Tarikh pembayaran bonus bagi kakitangan awam kerajaan dan pesara kerajaan sudah dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPAM) pada 11 November 2016 yang lalu. Pembayaran Bonus ini dilaksanakan selaras dengan keputusan Bajet 2017 yang dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri tempoh hari.
PP Bil. 10/2016 Bayaran Khas Tahun 2016
Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk melaksanakan keputusan Kerajaan memberi Bayaran Khas Tahun 2016 kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan.
Kerajaan telah membuat keputusan supaya Bayaran Khas Tahun 2016 dibayar sebagai penghargaan kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan. Bayaran Khas Tahun 2016 ini diberi kepada semua pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang berkhidmat pada tahun 2016 tertakluk kepada syarat bahawa pegawai telah berkhidmat sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut termasuk semua jenis cuti bergaji penuh, Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan dan Hari Kelepasan Am dalam tempoh 1 Januari 2016 hingga 31 Disember 2016.
Kadar Bayaran Khas Tahun 2016
- Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan: RM 500.00
- Pesara Kerajaan yang menerima pencen: RM 250.00
Bayaran Khas Tahun 2016 akan dibayar pada 3 Januari 2017.
muat turun pekeliling : Bayaran Khas Tahun 2016
lovenota : syukur, alhamdulillah. daripada tak dapat, dapat nie pun mujur la!
No comments:
Post a Comment
komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)