April 17, 2014

Karpal Singh meninggal dunia




Kampar: Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh maut dalam kemalangan di Kilometer 301.6 Lebuhraya Utara Selatan arah Utara berhampiran Gua Tempurung, di sini kira-kira jam 1 pagi tadi. Pemimpin Veteran DAP itu, difahamkan terbunuh apabila kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Alphard yang dinaikinya terbabas dan melanggar belakang sebuah lori sebaik tiba di lokasi kejadian. Turut terbunuh dalam kemalangan itu pembantunya Michael Cornandez, manakala dua lagi cedera parah, termasuk anaknya Ram SinghAhli Parlimen Bukit Gelugor itu yang sedang dalam perjalanan menuju ke Pulau Pinang untuk menghadiri satu kes mahkamah.


Difahamkan, kemalangan itu berpunca daripada kegagalan pemandu sebuah lori untuk memberikan sebarang isyarat sebelum menukar laluan. Ini menyebabkan kenderaan jenis Toyota Alphard yang dinaiki Karpal Singh melanggar belakang lori berkenaan. 


Menurut Abu Mansor, pemandu lori tersebut, beliau memandu perlahan di bahagian kiri jalan ekoran keadaan jalan yang berbukit. 

Kemalangan itu turut mengakibatkan pembantu rumah Karpal, seorang wanita warga Indonesia cedera parah dan mengalami pendarahan di bahagian otak. Sementara anak lelaki bekas pemimpin DAP itu, Ramkarpal Singh, 38, dan pemandu kenderaan MPV C. Selvam, 27, yang merupakan warga India tidak mengalami kecederaan.


Takziah pada keluarga mangsa. 

Read More »

Wednesday, April 16, 2014

Bumper Car: Peugeot Citroen DS5 melanggar Toyota Estima


*sudah lama tak update blog..busy sangat (T.T)

tadi baru buka facebook, saja nak check orang like status kite ke idak kan? haha :P
*pasukan kadet polis menjadi johan peringkat daerah. penat saya berbaloi sikit*


pada hari ini, ada sebuah kes yang sudah menjadi viral di facebook di mana sebuah kereta Peugeot Citroen DS5 melanggar Toyota Estima dengan sengaja di Raja Uda, Taman Tanjung Aman di Pulau Pinang. apabila lihat video itu, memang terkejut jugak sebab kereta Citroen itu sengaja melanggar Estima beberapa kali dengan kuat. kemudian, nampak Estima sempat melarikan diri dari kereta Citroen tetapi Citroen itu mengekori kereta Estima dari belakang. sangat sangat ekstreme!

apabila dikaji, Kejadian dipercayai berlaku jam 4.30 petang, Isnin lalu berpunca salah faham antara suami isteri. ia adalah pergaduhan peribadi di mana seorang isteri mendapat tahu suaminya curang dan ada girlfriend dan terbitlah kisah 'Bumper Car' ini. melalui sumber facebook, ada yang mengatakan di dalam kereta Citroen itu adalah girlfriend sang suami dan di dalam kereta Estima itu adalah sang isteri. ada juga yang mengatakan sang isteri yang membawa Citroen itu dan di dalam Estima ada si suami dan girlfriendnya sekali. tapi bagi saya la, mungkin dalam Citroen itu adalah si isteri dan dalam Estima ada si suami dan perempuan simpanan dia sebab nampak marah sangat kereta Citroen tu pada kereta Estima. teruk jugak Estima 'dibelasah'. Citroen melanggar Estima ala ala main 'Bumper Cars' di Funfair lagaknya *lama juga tak main bumper car kat funfair. seronok!*.

kepada sesiapa yang belum atau nak melihat video bumper car tragedi langgar melanggar Citroen dan Estima ini boleh klik pada link fb ini - [ link ]



berita dalam harian metro - [ link ]





kalau aku kaya!
aku pun nak buat juga!
langgar itu kereta Proton Preve! 
haha :P


lovenota 1: sebaik-baiknya, tak perlu la sampai begini. semua benda boleh bincang kan?
lovenota 2: orang kata, banyak sangat pengaruh GTA. tu yang jadi macam nie :P

Read More »

Thursday, April 10, 2014

Blog dialihkan kepada Mypageresults


apabila saya melihat blog sendiri semalam, lepas habis loading tiba-tiba blog saya dialihkan/ditukarkan atau redirect kepada satu webpage yang lain, iaitu http://mypageresults.com/ yang bertajuk Blm50.net seperti pada gambar di bawah:


saya menjadi cuak dan cemas, lepas tu menjerit sendirian *hehe* sebab bengang blog saya sudah dialihkan ke page yang mengarut itu. saya mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan blog yang diberi nafas baru ini, tetapi semua usaha saya bertukar menjadi abu. pada masa itu, rasa nak nangis pun ada jugak la :P

saya cuba bertanya pada pakcik google dan mencari apakah kesilapan saya yang menyebabkan blog saya terus redirect kepada mypageresults itu. tetapi, jawapan yang saya jumpa semuanya hampa dan kecewa. tidak semua blogger di Malaysia mengalami masalah seperti saya rupanya. kalau ada pun blogger masih belum lagi menguar-uarkan masalah ini. agak pelik juga di situ sebab semua alternation yang saya ubah di blog adalah sama dan serupa dengan blogger lain. ada jawapan yang saya kehendaki tetapi dalam bahasa Indonesia dan jawapan tersebut tidak tepat. 

saya mengambil masa 2 jam mencari jawapan tetapi tidak berjumpa. saya cuba mencari sendiri coding source yang mungkin agak pelik dalam template saya tetapi masih tidak dijumpai. kemudian saya bertanya pada seorang pakar IT yang memang pandai membaca coding html blog di Google Forum. kebanyakan masalah memang boleh diselesaikan di situ.

apabila dibincangkan, rupa-rupanya widget GuaBlog.com yang menyebabkan blog saya dialihkan ke mypageresults. saya pun membuang widget tersebut dan blog saya kembali normal semula. hepi hepi! 

PENGENALAN: Apa Itu Mypageresults.com?

Virus Mypageresults.com Redirect adalah hacker browser terkenal atau browser hijacker yang boleh menyerang atau hijack komputer anda tanpa kebenaran anda. Mypageresults.com mempunyai keupayaan untuk menukar laman utama browser yang dirampas menjadi domain mereka sendiri. Setelah dipasang pada mana-mana komputer, ia akan segera menukar setting utama browser termasuk laman utama, default search engine dan latar belakang desktop. Virus Mypageresults.com Redirect akan berpura-pura menjadi enjin carian biasa tetapi pada hakikatnya ia tidak akan membawa anda maklumat yang boleh dipercayai. Para pereka yang telah dinaikkan pangkat produk mereka dengan menggunakan pop-out window yang boleh mendapat keuntungan jika pengguna klik mana-mana daripada mereka. Virus Mypageresults.com Redirect cuba untuk trace atau mengesan tabiat browsing anda untuk mengambil maklumat sensitif daripada aktiviti-aktiviti Internet harian anda. Ia juga mampu membuat sistem anda terdedah ancaman lain yang serupa dan membuka pintu belakang untuk virus tambahan. Mypageresults.com Redirect Virus boleh melambatkan prestasi PC yang dijangkiti, crash dan membekukan browser. Ini adalah sukar untuk dikesan oleh Firewall software dalam komputer kita kerana ia boleh berpura-pura menjadi komponen Internet explorer. Mypageresults.com Redirect Virus mungkin telah digabungkan dengan perisian lain yang biasanya percuma seperti codec, torrents, free video converter dan lain-lain Ia mungkin merosakkan browser anda seperti Firefox, Chrome atau Internet explorer seperti yang saya alami sekarang dan memaparkan pop-up window berkaitan dengan pengiklanan berbayar tanpa persetujuan pengguna. Jadi Virus Mypageresults.com Redirect mesti dikeluarkan secara manual untuk memastikan komputer anda daripada ancaman.

cara membuang virus menggunakan software: [ link ]

cara-cara membuang virus secara manual: [ link ]

paling senang, selepas membuang script yang menyebabkan blog anda terus direct kepada mypageresults, sila clear dan clean cache anda dan buang semua extension yang tidak berkaitan di dalam Chrome browser anda. 


lovenota 1: agak pening membaca coding semalam menyebabkan saya tidur lewat
lovenota 2: saya rasa sangat 'lemau' tetapi bila ditambah 'asid gila' oleh orang itu, saya kembali cergas. 

Read More »

Ada Aku Kisah?


kalau hati dah benci..benci lah
kalau hati dah sakit..sakit lah
kalau rasa dah gila..gila lah
kalau nak sumpah seranah..sumpah lah
kalau rasa sial..fikir lah

ada aku kisah? 
langsung tidak

sebab?
fikirlah sendiri apa yang sudah kau lakukan dulu

siapa yang dulu sakit hati?
siapa yang dulu merana?
siapa yang dulu difitnah?

yang penting segala-galanya perlu dibayar
iaitu hutang

negara ini ada undang-undang
nak bunuh? saya boleh dakwa atas ancaman itu
saya pun boleh buat juga.



Read More »

Sunday, April 06, 2014

Air Kelapa boleh gantikan Petrol



Info penting!!!
AIR KELAPA BOLEH GANTIKAN PETROL

Satu lagi prestasi yangg patut diberikan penghargaan untuk pereka enjin dan jurutera yang berhasil dan berjaya menemukan bahan bakar pengganti kepada petrol dengan hanya berbekal bahan asas daripada air kelapa.

caranya pun relatif mudah :

1. Tuangkan air kelapa ke dalam botol kemudian biarkan selama satu jam.

2. Masukkan botol ke dalam beg dan tutup dengan rapat atau hindarkan botol dari sinar cahaya matahari kerana sinar cahaya matahari akan merosakkan molekul air kelapa tersebut.

3. Hidupkan motor anda dan bergeraklah seperti biasa sehingga anda kehabisan petrol yang ada di dalam tangki. Tetapi jangan risau, anda sudah bersedia dengan bekalan bahan bakar yang baru.

4. Pada saat petrol anda habis, gunakan air kelapa yang sudah disiapkan tadi untuk anda minum, kemudian tolak doronglah motor anda sampai stesen minyak terdekat. Badan sihat..., petrol pun jimat. 

Selamat mencuba....

lovenota 1: anda terkena tak? haha
lovenota 2: sebenarnya, saya pun terkena juga tadi..hehe :P

Read More »

Hati Berkecamuk


dah lama saya tidak berbual mengenai ex saya yang sorang tu. bila berbual dengan seseorang yang rapat dengan dia tadi, saya rasa tersangat lega seperti beban di dada dah terkeluar dari badan saya. dan akhirnya, saya menangis..lagi.

saya dikhabarkan yang saya adalah pilihan ma dia. saya rasa sebak..sedih..pilu. memang saya teringin nak jumpa ma dia dari dulu lagi tetapi masa belum mengizinkan lagi. saya hanya berkesempatan untuk berjumpa ayah We dia je itupun sebab nak sign borang biasiswa Felda dia. 

saya mendapat tahu yang ma sangat berkenan pada saya. dan dari situ, saya tahu yang ma tahu mengenai saya. kalau betul awak bagitahu ma mengenai saya, kenapa awak memilih dia? satu persoalan yang saya tak dapat ungkaikan. 

saya cukup mendesak ke? saya rasa saya tidak mendesak. cuma saya nakkan jawapan yang pasti dari awak. yelah, pada masa itu awk di London, saya di Malaysia. kalau awak di selangor dah lama saya on kereta pergi selangor. saya sangat-sangat kecewa bila dapat tahu awak memilih dia. sia-sia pengorbanan yang saya lakukan pada awak.

saya kecewa bila awak dah lupa nama saya pada blog awak bulan lepas. awak lupa ke pura-pura lupa untuk menyakitkan hati saya? saya tak pernah lupa nama awak. sampai bila-bila hati saya dah tertanam dengan nama awak.

betul cakap orang, lepas putus cinta hidup seseorang itu akan terumbang-ambing. lepas saya clash dengan awak, hidup saya seperti orang gila yang ada akal. langsung tak pedulikan diri sehingga demam. rasa macam tak ada pedoman hidup. saya masih lagi melihat gambar-gambar kita. mesej-mesej di whatsapp, handphone. macam orang tak terurus. tak pernah saya mengalami kejadian sebegini.

tipulah kalau saya mengatakan yang saya benci pada awak. saya langsung tidak membenci awak. malah saya amat rindukan awak. saya masih lagi sayangkan awak. saya memang tak boleh tipu diri sendiri. walaupun pada luarannya saya seperti sudah melupakan awak, tetapi saya tak boleh menipu hati saya. saya masih ingat semuanya mengenai awak. saya cuba melupakan semuanya, dari segi pemakaian, deoderent, minyak wangi, cologne, baju, lagu favourite, game favourite awak..everything..tapi tidak mudah! saya masih lagi memakai cologne favourite awak. saya masih lagi mendengar lagu Wilayah Strawberi! sangat mengecewakan. apa sebenarnya yang awak sudah lakukan kepada saya? 

hati ini teralu sedih. sekali lagi air mata ini mengalir lagi.


Perempuan yang selalu tidur dengan air mata dan keesokkannya bangun dengan senyuman :) Perempuan tu memang ada hati yang tabah :')

Read More »

Saturday, April 05, 2014

CPUV Nuffnang sudah mencecah 125 iklan



kita tinggalkan gosip-gosip Che' Ta @ Rozita Che Wan yang nak saman pengiklan payu dara dan kisah sensasi mengenai MH370 yang masih lagi tidak dijumpai. *merepek dah*

saya ingin bercerita mengenai CPUV (Cost Per Unique Visit) ataupun yang dahulu dikenali sebagai Buffered Earning (BE). dahulu juga, BE tidak bergabung jadual bersama dengan Metered Earning (ME). Pihak Nuffnang mengasingkan BE dan ME. BE adalah kempen atau iklan yang masih berjalan iaitu berstatus "On Going" di blog kita. ME pula adalah kempen atau iklan yang sudah tamat tempohnya dan berstatus "Credited". Setelah berwajah baru, Nuffnang sudah menggabungkan BE dan ME di dalam satu kotak menjadi CPUV. 


di atas nie adalah design lama Nuffnang. nampak kan perbezaan yang lama dengan yang baru? dan memang ada tulis Buffered Earning (BE) yang sekarang sudah diganti dengan CPUV. gambar di bawah ini pula contoh kotak untuk Metered Earning (ME). saya sudah terbiasa memangggil BE sejak dari dulu lagi. sebab tu saya tak sebut CPUV. rasanya saya mesti tukar cara panggilan nampaknya ye? :)


entri ini bukan untuk berlagak semata-mata tetapi untuk berterima kasih pada pihak Nuffnang yang masih lagi memberikan CPUV selama 5 tahun ini kepada blog saya. dan juga menjadi dorongan kepada blogger yang baru tumbuh setahun jagung *hehe*. untuk pengetahuan anda, blog saya sudah mencecah 6 tahun, bermula pada tahun 2008. rakan-rakan blogger yang sezaman saya rasanya ramai yang sudah sibuk dengan kehidupan sendiri dan blog mereka hampir terkubur layu *ayat sastera yang amat kan? :P


CPUV yang saya dapat sudah mencecah BE yang ke 125, iaitu pada 31 Mac 2014 yang lalu Nuffnang memberikan iklan Anna Sui LVBD (La Vie De Boheme). kalau nampak iklan seperti di bawah ini, klik la ye :P . Selain Anna Sui LVBD, saya juga mendapat iklan yang masih berjalan di blog saya dari Herbal Essence dan Digi - Project Red.



setelah melakukan research sikit, Anna Sui merupakan seorang American Fashion Designer yang terkemuka di Amerika Syarikat. Beliau juga termasuk dalam ranking "Top 5 Fashion Icons of the Decade" bersama-sama dengan Yves Saint LaurentGiorgio ArmaniRalph Lauren, and Diane von Furstenberg. Jenama fesyen mewah beliau di seluruh dunia termasuk pakaian, kasut, kosmetik, eyewear, dan aksesori, dan minyak wangi. 

cantik tak design botol perfume nie? nampak gorgeos kan? serius cantik! ada unsur rama-rama pada penutup dan design bunga pada botol. warna purple plak tu.

laman web Anna Sui: [ link ]
profile Designer Anna Sui: [ link ]

ada yang bertanyakan kepada saya, apa tips untuk mendapatkan CPUV atau BE ini. saya bukanlah blogger yang AKTIF seperti blogger lain. cuma saya memang buat apa yang disarankan oleh blogger-blogger lain. 

antara tips untuk mendapatkan CPUV adalah:

>>> Pastikan Uniques Visitor (UV) di Blog Stat anda melebihi 50 UV sehari dan kekalkan jumlah pengunjung anda. tujuannya supaya senang pihak pengiklan tertarik dengan blog kita dengan melihat bilangan pengunjung yang datang. anda boleh mendapat pengunjung lebih dari 50 UV dengan membuat blogwalking (BW) pada blogger lain. bila anda berkunjung ke blog lain, pastikan anda meninggalkan jejak di 'Shoutbox' atau kotak komen supaya mereka boleh membalas balik kunjungan anda. 

>>> Kalau boleh sentiasa update entry di blog anda setiap hari. paling minimum 3 kali or 4 kali seminggu. jika anda selalu update, ramai pengunjung yang datang ke blog anda.

>>> Rajinkan diri untuk update 'Blogger Bio' pada setting dan sentiasa 'Update survey'. sekurang-kurangnya anda update survey anda sebulan sekali. 

>>> Pasang semua jenis iklan yang Nuffnang sediakan. pastikan 3 jenis kotak iklan, iaitu Skyscraper, Leaderboard dan Large Rectangle ditempatkan di posisi yang betul dan mudah untuk pengunjung melihat iklan tersebut. berusaha untuk mendapatkan '5 star' bagi ketiga-tiga posisi iklan tersebut.

>>> Pastikan anda berstatus 'Glitterati' kerana pihak Nuffnang lebih mengutamakan blogger yang berstatus ini dalam pemberian BE dan lain-lain lagi. jangan ada third-party or company ads yang lain jika anda tak nak status ini ditarik balik.

>>> Sekali sekala hantar tiket @ 'Submit ticket' (pertanyaan) pada pihak Nuffnang di 'Contact Us'. 

kebanyakan blogger-blogger lama sudah mencuba tips ini dan insyaAllah lepas tu dapatlah CPUV baru. kena rajinkan diri juga la ye? saya sekarang jarang sangat BW, dan ranking saya semakin menurun. tak apa lah, di mana ada rezeki, adalah dapat keuntungannya nanti. 


sejak bertukar design blog, ada perubahan sedikit pada star saya yang Skyscraper tu. agak pening jugak memikirkan nak menaikkan star balik. hehe :P


lovenota 1: terima kasih Nuffnang
lovenota 2: terima kasih juga kepada visitor yang tak putus-putus datang ke blog saya :)


Read More »

Friday, April 04, 2014

Gambar Terlampau "Melepas Rindu" di Petronas


Gambar 'Melepas Rindu' di Petronas tersebar secara meluas!
Pemilik gambar 'melepas rindu' di Petronas membuat laporan polis!
*eh eh..den terlepas isu ke? alahaii! rugik siot! hahaha!*

ada seorang hamba Allah swt, iaitu Nuraslinda Bt Afrizal, 21 tahun ataupun nama twitternya @aslinda_pit meletakkan gambar lucahnya bersama teman lelaki di laman sosial tersebut. keadaan gambar tersebut memang mengaibkan, seperti dalam keadaan 'doggy style'. lihat saja hashtag gambar tersebut *maaf, saya tidak akan meletakkan gambar memalukan itu yer. korang google je mesti jumpa punya lah :P*, dia menulis #love #myheart #petronas #doggyselfie dengan caption "Lepan windu nan cyng at petronas". nampaknya memang sengaja je menyebarkan gambar tersebut.

tetapi Aslinda telah menafikan bahawa itu bukanlah akaun twitternya, dan mengatakan semua penyebaran gambar lucahnya itu dilakukan oleh skandel teman lelakinya, iaitu Yusnani Bt Sudirman. beliau membuat laporan polis dan meminta supaya gambar lucah beliau bersama teman lelaki tidak disebarkan. 


ini bermakna Aslinda mengaku itu adalah gambar lucah versi doggy style itu miliknya. 

alahai, perempuan. sedih betul~
memang muka cun, tetapi tak berfikir panjang. nak selfie pun agak-agak la adik oi. satu Malaysia dah tahu ha. buek malu ja eh! 
memang best sketch abang MM nie. yang paling suka lukisan logo Petronas. siap ada love lagi..hehe :P


lovenota : suka ayat abang MM - tak semua kenangan perlu diabadikan, ada yang cukup sendiri rasa sendiri simpan.


Read More »

Thursday, April 03, 2014

Permohonan untuk Melanjutkan Pengajian bagi Lepasan SPM 2013



pelajar-pelajar lepasan SPM 2013 boleh membuat permohonan untuk melanjutkan pelajaran kepada beberapa agensi pendidikan seperti berikut:


PERMOHONAN UNTUK MELANJUTKAN PENGAJIAN KE TIMUR TENGAH (MESIR, JORDAN DAN MAGHRIBI) BAGI SESI KEMASUKAN 2014/2015 

  1. Sukacita dimaklumkan bahawa, bermula sesi 2014/2015, pelajar Malaysia yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke Timur Tengah (Mesir, Jordan dan Maghribi) perlu membuat permohonan secara atas talian di app.moe.gov.my/timurtengah.
  1. Permohonan atas talian akan dibuka pada 01 April 2014 (Selasa) pukul 12.00 tengah hari dan akan ditutup pada 16 Mei 2014 (Jumaat) pukul 12.00 tengah hari. Manakala borang permohonan atas talian yang telah dicetak beserta dengan dokumen-dokumen sokongan perlu dikemukakan ke Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pengajian Tinggi selewat-lewatnya 30 Mei 2014 (Jumaat) sebelum pukul 5.00 petang.
  1. Permohonan bagi melanjutkan pengajian ke Mesir, Jordan dan Maghribi bagi bidang Perubatan, Pergigian, Farmasi dan Pengajian Islam HANYA diproses oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)  sahaja. Oleh itu, semua permohonan perlu melalui atas talian dan dokumen dihantar ke KPM. KPM tidak melantik mana-mana ejen penempatan pelajar bagi menguruskan permohonan dan penempatan pelajar ke Timur Tengah.
  1. Sebarang pertanyaan dan kemusykilan bolehlah dirujuk kepada Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia di talian 03-8870 6611/6627.


UEM Scholarship 2014

UEM Group Scholarship Programme is an annual programme that supports the nation’s objectives of creating elite scholars and serves as a talent supply chain in developing future leaders for the country. The programme offers opportunities specifically for deserving outstanding and high-achieving Malaysians to pursue: Pre-university programme at Kolej Yayasan UEM (KYUEM) in Lembah Beringin, before furthering studies at a reputable university overseas, notably UK, US and Australia

Deadline  : Apr 06, 2014

Criteria

  • All applicants must be Malaysian citizens.
  • Proficient in English, hardworking, and possess positive personality traits.
  • An outstanding extra-curricular record will be advantageous to your application.
  • Excellent academic track record in Form 4 & 5
  • Obtained a minimum of 7As (A+/A’s) in relevant subjects at the 2013 SPM examinations
Preferred Discipline

  • Business (Finance/Business Management/Accounting/Economics/International Business)
  • Built Environment (Quantity Surveying/Town Planning/Land Surveying/Building Services/Building Management)
  • Engineering (Civil/Mechanical)

How to Apply

UEM Scholarship Portal
Contact Info
E-mail: scholarship.info@uemnet.com
Website: UEM Scholarship Site
Contact No: 603 2727 6850 / 6511/ 6439.



Permohonan Kemasukan ke Politeknik Premier/Konvensional/METrO Sesi Jun 2014 Bagi Calon Lepasan SPM dan SKM 

Calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dipelawa untuk memohon ke Program Diploma Politeknik KPM Sesi Jun 2014

Permohonan boleh dibuat dengan membeli Nombor Unik ID Kategori A berharga RM 10.60 di semua cawangan Bank Simpanan Nasional di seluruh negara.



Klik pautan berikut untuk melihat syarat kemasukan :
Politeknik Premier
Politeknik Konvensional/METrO
Lulusan SKM

tarikh tutup permohonan: 7 April 2014





Read More »

Tuesday, April 01, 2014

April Fool: 1 April


semua orang tahu mengenai April Fool, baik dari pelajar sekolah hingga ke sudah bekerja. macam-macam jenis atau gaya April Fool yang digayakan untuk bergurau senda dengan rakan-rakan. Hari yang dikenali juga sebagai 'Poison D'Avril' atau 'April Fish' ini disambut pada 1 April setiap tahun oleh seluruh dunia tak kira di mana sahaja. 

Sejarah 'April Fool' 

Teori popular mengenai asal usul hari jenaka ini bermula pada tahun 1582 di mana orang Perancis menggunakan kalendar Gregoria untuk menggantikan kalendar Julian. Kalendar baru itu menetapkan tarikh tahun baru pada 1 Januari. Menurut satu keterangan popular, ramai orang pada masa itu tidak setuju dengan tarikh baru berkenaan dan bertekad menyambut tahun baru pada 1 April. 

Teori lain, iaitu pada abab ke-8 Masehi, Sepanyol merupakan sebuah negara Islam yang maju dan tidak disenangi orang kafir. Bagaimanapun Sepanyol jatuh ke tangan tentera Salib yang amat kejam yang membunuh wanita dan kanak-kanak juga. Satu persatu wilayah Spanyol ditawan tentera salib sampailah ke wilayah akhir Granada. Penduduk Islam terpaksa bersembunyi di rumah. Tentera Salib membuat penipuan dan mengumumkan penduduk Granada dibenarkan keluar dengan selamat dan dibenarkan menaiki kapal yang disediakan untuk keluar dari Sepanyol. Ribuan penduduk Islam pun keluar dari rumah dan berkumpul di pelabuhan. Lalu tentera salib yang bersembunyi membakar seluruh penempatan Islam termasuk mereka yang masih bersembunyi. Mereka yang berkumpul di pelabuhan tidak dapat berbuat apa-apa. Kapal yang dijanjikan juga dibakar. Apabila mereka dikepung mereka kemudian dibunuh tanpa belas kasihan. Hanya takbir dan tangisan sahaja kedengaran. Tiada satu pun yang terselamat. Granada jadi medan darah Umat Islam. Sehingga laut berwarna merah darah. TRAGEDI BERDARAH INI BERLAKU PADA 1ST APRIL 1847 M DAN DIKENALI SEBAGAI "THE APRIL FOOL DAY" OLEH GOLONGAN KRISTIAN. 


Fatwa dan Hukum menyambut 'April Fool'

Presiden Persatuan Ulama Dunia, Dr Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi menyebut:
Menipu adalah satu sifat yang buruk. Ia tidak layak diamalkan oleh manusia yang berakhlak dan beriman. Bahkan ia adalah satu petanda kemunafikan. Ini kerana Rasulullah SAW bersabda : Orang munafik mempunyai tiga ciri : Dia menipu, tidak menepati janji, dan tidak menunaikan amanah. [HR al-Bukhari dan Muslim]

Rasulullah SAW memberikan amaran ke atas perbuatan menipu dengan tujuan menghiburkan manusia. Baginda SAW bersabda: “Kecelakaan ke atas sesiapa yang menipu untuk menghiburkan manusia, kecelakaan ke atasnya, kecelakaan ke atasnya.” [HR Abu Daud, at-Tirmizi, dan an-Nasai’e]

Rasulullah SAW juga bersabda: “Seseorang itu tidak dikira benar-benar beriman hinggalah dia meninggalkan penipuan yang bertujuan untuk bergurau dan meninggalkan berdebat walaupun dia membawa kebenaran”. [HR Ahmad dan At-Thabrani]. Sebahagian hadis Nabi SAW turut memberikan amaran ke atas umat Islam daripada menakutkan orang lain sama ada secara serius mahupun bergurau. Rasulullah SAW bersabda: “Tidak dibenarkan seseorang menakutkan seorang Muslim.” [HR Abu Daud]

Oleh kerana itu, menipu adalah dilarang dalam apa bentuk pun. Sambutan April Fool adalah dilarang kerana 4 sebab:
  • Larangan menipu yang sudah termaktub di dalam al-Quran dan as-Sunnah.
  • Kesedihan dan ketakutan yang tidak berasas (yang disebabkan penipuan itu) yang mungkin boleh menimpa seseorang mahupun kesemua ahli keluarganya walaupun hanya untuk satu jam.
  • Pengkhianatan ke atas kepercayaan yang diberikan.
  • Meniru budaya buruk yang bukan milik kita, iaitu penipuan.
Sheikh Shalih Fauzan menyatakan :
Penipuan adalah tidak dibenarkan langsung, pada bila-bila masa sahaja. Bahkan adalah tidak dibenarkan untuk meniru orang kafir dan menjadi seperti mereka, sama ada pada hari April Fool, mahupun pada hari-hari yang lain. Ini kerana Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia sebahagian daripada mereka.”

Berdasarkan fatwa-fatwa di atas, kita mendapati bahawa budaya April Fool jelas bertentangan dengan ajaran Islam yang menuntut umat Islam sentiasa bersifat jujur.

sumber: E-Fatwa - Portal Rasmi Fatwa Malaysia

Hukum sambut 'April Fool' oleh Ustaz Azhar Idrus:


dari video tersebut, Ustaz Azhar Idrus mengatakan hukum sambut 'April Fool' adalah haram.


Kebaikan dan keburukan sambutan 'April Fool'

sambutan ini paling popular dalam kalangan pelajar sekolah *kejap lagi saya pun mesti terkena dengan pelajar-pelajar saya disebabkan sekolah saya ada pelajar India dan Cina..huhu*. saya rasa 'April Fool' ini adalah sambutan yang wajib setiap tahun di sekolah. tak pasti lah sama ada pelajar ada kenakan cikgu ataupun tidak. zaman saya sekolah rendah dulu memang terkena lah, seperti:
"wei, tali kasut kau terbukak,". bila tengok elok je tali kasut tu.kalau pelajar lelaki tu, "weii, zip kau terbukak la. tak malu ke?," padahal tak terbukak pun."cikgu panggil kau pergi bilik guru,". bila pergi je cikgu cakap, "mana ada saya panggil,""ada admirer kau bagi hadiah nie,". buka kotak je, keluar katak. cehh
macam-macam lagilah yang saya kena dulu-dulu. kadang-kadang lagi teruk pun ada, tapi saya tak ingat. hehe

ada kebaikannya bila ada 'April Fool' ini. sesetengah orang mengatakan bila kita fool seseorang, kita dapat tahu dia adalah seorang penyabar ataupun tidak. adakah dia seorang yang mudah tertipu dengan pembohongan yang kecil itu. ada yang mengatakan 'April Fool' adalah hari di mana kita mengeratkan hubungan mesra dengan orang lain. remaja yang menyambut 'April Fool' ini sebenarnya hanya untuk bergurau senda memeriahkan dan menceriakan hari tersebut disebabkan lawak-lawak yang pelik dan jarang didengar. kemungkinan remaja stress dengan kerja sekolah atau assignment yang harus disiapkan ataupun sedih mendapat berita yang tidak menggembirakan. dari segi itu, bila dikenakan oleh kawan mereka sendiri, sekurang-kurangnya hidup mereka terhibur sedikit dengan lawak jenaka tersebut. maksudnya, hari 'April Fool' ialah hari melepaskan geram dan tekanan. tetapi, diingatkan jangan melebih-lebih dengan rakan-rakan anda. bagi saya la, tak perlu 'April Fool', bila-bila masa setiap hari setiap saat setiap jam, kita boleh bergurau senda dengan rakan-rakan. 

keburukan menyambut 'April Fool' pula, kejadian fool ini boleh menyebabkan pergaduhan yang kecil. kemungkinan bila dah terlalu banyak kena fool oleh kawan, mereka akan cepat terasa dan sensitif lalu menimbulkan kemarahan dan salah faham seterusnya pergaduhan, terutama pelajar di sekolah. ia juga boleh menyebabkan dendam kesumat dan orang lain akan bersangka buruk terhadap mereka. lama-kelamaan, ketidakpercayaan kepada seseorang akan menjadi lebih tinggi. tiada siapa akan percaya kepada orang yang terlalu kerap menipu. 

walaupun ia popular dalam kalangan remaja negara ini, seseorang itu janganlah begitu taksub dengan sambutan ini sehingga sanggup melukakan hati orang lain seterusnya boleh memutuskan hubungan persahabatan. 

bak pepatah orang; berkawan biar seribu, berkasih biar satu.


lovenota 1: saya dah lama tinggalkan dunia 'April Fool' sejak zaman sekolah menengah lagi
lovenota 2: tapi saya selalu kena fool. benci gila! :P 


Read More »
Copyright © 2008-2016 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®