Berdasarkan penyebaran viral di atas, sijil cuti sakit itu tertera nama mangsa yang turut tertulis perkataan ‘1 hari mc kerana sakit nye tuh di sini’.
Ini memang betul-betul perbuatan yang tidak bertanggungjawab. Benda macam nie buat main-main? Kalau iye pun nak bergurau, padam la dulu alamat klinik dengan nama doktor tu. tak pun tukar je alamat dan nama doktor tu kepada nama yang merapu-meraban yang tak ada kena mengena dengan orang yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia. Aib kot! Padan la dengan muka sebab doktor tu dah buat report polis. Rasakan!
Benda-benda macam nie bukannya benda baru pun. Nak mem'viral'kan sesuatu perkara pun kenalah bertindak bijak. Bukannya buat tindakan seperti 'orang sakai gila glamer' macam 'mc sakitnya tuh di sini tu'. Banyak lagi benda viral yang mengaibkan orang lain kat Malaysia nie. Contohnya:
Siapa ingat lagi kes viral ic @ kad pengenalan yang tersebar bulan lepas? tengok pada ic nama lelaki, Hafizal Bin Hussain tapi gambar ic punya la cun! Saya sampai sekarang tak tahu nie ic betul ke palsu. Ada yang mengatakan nama sebenar gadis tersebut Puteri Nur. Ada yang kata khunsa. Ada yang kata bapok. So, tak tahu yang mana satu betul. konfius. Ok, lupakan hal tu. Masalahnya sekarang, siapa yang bertanggungjawab menyebarkan ic nie? Sampai menangis-nangis budak tu korang buat. Tak rasa bersalah ke?
Viral yang macam ini juga dah mengaibkan pemilik gambar tersebut. Walaupun sudah berlalu, tapi benda ini dah 'melekat' dalam internet. Sampai bila-bila benda nie takkan hilang. Walaupun kita dah sampai tahun 2020 pun nanti, bila kita Google balik mesti dapat cari punya. Benda 'aib' nie akan kekal dalam internet sampai bila-bila! Si pendosa yang memviralkan tu pun dapat dosa free sepanjang usianya. Orang kata dapat dosa kering. Tak seram ke?
Yang suka jadi kaki viral tu bawak-bawak bertaubat la ye. Jaja cerita yang tak betul pun boleh timbul fitnah. Lagi dosa besar. blogger-blogger yang join sekaki tu pun toksahlah buat lagi. cuba jadi pure-blogger, yang hanya suka-suka untuk menulis, sharing benda betul dan elok-elok yang membawa kepada informasi yang berguna kepada masyarakat. Nak sebar maklumat pun kenalah dapat dari sumber yang sah sahaja, bukannya main cedok dari blog orang lain.
Tak payah nak kejar trafik sangat. Tak pasal-pasal duit iklan yang korang dapat dari Nuffnang, Adsense, etc etc etc semua tu jadi tak berkat. Makan, guna, pakai duit tak berkat tu, boleh hidup dengan aman ke? Na'uzubillah!
lovenota : lama dah tak membebel macam nie. hehe
Fuh .. power power ..
ReplyDeleteWah..bro HH dtg. Ini lg seram. hikhik
Deletebila internet di hujung jari ni macam macam pulak benda orang nak viralkan. haishhh
ReplyDeletePnjng btul bebelannya tuh... ada bca iuga.. tpi mg x mnt nk share okra sebegini..
ReplyDeleteLagi-lagi yg dok share via whatsapp tu. Eh memang annoying la... Berjela2 whatsapp dibuatnya.. Betulnya belum tentu.
ReplyDeleteSekarang semua cerita yang ada dekat fb or media2 sosial lain tak boleh terus percaya...kena siasat dulu..kbyakan benda x betul..kkdg kisah yg 5 6 tahun lagi pergi up balik..ntah pape..
ReplyDeleteBebel je bro..biar dia taw..dosa kering tue aper..
ReplyDelete