Wednesday, March 01, 2017

Penderaan Emosi Anak-Anak


Selalunya kalau kita sebut dera, mesti dalam kepala terbayangkan kena pukul. Memang kita tak dera secara fizikal tapi sebenarnya ramai di kalangan mak ayah yang tidak sedar yang mereka selalu mendera emosi anak-anak.

Semak 7 penderaan ini, kalau anda memang pernah lakukan pada anak anda. Segera berubah kerana dalam tempoh jangka masa yang panjang, ia boleh merosakkan masa depan anak.

1. Tidak ikhlas

Anak memang sentiasa mahukan perhatian, itu memang fitrah mereka. Ada anak-anak yang suka bertanya dan banyak cakap. Memang ada kalanya kita rasa rimas tapi jangan kita abaikan anak-anak. Beri reaksi agar anak tahu kita mendengar dan menghargai mereka.

Contoh: Kita selalu layan anak tak ikhlas, bila dia bercerita kita tak fokus pada dia. Sebaliknya kita sibuk layan telefon atau tengok tv. Cuba kalau orang buat macam tu pada kita. Tak sedih ke? Silap-silap sentap. Anak pun ada perasaan, dia sangat sedih bila mak dan ayah tak endahkan dia.

Kesan: Anak yang selalu diabaikan akan rasa sedih, emosinya tidak stabil dan anak selalu rasa rendah diri. Mereka cenderung buat keputusan yang salah dalam hidup.

2. Tiada reaksi

Anak beriya-iya bercerita tapi kita tak bagi reaksi langsung. Umpama anak bercerita dengan dinding. Anak-anak excited mahu mendengar komen kita tapi kita buat anak rasa seperti dia tidak wujud.

Contoh: Anak tanya tentang iklan billboard di tepi jalan. Tapi kita drive buat tak tahu je, langsung tak jawab soalan anak. Sedangkan anak ternanti-nanti jawapan kita.

Kesan: Anak rasa dirinya tak guna dan tak disayangi. Dia juga mungkin akan menjadi seorang yang pendiam.

3. Mengejek atau merendahkan anak di depan orang lain

Kita selalu mengejek anak kita tanpa sedar, misalnya menjadikan anak sebagai bahan lawak. Kita juga Kita juga suka bandingkan anak kita dengan orang lain, yang baik semua anak orang tapi anak kita semua kita cakap  tak bagus.

Contoh: Bila anak kita pelat atau kencing malam, sampai dia besar kita masih mengejek dia.

Kesan: Anak akan menjadi rendah diri, malu dan cenderung berdendam dengan kita.

4. Tak percaya dengan anak

Kita lebih percaya cakap orang luar berbanding anak kita. Kita selalu anggap anak kita buat cerita.

Contoh: Bila anak cakap tak sedap badan macam nak demam, kita anggap anak buat alasan malas ke sekolah.

Kesan: Hubungan dengan anak akan jadi renggang. Anak akan mencari orang luar untuk meluahkan perasaan. Disebabkan itulah ramai budak-budak bawah umur mengikut orang luar dengan rela hati. Orang luar ambil kesempatan bila anak-anak kurang kasih sayang dari kita.

5. Terlalu cerewet / Perfectionist

Mak ayah dalam kategori ini sangat cerewet, ada saja yang tak kena tentang anak di mata mereka. Semua benda tak puas hati tentang anak.

Contoh: Anak makan tumpah dimarah sedangkan anak masih kecil dan sedang belajar.

Kesan: Anak akan takut untuk mencuba perkara baru, mereka jadi skema dan tidak kreatif. Anak jadi sangat stress, silap-silap anak boleh sakit jiwa dan jadi liar sebagai tanda protes.

6. Tak tunjuk sayang &  tak bagi sokongan

Sayang anak mesti zahirkan dengan perbuatan dan percakapan supaya anak tahu kita sayang anak. Ramai yang tak ucap sayang anak dan tidak menyentuh anak seperti memeluk dan memberi ciuman.

Contoh: Tak ucap tahniah walaupun anak dapat nombor 1.

Kesan: Anak jadi insan yang pentingkan diri dan ego sama seperti mak dan ayahnya. Nanti kalau anak pun tak peduli kita jangan kecil hati ye. Sebab kita yang ajar mereka macam tu.

7. Sorok atau diamkan kesilapan anak

Kita anggap salah anak adalah perkara remeh, kita diamkan sahaja kerana malas nak fikir. Kita lepas tangan, kita harap anak berubah sendiri jadi insan yang baik.

Contoh: Bila cikgu cakap anak suka bergaduh, kita tidak ambil tindakan walaupun kita tahu perbuatan itu salah. Kita anggap ia perkara biasa kerana anak masih kecil.

Kesan: Anak menjadi besar kepala dan keliru. Dia tidak tahu itu adalah salah satu kesilapan dan menjadi orang yang suka membuli.

sumber: mingguan wanita



lovenota: saya yang sudah besar pun masih kena penderaan emosi. Serabut sangat. 

No comments:

Post a Comment

komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)

Copyright © 2008-2017 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®