Sunday, February 19, 2017

Mengapa Saya Memilih Dia



Kepada sesiapa yang pernah bertanya kepada saya atau yang akan bertanya kepada saya mengapa saya memilih dia..

Saya memilih dia tidak kerana dia berotot, tetapi kerana dia kuat, cekal, kuat di hati, bersungguh-sungguh dalam usahanya dan mencintai saya.

Saya memilih dia kerana dia membuatkan saya ketawa, walaupun saya tidak fikir saya boleh, walaupun apabila saya tidak mahu, walaupun saya rasa seperti saya tidak tahu bagaimana caranya, walaupun ketika saya telah kehilangan motivasi diri.

Saya memilih dia kerana dia sentiasa membawa saya kembali ke Bumi apabila saya seolah-olah telah hanyut di tempat lain. Saya memilih dia kerana dia sangat merendah diri dalam pencapaiannya.

Saya memilihnya kerana dia suka untuk berkongsi cintanya kepada muzik, dengan cara spontannya, haiwan, keluarga, rakan-rakan, dan saya. Saya memilih dia kerana dia tidak sama sekali dengan apa yang saya impikan. Dia terlalu banyak, lebih daripada itu.

Dia tidak sempurna, tiada seorang pun yang sempurna daripada kita, tetapi dia adalah sempurna untuk saya kerana dia mengingatkan saya setiap hari betapa pentingnya saya kepadanya, betapa cantiknya saya di matanya, betapa banyaknya dia mencintai saya.

Saya memilih dia kerana kita boleh menjadi diri kita yang sebenar pada satu sama lain dan itulah siapa yang kita cintai. Saya memilih dia kerana kebanyakan masa kita menjadi gila-gila antara satu sama lain, hidup ini terlalu singkat untuk menjadi serius sepanjang masa, tetapi kita tahu bila tiba masanya untuk menjadi serius.

Saya mencintai dia kerana dalam pangkuannya adalah tempat saya mencari kedamaian, kerana senyuman itu adalah benar-benar tidak dapat dilupakan, ketawa itu adalah perkara yang paling indah yang saya dengar, matanya dipenuhi dengan kebaikan yang paling jujur, ciumannya menghapuskan semua kebimbangan dan kerisauan saya.

Saya memilihnya kerana saya tidak mahu mengalami kehidupan yang berubah-ubah tanpa dia atau dengan orang lain. Saya memilih dia, kerana, saya lakukannya.


lovenota: kok jiwang banget..choi~


Read More »

Thursday, February 16, 2017

Home Tuition untuk Subjek Kimia dan Sains




Adakah tuan/puan sedang mencari seorang guru @ tutor untuk mengajar anak anda di rumah? 



Jom Home Tuition bersama saya!


saya boleh memberikan Home Tuition @ mengajar anak tuan/puan di rumah anda sendiri! tak kira anda di mana, di rumah mahupun di asrama penuh sekolah anak tuan/puan. saya akan pergi ke tempat di mana anak anda berada!

Belajar sampai Mahir, Faham dan Tahu!




Mata pelajaran / Subjek yang boleh diajar:

  • Sains KSSM (Tingkatan 1)
  • Sains PT3 (Tingkatan 2-3)
  • Kimia SPM (Tingkatan 4-5)
  • Kimia IGSCE MRSM 


Detail:

  • Masih mengajar di sekolah menengah di Negeri Sembilan (2010 - sekarang) 
  • 7 tahun pengalaman mengajar di sekolah
  • Menjadi guru tuisyen di pusat tuisyen
  • Mahir dalam penguasaan mata pelajaran Sains dan Kimia
  • Mahir dalam format terkini Peperiksaan Sains PT3
  • Mahir dalam mengajar mata pelajaran Kimia Tingkatan 4 dan Tingkatan 5
  • Mahir mengajar subjek kimia program IGCSE, iaitu Dual Program Pensijilan di MRSM, Program SPMRSM Cambridge IGCSE 
  • Terlibat dalam menanda kertas peperiksaan dan menjadi Pemeriksa Kertas SPM untuk subjek Kimia Kertas 2 bagi empat tahun berturut-turut
  • Terlibat dalam menanda kertas peperiksaan Sains PT3
  • Berpengalaman mengajar / menjadi tutor di sekolah asrama penuh sejak tahun 2013


Pendidikan tertinggi : 
  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains (Kimia) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada tahun 2006 - 2010
  • Sijil Matrikulasi Sains Hayat di Kolej Matrikulsi Perak (KMPk) pada tahun 2005-2006

Syarat - syarat:
  • hanya mengambil home tuition pada hari minggu sahaja iaitu hari Sabtu atau Ahad
  • terbuka pada kawasan di Negeri Sembilan iaitu Port Dickson, Pasir Panjang, Seremban, Senawang, Rembau, Rantau, Kota, Tampin, Gemencheh, Gemas; dan
  • sekitar Melaka seperti Ayer Keroh, Alor Gajah, Selandar, Batang Melaka. 
  • jika anda berada di luar kawasan berikut, akan dipertimbangkan berdasarkan kadar pembayaran milage (kadar kilometer). 
  • kawasan lain di dalam Negeri Sembilan dan Melaka boleh diterima tetapi perlu berunding dahulu.
  • kadar pembayaran boleh dirunding (negotiate)

Pertanyaan / Berminat?

segala pertanyaan, anda boleh menghubungi:


lovenota : sekali sekala promote

Read More »

Sunday, February 12, 2017

Khabar dari Kota Mekah


Alhamdulillah, mak menghantar khabar berita dari kota Mekah. Sihat-sihatlah hendaknya. Umrah mak tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum bertolak pulang ke Malaysia. Katanya dalam perjalanan ke Madinah pula. Sungguh riang hati mak kerana dapat berkunjung di rumah Allah SWT itu. Tercapai hajat mak untuk menunaikan ibadah umrah di sana. Alhamdulillah.

Mendengarnya, terasa hati ini ingin berkunjung ke sana. Alangkah indahnya. InsyaAllah suatu hari nanti, bersama dengan bakal suami, yang belum tiba menyapa hati ini. 

Mak ada mengatakan nanti di Jabal Rahmah (tempat pertemuan Nabi Adam as dan Hawa), mak nak doakan supaya aku bertemu jodoh cepat-cepat. Aku termanggu seketika, ada ke jodoh buatku? Mendengar kesungguhan mak, aku tersenyum simpul. Entahkan sampai jodoh ataupun tidak. Tiada tanda-tanda lagi aku akan menamatkan zaman bujang tahun ini. Keras hati kau ye~

Abah pun dah mula bising-bising bila nak berumah tangga. Rilek la abah, muda lagi. Belum terbuka hati ini. Maafkan anakandamu..

Mak akan kembali ke Malaysia pada hari rabu depan. Aku sudah bersiap sedia mengambil cuti rehat pada hari tersebut untuk mengambil mak di KLIA. Terpaksa juga ambil cuti, memandangkan mak akan sampai pada waktu tengahari. Mudah-mudahan mak tiba di Malaysia dengan selamat. InsyaAllah. 


lovenota: hatiku sayu~

Read More »
Copyright © 2008-2017 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®