Wednesday, May 24, 2017

Berbaloi ke Guna Fidget Spinner?


Apa itu Fidget Spinner?


Fidget Spinner adalah sejenis alat yang digunakan untuk melegakan stress atau tekanan. Bahan asas pembuatan Fidget Spinner terdiri daripada bearing @ galas bebola yang terletak di tengah-tengah reka bentuknya. Galas bebola diperbuat daripada bahan seramik, logam (keluli tahan karat atau chrome), dan reka bentuk yang hibrid. Reka bentuk hibridnya pula diperbuat daripada pelbagai bahan termasuk tembaga, keluli tahan karat, titanium, tembaga dan plastik. 

Alat permainan ini telah digunakan untuk membantu orang yang mempunyai masalah untuk memberi tumpuan, tidak fokus, gelisah atau resah seperti mereka yang mempunyai Sindrom Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif [Attention Deficit Hyperactivity Disorder - ADHD], autisme, atau anxiety (kebimbangan). Ia bertindak sebagai mekanisme untuk melepaskan rasa gugup, gemuruh atau tekanan. Pakar-pakar telah bersetuju mengenai keperluan ini, dengan beberapa agensi yang menyokong penggunaannya manakala beberapa agensi NGO yang lain mempertikaikan asas saintifik dan berhujah bahawa alat permainan ini sebenarnya boleh menyebabkan seseorang lebih terganggu.

Walaupun alat ini telah dicipta pada tahun 1990-an, tetapi baru-baru ini Fidget Spinner menjadi alat permainan popular pada tahun 2017 dan menjadi tular @ trending dalam membuat trick @ helah dalam aksi video di Youtube dan Instagram. Sering dipasarkan dengan mempunyai manfaat dari segi kesihatan, Fidget Spinner sudah mula digunakan oleh kanak-kanak sekolah, menyebabkan sesetengah sekolah mengharamkan penggunaan Fidget Spinner, dengan alasan bahawa mainan itu menjadi gangguan di bilik darjah dan pelajar tidak menyiapkan kerja sekolahnya. Malahan apabila menggunakan Fidget Spinner, ia boleh menghasilkan bunyi yang akan mengganggu kanak-kanak yang lain. Sekolah-sekolah lain pula membenarkan Fidget Spinner digunakan oleh kanak-kanak dalam usaha untuk membantu mereka menumpukan perhatian dalam pembelajaran.

Banyak agensi penerbitan membahaskan bahawa banyak manfaat atau kelebihan daripada keburukan menggunakan Fidget Spinner bagi individu yang mempunyai ADHD, autisme, atau keresahan, dan terdapat keperluan Fidget Spinner ini sebagai rangsangan berterusanAda yang mengatakan, Fidget Spinner telah dicipta dan dipasarkan sebagai alat mengurangkan stress yang digunakan untuk kekal fokus. 

Sama seperti zaman-zaman sebelum wujudnya Fidget Spinner, jika kita ingin fokus dalam melakukan sesuatu kerja, sudah semestinya kita akan melakukan beberapa pergerakan seperti menggoyangkan atau memusingkan pen, mengetuk meja, menggoyangkan kaki dan sebagainya. Cuma pada zaman ini, alat seperti Fidget Sipnner dikeluarkan sebagai alat untuk membantu fokus dalam sesuatu pekerjaan.

Terdapat kanak-kanak yang mempunyai masalah ADHD dan autisme dibenarkan untuk menggunakannya di sekolah dan juga diajar cara untuk menggunakannya dengan betul. Tetapi ia menjadi gangguan dan daya penarik kepada beberapa kanak-kanak yang normal dan terpengaruh untuk menggunakan dan bermain. Bagi pelajar yang tidak mempunyai kecacatan, ia adalah satu alat permainan, dan ia sepatutnya tidak dibenarkan.

Salah seorang ibu telah membeli Fidget Spinner untuk anak lelaki berusia 10 tahun, yang mempunyai ASD / SPD dan anak perempuan berusia lapan tahun, yang disyaki ADHD. Dan beliau berkata: "Pada mulanya saya fikir, ia adalah alat yang berkesan untuk menghilangkan rasa gelisah kepada kanak-kanak apabila menggunakannya, tetapi sekarang apabila ia diharamkan di sekolah, bermakna anak-anak saya akan kehilangan alat bantuan yang amat memberi manfaat kepadanya. Adalah tidak adil jika seorang kanak-kanak dengan keperluan khas yang menggunakan alat tersebut dan kini tidak dibenarkan kerana kanak-kanak lain menggunakan Fidget Spinner semata-mata untuk keseronokan."



sumber: Birmingham Mail


Tetapi, adakah Fidget Spinner ini selamat digunakan oleh kanak-kanak normal yang lain?
Gambar di atas adalah Sharp Ninja Fidget Spinner. Sama seperti Shuriken Ninja, bukan? Jika ia digunakan oleh anak-anak anda untuk bermain sesama rakan, apa yang bakal terjadi jikalau mereka cuai mengendalikan alatan ini?

Ada beberapa ibu bapa telah menimbulkan kebimbangan keselamatan mengenai Fidget Spinner. Sebagai contoh, seorang wanita Texas yang berkongsi kisahnya di Facebook, mengenai anak perempuannya yang berusia 10 tahun tercekik Fidget Spinner dan memerlukan pembedahan untuk mengeluarkannya, seperti yang dilaporkan oleh CNN. Sudah tentu, menelan risiko apa-apa yang boleh ditelan. Sejak dari kanak-kanak lagi mereka suka untuk meletakkan objek di dalam mulut mereka, menelan dan tercekik mainan. Lagipun, Akademi Pediatrik Amerika memberi amaran bahawa tercekik adalah punca utama morbiditi dan kematian di kalangan kanak-kanak, terutama mereka yang berusia 3 tahun ke bawah. Dan juga di Georgia, seorang nenek mengatakan Fidget Spinner pecah di tangan cucunya yang berusia tiga tahun.


saiz bearing (bola galas) sebesar duit syiling


Sumber dari United Kingdom menyatakan seorang budak lelaki berusia 11 tahun hampir buta akibat terkena bilah Fidget Spinner selepas terbabas dari tangannya apabila asyik melakukan beberapa aksi putaran.


sumber: USA Today

Tidak semua kanak-kanak mendapat manfaat daripada bermain dengan Fidget Spinner. Kajian Dr. Dustin Sarver, MD, seorang profesor pediatrik di Pusat Perubatan Universiti Mississippi dan penyelidik di Pusat Pembangunan Belia, mengatakan sebahagian besar kanak-kanak dengan ADHD, lebih banyak mereka bergerak menggunakan Fidget Spinner, lebih baik prestasi memori kerja mereka. Selain itu, apabila bergerak, ia meningkatkan rangsangan kognitif dan kecerdasan mereka. Beliau juga mencadangkan bahawa kanak-kanak tanpa ADHD sebenarnya melakukannya dengan lebih teruk di sekolah apabila mereka bergerak terlalu banyak akibat bermain Fidget Spinner. Doug Roberts, seorang guru sekolah rendah di Oregon dan pengarang buku yang dikaji semula, He’s The Weird Teacher, juga menyatakan bahawa kewujudan Fidget Spinner boleh memberi inspirasi kepada kes pergaduhan dan kecurian.

sumber: Reader's Digest

Di Malaysia, Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) diarah memeriksa gajet 'fidget spinner' di pasaran sama ada permainan itu mengundang bahaya kepada pengguna atau sebaliknya. Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berkata penguatkuasa KPDNKK akan mendapatkan sampel permainan itu di pasaran sebelum dihantar kepada Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) untuk diperiksa. 

Pada pendapat saya, tak salah menggunakan Fidget Spinner jika untuk mendapatkan perhatian dan fokus terhadap sesuatu pekerjaan dan pembelajaran, bukan untuk menunjuk-nunjuk pada rakan-rakan dengan melakukan pelbagai aksi yang berbahaya. Dan juga reka bentuk Fidget Spinner perlu selamat dan tidak menggunakan bilah yang tajam. Ia boleh mengakibatkan pelbagai kecederaan seperti yang saya tunjukkan di atas. Terpulang pada ibu bapa jika mahu menggunakan dan memberikan Fidget Spinner kepada anak-anak anda. Tetapi AWAS, ibu bapa perlu mengawasi penggunaan Fidget Spinner oleh anak-anak anda supaya keselamatan anak anda lebih terjamin.

Tetapi jika membawa Fidget Spinner ke sekolah, itu saya tidak setuju. Jika berlaku kecederaan kepada pelajar, terkena mata, terpotong telinga, luka di muka dahi tangan, tergores di jari, cikgu juga yang disalahkan. Jika alat tersebut dibeli beribu-ribu harganya, kemudian hilang di sekolah, cikgu juga yang disalahkan. Keselamatan harus diutamakan. tak apa ye dik, simpan jelah di rumah ye. 


lovenota: kadang-kadang terlalu banyak main Fidget Spinner nie tak buat kerja langsung budak-budak sekolah saya. lepas tu saya rampas jela. wuu~


Monday, May 15, 2017

Keputusan Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke 30



Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) kali ke 30 kini berlangsung pada Ahad bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Malam kemuncak ABPBH 30 ini dihangatkan lagi dengan gadingan 3 pengara iaitu Faizal Ismail, Zulin Aziz dan Fauziah Daud.

Berikut adalah senarai keputusan pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian bagi setiap kategori dan gambar-gambar sekitar majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian:


Artis Baharu Lelaki Popular
  • Aiman Tino
  • Haqiem Rusli
  • Khai Bahar
  • Tajul
  • Alvin Chong

Artis Baharu Wanita Popular
  • Azira Shafinaz
  • Elvina Mohamad
  • Wany Hasrita
  • Sweet Qismina
  • Mawar Rashid

Pelakon Filem Lelaki Popular
  • Alif Satar
  • Izzue Islam
  • Remy Ishak
  • Syamsul Yusof
  • Zul Ariffin

Pelakon Filem Wanita Popular
  • Erra Fazira
  • Fazura
  • Nelydia Senrose
  • Reen Rahim
  • Siti Saleha

Pelakon TV Lelaki Popular
  • Aiman Hakim Ridza
  • Ashraf Muslim
  • Shukri Yahaya
  • Fattah Amin
  • Syafiq Kyle

Pelakon TV Wanita Popular
  • Ayda Jebat
  • Janna Nick
  • Mia Ahmad
  • Mira Filzah
  • Neelofa

Penyanyi Lelaki Popular
  • Aiman Tino
  • Alif Satar
  • Faizal Tahir
  • Khai Bahar
  • Tomok

Penyanyi Wanita Popular
  • Amira Othman
  • Ayda Jebat
  • Siti Nordiana
  • Stacy
  • Wany Hasrita

Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular
  • Akim & The Majistret
  • Bunkface
  • Forteen
  • Khalifah
  • Projector Band

Artis Komedi Popular
  • Abam
  • Issey
  • Jep Sepahtu
  • Johan
  • Zizan Razak

Artis Versatil Popular
  • Alif Satar
  • Didie Alias
  • Ifa Raziah
  • Zizan Razak
  • Zulin Aziz

Pengacara TV Popular
  • Alif Satar
  • Mira Filzah
  • Nabil Ahmad
  • Zizan Razak
  • Neelofa

Penyampai Radio Popular
  • DJ Lin (Suria)
  • Haiza (Kool)
  • Ikhwan (Kool)
  • Johan (Era)
  • Radin (Era)

Gandingan Serasi Drama
  • Alif Satar & Siti Nordiana (Dia Semanis Honey)
  • Fattah Amin & Neelofa (Suri Hati Mr Pilot)
  • Raja Afiq & Niena Baharun (Sayangku Kapten Mukhriz)
  • Sharnaaz Ahmad & Ayda Jebat (Awak Sangat Nakal)
  • Shukri Yahaya & Siti Saleha (7 Hari Mencintaiku)

Gandingan Serasi Filem 
  • Awie & Erra Fazira (Warna Cinta Impian)
  • Izzue Islam & Juliana Evans (Alif Dalam 7 Dimensi)
  • Keith Foo & Fazura (Langit Cinta)
  • Syamsul Yusof & Nabila Huda (Munafik)
  • Zahiril Adzim & Shera Aiyob (Juvana 3)

Personaliti Media Sosial
  • Luqmanpodolski
  • Makhlokmacho
  • Mat Luthfi
  • Nizam Rahman
  • Vivy Yusof

Artis Berpengaruh Di Laman Sosial
  • Ayda Jebat
  • Datuk Siti Nurhaliza
  • Neelofa
  • Nora Danish
  • Zizan Razak

Artis Sensasi
  • Adira
  • Elly Mazlein
  • Fattah Amin
  • Neelofa
  • Uqasha Senrose 

Anugerah Sepanjang Hayat
  • Ella

Bintang Paling Popular ABPBH
  • Fattah Amin
Meraih undian tertinggi menerusi kategori Pelakon TV Lelaki Popular dengan 82, 635 undi.


Tapi yang paling gorgeous sekali of course Dato' Siti Nurhaliza. Cantik kot baju dia..fuhhh. Entah berapa ribu habis nie. Boleh lah berangan-angan nak pakai baju ala-ala Dato' Siti untuk wedding ke..kan? Hihihi


Hari ini dalam sejarah, Artis yang harus dipuji dan yang paling berani membawa MADU ke majlis berprestij seperti ABPBH ini, tak lain tak bukan, Ashraf Muslim. Tiada yang lain seberani seperti beliau.


Penampilan yang paling futuristic malam itu ialah Didie Alias, sudah semestinya. Hebat sangat designer baju beliau. Tengok macam seram pun ada.



Dan surely yang paling win ialah Dato Seri Vida..hoho~



Seperti biasa haters-haters menyalurkan protesnya dalam media sosial, seperti haters Fattah Amin. Nak buat macam mana, dia ramai peminat. Anugerah ini kan berdasarkan undian peminat. Terima je hakikat peminat Fattah Amin nie ramai. 







lovenota: bukan main murah rezeki Fattah Amin tahun nie kan. 

Monday, May 08, 2017

Dorothy Perkins SALE!



Jenama Dorothy Perkins tidak asing lagi bagi wanita-wanita elegen yang sukakan fesyen terkini. Koleksi Dorothy Perkins adalah salah satu koleksi yang wajib perlu ada di dalam wardrobe anda. Jenama ini menawarkan barangan fesyen yang mempunyai harga yang berpatutan untuk wanita menggayakannya tidak mengira peringkat umur. Ditubuhkan lebih 90 tahun yang lalu, Dorothy Perkins kini merupakan salah satu penjual fesyen terbesar di United Kingdom (UK), dengan hampir 600 buah kedai UK dan lebih 50 buah cawangan antarabangsa.



Koleksi Dorothy Perkins sering dikemaskini setiap minggu di kedai-kedai outlet dan juga dalam talian (shopping online). Jenama ini menawarkan saiz UK di antara saiz 06-22, dan juga menawarkan pelbagai koleksi termasuk Tall (wanita tinggi), Petite (wanita kenit), Maternity (Wanita mengandung), Lingerie (Pakaian Dalam), Kasut dan Aksesori.

Dorothy Perkins menyediakan harga yang berpatutan, fesyen feminin dan pengalaman membeli-belah yang pelanggan gemari. Apa yang lebih menarik ialah koleksinya berdasarkan trend fesyen terkini yang sedang popular dan konsepnya merangkumi elemen elegan, feminin dan funky.

Kini dengan koleksi terbaru dari Dorothy Perkins membuatkan anda tidak boleh duduk diam dengan hanya memandangnya dan anda harus cepat untuk mendapatkan koleksi terbaru tersebut.


Koleksi terbaru dari Dorothy Perkins iaitu Pink High Neck Lace Top, yang terdiri daripada 92% kain Nylon dan 8% kain Elastane dan dipenuhi dengan kain lace sehingga ke bahagian leher. Warna merah jambu sangat mengasyikkan pandangan mata dan membuatkan para gadis jatuh hati pada koleksi tersebut.


Gabungan tiga koleksi pakaian di atas menjadikan anda tampak lebih kasual. Pastikan anda mendapatkan Red 3/4 Sleeved Bardot TopRegular - Indigo Straight Jeans dan Black Hannah Embellished Pumps dari Dorothy Perkins. Menggunakan lebih kurang 80% bahan dari kain Cotton, reka bentuk bahu yang terkeluar pada baju dengan warna yang merah menyala dan digabungkan pula dengan seluar jeans dan kasut yang menarik. Pasangan ini membolehkan anda memberikan daya tarikan yang lebih feminin. Direka khas untuk menjadikan tubuh badan yang cantik dan menarik, jeans ini akan meningkatkan keyakinan anda apabila anda memakainya. Harga yang ditawarkan bagi ketiga-tiga koleksi adalah sangat berpatutan di mana anda akan mendapat harga tawaran diskaun sebanyak 50% bagi koleksi-koleksi tersebut. 


Banyak lagi koleksi-koleksi yang menarik untuk dimiliki! Dapatkan koleksi daripada Dorothy Perkins sale ini untuk membuat diri anda menonjol di khalayak ramai dan membuat orang lain cemburu pada penampilan diri anda yang sangat menarik!



Monday, May 01, 2017

1,000 Mat Motor ditahan di Port Dickson




Port Dickson: Kira-kira 1,000 penunggang dan pembonceng ditahan pihak berkuasa dalam Ops Bersepadu yang dijalankan di persimpangan Sua Betong, malam tadi. Operasi dijalankan bagi mengesan kesalahan trafik selain sering menerima aduan penduduk mengenai bunyi bising.



Pihak polis mengepung jalan utama di persimpangan Sua Betong dan hasilnya kira-kira 1,000 orang berjaya ditahan. Ada penunggang yang cuba melarikan diri dengan merempuh tiga kereta peronda polis. Selepas ditahan, mereka diarah menolak motosikal sejauh lima kilometer ke Balai Polis Telok Kemang untuk pemeriksaan lanjut.



Alhamdulillah, separuh daripada warga pelancong yang tidak bermoral yang datang membanjiri Port Dickson sudah ditangkap. Lepas nie biar depa beringat, nak datang PD kenalah beradab, bawa motor dengan sopan santun dan menghormati pengguna jalan raya yang lain. Dah lama perhati, asyik buat semak dan buat bising je datang sini. Nak datang bercuti tak salah, tapi mengganggu ketenteraman awam itu memang salah. 

Port biasa bagi mat-mat motor nie untuk melepak adalah di stesyen minyak Shell di Batu 6 atau Stesyen minyak Petronas di Batu 4 tu. Kalau tak "preng preng preng" ataupun "weng weng weng" motor tu sampai keluar asap berplumbum sampai orang sesak nafas memang tak sah. Bangga la bunyi motor dia yang paling kuat antara geng-geng mereka. Datang nak isi minyak tu isi jelah dengan keadaan yang senyap seperti orang yang bertamadun. Kalau boleh, diorang nak selubung Shell tu dengan asap-asap motor die je. Aku yang perempuan nie nak isi minyak pun dah rasa tak selamat. Keselamatan tu tidak terjamin, bila-bila masa je diorang boleh buat macam-macam kerana jumlah geng mat-mat motor ini terlalu ramai. seram nok!



Apabila jalan baru sudah dibuka di jalan belakang, dari Sua Betong menuju ke Pasir Panjang dan Politeknik Port Dickson, tempat itu sebenarnya sudah menjadi trek perlumbaan bagi mat-mat motor. Jalan yang lurus menjadi daya penarik motor-motor untuk berlumba di kawasan tersebut. Pernah satu ketika saya melalui jalan tersebut pada pukul 8 malam bersama dengan adik lelaki saya, memang agak seram jalannya. Bukan kerana jalan itu terlalu gelap tetapi seram disebabkan ramai sangat mat-mat motor yang melepak di tepi-tepi jalan berhampiran dengan lampu trafik di belakang SMK Intan Perdana. Satu perkataan je yang terkeluar dari mulut saya, Gila!

Antara beberapa komen mengenai berita tersebut:



Syabas pada pihak berkuasa yang terdiri daripada PDRM, JPJ, MPPD dan pihak-pihak yang berkenaan kerana bertindak pada hari yang tepat sekali. Kejadian ini sudah lama berlaku, laporan dan aduan daripada penduduk setempat yang terlalu banyak menyebabkan pihak berkenaan bertindak pada semalam.




Minat motor tak salah jugak. Minat berlumba boleh bawa ke trek motor. Minat untuk mengubahsuai motor boleh masuk mana-mana bengkel dan kerja, ataupun sambung belajar dan mendalami ilmu. oh ya, apalah sangat pendapatan yang mat-mat motor nie bagi pada peniaga. setakat memenuhkan pasar malam Sabtu di Batu 4 pun tak dapat apa-apa. haiya~


Boleh nak berkonvoi, tak salah pun. cara anda berkonvoi tu yang salah. membuat bising, menganggu ketenteraman awam, motor yang tidak mengikut spek standard yang betul. makanya, kenalah saman ye. orang lain berkonvoi juga, kalau ikut peraturan lepas je daripada roadblok.  




Dik, banyak cara lagi untuk mengeratkan ukhuwah dan silaturrahim dengan cara dan jalan yang benar dan betul. bukan dengan cara membuang masa di tepi jalan ye. 





lovenota: aman sikit Port Dickson tu lepas nie..

Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®