Al-kisahnya, tadi konon-konon sebelum tidur ingin baca semua text message di Whatsapp, WeChat, Telegram, etc di dalam tab. Mungkin ada message penting dalam group sekolah. Dah seminggu tak on tab saya tu. Maklumlah, saya nie jenis pemalas sikit *actually pemalas banyak* nak online benda-benda canggih tahap dunia ini. Sebab itu ramai yang menggelarkan saya ini sangat 'ketinggalan zaman'. Tergaru-garu saya bila orang kata saya sebegitu. Itulah tabiat saya yang paling susah nak buang.
Oh ya, berbalik pada tajuk saya. Saya mendapat message dari cik abang. Entah buang tebiat agaknya tiba-tiba rajin pula hantar message di Whatsapp. Bila baca tu memang hati berbunga riang. Seronok, ya..sangat. Bila rindu, tengok pintu rumah pun jadi la ye, kan? Dah macam drama melayu rasanya. Hihi.
Maaf, saya tergedik sekejap. Lepas tu, Tiba-tiba mata melihat pada 'last seen'. Erkk??
Maka, bermulalah sifat syak prasangka saya.
Oh, tidak! Kenapa ''last seen yesterday at 23:40''? Dia tidur pukul 9.30 tadi kot. Ingat lagi masa tu aku tengah syok tengok Gegar Vaganza. Dia nie jenis tidur mati. Aku pernah call tengah-tengah malam tak pernah berangkat. Apesal plak boleh last seen pukul 11.30?? Uihh, die tipu aku ke nie?? Mesti dia tak tidur nie. Mesti buat benda lain nihh. Dia chat dengan siapa?? Takkan la chat sampai lewat malam?? Esok kan kerja, nak bangun awal. Eh, tak boleh jadi nie!!! Dia curang belakang aku ke nie?? Perempuan mana pulak tu??!!! Mesti budak-budak kolej dia nie. Tahu la ramai budak pompuan bergetah!! Cantik muluss kiut miut dari aku!! Ishkk susah jugak berlakikan lecturer kolej nie!! Eh betul ke? OH TIDAKKKKK!!!
STOP!
Itu merepek. Haha. Itu adalah bisikan syaitonnn. Astaghfirullah al'azim. Jangan cepat berprasangka buruk. Sikit-sikit takpe, kalau merepek-kerepek jangan sesekali. Karang gaduh bertekak menangis bagai susah plak.
Saya mengaku saya jenis cepat terasa hati. Seperti kes 'last seen' kat atas nie. Tapi saya tak kisah. Chewahh, kemain kau eh..hihi. Bukannya tak kisah 100% tapi fikir positif. Kita kenal pasangan kita, saya tersangat kenal dia jenis yang macam mana. Dia jenis buka henfon tak tutup internet, henfon letak merata-rata, masa tengah call pun boleh tertidur lepas tu henfon tercampak di mana-mana. Last seen itu langsung tak bermakna pada saya *walaupun dalam hati seperti dikoyak-koyak dicincang seperti roti canai*.
Alah, saya dah tak heran dah. Nak cemburu pun tak kena pada usia saya nie. Kalau masa zaman muda-muda dulu lainlah. Sekarang nie fokus pada masa hadapan yang bakal mendatang. Tak ada masa nak cemburu buta nie. Tapi, bila saya betul-betul rasa cemburu, dia boleh suka pulak. Dia ada cakap, tak sangka awak cemburu, kan? Sebab tu saya kata, awak nie masih budak kecil bagi saya. Duh! I am a big girl now..huhu.
Tapi sebenarnya, jangan mudah terpedaya. Berhati-hati ye. Pada perempuan muda di luar sana, nak tahu lelaki curang senang je. Kalau masa 'last seen' itu berubah selang beberapa minit, tapi masih tidak reply satu pun text anda, ya, dia memang sedang curang. Kena peka pada 'last seen' itu. Belum lagi cerita pasal 'double blue-tick' lagi. Sah-sah dia sengaja tak nak reply message kita.
Kalau dia hide 'last seen', ternyata dia lelaki yang BACUL. Maaf ye kalau kasar. Kenapa saya katakan sebegitu? Sebab dia PENGECUT. Konon nak hide untuk elakkan pergaduhan, nak jaga hati pasangan. Itu semua BULLSHIT. Berani kerana benar. Nak sorokkan apa? Tinggalkan je orang sebegitu. Orang yang menipu ini memang banyak akal, tetapi ingat, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.
Never hide your 'last seen' in Whatsapp, it will let people know that you are ignoring them.
Dah, waktu tidur untuk si musang. Sebab tu orang panggil saya beautyfox. Duh!
lovenota : Disebabkan ini juga kes penceraian semakin meningkat. Nauzubillah.
Aah.. saya memang hide last seen sebab "it will let people know that you are ignoring them" . Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Biarkan. Saya happy dengan cara sekarang walaupun saya tak dapat tengok last seen orang lain.
ReplyDeleteNak tanya, knp last seen tak bole tgk sedangkan org tu x tutup last seen dia??
ReplyDeletesbb awak tutup last seen awak kot
Delete