KRONOLOGI PERISTIWA BERSEJARAH
Anda harus menerangkan (15 markah) rentetan masa berlakunya peristiwa bersejarah yang anda pilih tersebut mengikut urutan masa. Penerangan kronologi termasuk tahun sebelum peristiwa berlaku, tahun semasa peristiwa berlaku dan tahun selepas peristiwa berlaku.
Contoh: Kronologi Hari Sukan Sekolah / Temasya Sukan Tahunan Sekolah / Kejohanan Olahraga dan Balapan
Contoh: Kronologi PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM MELAKA
1881 - Khutub Khanah Melaka telah ditubuhkan bertempat di Bangunan Stadthuys, BandaHilir. Nama Khutub Khanah Melaka kemudiannya telah ditukar nama kepada Henry Gurney Memorial Library.
1960 - Khutub Khanah Bergerak yang pertama telah dilancarkan oleh YAB Ketua Menteri Melaka, Encik Abdul Ghaffar bin Baba di Sungai Rambai, Melaka.
1966 - Khutub Khanah Melaka telah berpindah ke Dewan Hang Tuah dan namanya ditukar kepada Perpustakaan Melaka. Majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh YB En. Tan Siew Sin, Menteri Kewangan Malaysia.
1975 - Enakman Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka 1975 memperuntukkan penubuhan Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka dan perkara-perkara yang berhubung dengannya diluluskan.
1977 - Enakmen Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka 1975 dikuatkuasakan dengan penubuhan Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka bertempat di Dewan Hang Tuah, Jalan Hang Tuah, Melaka.
1986 - Perpustakaan Awam Cawangan Jasin ditubuhkan bertempat di Bangunan JKR, 1773, Bandar Jasin.
1988 - Perpustakaan Awam Cawangan Alor Gajah ditubuhkan bertempat di Tingkat 2, Wisma UMNO Alor Gajah, Bandar Alor Gajah.
1989 - Bahagian Rujukan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri berpindah ke ruangan baru di Tingkat 1, Wisma Datuk Haji Mohamad, Jalan Hang Tuah.
1992 - Perpustakaan Awam Cawangan Masjid Tanah ditubuhkan bertempat di Tingkat 2, Bangunan Lembaga Urusan Tabung Haji, Bandar Masjid Tanah, Melaka.
1993 - Enakmen Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (Pindaan) 1993 dikuatkuasakan.
1994 - Perpustakaan Cawangan Merlimau dibuka kepada orang ramai pada 1 Jun 1994 dan dirasmikan pada 29 Ogos 1994.
1996 - Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka berpindah ke bangunan baru di 242-1, Jalan Bukit Baru, Melaka. Bangunan asal dan perkhidmatan yang sedia ada di Tingkat 1, Dewan Hang Tuah dikekalkan dan menjadi Perpustakaan Cawangan Melaka Tengah. Bangunan Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka di Bukit Baru dirasmikan oleh TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka pada 4 November 1996.
1997 - Perpustakaan Desa Pulau Sebang dibuka kepada orang ramai pada 10 November 1997.
1998 - Perpustakaan Cawangan Alor Gajah berpindah ke tempat baru dan mula memberi perkhidmatan pada 1 Ogos 1998. Perpustakaan Cawangan Alor Gajah dirasmikan oleh YAB Ketua Menteri Melaka pada 7 November 1998.
1999 - Perpustakaan Japerun Sungai Rambai dibuka kepada orang ramai pada 2 Februari 1999.
2000 - Perpustakaan Desa Felda Bukit Senggeh, Alor Gajah dibuka kepada orang ramai pada 1 Ogos 2000.
2001 - Perpustakaan Desa Siber Kampung Padang telah dirasmikan YAB Datuk Seri Haji Mohd.Ali Bin Rustam,ketua Menteri Melaka pada 3 Julai 2001.
Perpustakaan Cawangan Melaka Tengah telah ditukar pada Perpustakaan Pusat Sumber Institut Pengajian Tinggi pada Ogos 2001.
2002 - Perpustakaan Japerun Air Panas memulakan perkhidmatan kepada orang ramai pada 1 April 2002.
2003 - Perpustakaan Cawangan Merlimau telah berpindah ke bangunan baru yang terletak di Jalan Jasin, Merlimau dan memulakan perkhidmatan kepada orang ramai pada 2 Jun 2003.
Contoh lain:
- Kronologi Hari Kemerdekaan Malaysia -> [link]
Anda harus menggunakan sumber yang asal dan sahih sahaja, tidak boleh gunakan isi atau sumber daripada blog-blog lain kerana ia tidak akan diterima oleh guru anda.
*************************************************************************
Anda boleh klik pautan di bawah untuk mendapatkan contoh jawapan yang lain
1. Pengenalan Tugasan Sejarah PT3 2017 Peristiwa Bersejarah
2. Perancangan Kerja
3. Jadual kerja
4. Objektif Kajian
5. Kaedah Kajian
6. Kerangka Awal / Proses Awal
7. Pengenalan - Latar Belakang
8. Faktor berlakunya Peristiwa Bersejarah
9. Kronologi Peristiwa Bersejarah
10. Kesan Peristiwa Bersejarah
11. Iktibar daripada Peristiwa Bersejarah
12. Rumusan
13. Sumber
Anda dinasihatkan memastikan ketulenan tugasan dan tidak memplagiat dengan mengambil atau meniru tugasan (hasil kerja) daripada mana-mana pihak seperti di blog-blog lain yang tidak mempunyai sumber asal yang sahih. Sebagai peringatan, sekiranya anda didapati melakukan plagiat, anda berkemungkinan digagalkan atau diberikan gred yang tidak memuaskan. Diharap panduan / jawapan tugasan Sejarah PT3 ini dapat memberi panduan dan penjelasan kepada semua pelajar tingkatan 3. semoga anda boleh siapkan dengan jayanya!
Diedit dan diolah oleh saya sendiri!
Semua maklumat di atas disusun oleh saya sendiri. kepada blogger kaki copy paste, post ini tidak boleh dan tidak dibenarkan copy melainkan anda berkongsi link ini sahaja. Semua maklumat di atas juga tidak boleh dicopy. anda faham erti copyright, kan?
Anda hanya kena print sahaja sebab kat sekolah pun kena salin balik, kan? So, Nak print senang je:
1. chrome dan mozilla user :
guna tab menu browser uols (yang ada 3 garis) yang ada di atas sebelah kanan dan klik print.
2. Boleh juga kalau tak nak print, save guna pdf.
3. Terus tekan CTRL-P untuk print terus.
Anda hanya kena print sahaja sebab kat sekolah pun kena salin balik, kan? So, Nak print senang je:
1. chrome dan mozilla user :
guna tab menu browser uols (yang ada 3 garis) yang ada di atas sebelah kanan dan klik print.
2. Boleh juga kalau tak nak print, save guna pdf.
3. Terus tekan CTRL-P untuk print terus.
Good Luck!
No comments:
Post a Comment
komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)