Hari ini selesai sudah acara sukan sekolah, iaitu Kejohanan Balapan dan Padang Peringkat sekolah. Hari ini saya bertugas bahagian pelepas. Sehari suntuk di padang dari pagi sehingga tengah hari. Agak panas pula cuaca hari ini. Dengan keadaan saya yang tak berapa sihat, gagahkan diri juga untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.
Alhamdulillah, rumah sukan Kelisa @ rumah merah menjadi johan pada tahun ini. Rasanya sudah 3 tahun rumah Kelisa asyik mendapat Naib Johan. Last dapat johan pun tahun 2011 rasanya. Dapat merasa kembali piala Johan tu. Tahniah.
Maskot rumah Kelisa. Ladybird.
Akibat sehari suntuk di padang, saya rasa lemah. Kepala berat sangat. Rasa nak migrain. Bergoyang-goyang rasa. Saya pun dah 5 hari tak makan nasi. Ulser saya semakin besar dan membengkak. Tak boleh nak kunyah langsung. Terus saya ambil keputusan untuk balik ke rumah tanpa menunggu majlis penutup sukan. Saya tak nak pitam di sekolah. Baik pitam di rumah. Lagipun sekolah ambil cuti peristiwa hari ini. so, balik jelah.
makin lama cuaca tak tentu. Kejap panas kejap hujan. Saya yang menjadi mangsa perubahan cuaca tersebut. 6 hari menanggung sakit. Sedih.
Mengadu pada sayangness, dia pesan suruh makan aiskrim kat tempat ulser. Pedih tu! Teringat masa dia kena ulser 2 tahun lepas di Waterpark i-City, hanya mampu melihat saya makan dengan seronoknya. Hehe.
lovenota : saya diberitahu saya mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2014. Syukur alhamdulillah.
Teringat time sukan sekolah dulu..event yg paling Cik Mimie suka sebab setiap tahun akan wakil rumah sukan :)
ReplyDeleteCB jaga kesihatan, tryla cari ubat ulser dekat farmasi..sian CB xleh mkn nasi..get well soon ye..
Tahniah untuk APC :)
wah tahniah dapat APC! btw cuaca skg memang tak menentu. sy yg xpernah kena migrain pun, da mula rasa skg. take care! Jom baca entri terbaru :)
ReplyDelete