Showing posts with label ..kerjaya guru... Show all posts
Showing posts with label ..kerjaya guru... Show all posts

Monday, September 22, 2014

Kertas UPSR Bocor: Luahan Hati Seorang GURU!


UPSR: Kertas Matematik dan Bahasa Tamil bocor juga?


KUALA LUMPUR: Dua lagi laporan polis dibuat berhubung kes pembocoran kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) membabitkan subjek Matematik dan Bahasa Tamil.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa, ketika dihubungi BH, mengesahkan menerima laporan terbabit yang dibuat oleh pegawai Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya, tengah hari tadi.

"Saya mengesahkan ada menerima laporan mengenai pembocoran kertas UPSR subjek Matematik dan Bahasa Tamil. Polis akan menyiasat dalang di sebalik kes ini," katanya.

Beliau berkata, pasukan khas yang sama yang sedang menyiasat pembocoran kertas UPSR subjek Sains dan Bahasa Inggeris kendalian Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner, Gan Kong Meng, akan membuat siasatan berhubung kes ini.

Setakat ini, polis sudah mengambil keterangan 30 individu yang terdiri daripada pegawai LPM, guru, wartawan, ejen insurans dan jurutera bagi membantu siasatan berhubung kes itu.

sumber: berita harian

**********************************

saya dah banyak membebel mengenai isu soalan UPSR nie. so, malas nak membebel lagi. nak tengok view entry yang lepas: 

kenapa tak cakap je semua kertas UPSR bocor? kan senang. satu-satu kertas dikatakan bocor. apa nak jadi sebenarnya? huhu :(

bukan itu tujuan entri saya, tetapi ingin memperketengahkan luahan guru mengenai kejadian yang dikatakan MEMALUKAN SISTEM PENDIDIKAN NEGARA. 


Luahan hati dari salah seorang Guru di Malaysia:

"Sejak peristiwa kebocoran soalan UPSR beberapa minggu lalu, aku sebenarnya rasa sedih. Tak tau kenapa..tapi aku amat terasa dengan apa yang berlaku sekarang. 
Semuanya mengenai PROFESION PERGURUAN 
Aku yakin semua rakyat Malaysia setiap hari dihadapkan dengan berita di akhbar, televsion, radio dan tak cukup dengan itu..dengan hebahan berita melulu media lain seperti WhatsApp, LINE, WeChat dll..semuanya menceritakan 2 lagi CIKGU di TANGKAP..3 lagi CIKGU di TANGKAP..ditujukkan di media, polis mengheret guru ke hulu ke hilir dengan memakai baju cap PENJARA. 
Persoalannya: HINAKAH CIKGU sehingga KAU perlakukan begitu??? PERLUKAH KAU highlight kan di Media atas kesalahan yang sebenarnya tidak mendatangkan apa-apa keuntungan pun pada seorang GURU itu???? 
TIDAKKAH KAU rasa apa perasaan 500 ribu GURU yang lain??? Semua kesalahan dilemparkan kepada CIKGU. Semua mempersoalkan kredibiliti seorang CIKGU. 
Semua cakap "TAK ADA KEJA LAIN, SEBAB ITU PILIH JADI CIKGU," 
Semua cakap "CIKGU SENANG: GAJI BANYAK SIKIT." 
TIDAKKAH KAU tahu berterima kasih kepada CIKGU yang mencurahkan ilmu kepada seorang manusia yang jahil? 
TIDAKKAH KAU nampak betapa hatinya REMUK disebabkan tindakan MURID, IBU BAPA, PIHAK PENTADBIR, PIHAK ATASAN? 
TIDAKKAH KAU tahu bagaimana DIA merawat hatinya setiap hari?
Siapa yang buat garis di padang sekolah guna minyak hitam? CIKGU 
Siapa yang berjaga sampai tengah malam menanda buku? CIKGU 
Siapa yang batalkan bercuti pada cuti sekolah sebab nak buat kelas tambahan? CIKGU 
Siapa yang hantar budak sakit ke Hospital? CIKGU 
Siapa yang latih budak sukan sampai 7 petang? CIKGU 
Siapa yang belanja budak makan dan minum? CIKGU 
Siapa yang potostat bahan sendiri untuk pelajar? CIKGU 
Siapa yang tolong jelaskan bayar buku tambahan yang budak tak mampu bayar? CIKGU 
SEMUANYA CIKGU... 
Kerani... Driver... PAR pun dapat baju, seluar dan kasut percuma dari kerajaan...tapi cikgu??? Nak beli baju rumah sukan SENDIRI... Nak beli baju badan uniform SENDIRI... Nak beli seluar kerja SENDIRI... Nak beli kasut kerja SENDIRI... 
CUTI SETAHUN PUN CUMA 7 HARI... 
APA LAGI YG ANDA MAHU DARI GURU??? Yang MENDIDIK dari pagi hingga ke petang.... Sebenarnya CIKGU sanggup korbankan NYAWA untyk semuanya...Siapa yang MAMPU menjadi CIKGU??? 
Atas kesalahan yang kecil menjadi punca CIKGU di COP sebagai SEORANG yang tidak BERINTEGRITI... DIHEBAH DI MEDIA-MEDIA KEJAYAAN DEMI KEJAYAAN GURU DITANGKAP! ORANG YANG DI ATAS YANG DIHARAP MENJADI PENJAGA MARUAH GURU JUGA LANTANG MENYALAH DAN MENGHINA GURU... 
ADA YANG MEMPERJUANGKAN HAK GURU??? 
apa yg tinggal pada GURU??? 
BAHAN HINAAN?? 
BAHAN CACIAN??? 
BAHAN MAKIAN??? 
BAHAN KETAWA??? 
Ingatlah... GURU itu PELITA...Yang menyuluh dalam kegelapan...Aku yakin dan pasti... walau sehebat mana pun anda, anda tidak mampu menjadi seorang GURU."

lovenotarasa macam, habis madu sepah dibuang. betul tak?

Read More »

Wednesday, September 10, 2014

Kertas Soalan Sains dan Bahasa Inggeris UPSR Bocor. Salah Siapa?

agak memeranjatkan bahawa kertas soalan sains dan matematik UPSR boleh bocor *actually tak pun*. 

Kertas Science UPSR bocor



Kuala Lumpur: Kertas peperiksaan Science bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 yang dijadualkan berlangsung pada jam 8.15 hingga 9.30 pagi esok akan ditangguhkan ke 30 September ini susulan ia didapati bocor.

sumber: Harian Metro

contoh soalan bocor: meh tengok sini!






Adakah Kertas Matematik UPSR juga bocor?


Kertas Matematik 1 bagi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) juga dipercayai telah bocor dan tersebar kepada umum sebelum lebih 400,000 calon peperiksaan awam itu menjawab kertas berkenaan pagi Rabu.





Seorang guru yang menghubungi Astro AWANI mendakwa menerima foto soalan-soalan dalam kertas berkenaan bersama jawapannya melalui WhatsApp pada pukul 7.40 pagi. Ujian Matematik Kertas 1 bermula pada pukul 8.15 pagi.

Guru itu yang enggan identitinya didedahkan menambah beberapa orang rakannya menerima soalan berkenaan lebih awal, sesetengahnya sejak petang Selasa.

"Soalan (Matematik) yang saya lihat (melalui WhatsApp) itu sama dengan apa yang keluar," katanya.

Lembaga Peperiksaan ketika diminta mengulas enggan memberi sebarang kenyataan.

sumber: Astro Awani

Kertas Bahasa Inggeris UPSR bocor, calon perlu duduki semula


PUTRAJAYA: Seramai 473,175 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) perlu menduduki semula kertas Bahasa Inggeris 1 dan 2 berikutan berlaku kebocoran soalan

Petang tadi, Lembaga Peperiksaan mengumumkan ujian kertas Bahasa Inggeris itu akan turut diadakan pada 30 September.

Sumber: Harian Metro


******************

Salah siapa? 
Lembaga Peperiksaan? 
Pakcik lori angkut kertas soalan?
Abang-abang polis yang escort?
Guru yang menerima soalan?

Entah!

Kenapa boleh bocor pulak?
Kenapa tak terkejut? 

Sebab manusia zaman sekarang ramai yang dah "mata kelabu" atau "mata gelap" dengan wang ringgit. mesti ada sesiapa yang sogok duit untuk dapatkan kertas soalan sebenar. maklumlah UPSR ini adalah penentuan masa depan anak-anak mereka, ada yang nak anak mereka masuk sekolah yang "high grade or high quality", dipandang tinggi seperti Sekolah Berasrama Penuh (SBP), MRSM dan sebagainya. ada juga ibu bapa yang terlalu merisaukan pencapaian anak mereka sehingga sanggup melakukan kesalahan jenayah seperti ini. 

Orang kata, ada duit semua jadi.

Itu baru UPSR.
soalan dari Lembaga Peperiksaan. dibawa menaiki lori yang di'escort' oleh pakcik-pakcik polis. dah sampai bilik kebal, kunci dipegang oleh Pengetua. 

Kalau peperiksaan PT3
soalan dari Lembaga Peperiksaan tetapi dicetak oleh guru sendiri. kebarangkalian untuk soalan bocor pun tinggi kan? walaupun tak mungkin bagi soalan sebetulnya, mungkin ada tips-tips kan? 

Kalau soalan UPSR pun boleh bocor, apakan lagi soalan PT3.

Ya. mesti anda kata "tukang bocor soalan" tidak mempunyai integriti yang tinggi, tidak mempunyai etika langsung, tidak amanah..tidak ikut langsung Akta Rahsia Rasmi. 
nama pun manusia. sesiapa pun boleh terima rasuah, apatah lagi orang biasa.
saya tak mengatakan semua, tetapi ada segelintir memang sikapnya begitu.

Bukan saya nak memperlekehkan soal integriti sesiapa, tetapi dah menjadi lumrah alam. 
kalau bukan sekolah sana, sekolah sini yang ada soalan bocor. 

Saya doakan pelajar-pelajar UPSR sabar menunggu sehingga 30 September ini untuk menduduki soalan Sains dan Bahasa Inggeris kelak. tak pasti pula bagi soalan Matematik, adakah mereka akan mengambil semula ataupun tidak. tunggu keputusan dari Lembaga Peperiksaan dan Kementerian Pendidikan.

Minta juga Lembaga Peperiksaan memeriksa orang-orang dalam mereka yang kurang beretika dan berintegriti ini untuk menjamin perkara sebegini tidak akan berulang lagi.

Ramai ibubapa yang mengamuk dan tidak puas hati disebabkan penangguhan kertas soalan Sains ini. tetapi berhati-hati apabila nak menuduh tu. jangan tuduh orang-orang kementerian atau guru-guru yang tidak amanah. tuduh sahaja dengan menggunakan perkataan 'penjawat awam'. kan sedap ayat tu?

itulah, kerana nila setitik rosak susu sebelanga.
sedih. 


UPDATED : 12 September 2014



"Cari siapa yang membocorkan kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan kenakan hukuman paling maksimum. Perbuatan itu adalah jenayah serius yang mencemarkan imej Kementerian Pendidikan dan profesion guru, malah menyusahkan 472,853 calon yang terpaksa menduduki peperiksaan itu pada 30 September ini," kata Presiden NUTP, Hashim Adnan.


Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh berkata, individu dan empat lokasi panas itu dikenal pasti berdasarkan siasatan awal polis, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta kementerian.
"Saya juga sahkan bahawa Lembaga Peperiksaan (LP) sudah mematuhi prosedur standard operasi (SOP) ditetapkan," katanya.
"Tiga laporan polis diterima iaitu dua di Putrajaya oleh pegawai kanan Lembaga Peperiksaan dan Jabatan Pelajaran Malaysia manakala satu lagi di Johor oleh pegawai khas kementerian," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.
Pengarah JPN Johor, Aminuddin Adam berkata, pihaknya dimaklumkan seorang guru di sekolah di Tampoi dipanggil bagi siasatan polis.
Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), Dr Naimah Ishak dan Timbalan Pengarah Operasi LPM, Dr Wan Ilias Saleh digantung tugas dalam tempoh siasatan berkuatkuasa serta merta berikutan insiden kebocoran soalan UPSR.

UPDATED : 14 SEPTEMBER 2014

Polis tahan empat cikgu

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, guru terbabit terdiri tiga lelaki dan seorang wanita yang berusia dalam lingkungan 30 hingga 54 tahun. “Mereka ditahan selepas sepasukan polis Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) menyerbu beberapa lokasi Pulau Pinang dan Parit Buntar, Perak. Dalam tangkapan itu, pihak polis turut merampas gajet komunikasi yang digunakan untuk dianalisa," katanya. Sehingga kini, seramai 10 individu telah diambil keterangan terdiri enam pegawai Lembaga Peperiksaan Malaysia, seorang wartawan dan tiga guru. 

sumber : Harian Metro

15 September 2014

UPSR bocor: 4 ditahan reman



Empat individu iaitu seorang guru besar, dua guru dan seorang ejen insurans ditahan reman selama empat hari sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan kebocoran soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Mereka adalah antara enam yang ditahan semalam dalam serbuan di Pulau Pinang, Perak, Kedah dan Kuala Lumpur. Tiga guru ditahan di Pulau Pinang, seorang di Parit Buntar, Perak dan seorang di Kuala Ketil, Kedah. Seorang ejen insurans pula ditahan di Sentul, Kuala Lumpur. Dua orang guru pula dibebaskan atas jaminan polis malam tadi selepas diambil keterangan mereka.

sumber : Berita Harian


komen salah seorang guru:


16 September 2014


Jurutera direman empat hari


Polis berjaya mendapatkan kebenaran Mahkamah untuk menahan reman selama empat hari bermula hari ini ke atas seorang jurutera bagi membantu siasatan kes kebocoran soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah 2014. Majistret Mohd Raihan Mohd Haris membenarkan perintah reman terhadap lelaki berusia 34 tahun yang ditahan di Kemaman, Terengganu, malam tadi.

sumber: HMetro

Psstt. mana gambar jurutera yang kena tahan reman tu?tak ada pun?

19 September 2014


Dua guru dari Bedong direman


Dua guru lelaki berusia 48 dan 51 tahun direman selama empat hari mulai hari ini bagi membantu siasatan berhubung kebocoran kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Dua guru berkenaan dari Bedong, Kedah ditahan pada jam 5 petang semalam. 
Mereka kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya. Sebelum itu, kedua-dua guru berkenaan yang diiringi polis tiba di mahkamah pada jam 9.50 pagi dengan berpakaian lokap polis. 



Sehingga semalam, 12 guru ditahan selain seorang ejen insurans dan seorang jurutera berhubung siasatan kebocoran kertas soalan Sains dan Bahasa Inggeris.



Operasi Penyediaan dan Pengendalian Soalan UPSR



lovenota : sejak akhir-akhir ini saya disahkan sakit. doakan saya cepat sembuh. InsyaAllah.

Read More »

Monday, August 11, 2014

Pembayaran Pengawas Peperiksaan SPM


Maaf sebab sudah lama tidak mengupdate apa-apa content untuk blog saya. sejak akhir-akhir ini saya kurang hidupkan laptop untuk melayari laman web kegemaran saya. rasa seperti kemalasan yang berganda-ganda sudah berlaku. kemungkinan, saya tak puas bercuti semasa cuti Hari Raya tempoh hari. cuti raya pun cuti yang tidak serupa cuti, bergegas ke sana ke mari menziarahi sanak saudara yang jauh. seperti kata Nek Su saya yang berada di Pasir Puteh, Kelantan; tak datang ziarah, dah lupa saudara mara la tu! cuti seminggu mana cukup, tetapi dah kehendak kerajaan memberikan cuti yang semaksimum itu, apakan daya saya. tak seperti zaman kejatuhan remaja, sewaktu belajar di UPSI dulu diberikan cuti raya selama 2 minggu. aman dan sangat bahagia. eh, Kolej Vokasional pun cuti 2 minggu kan? untung sangat! barangkali saya juga memerlukan cuti yang panjang, kut? :D

Pada minggu ini adalah Peperiksaan Percubaan PT3 di sekolah saya. esok dan lusa, pula merupakan Ujian Lisan iaitu pada 12 Ogos 2014 ialah Ujian Lisan Mendengar Bahasa Melayu manakalah 13 Ogos 2014 pula ialah Ujian Lisan Mendengar Bahasa Inggeris. pagi tadi pun ramai pelajar yang tidak membawa kad pengenalan. esok tak tahu la bagaimana. padahal sudah diingatkan pada minggu lepas untuk membawa kad pengenalan. sebab tu saya cakap budak-budak sekarang kurang mendengar kata-kata guru *belum lagi kes melawan cakap cikgu tu*. saya hanya mampu menggeleng kepala. 

Peperiksaan Percubaan SPM juga akan dijalankan pada hujung bulan ini. lantas saya terfikir, cepat sangat rasanya masa berlalu pada tahun ini. eh, Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2014 pun sudah dikeluarkan di Lembaga Peperiksaan. nak download Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2014? saya berikan link.


Seperti kata Penolong Kanan Akademik saya, tahun ini Peperiksaan SPM 2014 adalah amat berlainan dari yang sebelumnya. ini adalah kerana peperiksaan dilakukan pada waktu persekolahan. cuma 1 minggu peperiksaan di akhirnya adalah kertas-kertas elektif sahaja. ini bermaksud, peperiksaan SPM habis awal tidak seperti peperiksaan sebelum ini. pada mulanya saya dah berniat dalam hati tidak mahu mengambil bahagian dalam acara Pengawas Peperiksaan SPM. tapi, melihatkan jadual peperiksaan yang melibatkan waktu persekolahan dalam tempoh yang lama menyebabkan saya mengambil keputusan untuk menjaga peperiksaan SPM pada tahun ini, tetapi bukan di Port Dickson. saya hanya menjaga kawasan daerah Tampin je. *yelah, dari saya menjaga exam di sekolah, baik saya jaga exam di luar sekolah. ada jugak duit poket, kan? hehe

Oh ya, untuk pengetahuan anda, saya dah menjadi Pengawas Peperiksaan SPM 4 kali berturut-turut termasuk pada tahun ini. bayarannya? alhamdulillah sentiasa dapat. *tapi, takde la lumayan pun. sekadar lepas duit poket ok jer..hehe*. pembayaran untuk Pengawas Peperiksaan SPM dikira seperti di bawah:

1. Elaun Pengawas SPM = RM 225.00
2. Bayaran sidang (1 sidang bernilai RM 1.00, kalau ada 10 sidang, maknanya RM 10.00). Sidang bermaksud sidang pagi dan sidang petang, walaupun sidang pagi ada dua paper, ia tetap dikira sebagai 1 sidang.
3. Elaun tuntutan perjalanan kenderaan. Elaun perjalanan dikira dari sekolah sendiri ke sekolah peperiksaan mengikut pekeliling kerajaan.




Jumlah pembayaran: 1 + 2 + 3 = RM ?

Walaupun menjadi pengawas peperiksaan ada sedikit cabaran dan dugaan *maklumlah, jaga exam comfirm mengantuk punye*, tetapi gagahkan jugak..hehe! 

Pernah juga dengar desas-desus guru-guru yang mengata mengenai pembayaran upah jaga exam tu, "sikit nor aih, tak berbaloi nak jaga exam. apesal seringgit je 1 sidang? tak kuasa nak jaga exam. lepas tu claim hanya dari sekolah je. padahal rumah aku jauh dari sekolah. acaner tu?" eh, banyak la complain sebenarnya. nak baca lagi boleh tengok salah satu blog rakan guru kita: SPM, Alahai Ciput Upahnya

Bagi saya, saya memang kisah la jugak. memang betul la tu, kalau satu sidang dah lama sangat iaitu dalam 2 - 3 jam. kadang-kadang pula, seperti sidang pagi ada 2 paper exam. tapi upah yang diberikan hanya seringgit sahaja. dah lama jugak kerajaan tak up nilai tu. entah la, saya hanya menurut perintah je. apa yang dapat pun saya bersyukur. :)





lovenota 1: nanti saya ceritakan mengenai Pemeriksa Kertas SPM plak ye
lovenota 2: antara pengawas dengan pemeriksa, pemeriksa lagi masyukkk tau *$$$$* :D


Read More »

Tuesday, July 08, 2014

Guru Takut Penurunan Prestasi yang Besar dalam PT3



"Guru takut penurunan prestasi yang  besar dalam Tingkatan Tiga tahun ini"
pada 10 Jun 2014

Guru meramalkan kejatuhan mendadak yang amat ketara dalam skor pemarkahan bagi Peperiksaan Tingkatan Tiga pada tahun ini, dan mereka menyalahkan sistem kerajaan yang tidak teratur, yang telah melancarkan sistem Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS). 

Guru-guru mengatakan bahawa prestasi pelajar pada tahun ini secara amnya akan menjadi lebih rendah daripada tahun-tahun sebelumnya, dan lebih daripada 420,000 pelajar tingkatan tiga adalah kumpulan pertama yang terjejas oleh PBS.

Di bawah PBS, tiada peperiksaan atau kuiz sepanjang tahun sekolah semasa di Tingkatan Satu dan Tingkatan Dua. Guru bimbang bahawa kurangnya pendedahan menyediakan pelajar untuk menduduki peperiksaan akan menjejaskan keupayaan pelajar untuk menduduki PT3 (Pentaksiran Tingkatan 3). 

Ditambah dalam halangan ini adalah hakikat bahawa guru hanya menerima format peperiksaan PT3 dua minggu lalu. Jadi, mereka tidak dapat menggunakan format yang baru dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun bagi menyediakan pelajar-pelajar mereka untuk peperiksaan PT3.

Bagaimana pelajar Tingkatan Tiga lakukan pada PT3, akan memberi kesan kepada sistem yang berkontroversi iaitu sistem PBS dan pembaharuan dalam Pelan Tindakan Pendidikan Malaysia 2013-2035, iaitu inisiatif pendidikan yang bercita-cita tinggi dalam pentadbiran Najib.


"Guru merasakan bahawa pelajar-pelajar mereka akan mendapat pencapaian yang teruk dalam peperiksaan pertengahan tahun kerana mereka kekurangan pendedahan dalam menduduki peperiksaan," kata Mohd Nor Izzat Mohd Johari, yang mengajar seni di sebuah sekolah menengah di negeri Pahang, dan yang merupakan jurucakap kumpulan pendesak guru, Suara Guru-Masyarakat Malaysia (SGMM).

SGMM telah mengetuai dakwaan terhadap cara sistem PBS itu dilaksanakan, menyebabkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menagguhkan PBS untuk sementara bagi menangani rungutan dan aduan yang dibangkitkan oleh guru.

Guru mengadu mereka telah dibebankan dengan terlalu banyak kertas kerja, dan berkata mereka bimbang pelajar tidak bermotivasi untuk melakukannya dengan baik dalam bidang akademik di bawah PBS, di mana ujian dan markah telah dihapuskan.

Ditambah pula dengan kekurangan guru sendiri terhadap pengetahuan mengenai PT3, Nor Izzat percaya bahawa ramai pelajar tidak akan melakukannya dengan baik dalam peperiksaan kerana mereka tidak bersedia secukupnya.

Beliau berkata KPM hanya mengeluarkan format peperiksaan PT3 pada 31 Mei, bukan 1 April sebagai asalnya dijadualkan. Tarikh keluaran asal adalah penting memandangkan guru mahu merekabentuk soalan-soalan untuk peperiksaan pertengahan tahun (yang biasanya berlangsung pada awal bulan Mei sebelum 30 Mei iaitu cuti sekolah pertengahan tahun) berdasarkan format PT3, katanya.

"Sesetengah guru sanggup menunggu hingga ke saat-saat terakhir untuk merangka soalan peperiksaan pertengahan tahun mereka kerana mereka telah menunggu format dari kementerian. Mereka mahu menyediakan pelajar mereka seperti yang terkandung dalam PT3, "Nor Izzat ditambah.

Peperiksaan PT3 menggantikan PMR (Penilaian Menengah Rendah) iaitu peperiksaan yang telah digunakan sejak tahun 1993. Tetapi seperti PMR, keputusan PT3 akan memberi kesan kepada aliran yang mana pelajar layak bagi mereka apabila mendaftarkan diri ke Tingkatan Empat. PT3 dijadualkan bermula pada bulan Julai dan berakhir pada bulan Oktober, dan oleh itu, Nor Izzat meragui tidak akan mempunyai masa yang cukup untuk bersedia apabila kelas disambung semula pada 16 Jun.

Penilaian bagi Geografi dan Sejarah bermula pada bulan Julai, yang memerlukan pelajar untuk menyiapkan kerja kursus atau projek. Nor Izzat berkata tarikh akhir yang berperingkat bagi projek-projek di bawah sistem ini memberikan masalah yang baru.

"Pada masa lalu, Lembaga Peperiksaan memberikan setiap sekolah tarikh akhir yang sama dan penilaian kerja kursus itu berlaku dalam tempoh separuh penggal pertama tahun ini. Kali ini, setiap sekolah diberikan autonomi untuk menyelesaikannya kerja kursus mengikut rentak mereka sendiri.". Beliau mendakwa ini boleh membawa kepada para pelajar untuk meniru hasil kerja rakan-rakan mereka dari sekolah lain yang telah siap melengkapkan projek-projek mereka.

Seorang guru Bahasa Inggeris yang mengajar di Kelantan berkata pelajar Tingkatan Tiga masih belum bersedia untuk PT3 kerana mereka tidak mempunyai peperiksaan untuk dua tahun pertama.

Di bawah PBS, pelajar dinilai serta merta selepas Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) disampaikan untuk menentukan tahap kecekapan. Mereka digredkan dengan enam band dari yang paling rendah (band satu) hingga yang paling tinggi (band enam).

"Jika Kementerian mahu memansuhkan peperiksaan, maka ia harus menghapuskan kesemua peperiksaan. Sekarang, pada akhir tahun Tingkatan Tiga ada peperiksaan besar. Jadi guru-guru mengadu, apakah objektif sebenar di sebalik sistem baru itu? Apa yang cuba kita matlamatkan?" tanya guru yang tidak mahu dikenali. "Guru akan melaksanakan apa yang kerajaan suruh kita lakukan, tetapi hasilnya mungkin tidak sama seperti apa kerajaan harapkan."

Bagi Nor Izzat, PBS dan PT3 adalah baik kerana ia mengajar para pelajar berfikir dengan menggunakan kemahiran berfikir secara kritis dan memastikan bahawa segala yang  dipelajari dalam kelas boleh diaplikasikan dalam dunia sebenar.

Masalahnya terletak dengan pelaksanaannya yang lemah sejak ia bermula pada tahun 2011.

"Bagi saya, kita harus bermula sekali lagi dengan kumpulan tingkatan satu tahun depan dan menggunakan PBS baru. Kita juga perlu mempunyai program perintis, jika tidak kami tidak boleh menilai sama ada sistem ini berjaya atau tidak, atau bagaimana cara untuk menyelesaikannya.


***************************
saya setuju dengan cikgu Nor Izzat. Dasar PT3 yang baru nie kita mulakan sekali lagi bermula dengan pelajar Tingkatan Satu tahun nie atau tahun depan pun boleh. biar pelajar-pelajar ini didedahkan dengan format baru PT3, selesa dan tahu cara untuk menjawab soalan tersebut, baru buat peperiksaan PT3. kalau teruskan jugak, sakit jugak lah sebab Pelajar Tingkatan 3 tahun ini semuanya belum tahu dan belum biasa menjawab soalan mengikut format yang baru ini. entah la. saya sendiri sudah pening :(

hurmm..apa komen anda?

[update] : Keputusan PT3 2014 Teruk


Read More »

Thursday, July 03, 2014

Saya Dapat Bayaran Bantuan Khas Kewangan!




rasanya semua penjawat awam mendapat bantuan khas kan? dapat RM 500 pun kira syukur alhamdulillah. lepas lah duit raya kat budak-budak nie nanti. 

Tahun nie kemungkinan saya akan beraya di Bukit Payung, Terengganu. kena la kira berapa ramai anak buah yang ada nampaknya..hehe. kalau di Terengganu saya dah terbayang-bayang nasi dagang lauk kari ikan tongkol..fuhh! tak tahan! sedapp! haha

Penjawat awam, pesara terima bantuan khas raya



Putrajaya: Kerajaan akan memberi Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 sebagai hadiah persiapan menyambut Aidilfitri kepada penjawat awam Gred 1 hingga Gred 54. 



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak (gambar) dalam satu kenyataan semalam, berkata bantuan khas itu akan turut dinikmati 684,000 pesara kerajaan, yang akan menerima RM250 setiap seorang sebagai menghargai jasa perkhidmatan mereka. 



Pembayaran akan dibuat pada 15 Julai ini yang membabitkan peruntukan kewangan sebanyak RM890 juta. 



Kerajaan berharap bayaran bantuan khas ini dapat meringankan beban kewangan penjawat awam dan pesara bagi menyediakan persiapan menyambut Hari Lebaran, katanya.


sumber: berita harian


lovenota 1: syukur alhamdulillah.
lovenota 2: ade seorang makhluk Allah swt tak bayar hutang lagi nie. bayar la ye. huhu

Read More »

Monday, June 30, 2014

Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) 2014


Pengenalan Peperiksaan Tingkatan 3 (PT3) Tahun 2014

Peperiksaan PT3 iaitu Ujian Bertulis akan bermula pada 12 - 17 Oktober 2014 meliputi 11 mata pelajaran yang terpilih manakala Ujian Lisan pula akan bermula pada 6 - 29 Ogos 2014. Kajian Kes bagi Geografi dan Sejarah akan bermula pada esok hari iaitu 1 Julai 2014 sehingga 18 Julai 2014.

Jadual Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) tahun 2014 --> klik sini


Disertakan surat siaran Peperiksaan PT3 dan juga Peraturan Pentadbiran PT3 2014 yang merangkumi jadual kerja bagi ujian bertulis, ujian lisan dan kajian kes serta panduan tugasan yang terlibat dalam pengurusan instrumen pentaksiran.

Surat Siaran Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) Tahun 2014 --> klik sini


Penjaminan Kualiti Pentaksiran juga diadakan disebabkan guru-guru yang akan menanda kertas peperiksaan PT3. Ini meliputi Pernyataan Dasar PT3, Penjaminan Kualiti PT3 dan Pelantikan Personel Pentaksiran.

Panduan Penjaminan Kualiti Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) --> klik sini


Format kertas peperiksaan bagi setiap mata pelajaran yang terlibat dalam peperiksaan PT3 juga sudah dikeluarkan seperti di bawah.

Format Pentaksiran Tingkatan 3 (Akademik) --> klik sini
Format Pentaksiran Tingkatan 3 (KHB) --> klik sini


Instrumen Contoh PT3

Berikut adalah contoh format peperiksaan PT3 yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan (LP) bagi setiap mata pelajaran yang terpilih:



Kajian Kes bagi mata pelajaran Geografi (23)

Arahan:
Calon dikehendaki menjalankan kajian kes tentang kejadian / isu pencemaran alam sekitar (air, udara, bau, tanih) yang berlaku di sekitar tempat tinggal / kawasan sekolah calon. 

Kajian tersebut hendaklah merangkumi perkara berikut: 

2.1 Konsep dan takrifan pencemaran alam sekitar yang dikaji. 
2.2 Faktor atau punca kejadian pencemaran alam sekitar tersebut. 
2.3 Kesan kejadian pencemaran tersebut kepada manusia dan alam sekitar di kawasan kajian. 
2.4 Mencadangkan langkah-langkah mengurangkan pencemaran alam sekitar tersebut. 

Hasil tugasan calon tidak kurang daripada 300 perkataan. 

Download: Arahan guru --> klik sini
                Arahan pelajar --> klik sini

Contoh Jawapan Tugasan Geografi: klik sini


Kajian Kes bagi mata pelajaran Sejarah (21)

Arahan:
Baca petikan berikut dengan teliti. 
Negara Malaysia adalah sebuah negara yang aman dan damai walau pun penduduknya berbilang kaum. Keamanan dan kedamaian ini dapat dikekalkan kerana toleransi antara kaum utama di negara kita iaitu Melayu, Cina dan India. Justeru itu, kita seharusnya bersyukur dengan keamanan dan keharmonian yang membolehkan kita duduk bersama serta berbincang tanpa ada rasa perbezaan antara satu sama lain. Persefahaman yang telah berjaya dicapai ini perlu dikekalkan supaya tiada perasaan curiga antara kaum kerana ia akan menjejaskan serta merosakkan semangat perpaduan yang telah terjalin sejak sekian lama. 

Dipetik dan diubahsuai daripada : http://pmr.penerangan.gov.my 

Berdasarkan petikan tersebut, buat kajian dan hasilkan sebuah rencana berkaitan dengan perpaduan kaum di Malaysia. Panjang rencana anda hendaklah tidak kurang daripada 300 patah perkataan. 

Tugasan anda hendaklah mengandungi aspek berikut: 
1. Tajuk rencana 
2. Nama penulis 
3. Isi kandungan: 
(a) Pengenalan – menjelaskan tentang isu-isu perpaduan kaum secara umum 
(b) Menghuraikan kepentingan perpaduan kaum 
(c) Menghuraikan faktor yang menyumbang kepada pengukuhan perpaduan kaum 
(d) Menghuraikan cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum 
(e) Mencadangkan langkah-langkah untuk mengekal dan memantapkan perpaduan kaum di Malaysia 
(f) Membuat rumusan 
(g) Menyenaraikan sumber rujukan 

Download: Arahan guru --> klik sini
                    Arahan pelajar --> klik sini

Contoh Jawapan Tugasan Sejarah: klik sini


*sebarang penambahan informasi akan diupdate kelak*


lovenota : semoga berjaya!

Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®