Semalam ada sesi bual bicara mengenai "Susu Barokah" dengan Ustazah Fatimah Syarhah di Fiqh Wanita TV3 jam 1 petang. Bagus kita bincangkan soal ini, sebab dalam islam pun digalakkan memberi susu ibu kepada anak kita.
Allah juga ada menyebut tentang penyusuan ibu di dalam firmanNya yang bermaksud "Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu." (Al Baqarah:233)
TETAPI bila ustazah mengeluarkan statement, "Kalau kita bagi susu lembu, maka DNA lembu akan masuk ke dalam badan bayi", punya la mengamuk para ibu-ibu di Malaysia sebab satu statement tu je. Mana tak mengamuk, memang tidak dinafikan ramai yang bagi susu formula disebabkan susu ibu dah kering tetapi cara ustazah tu cakap seolah-olah anak diorang tu dah ada DNA lembu dan berperangai seperti lembu.
Dalam group yang saya join di facebook, ada juga beberapa komen yang diberikan berkenaan dengan penjelasan ustazah nie. Ada juga yang sarcasm. Hihi.
Saya faham apa yang ustazah tu nak cakap, tapi kat Malaysia nie ramai orang yang sensitif terutama para ibu. Ayat ustazah dah menimbulkan kekeliruan dan ketidakpuashatian pada semua orang. Bukan DNA lembu yang masuk, cuma "apa yang kita makan dan minum menjadi darah daging bayi tersebut". Itu penjelasan yang betul sebenarnya. Susu ibu juga membantu perkembangan dan tumbesaran bayi yang sihat. Itu memang tidak dinafikan lagi. Tapi bukan salah ibu tu jugak kalau susunya dah kering. So, kena la jugak bagi susu formula.
Penjelasan DNA lembu yang dikatakan oleh ustazah itu tidak betul pun. Susu formula yang diberikan akan dicernakan dari mulut hingga ke usus kecil "ingat pembelajaran Sains Tingkatan 2 dan Biologi Tingkatan 4". Yang diserap hanyalah khasiatnya, bukan DNA. DNA pula membawa maksud unit perwarisan yang mengandungi kod genetik sesuatu organisma. Ia hanya boleh diturunkan atau diwariskan melalui anak oleh induk (ibu bapa) semasa proses persenyawaan berlaku. Ini bermakna bayi tak ada DNA lembu. Tu jela.
Lagi satu penjelasan yang win dari facebook Iluminasi. Hehe
Khasiat Susu Ibu
Banyak kajian yang dilakukan seantero dunia telah membuktikan kelebihan susu ibu yang tidak terdapat dalam susu formula lain. Ia merupakan makanan terbaik untuk bayi terutama sejak lahir sehingga 6 bulan kerana ia mempengaruhi pembentukan fizikal juga mental anak-anak. Sebaik sahaja bersalin, susu pertama yang berwarna kekuningan dinamakan kolostrum mengandungi antibodi yang tinggi bertindak sebagai imunisasi pertama bagi bayi kerana ia mampu melawan penyakit seperti cirit birit, bronkitis, eczema dan lelah. Hari-hari pertama selepas kelahiran, ibu-ibu digalakkan menyusui bayi untuk membekalkan antibodi yang cukup. Walaupun terdapat perkembangan teknologi makanan moden yang cuba merumus susu formula agar menyamai susu ibu, namun khasiat dan kebaikan susu ibu tidak dapat disamai apalagi untuk ditandingi. Itulah hebatnya kurniaan Allah.
Antara kebaikan susu ibu ialah mengandungi komposisi nutrien yang sesuai dan cukup dengan perkembangan bayi yang membesar. Susu ibu bebas daripada bakteria kerana ia mengandungi antibodi (immunoglobulins) yang bertindak sebagai tembok penghalang pelbagai penyakit sehinggalah bayi dapat membentuk antibodinya sendiri. Protein di dalam susu ibu adalah mencukupi untuk pertumbuhan bayi dan perkembangan otak. Protein susu ibu mudah dihadam dan diserap. Apabila susu lembu diberi kepada bayi, kuantiti protein yang dihadam dan serap adalah rendah menyebabkan banyak hasil pecahan protein. Perkembangan otak boleh terganggu jika paras hasil pecahan protein dalam darah adalah tinggi. Susu ibu tidak membebankan ginjal bayi dan ia tidak perlu menyimpan air yang berlebihan.
Lemak merupakan sumber utama bagi bayi. Enzim lipase yang terkandung di dalam susu ibu boleh menghadamkan lemak. Kandungan lemak adalah berubah semasa penyusuan ibu iaitu lemak adalah rendah pada permulaan penyusuan (foremilk) dan tinggi pada akhir penyusuan (hindmilk) atau disebut susu akhir. Enzim-enzim dalam susu ibu akan menghadamkan lemak dan ini menyebabkan ia senang dibekalkan kepada bayi sebagai tenaga. Susu ibu juga mengandungi zat besi yang mudah diserap oleh bayi kerana di dalamnya terdapat laktoferin berbanding susu formula. Kandungan vitamin A dan C dalam susu ibu adalah tinggi berbanding susu lembu. Susu ibu tersedia bila-bila masa pada suhu badan dan sentiasa steril. Oleh itu, tidak timbul masalah kebersihan dalam pengendalian menyusukan bayi.
Kebaikan susu ibu bukan sekadar menjadi penawar kepada bayi malah ia mampu meningkatkan kecerdasan otak bayi. Kajian menunjukkan anak-anak yang berusia sembilan dan lima tahun yang mendapat susu ibu mempunyai IQ sebanyak 12 dan 9 kali lebih tinggi daripada anak yang seusia yang tidak mendapat susu ibu. Penelitian ini menunjukkan hikmah Allah menggalakkan penyusuan ibu yang lengkap bagi menjamin keberterusan generasi berkualiti.
Sejajar dengan firmanNya "Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan dari awal mengandung hingga akhir menyusunya dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun." (Luqman:14).
Kajian di Belanda pula menunjukkan susu ibu mengandungi Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Arakidonik (AA) yang tidak diperolehi dalam susu formula penting untuk pertumbuhan sistem saraf dan juga tumpuan otak.
Pakej istimewa yang ditawarkan dalam penyusuan ibu bukan sahaja memberi kebaikan kepada bayi malah ibu itu sendiri. Walaupun ramai wanita diselubungi kebimbangan mengembalikan bentuk badan selepas bersalin, dengan menyusu bayi, badan wanita boleh menjadi langsing disertai dengan senaman. Di samping itu, penyusuan bayi dapat membantu mengecutkan rahim, mengurangkan risiko pendarahan berlebihan dan risiko kanser buah dada dan ovari. Yang lebih istimewa, penyusuan badan dapat menyerlahkan lagi naluri keibuan dan menjana ikatan kasih sayang antara ibu dan anak kerana dalam proses menyusu, hormon prolaktin terhasil dan ia merangsang perasaan keibuan.
Sumber : ikim
Doa, Zikir dan Surah Banyakkan Susu Ibu
Ada beberapa doa, zikir dan surah yang boleh diamalkan oleh para ibu-ibu untuk memperbanyakkan susu ibu seperti:
Saya pun masa kecil-kecil minum jugak susu formula, Dutch Lady, sampai la sekarang. Alhamdulillah tak ada perangai macam lembu, banyak perangai manusia. Tapi kat sekolah jadi Hulk Hogan jugak la..hihi.
lovenota : Breastfeeding is the best