Wednesday, November 30, 2016

Tarikh Pembayaran Gaji 2017


Tarikh pembayaran gaji bagi kakitangan awam @ kakitangan kerajaan pada tahun 2017. 

Tarikh pembayaran gaji bagi tahun 2017 telah dikeluarkan secara rasmi pada 28 November 2016 yang lalu di laman web Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) iaitu SPANM Bil. 4 Tahun 2016 - Tarikh Dan Peraturan Pembayaran Gaji Tahun 2017.

Anda juga boleh download tarikh pembayaran gaji ini pada link di bawah dan disimpan dalam bentuk pdf. boleh print out juga dan tampal pada meja anda supaya anda lebih bersemangat untuk bekerja apabila ternampak tarikh keluar gaji hampir tiba..hihihi.

[Klik untuk muat turun]


Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 4 Tahun 2016. 


Tarikh dan peraturan pembayaran gaji tahun 2017





Tarikh pembayaran gaji bulanan bagi tahun 2017


Secara kesimpulannya, ada beberapa gaji yang diletakkan dalam tarikh bahaya seperti bulan Jun dan bulan Oktober. Dua-dua bulan tersebut mempunyai hari perayaan besar iaitu Hari Raya Aidilfitri yang jatuh pada 25 Jun 2017 dan juga Hari Deepavali yang jatuh pada 18 Oktober 2017.  tarikh pembayaran gaji pun diawalkan. So, bak kata Bro Framestone, bulan paling parah ialah bulan Julai dan November..ok? Kena berjimat cermat lah ye. 


lovenota:  nak kumpul duit balik. habis gaji simpanan sebab beli rumah..wuuu

Read More »

Monday, November 28, 2016

Bayi Untuk Dijual


BAYI UNTUK DIJUAL


Malaysia sekali lagi mendapat perhatian dunia apabila journalist daripada 101 East, Chan Tau Chou, menjalankan penyiasatan selama 4 bulan dalam usaha mengumpul maklumat dan bukti bagi mendedahkan kegiatan jualbeli bayi atas talian (online). Kegiatan ini dijalankan di laman sosial, Facebook melalui sebuah Closed Group yang dikendalikan oleh barisan admin yang menggunakan fake account.

"The Dressar & Co" berjaya menemui group tersebut, namun ianya telah ditetapkan sebagai 'Closed Group', di mana orang luar tidak akan diberikan akses untuk melihat post di group tersebut. Group tersebut terdiri daripada 2,000 orang ahli. 





Kredit: Admin "The Dressar & Co"

MOTIF :
Permohonan untuk pengesahan anak angkat yang sah di sisi undang-undang kebiasaannya mengambil masa yang lama dan penguatkuasaan undang-undang rumit di Malaysia. Ini yang menyebabkan ramai pembeli memilih sindiket ini. Kewujudan pasaran bawah tanah ini menyasarkan pasangan tidak boleh mempunyai anak sendiri. Selain itu, peningkatan khidmat industri seks di Malaysia juga mendorong warga asing yang tidak mahu menggugurkan kandungan mereka untuk menjualnya melalui kegiatan ini.

PENJUAL :
Timbul persoalan, bagaimana mereka mampu membekalkan bayi yang ramai bagi menampung permintaan pembeli. Sepertimana yang ditulis pada tajuk di atas, boleh pre-order, atau booking terlebih dahulu. Bekalan bayi boleh didapati oleh pekerja industri seks (pelacur) yang memilih untuk tidak menggugurkan kandungan mereka demi keselamatan diri mereka sendiri. Sepanjang empat bulan siasatan, pengedar di Malaysia yang mengiklankan bayi dalam talian, mempunyai 78 wanita hamil Indonesia. Pengedar akan memberi satu katalog gambar wanita hamil kepada pembeli berpotensi.

PEMBELI :
Kegiatan ini mendapat sambutan hangat daripada mereka ingin bergelar sebagai seorang ibu atau bapa, dan sanggup untuk melanggar undang-undang demi mencapai cita-cita dan impian mereka dengan memilih jalan yang singkat. Walaupun kita memahami kehendak mereka, ianya amat mendukacitakan apabila kegiatan ini juga dimanfaatkan juga oleh golongan paedophile (mereka yang mempunyai nafsu seksual terhadap kanak-kanak) untuk memuaskan kehendak songsang mereka.

ORANG TENGAH :
Ianya amat mendukacitakan apabila sindiket ini berjaya dijalankan dengan mendapat bantuan daripada golongan doktor serta individu berpengaruh (pegawai kerajaan) yang korup. Mereka membayar doktor dan pegawai kerajaan untuk memalsukan dokumen kelahiran supaya tiada siapa tahu bayi itu bukan milik mereka dan tiada sesiapa yang tahu siapakah ibu sebenar bayi tersebut. Menurut kumpulan 101 East yang menyamar sepanjang penyiasatan, mereka berjaya mengumpul bukti tawaran daripada doktor secara terbuka menawarkan bantuan memalsukan dokumen kelahiran bayi yang dibeli itu, dengan dibantu pegawai berkhidmat di Jabatan Pendaftaran Negara. Namun begitu, ianya tidak dinyatakan mengenai organisasi pekerjaan doktor tersebut, sama ada pekerja kerajaan atau swasta.

HARGA :
Ia adalah perniagaan menguntungkan, di mana seorang bayi berharga AS$1,500 (RM6,600) hingga AS$2,500 (RM11,000). Harga bayi akan melonjak sekiranya dilahirkan sebagai lelaki, dengan mengambilkira faktor lain seperti bangsa, jantina, berat bayi, kaum serta warna kulit. Program ini mendedahkan bayi lelaki yang berwarna kulit cerah lebih mahal. 




lovenota: Hentikan penjualan bayi secara haram


Read More »

Siapa Kartunis Zunar?


Siapa Kartunis Zunar?



Zulkiflee Anwar Haque (15 Mei 1962) atau lebih dikenali sebagai Zunar adalah rakyat Malaysia yang juga merupakan kartunis Malaysia. Zunar dilahirkan pada 15 Mei 1962 di Bukit Junun, Gurun, Kedah. Pernah bekerja sebagai juruteknik makmal, Zunar juga aktif dalam aktiviti lain yang menyentuh soal kartun. 

Isu dan kontroversi

Saman KDN
Bermula 24 Jun 2010 buku terbitan Malaysiakini, 1Funny Malaysia dan Perak Darul Kartun yang diterbitkan syarikat Zunar, Sepakat Efektif Sdn Bhd - dilarang daripada dipamerkan.Tindakan pengharaman buku 1Funny Malaysia dan Perak Darul Kartun - kedua-duanya karya Zunar - didakwa tidak sah dan bertentangan dengan hak kebebasan bersuara yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. Pada 27 Julai 2010, beliau dan Malaysiakini memfailkan dua saman berasingan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mencabar keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharamkan dua buku kartun politik.

Tangkapan kerana tuduhan hasutan
Pada 24 September 2010, Zunar ditangkap polis serta didakwa atas tuduhan hasutan, hanya tiga jam sebelum pelancaran bukunya yang baru sahaja diterbitkan, "Cartoon-O-Phobia". Semasa beliau ditangkap, polis merampas 66 naskhah buku tersebut. Rampasan tersebut berkemungkinan disebabkan buku itu mengandungi kandungan isu 'sensitif' seperti kes pembunuhan Altantuya, konspirasi terhadap Anwar, perihal isteri Perdana Menteri iaitu Rosmah, kehilangan enjin jet pejuang, kapal selam Scorpene yang tidak boleh tenggelam, isu di Sarawak, isu perkauman, rasuah, pembaziran wang rakyat, dsb.

Pada 10 Februari 2016 jam 9 malam, beliau telah ditangkap di rumahnya di Kuala Lumpur, dan ditahan reman selama tiga hari. Beliau kemudiannya didakwa berhubung dengan sembilan imej politik beliau telah disiarkan dalam talian internet. Lima daripada buku beliau juga telah diharamkan atas alasan bahawa kandungannya adalah "memudaratkan ketenteraman awam". Beliau kini dibebaskan dengan ikat jamin, menunggu tarikh mahkamah terhadap beliau pada 6 November.

Beberapa kartun / komik milik Zunar yang boleh saya kongsikan.








lovenota: kadangkala kebenaran itu pahit dan amat menyakitkan


Read More »

Thursday, November 17, 2016

UPSR - Format KSSR Pertama



Apabila mendengar hanya 4 896 calon sahaja yang mendapat semua A dalam Peperiksaan UPSR 2016, saya merasakan bahawa fenomena PT3 yang pertama pada tahun 2014 berulang kembali. Benar, ibu bapa tidak perlu risau jika anak anda tidak mendapat semua A seperti anak rakan-rakan dan jiran-jiran anda yang menduduki peperiksaan UPSR pada tahun sebelumnya. Ia tidak boleh dibandingkan sama sekali kerana format dan tahapnya adalah berbeza.

Calon peperiksaan UPSR 2016 adalah kohort pertama yang mengikuti Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan melengkapi pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di samping membudayakan unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) ataupun dikenali sebagai High-Order Thinking Skills (HOTS). Mereka ini juga akan menjadi kohort pertama yang akan mengikuti Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan menduduki Peperiksaan Tingkatan 3 (PT3) berformat baru pada tahun 2019. 

Konsep Kurikulum Transformasi KSSR berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. KSSR dilihat sebagai penambahbaikan dari Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR).  Prinsip utamanya ialah pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, peluang dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid dan pendidikan seumur hidup.

Beza KBSR dan KSSR?



Dalam KSSR Tahap Satu, terdapat beberapa mata pelajaran baru di samping penggabungan semua disiplin ilmu dalam bentuk Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif untuk pengurusan kurikulum yang lebih berkesan.

Modul Teras Tema diperkenalkan untuk mengurangkan bilangan mata pelajaran di tahap satu.  Modul Teras Tema mengandungi tema Dunia Kesenian dan tema Dunia Sains dan Teknologi (DST).  Dalam tema Dunia Kesenian, terdapat dua mata pelajaran, iaitu Seni Visual dan Muzik. Tema DST mengandungi elemen mata pelajaran Sains, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dan Reka Bentuk dan Teknologi (RBT).


Julat Gred Markah KSSR Sekolah Rendah 2016


Julat Gred Markah KBSR

80 - 100 --> A 
60 -- 79 --> B 
40 -- 59 --> C 
20 -- 39 --> D 
01 -- 19 --> E 
00 --------> TH

Berikut di atas adalah julat gred markah KBSR lama yang digunapakai sebelum ini. Jika kita bandingkan perbezaan julat pemarkahan bagi KBSR dan KSSR, tahap gred B dalam KSSR lebih tinggi berbanding KBSR. Ini bermakna gred KSSR adalah lebih berkualiti berbanding gred markah sebelumnya.

Keputusan Gred Purata Negeri (GPN) Setiap Negeri

Negeri
Bil. calon
Semua A
Peratus
Gred Purata Negeri (GPN)
Wilayah Persekutuan
20, 676 calon
308 calon
1.49 %
2.77
Sarawak
41, 380 calon
284 calon
0.69 %

Pulau Pinang
22, 215 calon
399 calon
1.80 %

Perlis
3, 806 calon
45 calon
1.18 %

Negeri Sembilan
16, 617 calon
247 calon
1.49 %
2.82
Melaka
13, 261 calon
159 calon
1.19 %
2.83
Johor
54, 678 calon
671 calon
1.25 %
2.84
Selangor
87, 229 calon
1, 025 calon
1.18 %
2.85
Terengganu
20, 341 calon
271 calon
1.33 %
2.95
Pahang
23, 351 calon
296 calon
1.27 %
2.96
Perak
34, 713 calon
363 calon
1.05 %
2.97
Kelantan
29, 372 calon
320 calon
1.09 %
3.03
Kedah
31, 976 calon
280 calon
0.88 %

Sabah
43, 661 calon
187 calon
0.43 %
3.29
 

lovenote: perjalanan hidup anda masih jauh. teruskan usaha dengan lebih cemerlang.

Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®