Wednesday, April 29, 2015

Wanita Buka Baju di Petaling Street



KUALA LUMPUR, 28 April : Seorang pekerja spa yang juga model sambilan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di ibu negara hari ini atas pertuduhan melakukan perbuatan lucah di tempat awam pada Khamis lalu.

Persana Avril Sollunda, 33, yang terbabit dalam insiden membuka pakaian di Petaling Street, di ibu negara minggu lalu bagaimanapun mengaku tidak bersalah. Dia memohon dibicarakan sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Zura Syazween Hamizan. Persana didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 2.07 petang, 23 April lalu. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 294(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga bulan atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Persana yang tidak diwakili peguam dan kelihatan tenang di kandang tertuduh sepanjang prosiding mahkamah berlangsung. Majistret Zura Syazween Hamzan tidak membenarkan dia diikat jamin dan menetapkan 29 Mei untuk sebutan semula kes. Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa ASP Nom Phot Prackdit.

Minggu lepas, perlakuan Persana yang menanggalkan baju di khalayak ramai dirakam dan disebar di laman sosial sehingga menjadi viral. Klip video berkenaan memaparkan visual Persana yang berada dalam keadaan marah menanggalkan pakaian di bahagian atas termasuk pakaian dalamnya.

Di dalam sebuah forum sembang di laman sosial, beberapa pengguna internet mendakwa dia pernah menjadi peserta Dewi Remaja pada 2005 selain turut mencuba nasib dalam Pengacara Jemputan Nona bagi mengejar cita-cita menjadi pengacara di TV3.

Menurut saksi yang juga anak perempuan kepada seorang pemilik restoran di tempat kejadian, wanita tidak berbaju dalam klip video tersebut didakwa membeli dua botol minuman keras, namun tidak membayar sepenuhnya harga minuman tersebut. Anak perempuan pemilik restoran itu yang hanya mahu dikenali sebagai Lee berkata, wanita berbaju merah dalam video itu cuba menuntut wanita yang membuka baju itu agar menjelaskan baki bil minuman dibelinya. Namun kata Lee wanita itu sebaliknya bertindak agresif dengan menanggalkan pakaian di khalayak ramai sebelum beredar.

Turut ditunjukkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan wanita berkenaan tidak membayar sepenuhnya minuman yang dibeli sebagai bukti. Dilaporkan, pihak polis yang kemudiannya menangkap wanita dalam video tersebut menyatakan ujian saringan ke atas air kencingnya didapati positif dadah jenis methaphetamine atau syabu.


***************
nama dia pelik sangat. Persana Avril Sollunda @ Shanna Avril. berasal dari Sabah berketurunan Kadazan berdarah campuran Dusun-Thai (Cina)-India (Sikh). 

tak paham betul. kenapa nak marah-marah sampai nak bukak baju? kenapa nak berbogel? kat tempat ramai orang plak tu. perlu ke? sampai nampak semua bagai. masa tu dia mabuk, katanya dia tidak ingat apa-apa mengenai kejadian tersebut. adui. muka je lawa, tapi akal tarak! walaupun bukan orang Islam, tapi awak tu masih di Malaysia. bukannya di Amerika nak bogel-bogel sesuka hati. 


lovenota : pergi masuk sekolah balik ambil subjek Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan!


4 comments:

  1. Memang masa mabuk; kita selalu akan bertindak di luar kawalan. Sampai tak sedarkan diri. Tup2 pagi esok sedar2 kita dah bunuh orang. Haa penangan tengok CSI kat AXN. Ahaakss.. Sebab tulah, arak ni tak bagus utk kesihatan. Tapi manusia ni degil. Suka buat peraturan sendiri. Haa kan dah kena. Ini makan dia..

    ReplyDelete
  2. hmmm..itulah kesannya bila otak dah khayal ...memalukan diri sendiri..

    ReplyDelete
  3. orang malaysia rupanya...
    itulah jadi kalau akal tak berfungsi..

    ReplyDelete
  4. Macam tu pun boleh..muka memang lawa..hmm..myb dia nak elak bayar baki minuman keras, tu pasal dia buat drama agaknya..

    ReplyDelete

komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)

Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®