Showing posts with label Pendidikan. Show all posts
Showing posts with label Pendidikan. Show all posts

Sunday, December 18, 2016

Program Matrikulasi Awam



Matrikulasi awam ialah program pra universiti yang disediakan oleh kerajaan. Berbanding dengan Pengajian Tingkatan Enam, ia adalah program kursus yang lebih mudah. 90 peratus pelajar matrikulasi ialah Bumiputera, dan 10 peratus pelajar ialah bukan Bumiputera.


KENAPA PILIH KURSUS INI?

Matrikulasi adalah pilihan terbaik untuk pra-universiti kerana ia lebih mudah dan yurannya yang murah. Bagaimanapun, terdapat persaingan yang kuat dalam bidang perubatan, pergigian, farmasi dan undang-undang.


SYARAT-SYARAT KEMASUKAN

Program matrikulasi terbahagi kepada dua iaitu Program Satu Tahun (PST) dan Program Dua Tahun (PDT). Kelayakan masuk salah-satu program tersebut berdasarkan keputusan SPM pemohon:

Program Satu Tahun (PST) -  2 Semester
  • Sekurang-kurangnya mendapat C dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sains dan Kimia
  • Sekurang-kurangnya mendapat B dalam Matematik
  • Sekurang-kurangnya mendapat C dalam satu subjek sama ada Fizik atau Biologi, dan Prinsip Akaun
  • Sekurang-kurangnya mendapat E dalam Matematik Tambahan
  • Sekurang-kurangnya mendapat C dalam dua subjek berikut: Ekonomi Asas, Perdagangan, Sains Asasi, Fizik, Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Mekanikal. Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Lukisan Teknikal

Program Dua Tahun (PDT) - 4 Semester
  • Sekurang-kurangnya mendapat C dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, dan Kimia
  • Sekurang-kurangnya mendapat D dalam Matematik
  • Sekurang-kurangnya mendapat C dalam satu subjek berikut: Fizik, Biologi, Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik.

PILIHAN MATAPELAJARAN

Semua pelajar Matrikulasi dikehendaki untuk mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu aktiviti kokurikulum
  • Sukan / Permainan, atau
  • Kelab / Persatuan, atau 
  • Pasukan Beruniform Kawad Kaki.

Semua subjek yang diajar dalam Bahasa Inggeris:
  • Matematik
  • Sains
  • Fizik
  • Kimia
  • Biologi
  • Sains Informatika

Matapelajaran wajib:
  • Bahasa Inggeris
  • Kemahiran Dinamika
  • Pendidikan Islam / Moral

Program Matrikulasi menawarkan tiga (3) jurusan pengajian:
  • Sains (Kod M001)
  • Perakaunan (Kod M003)
  • Teknikal (Kod M007)

Mata Pelajaran Teras:

Jurusan Sains
  • Modul I : Matematik, Kimia, Fizik, Biologi
  • Modul II : Matematik, Kimia, Fizik dan Sains Komputer
  • Modul III : Matematik, Kimia, Biologi dan Sains Komputer

Jurusan Perakaunan
  • Matematik
  • Perakaunan
  • Pengurusan Perniagaan dan Ekonomi

Jurusan Teknikal
  • Matematik
  • Kimia Kejuruteraan
  • Fizik Kejuruteraan
  • Pengajian Kejuruteraan

KAEDAH PENILAIAN

Pengajian
PST akan bermula pada April sementara PDT akan bermula pada Mei. Satu-satunya perbezaan antara PST dan PDT:
  • PDT: Mata pelajaran diajar merentangi 2 tahun. PDT membolehkan pelajar yang agak lemah sedikit dapat menamatkan kursus mereka. PDT hanya ditawarkan kepada pelajar bumiputera.
  • PST: Mata pelajaran diajar dalam tempoh setahun.

Peperiksaan
Pelajar dikehendaki mendapat CGPA 2.0 dan ke atas, jika gagal, pelajar perlu untuk mengulangi kertas peperiksaan semula.

Nilai
Gred dikira melalui Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) sistem (PNGK). PNGK tertinggi adalah 4.0, dan gred ini adalah berdasarkan kepada keputusan peperiksaan yang terdiri dalam 0% -100% bagi setiap mata pelajaran.


YURAN

Yuran pengajian bagi aliran Sains dan aliran Teknikal ialah RM 580 manakala bagi aliran Perakaunan ialah RM 530.


ELAUN 

Pelajar Matrikulasi akan memperolehi elaun sebanyak RM 250 sebulan, atau RM1,250 satu semester (satu semester bersamaan dengan lima bulan).


CARA DAFTAR

Pendaftaran bermula Julai dan pemohon dikehendaki mendaftar secara online di www.moe.gov.my. Untuk mendaftar, pemohon dikehendaki untuk mendapatkan nombor pin khas dari Bank Simpanan Nasional (BSN).


SEMAK KEPUTUSAN

Sila layari ke laman web rasmi semakan tawaran ke Kolej Matrikulasi, atau boleh semak melalui SMS dengan cara:

Taipkan MOEMATNO. KP dan hantarkan ke 15888

Contoh : MOE MAT 981206085773


PROSES PERMOHONAN KEPUTUSAN MATRIKULASI

Pelajar yang berjaya lulus Matrikulasi layak untuk melangkah ke universiti dengan ijazah sarjana muda. Pemilihan pelajar adalah sama seperti pemilihan pelajar dari Tingkatan Enam.

Selepas berjaya mendapat segulung sijil matrikulasi, mulai tahun 2017 juga sijil matrikulasi KPM sudah diiktiraf dan boleh digunakan untuk memohon pekerjaan di dalam sektor Perkhidmatan Awam, sama seperti sijil STPM.

Baca untuk mengetahui lebih lanjut: Sijil Matrikulasi Sudah Diiktiraf

Semoga berjaya!



Read More »

Pilih Diploma ke Matrikulasi?



Dilema yang sedang dihadapi oleh pelajar lepasan SPM yang mendapat tawaran ke Matrikulasi (tetapi mungkin masih belum mengesahkan untuk menerima tawaran tersebut), kini ditambah dengan satu lagi tawaran ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) untuk mengikuti pengajian asasi ataupun diploma di Universiti Awam ataupun Politeknik Premier.


Kenalpasti di IPT manakah program pengajian yang memberi ijazah sarjana muda atau diploma dalam bidang yang berkaitan ditawarkan. Berikut adalah 3 asas pemilihan sebagai panduan pelajar.



1. Jika program ijazah sarjana muda tersebut ditawarkan di universiti yang ada menawarkan program asasinya sendiri seperti UPM, UUM, UKM, UiTM, UM, UNIMAS, USIM, UIAM, UMS atau UNISZA, maka sertailah program asasi yang ditawarkan di universiti ini bila tamat program asasi nanti.


2. Jika program ijazah sarjana muda yang ingin diikuti ada ditawarkan di universiti lain yang tidak menawarkan program asasinya sendiri seperti USM, UNIMAP, UTM, UPSI, UMP, UMK, UMT, UTEM, UTHM maka pelajar seharusnya memilih untuk mengikuti program matrikulasi yang membuka peluang untuk pelajar memohon ke mana-mana universiti bagi mengikuti pengajian di peringkat ijazah sarjana muda.

3. Program Asasi UM dan UiTM juga membuka peluang untuk pelajar memohon mengikuti pengajian ijazah sarjana muda di mana-mana universiti sama seperti kelayakan matrikulasi (yang berbeza dengan matrikulasi adalah syarat kemasukan ke asasi UM dan UiTM ni berbeza lebih tinggi berbanding syarat ke matrikulasi).

ARTIKEL BERKAITAN -> Program Matrikulasi Awam KPM


DIPLOMA

Ada pelajar memikirkan untuk memilih diploma berbanding asasi atau matrikulasi kerana takut “tak dapat bawa” pengajian asasi / matrikulasi dan takut-takut kalau dapat Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) rendah, nanti susah nak sambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dan kemudiannya akan dapat program lelong.

Tidak juga bermakna jika pelajar memilih laluan diploma, peluang pelajar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda lebih mudah.

Dalam perbincangan “Pengalaman Dari Diploma ke Ijazah Sarjana Muda” di dalam Facebook, Halatuju Pendidikan Selepas SPM telah menunjukkan pengalaman sebenar pelajar-pelajar lepasan diploma yang kebanyakannya mencapai PNGK 3.00 ke atas pun tidak semua yang berjaya mendapat pengecualian apabila menyertai pengajian di peringkat ijazah sarjana muda. Ramai yang terpaksa mengikuti pengajian ijazah sarjana muda bermula dari tahun 1 semester 1 semula selepas menamatkan pengajian diploma 2½ – 3 tahun.

PPISMP di IPGM

Kepada yang dah tekad untuk menyertai Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PPISMP) di Institut Pendidikan Guru (IPG), anda mungkin terpaksa membuat pilihan dengan apa yang ditawarkan sekarang berdasarkan faktor yang saya nyatakan di atas sehingga keputusan permohonan anda ke IPGM diumumkan. Terima dulu apa-apa tawaran yang telah diterima.

Selalunya keputusan tawaran ke Matrikulasi akan keluar dahulu berbanding keputusan UPU. Minggu kedua pada bulan Mei barulah keputusan permohonan ke IPTA akan diumumkan oleh pihak UPU. Pelajar boleh tunggu sehingga keputusan permohonan ke IPTA (melalui UPU) keluar. Keputusan permohonan ke ILKA pula diumumkan pada minggu keempat pada bulan Mei juga.

kalau tak dapat IPTA, daftarlah ke matrikulasi secara online.

kalau dapat IPTA dan dapat matrikulasi tetapi memilih untuk tidak mahu pergi ke matrikulasi, tak perlu daftar matrikulasi online dan terimalah tawaran IPTA tersebut.

kalau tak dapat ILKA tapi dah dapat matrikulasi, terus sajalah mendaftar online ke matrikulasi

kalau dapat tawaran IPTA, ILKA dan dah dapat matrikulasi, kenalah buat keputusan nak pilih yang mana satu

Kalau ketiga-tiganya tak dapat juga, jangan putus asa! banyak lagi peluang anda untuk melanjutkan pelajaran. boleh baca link di bawah:

ARTIKEL BERKAITAN -> Pilih bidang Vokasional


Apa-apa keputusan yang anda buat kena fikirkan sehabis baik. Pilih program yang anda minati dan periksa mana satu laluan pendidikan yang sesuai untuk mencapai matlamat anda. Ingat, pilih program pendidikan bukan kerana untuk bermegah-megah dan menunjuk-nunjuk, tetapi pilih kerana minat. Pilih laluan pendidikan yang membawa anda kepada kerjaya yang akan anda lakukan pada satu hari nanti.


Apa perlu kamu lakukan selepas mendapat keputusan SPM?

1.  Buat keputusan tentang kursus yang kamu mahu pohon
Berdasarkan keputusan SPM, fokus kepada kekuatan yang ada pada anda dalam keputusan SPM, dan pilih berdasarkan kemampuan anda sendiri.

Selepas mengetahui pilihan program, pilih universiti yang mempunyai tawaran program yang anda pilih.

2. Baiki komunikasi anda dalam Bahasa Inggeris
Bahasa Inggeris adalah bahasa penghantar yang penting apabila melangkah ke universiti. Kajian daripada Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) mendapati 60 peratus ahlinya menganggap pemohon pekerjaan pada kali pertama adalah lemah dalam penguasaan dan penggunaan bahasa Inggeris. Tinjauan Jobstreet pula mendapati 55 peratus majikan di negara ini percaya kelemahan penguasaan Bahasa Inggeris adalah punca utama pengangguran dalam kalangan mahasiswa.

3. Bersedia menghadapi kehidupan kampus
Kehidupan di kampus memerlukan anda untuk hidup berjimat cermat sambil berdikari. Kamu boleh mula belajar bagaimana untuk menguruskan diri sendiri tanpa memerlukan bantuan ibu bapa kamu.


Read More »

Thursday, December 15, 2016

Takwim Persekolahan Tahun 2017


Pada 13 Disember 2016, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan Surat Siaran KPM Bilangan 18 Tahun 2016, iaitu Takwim Penggal dan Cuti Persekolahan bagi Tahun 2017. 

Penggal persekolahan bagi sesi 2017 akan bermula pada 1 Januari 2017 dan tamat pada 23 November 2017 bagi sekolah-sekolah di negeri Kumpulan A. Manakala sekolah-sekolah dari Kumpulan B akan bermula pada 3 Januari 2017 dan tamat pada 24 November 2017.

Perincian Takwim Penggal dan Cuti Persekolahan bagi negeri-negeri Kumpulan A


Perincian Takwim Penggal dan Cuti Persekolahan bagi negeri-negeri Kumpulan B


Penyelarasan tarikh-tarikh bagi cuti perayaan bagi sesi persekolahan tahun 2017 yang melibatkan perayaan Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Hari Kaamatan, Hari Gawai Dayak dan Hari Krismas. Semua cuti-cuti yang disenaraikan tidak perlu diganti.


Nak save semua jadual-jadual cuti pun boleh. Hanya download dan boleh save and print!

Download jadual takwim cuti sekolah tahun 2017 -> [link]


Para cikgu cikgi ada 43 minggu bagi sesi persekolahan pada tahun 2017. Diharap dengan adanya takwim ini, ibu bapa sudah boleh merancang @ plan cuti sekolah bersama-sama dengan keluarga. Ada beberapa cuti panjang yang agak cantik untuk pergi bercuti.


lovenota: cuti sekolah saya duduk rumah goyang kaki je



Read More »

Thursday, November 17, 2016

UPSR - Format KSSR Pertama



Apabila mendengar hanya 4 896 calon sahaja yang mendapat semua A dalam Peperiksaan UPSR 2016, saya merasakan bahawa fenomena PT3 yang pertama pada tahun 2014 berulang kembali. Benar, ibu bapa tidak perlu risau jika anak anda tidak mendapat semua A seperti anak rakan-rakan dan jiran-jiran anda yang menduduki peperiksaan UPSR pada tahun sebelumnya. Ia tidak boleh dibandingkan sama sekali kerana format dan tahapnya adalah berbeza.

Calon peperiksaan UPSR 2016 adalah kohort pertama yang mengikuti Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan melengkapi pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di samping membudayakan unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) ataupun dikenali sebagai High-Order Thinking Skills (HOTS). Mereka ini juga akan menjadi kohort pertama yang akan mengikuti Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan menduduki Peperiksaan Tingkatan 3 (PT3) berformat baru pada tahun 2019. 

Konsep Kurikulum Transformasi KSSR berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. KSSR dilihat sebagai penambahbaikan dari Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR).  Prinsip utamanya ialah pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, peluang dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid dan pendidikan seumur hidup.

Beza KBSR dan KSSR?



Dalam KSSR Tahap Satu, terdapat beberapa mata pelajaran baru di samping penggabungan semua disiplin ilmu dalam bentuk Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif untuk pengurusan kurikulum yang lebih berkesan.

Modul Teras Tema diperkenalkan untuk mengurangkan bilangan mata pelajaran di tahap satu.  Modul Teras Tema mengandungi tema Dunia Kesenian dan tema Dunia Sains dan Teknologi (DST).  Dalam tema Dunia Kesenian, terdapat dua mata pelajaran, iaitu Seni Visual dan Muzik. Tema DST mengandungi elemen mata pelajaran Sains, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dan Reka Bentuk dan Teknologi (RBT).


Julat Gred Markah KSSR Sekolah Rendah 2016


Julat Gred Markah KBSR

80 - 100 --> A 
60 -- 79 --> B 
40 -- 59 --> C 
20 -- 39 --> D 
01 -- 19 --> E 
00 --------> TH

Berikut di atas adalah julat gred markah KBSR lama yang digunapakai sebelum ini. Jika kita bandingkan perbezaan julat pemarkahan bagi KBSR dan KSSR, tahap gred B dalam KSSR lebih tinggi berbanding KBSR. Ini bermakna gred KSSR adalah lebih berkualiti berbanding gred markah sebelumnya.

Keputusan Gred Purata Negeri (GPN) Setiap Negeri

Negeri
Bil. calon
Semua A
Peratus
Gred Purata Negeri (GPN)
Wilayah Persekutuan
20, 676 calon
308 calon
1.49 %
2.77
Sarawak
41, 380 calon
284 calon
0.69 %

Pulau Pinang
22, 215 calon
399 calon
1.80 %

Perlis
3, 806 calon
45 calon
1.18 %

Negeri Sembilan
16, 617 calon
247 calon
1.49 %
2.82
Melaka
13, 261 calon
159 calon
1.19 %
2.83
Johor
54, 678 calon
671 calon
1.25 %
2.84
Selangor
87, 229 calon
1, 025 calon
1.18 %
2.85
Terengganu
20, 341 calon
271 calon
1.33 %
2.95
Pahang
23, 351 calon
296 calon
1.27 %
2.96
Perak
34, 713 calon
363 calon
1.05 %
2.97
Kelantan
29, 372 calon
320 calon
1.09 %
3.03
Kedah
31, 976 calon
280 calon
0.88 %

Sabah
43, 661 calon
187 calon
0.43 %
3.29
 

lovenote: perjalanan hidup anda masih jauh. teruskan usaha dengan lebih cemerlang.

Read More »

Wednesday, December 09, 2015

Permohonan UPU Lepasan SPM



Makluman untuk calon-calon lepasan SPM 2015;

Pengurusan Kemasukan Pelajar yang diboleh dicapai menerusi pautan http://upu.moe.gov.myPermohonan UPU bagi sesi akademik 2016/2017 merangkumi IPTA, Politeknik Premier, Politeknik Konvensional, Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA)

Nombor pin UPU boleh dibeli bermula pada 18 Januari 2016 di semua cawangan BSN dengan harga RM 15.64. Permohonan UPU akan ditutup pada 5 April 2016.


PERHATIAN ; 
IKLAN PERMOHONAN UPU ONLINE SESI AKADEMIK 2016/2017 BAGI LEPASAN SPM/SETARAF DAN LEPASAN STPM/SETARAF

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut sila hubungi kami di talian helpline (03) 88706767 atau (03) 8870 6777.

Talian helpline UPU hanya beroperasi pada hari bekerja sahaja bermula dari jam 7.30 pagi - 5.30 petang atau melayari Portal Rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU) di http://upu.mohe.gov.my

Jom ikuti kami di ;
INSTAGRAM @kemasukanbpkp



Syarat Kemasukan ke IPTA ;

UKM: 


UM: 

USIM (requires SPM Arabic, but courses offered are pretty much the same with other IPTAs) : 



UMP: 


UMT: 

UIA: 



Permohonan biasiswa:

JPA:

MARA: 


Tun Rahah Scholarship Fund: 


Sime Darby:

SCM: 

TNB: 

TM: 

PNB: 

Shell: 

Yayasan Pelajaran Mara: 

JAKIM: 

Biasiswa Tunku Abdul Rahman: 

Felda Johore Bulker Sdn Bhd: 

Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah: 

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak: 

Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah: 

Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak Darul Ridzuan: 

Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Perak: 

Majlis Agama Islam Negeri Johor: 

Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor: 

Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEN): 

Gamuda Berhad: 

Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan: 

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja: 

Lembaga Zakat Selangor: 

Bank Rakyat Malaysia Berhad: 

Pusat Zakat Sabah: 

Tabung Baitulmal Sarawak: 

Yayasan Negeri Sembilan: 

Skim Biasiswa National Science: 

Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi Malaysia: 

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO): 

Sarawak Shell Berhad: 

Sapura Industrial Berhad: 

Terengganu Advanced Technical Institute: 

Yayasan Felcra: esistem 

Yayasan Pahang: 

Yayasan Sabah: 

Yayasan Selangor: 

Yayasan Tenaga Nasional Berhad: 

Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN): 

Yayasan Terengganu: 

Yayasan Pelajaran Johor (YPJ): 

Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman: 

Yayasan Pelajaran MARA: 


Mohon viralkan. Cubalah...demi masa depan anak-anak kita. Insya Allah.


Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®