Alhamdulillah, mak menghantar khabar berita dari kota Mekah. Sihat-sihatlah hendaknya. Umrah mak tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum bertolak pulang ke Malaysia. Katanya dalam perjalanan ke Madinah pula. Sungguh riang hati mak kerana dapat berkunjung di rumah Allah SWT itu. Tercapai hajat mak untuk menunaikan ibadah umrah di sana. Alhamdulillah.
Mendengarnya, terasa hati ini ingin berkunjung ke sana. Alangkah indahnya. InsyaAllah suatu hari nanti, bersama dengan bakal suami, yang belum tiba menyapa hati ini.
Mak ada mengatakan nanti di Jabal Rahmah (tempat pertemuan Nabi Adam as dan Hawa), mak nak doakan supaya aku bertemu jodoh cepat-cepat. Aku termanggu seketika, ada ke jodoh buatku? Mendengar kesungguhan mak, aku tersenyum simpul. Entahkan sampai jodoh ataupun tidak. Tiada tanda-tanda lagi aku akan menamatkan zaman bujang tahun ini. Keras hati kau ye~
Abah pun dah mula bising-bising bila nak berumah tangga. Rilek la abah, muda lagi. Belum terbuka hati ini. Maafkan anakandamu..
Mak akan kembali ke Malaysia pada hari rabu depan. Aku sudah bersiap sedia mengambil cuti rehat pada hari tersebut untuk mengambil mak di KLIA. Terpaksa juga ambil cuti, memandangkan mak akan sampai pada waktu tengahari. Mudah-mudahan mak tiba di Malaysia dengan selamat. InsyaAllah.
lovenota: hatiku sayu~
Moga doa-doa itu Allah terus terima..ameen :)
ReplyDelete