Showing posts with label informasi. Show all posts
Showing posts with label informasi. Show all posts

Wednesday, December 02, 2015

Tarikh Pembayaran Gaji Tahun 2016


Tarikh pembayaran gaji bagi kakitangan awam tahun 2016


Jika dilihat pada semua tarikh-tarikh gaji, semuanya di hujung bulan. Alhamdulillah. Sebab saya tak suka gaji awal..duit cepat habis. Susahnya nak berjimat kalau kaki jalan nie kan..hihi. 

Sekarang saya masih berada di Maktab Polis DiRaja Malaysia, Cheras kerana berkursus. Tadi pun dah panjang kaki ke ikea cheras. Nasib baik tak terjebak membeli. Hihi


lovenota : terasa sangat kehilangan Pak Yus Jambu. Al-Fatihah.


Read More »

Thursday, October 01, 2015

Korean Restaurant For Single


Restaurant for Singles! Restoran Korea untuk sesiapa yang single!

Wah, macam menarik je konsep restoran di Korea nie. kalau korang terpaksa makan sorang-sorang di restoran, tak mengapa! anda akan disediakan partner untuk makan.  

Kita tahu kadang-kadang ia boleh menjadi sunyi kalau kita makan sendirian, terutamanya jika berada di sebuah restoran yang besar. Walau bagaimanapun, Korea Selatan seolah-olah mempunyai jawapan kepada permasalahan ini. 

Apabila anda duduk sendirian di meja makan untuk perseorangan, memulakan makan anda. di hadapan anda cuma ada satu dinding yang membahagikan kawasan makan anda. kemudian, anda diminta pada skrin sentuh TAB sama ada anda ingin rakan untuk makan bersama atau tidak? 



dan jika anda tekan 'YES', dinding di depan anda diangkat dan SURPRISE! 


Gila comel reaksi diorang semua..hahaha!


Kalau dapat partner lelaki memang sangat kelakar! hahaha


Lepas tu dapat pula service makanan free. untung untung..hehehe



Kalau pandangan pertama dah berkenan, boleh la try mintak nombor telefon..hihi


Lihat video penuh "Fun Korea Restaurant for Single" di bawah:





Sumber asal video ini mengatakan video ini adalah salah satu cara marketing @ kempen untuk mempromosikan peralatan produk Samsung. anda boleh lihat di blog samsung korea di laman web ini -> [link]

Bagus kan idea nie? untung jugak la pada sesiapa yang single tak tahu nak cari teman makan. asyik makan sorang-sorang pun boring jugak kan? hehehe. kot-kot dari peneman makan boleh jadi kawan tak pun terus jadi girlfriend @ boyfriend plak, kan? tapi jangan curi hak milik orang lain pulak. kot-kot suami atau isteri orang pulak yang kita rampas. hahaha.


lovenota : rasa-rasanya boleh tak dipraktikkan di Malaysia? hehehe



Read More »

Saturday, August 08, 2015

Susu Formula ada DNA Lembu



Semalam ada sesi bual bicara mengenai "Susu Barokah" dengan Ustazah Fatimah Syarhah di Fiqh Wanita TV3 jam 1 petang. Bagus kita bincangkan soal ini, sebab dalam islam pun digalakkan memberi susu ibu kepada anak kita.

Allah juga ada menyebut tentang penyusuan ibu di dalam firmanNya yang bermaksud "Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu." (Al Baqarah:233)

TETAPI bila ustazah mengeluarkan statement, "Kalau kita bagi susu lembu, maka DNA lembu akan masuk ke dalam badan bayi", punya la mengamuk para ibu-ibu di Malaysia sebab satu statement tu je. Mana tak mengamuk, memang tidak dinafikan ramai yang bagi susu formula disebabkan susu ibu dah kering tetapi cara ustazah tu cakap seolah-olah anak diorang tu dah ada DNA lembu dan berperangai seperti lembu. 



Dalam group yang saya join di facebook, ada juga beberapa komen yang diberikan berkenaan dengan penjelasan ustazah nie. Ada juga yang sarcasm. Hihi.



Saya faham apa yang ustazah tu nak cakap, tapi kat Malaysia nie ramai orang yang sensitif terutama para ibu. Ayat ustazah dah menimbulkan kekeliruan dan ketidakpuashatian pada semua orang. Bukan DNA lembu yang masuk, cuma "apa yang kita makan dan minum menjadi darah daging bayi tersebut". Itu penjelasan yang betul sebenarnya. Susu ibu juga membantu perkembangan dan tumbesaran bayi yang sihat. Itu memang tidak dinafikan lagi. Tapi bukan salah ibu tu jugak kalau susunya dah kering. So, kena la jugak bagi susu formula. 

Penjelasan DNA lembu yang dikatakan oleh ustazah itu tidak betul pun. Susu formula yang diberikan akan dicernakan dari mulut hingga ke usus kecil "ingat pembelajaran Sains Tingkatan 2 dan Biologi Tingkatan 4". Yang diserap hanyalah khasiatnya, bukan DNA. DNA pula membawa maksud unit perwarisan yang mengandungi kod genetik sesuatu organisma. Ia hanya boleh diturunkan atau diwariskan melalui anak oleh induk (ibu bapa) semasa proses persenyawaan berlaku. Ini bermakna bayi tak ada DNA lembu.  Tu jela. 

Lagi satu penjelasan yang win dari facebook Iluminasi. Hehe



Khasiat Susu Ibu

Banyak kajian yang dilakukan seantero dunia telah membuktikan kelebihan susu ibu yang tidak terdapat dalam susu formula lain. Ia merupakan makanan terbaik untuk bayi terutama sejak lahir sehingga 6 bulan kerana ia mempengaruhi pembentukan fizikal juga mental anak-anak. Sebaik sahaja bersalin, susu pertama yang berwarna kekuningan dinamakan kolostrum mengandungi antibodi yang tinggi bertindak sebagai imunisasi pertama bagi bayi kerana ia mampu melawan penyakit seperti cirit birit, bronkitis, eczema dan lelah. Hari-hari pertama selepas kelahiran, ibu-ibu digalakkan menyusui bayi untuk membekalkan antibodi yang cukup. Walaupun terdapat perkembangan teknologi makanan moden yang cuba merumus susu formula agar menyamai susu ibu, namun khasiat dan kebaikan susu ibu tidak dapat disamai apalagi untuk ditandingi. Itulah hebatnya kurniaan Allah.

Antara kebaikan susu ibu ialah mengandungi komposisi nutrien yang sesuai dan cukup dengan perkembangan bayi yang membesar. Susu ibu bebas daripada bakteria kerana ia mengandungi antibodi (immunoglobulins) yang bertindak sebagai tembok penghalang pelbagai penyakit sehinggalah bayi dapat membentuk antibodinya sendiri. Protein di dalam susu ibu adalah mencukupi untuk pertumbuhan bayi dan perkembangan otak. Protein susu ibu mudah dihadam dan diserap. Apabila susu lembu diberi kepada bayi, kuantiti protein yang dihadam dan serap adalah rendah menyebabkan banyak hasil pecahan protein. Perkembangan otak boleh terganggu jika paras hasil pecahan protein dalam darah adalah tinggi. Susu ibu tidak membebankan ginjal bayi dan ia tidak perlu menyimpan air yang berlebihan.

Lemak merupakan sumber utama bagi bayi. Enzim lipase yang terkandung di dalam susu ibu boleh menghadamkan lemak. Kandungan lemak adalah berubah semasa penyusuan ibu iaitu lemak adalah rendah pada permulaan penyusuan (foremilk) dan tinggi pada akhir penyusuan (hindmilk) atau disebut susu akhir. Enzim-enzim dalam susu ibu akan menghadamkan lemak dan ini menyebabkan ia senang dibekalkan kepada bayi sebagai tenaga. Susu ibu juga mengandungi zat besi yang mudah diserap oleh bayi kerana di dalamnya terdapat laktoferin berbanding susu formula. Kandungan vitamin A dan C dalam susu ibu adalah tinggi berbanding susu lembu. Susu ibu tersedia bila-bila masa pada suhu badan dan sentiasa steril. Oleh itu, tidak timbul masalah kebersihan dalam pengendalian menyusukan bayi. 

Kebaikan susu ibu bukan sekadar menjadi penawar kepada bayi malah ia mampu meningkatkan kecerdasan otak bayi. Kajian menunjukkan anak-anak yang berusia sembilan dan lima tahun yang mendapat susu ibu mempunyai IQ sebanyak 12 dan 9 kali lebih tinggi daripada anak yang seusia yang tidak mendapat susu ibu. Penelitian ini menunjukkan hikmah Allah menggalakkan penyusuan ibu yang lengkap bagi menjamin keberterusan generasi berkualiti. 

Sejajar dengan firmanNya "Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan dari awal mengandung hingga akhir menyusunya dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun." (Luqman:14). 

Kajian di Belanda pula menunjukkan susu ibu mengandungi Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Arakidonik (AA) yang tidak diperolehi dalam susu formula penting untuk pertumbuhan sistem saraf dan juga tumpuan otak.

Pakej istimewa yang ditawarkan dalam penyusuan ibu bukan sahaja memberi kebaikan kepada bayi malah ibu itu sendiri. Walaupun ramai wanita diselubungi kebimbangan mengembalikan bentuk badan selepas bersalin, dengan menyusu bayi, badan wanita boleh menjadi langsing disertai dengan senaman. Di samping itu, penyusuan bayi dapat membantu mengecutkan rahim, mengurangkan risiko pendarahan berlebihan dan risiko kanser buah dada dan ovari. Yang lebih istimewa, penyusuan badan dapat menyerlahkan lagi naluri keibuan dan menjana ikatan kasih sayang antara ibu dan anak kerana dalam proses menyusu, hormon prolaktin terhasil dan ia merangsang perasaan keibuan.

Sumber : ikim


Doa, Zikir dan Surah Banyakkan Susu Ibu

Ada beberapa doa, zikir dan surah yang boleh diamalkan oleh para ibu-ibu untuk memperbanyakkan susu ibu seperti:









Saya pun masa kecil-kecil minum jugak susu formula, Dutch Lady, sampai la sekarang. Alhamdulillah tak ada perangai macam lembu, banyak perangai manusia. Tapi kat sekolah jadi Hulk Hogan jugak la..hihi. 


lovenota : Breastfeeding is the best


Read More »

Wednesday, June 24, 2015

Tempoh Berpuasa di Seluruh Dunia


Wordless Wednesday # 43 : Tempoh Berpuasa di Seluruh Dunia



Jika dilihat pada carta di atas, kita rakyat Malaysia dikira sangat beruntung kerana terletak di bahagian yang strategik. kenapa strategik? sebab Malaysia terletak di garisan Khatulistiwa, so kita selamat dari pergerakan gunung berapi *insyaAllah*. walaupun ada kita mendengar ura-ura di mana Malaysia mungkin 'lari' sedikit dari garisan khatulistiwa, cuma Malaysia bergerak ke atas sedikit ke arah utara garisan Khatulistiwa (sumber : Sinar Harian). 

Jika kita ingat kembali pada tahun lepas (2014), negara kita pernah mengalami cuaca yang sangat sejuk sehinggakan kita semua mengharapkan sajli akan turun di Malaysia. oh, agak tidak masuk akal di situ, hahaha. Jabatan Meteorologi Malaysia sudah mengesahkan punca kejadian tersebut. tetapi, jika kuasa Allah SWT menentukan, tiada apa yang boleh menghalang, kan? 

Tapi apa lagi yang special duduk di Malaysia nie? nah, inilah yang specialnya Malaysia. tempoh masa berpuasa di Malaysia adalah antara yang tersingkat berbanding negara-negara lain *hehehe*. di Malaysia, secara kasarnya kita mengambil masa sebanyak 14 jam 10 minit. kalau nak singkat lagi, boleh ke Borneo iaitu di Sabah dan Sarawak di mana waktu maghribnya juga sangat awal, iaitu dalam lingkungan jam 6 petang. saya pernah merasa berbuka awal dulu masa kecil-kecil sebab saya pernah tinggal di Sarawak. tetapi sahurnya memang awal sebab subuhnya sangat awal. tapi apa nak heran pada waktu sahur, kita semua herankan pada waktu berbuka, kan? hahaha XD. 

Tempoh berpuasa paling lama dicatatkan ialah di negara-negara Eropah seperti Reykjavik, Iceland, London, England, Sweden, Stockholm, Berlin dan Jerman iaitu selama 19 - 22 jam. mak aih, pengsan puasa lama-lama..hehe. Tempoh berpuasa paling singkat pula di Chile, Amerika Selatan iaitu 10 jam 23 minit. Sydney, Australia pun mengambil masa kedua tersingkat iaitu 11 jam 24 minit. ha, bolehlah pada bulan Ramadhan ini kita holiday di Australia. aci tak? hehehe XD




Read More »

Thursday, March 12, 2015

Hutang Halang Masuk Syurga



Soalan:-
Apakah hukum bagi orang yang sengaja tidak mahu membayar hutang? Bagaimanakah dengan amalannya? Apakah hukum nenganiaya orang?

Jawapan
Berdosa besar bagi orang yang sengaja tidak membayar hutang. Seseorang yang suka melewat-lewatkan bayaran hutang setelah berkemampuan untuk membayarnya, boleh mendatangkan kesan buruk dalam hidupnya bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat antaranya :
i. Hidup akan ditimpa kehinaan dan hilang maruahnya.   
ii. Hidup mereka tidak akan mendapat keredhaan dan keberkatan   Allah.   
iii. Perbuatan mereka itu digolongkan dalam perbuatan zalim.   
iv. Amalan kebajikan mereka tidak akan diterima.

Sabda Rasul S.A.W.  Maksudnya : “Penangguhan hutang oleh orang yang berkuasa membayarnya, adalah satu kezaliman, halal maruah dan hukuman ke atasnya (iaitu pemberi hutang boleh mengambil tindakan ke atas diri dan maruahnya)
(Riwayat Ibnu Majah)

Sabda Rasul S.A.W.  Maksudnya : “Kurangkan dirimu daripada melakukan dosa, maka akan mudahlah bagimu ketika hendak mati. Kurangkan daripada berhutang nescaya kamu akan hidup bebas”.  
(Riwayat Baihaqi)

Disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor


Buat si penghutang yang buat-buat lupa nak bayar semua hutang tu, beringat la sebelum aku tuntut semua hutang kau di akhirat kelak. 

Sekadar renungan. Wallahu'alam.


lovenota : beringat sebelum terlambat


Read More »

Tuesday, March 10, 2015

Ubat Mujarab Ketika Sakit


Saya ingatkan saya larat pergi kerja pada pagi ini. Tapi disebabkan semalam saya bantai makan ubat demam, selsema, panadol, antibiotik, tahan sakit *jangan tiru macam saya, main sukahati makan ubat tanpa ikut nasihat doktor*, saya tak boleh bangun langsung. Rasa mengantuk, selsema yang teruk pulak tu. Saya membuat keputusan untuk ambil MC pada hari ini. Selepas telefon pejabat memberitahu yang saya MC hari ini, saya terus sambung tidur semula.

Siapa tahu ubat yang paling mujarab ketika kita sedang sakit dilanda selsema? 

Saya tahu kita harus amalkan doa ketika sakit, iaitu


Selain dari itu, kita harus rajin makan ubat yang diberikan oleh doktor. penting tu.

Bagi saya, masa demam nie la susah sangat nak telan nasi. Rasa kasar je kat mulut kan? Mula lah rasa nak makan benda yang pelik-pelik.

Lepas pergi klinik, saya pun belanja diri sendiri


Jangan meleleh air liur ye..hihi


lovenota : nak sambung tidur..zzzz


Read More »

Monday, February 16, 2015

Ubah Diri Sendiri

Assalamualaikum wbt

Sesungguhnya, ketika kita membuat orang lain menangis, maka kitalah yang akan menangis kelak. 

Sesungguhnya apabila kita membuat orang lain rugi, kita sendirilah yang akan rugi kelak. 

Dan sesungguhnya apabila kita membuat orang lain susah, kita sendirilah yang akan merasakan kesusahan kelak. 

Tidak ada kesusahan yang timbul kecuali kita yang menyusahkan diri kita sendiri. 

Tidak ada permasalahan kehidupan yang muncul kecuali kita sendiri yang membuat masalah.

Terkadang ketika kita ditimpa sebuah masalah, kita lebih banyak menuding orang lain sebagai penyebabnya. Padahal sebenarnya menyalahkan orang lain untuk penderitaan kita, justeru akan menambah kita satu penderitaan lagi. 

Jadi ketika kita ditimpa sebuah masalah atau penderitaan, marilah kita cari punca kesusahan hidup, dari dalam diri kita sendiri. 

Dan carilah semua penyebab penderitaan yang kita rasakan, dari dalam diri kita sendiri. 

Kerana penyebab yang paling banyak dan yang paling utama adalah biasanya dari diri kita sendiri

Jujur dengan kesalahan sendiri dan ubahlah, inilah dua penyelesaian berkesan bila penderitaan sedang datang.



lovenota : muhasabah diri


Read More »

Friday, January 02, 2015

Selamat Tahun Baru 2015



Selamat Tahun Baru 2015. Happy New Year 2015. Welcome 2015. Goodbye 2014.

Alhamdulillah, saya masih lagi boleh bernafas di alam Allah SWT bersama-sama dengan orang-orang yang saya sayangi. Terima Kasih Ya Allah SWT. Terlalu banyak suka dan duka berlaku pada tahun 2014. bukan pada diri saya sahaja, pada negara kita juga di mana kejadian yang tidak diingini berlaku seperti kejadian MH370 dan MH17, banjir besar di Kelantan dan Terengganu serta banjir lumpur di Cameron Highland, kes kertas UPSR bocor, PMR yang dimansuhkan diganti dengan PT3 yang susah gila, minyak petrol yang kejap naik kejap turun, blogger seks yang tak habis-habis sengalnya, kes "buli" Peugeot CDM 25, kes "buli" abang besar singlet hitam, kes "orang-orang kaya" Peugeot Citroen DS5 langgar Toyota Estima, etc etc etc. eh, banyak jugak ye..hehe.

Lupakan kenangan semua itu. Buka lembaran baru, buka buku baru, buka kisah baru.

Kisah saya? tahun 2014 banyak menyingkap tabir senja *sastera merepek aku dah keluar*, tak adalah sedih sangat. biasa-biasa suam-suam kuku. kalau dilihat semula entry popular saya, banyak kisah yang menjadi hangat adalah kisah playboy bodoh dan bangang itu. okay, sudah kasar. peduli lah. hahaha. nak tahu? cari sendiri. malas nak bagi link. hahaha.

Kisah lain yang tidak diceritakan di dalam entry. saya sudah tukarkan kereta saya. oh tidak. saya mula merindui 'Beby Lisa' saya. tak tahu la di mana kereta tersebut berada sekarang ini. itulah kereta bermanual kecil saya yang paling comel, laju, pick-up, bawa 140 km/j pun lepas tau! kena saman speed-trap pun hanya sekali sepanjang penggunaan 4 tahun. bukan calang-calang kereta Kelisa saya tu. semoga kereta itu berbakti pada owner yang baru. *sob3*. Sekarang saya menggunakan kereta Toyota Vios, itu pun dipilih oleh abah saya. dia yang nak *sebab dia yang nak pakai sebenarnya..haha*. saya memanggilnya 'Princess Vio'. kelass tak nama dia? hehehe. disebabkan Vios besar, tak layak panggil beby dah. *sedar diri*.

Tahun ini saya sudah berumur 28 tahun. eh, belum masuk lagi, baru 27 tahun 3 bulan je tau..hihi. kahwin? ramai sangat dah tanya, bila nak kahwin? letih nak menjawab, sampaikan Anjang saya asyik nak carikan calon untuk saya. Yela, sebab tinggal saya je yang tak kahwin lagi ha. so saya pun berfikir, 


masalahnya, saya masih tak nampak bulan bintang matahari planet-planet pluto marikh dalam mimpi saya. nak buat macam mana? hahaha. biarlah adik saya yang kahwin dulu untuk tahun ini. saya lambat lagi. kesian kat mak ayah saya kalau saya kahwin jugak tahun nie, kopak duit katanya..hehehe. alasan lagi! XD

Ini juga terbukti apabila saya menilik tapak tangan saya *jangan percaya, syirik! haha*


See, saya mempunyai garis panjang, maksudnya saya akan berkahwin dalam usia 30 tahun. kekekekeke. alasan lagi-lagi! hahaha! tapi tak sampai 30 tahun saya akan berkahwin nanti. tapi memang bukan tahun ini. kalau sempat pun mungkin akan bertunang dahulu. insyaAllah.

Kalau korang masih tak percaya, sila buat survey untuk diri sendiri pulak! untuk yang belum bernikah la. kalau dah kahwin, nak try boleh je, terutama bagi lelaki yang sudah berkahwin teringin nak buka cawangan lain kan..hehehe. korang boleh ke laman web : Marriage Line Palm Reading dan jawab survey di situ. Result saya?


Meh saya Google Translate ye. survey itu mengatakan, "Anda akan terlibat dalam hubungan yang serius (sebelum perkahwinan) di mana anda akan memikirkan perkahwinan. Anda berkemungkinan tidak akan berkahwin pada usia muda". ini alasan lagi-lagi-lagi. kekekeke. dah-dah. jangan terlalu syirik! khurafat semua hado! :P

Dah terlalu merepek entry saya kali ini. maaf la. dah lama saya tak merepek, korang pun mesti ada yang rindu kan..perasan! hahaha. 

Azam Tahun Baru? saya nak diet! mak aih! sejak cuti sekolah berat badan saya meningkat. memang tak boleh jadi. so, saya nak kurangkan balik berat badan saya sebelum majlis Perkahwinan adik saya yang akan berlansung pada bulan Jun nanti. biar nampak slim-selim masa majlis itu nanti. nanti saya jemput uolss okay? :)

Semoga Tahun Baru 2015 ini dapat memberikan kenangan manis yang paling banyak bersama orang-orang yang tersayang, yang paling penting kerja pada tahun ini tak seserabut seperti tahun 2014. hehehe. insyaAllah :)


lovenota : Sekejap je masa berlalu. sekejap je berjarak jauh, harinie nak pergi dating. eh? lalalala~


Read More »

Saturday, December 20, 2014

Harga Petrol RON95 Turun


Harga RON 95 dan diesel dijangka kurang RM2


Rembau: Harga petrol RON 95 dan diesel dijangka kurang daripada RM 2 seliter bermula 1 Januari tahun depan. Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata, ini berdasarkan harga minyak dunia sepanjang 18 hari lalu. Katanya, penurunan harga minyak dunia ketika ini memungkinkan harga petrol RON 95 dan diesel akan kurang daripada RM 2 seliter berbanding RM 2.26 dan RM 2.23 seliter sekarang.

"Ini berita baik untuk rakyat jika harga berkekalan 10 hari lagi kerana harga minyak dunia sedang mengalami penurunan sejak 18 hari lalu. Oleh kerana itu, rakyat tidak perlu berdemonstrasi pada 31 Disember ini dan harapan kita untuk 10 hari lagi puratanya akan kekal begitu untuk mendapatkan harga bawah RM 2 seliter,” katanya selepas Majlis Penerangan dan Dialog GST (cukai barang dan perkhidmatan) peringkat Parlimen Rembau di Dewan ILP Pedas.

Jumaat, 19 Disember 2014 @ 6:25 PM
sumber : Harian Metro

******

ini cobaan ke betul-betul kejadian? 
ke hanya nak sedapkan hati rakyat je?

kalau sejak 18 hari lepas harga minyak turun, 
kenapa masih tak turunkan harga sekarang nie jugak eh? 
kenapa kena tunggu 1 Januari 2015 jugak? 

mungkin kena buat kaji selidik kot 
ada buat apa-apa prosedur dulu sebelum turunkan harga 
*sedapkan hati*

takper, we will see 


lovenota : sejak harga minyak naik, nak berjalan ke KL pun kena fikir banyak kali..huhu


Read More »

Wednesday, December 17, 2014

10 Fakta Unik Tentang Badan Tinggi


10 Fakta Unik Tentang Badan @ Tubuh Tinggi 



Seseorang sebenarnya tidak boleh menentukan dirinya tinggi atau pendek, sebelum ada orang lain yang berdiri di sebelahnya. Hanya persepsi dan penetapan awam sahaja tentang saiz tinggi badan ini, entah sejak bila mempunyai ketentuan tersendiri yang membuat seorang perempuan boleh merasa puas, cukup tinggi, dan bahkan berfikir dirinya kependekan. Walau apa pun, beberapa fakta berikut akan menjelaskan beberapa perkara mengejutkan mengenai tinggi badan:

1. Tinggi Badan Bukan Hanya Dipengaruhi Gen
Tubuh yang tinggi atau pendek dipengaruhi banyak hal, di antaranya variasi genetik, makanan yang dimakan, dan keadaan persekitaran. Pada beberapa kes, orang yang terlalu pendek dan terlalu tinggi dipengaruhi keadaan kesihatan yang memerlukan rawatan perubatan seperti sindrom tertentu.

2. Tinggi Tubuh Berkaitan dengan IQ dan Kecerdasan


Sebuah kajian genetik yang diterbitkan dalam jurnal PLoS menyatakan bahawa orang dengan tubuh yang lebih tinggi akan mempunyai skor sedikit lebih tinggi pada ujian IQ berbanding yang bertubuh pendek. Hal ini disebabkan orang yang tinggi boleh dipastikan mempunyai 'gen tinggi' sehingga 'gen IQ'-nya ikut tinggi. Kajian di University of Colorado juga mendapati bahawa perempuan yang tinggi lebih bijak berbanding lelaki tinggi.

3. Tinggi Tubuh Memengaruhi Pilihan Pasangan
Berdasarkan kajian psikologi yang diteliti bahawa rata-rata perempuan bertubuh pendek hingga normal akan cenderung memilih pasangan yang lebih tinggi darinya atau sekurang-kurangnya dengan tinggi yang sama. Kajian yang sama juga menjelaskan bahawa kebanyakan perempuan bertubuh tinggi memilih pasangan yang lebih pendek darinya. Sementara itu, menurut jurnal yang diterbitkan family Issues bahawa lebih dari 85% lelaki mengaku tidak keberatan jika mempunyai pasangan yang lebih tinggi.

4. Lelaki Bertubuh Pendek, Lebih Baik dalam Pernikahan
Kajian yang diterbitkan dalam sebuah jurnal psikologi menyatakan bahawa lelaki dengan tubuh pendek ternyata jauh lebih baik untuk diajak berhubungan serius, sedangkan lelakii bertubuh tinggi yang cenderung lebih popular sebaiknya hanya dijadikan teman dating.

5. Tinggi Tubuh Memengaruhi Peluang Kerjaya
Perempuan dengan tubuh tinggi mempunyai peluang lebih besar dalam dunia kerja, sekalipun tanpa latar pendidikan yang baik. Kajian yang dilakukan di Australia ini menyatakan bahawa mereka boleh produktif menghasilkan wang dan boleh dengan mudah meningkatkan status sosialnya berbanding dengan yang bertubuh pendek. Hal ini kemungkinan besar disebabkan diskriminasi dan persepsi awam dalam respon kepada perwatakan kurang tinggi.

6. Nyamuk Senang Menggigit Tubuh yang Tinggi
Ternyata, nyamuk akan lebih senang menggigit target yang lebih besar seperti orang dengan tubuh tinggi atau gemuk, berbanding tubuh yang pendek atau kurus. Kerana mereka akan menghasilkan lebih banyak haba, kelembapan, karbon dioksida serta bahan kimia lain yang juga menarik datangnya serangga lain. *saya setuju dengan fakta ini kerana saya juga mengalaminya..huhu!*

7. Setiap Tinggi Tubuh Berpotensi Penyakit
Berdasar kajian di Norway, perempuan dengan tubuh tinggi dan yang mengalami obesiti berisiko tinggi mengalami pembekuan darah pada urat terutama di bahagian kaki. Bukan hanya itu, tubuh yang tinggi juga sangat berkemungkinan terdedah kepada penyakit kanser, terutama payudara, tiroid, buah pinggang, usus, dan rahim. Sementara itu, perempuan dengan tubuh pendek 1.5 kali lebih berisiko mempunyai gangguan jantung dan mengembangkan gejala/simptom.

8. Tubuh Pendek Lebih Panjang Umur
Kajian yang dilakukan sejak tahun 1866 hingga 1915 dan diterbitkan dalam Life Sciences menyatakan bahawa orang dengan tubuh pendek akan berkesempatan hidup lebih lama sekitar dua tahun berbanding yang bertubuh tinggi. Hal ini berkaitan pada fakta bahawa tubuh pendek mempunyai risiko kerosakan DNA lebih kecil dan mampu menggantikan sel tubuhnya lebih baik.

9. Tinggi Tubuh Menyatakan Cita-cita
Kajian yang dilakukan di St Andrews dan Stirling University menyatakan bahawa perempuan tinggi jauh lebih hebat berbanding yang bertubuh pendek. Hal ini berdasarkan fakta bahawa tubuh perempuan tinggi lebih banyak menghasilkan testosteron (hormon yang lebih banyak ditemui pada lelaki) berbanding perempuan pendek yang membuatnya juga bersikap lebih "lelaki".

10. Tinggi Tubuh Menentukan Jumlah Anak, Sekaligus Peranan Ibu
Berdasarkan kajian yang dilakukan di beberapa Negara Eropah, perempuan pendek cenderung mempunyai anak lebih banyak berbanding yang tinggi. Sementara mereka sangat fokus pada keluaraga, perempuan yang tinggi justeru menunda kehamilan, atau tidak terlalu melibatkan diri dalam hal kepengurusan anak.


Di luar kekurangan dan kelebihannya, jadikan fakta-fakta tersebut sebagai pengetahuan baru yang membuatmu lebih baik dari sebelumnya, ya Gadis! Kerana tinggi badan yang bagaimana pun, akan membuatmu tetap sempurna selama kamu bersyukur dan menghargai dirimu sendiri!


lovenota : proud to be tall girl :D


Read More »

Tuesday, December 16, 2014

20 Fakta Tangan Kidal



20 Fakta mengenai Tangan Kidal @ Left-Handed

1. Menurut statistik, dari sebuah populasi, 15% daripadanya adalah kidal. Lelaki biasanya dua kali lebih cenderung menjadi kidal berbanding wanita.



2. Orang kidal memiliki kemungkinan lebih besar untuk mejadi genius. 20% dari jumlah anggota organisasi MENSA, sebuah organisasi untuk manusia dengan IQ tertinggi di dunia, dilaporkan kidal. 

3. Jika anda seorang lelaki, kidal, dan masih belajar, maka diperkirakan anda akan 15% lebih kaya daripada lelaki yang tidak kidal. Sekiranya sudah tamat kuliah, lelaki kidal akan 26% lebih kaya!

4. Walaupun begitu orang kidal memiliki kecenderungan lebih tinggi untuk ketagih rokok.

5. Jika kedua orang tua kidal, maka ada kemungkinan 50% keturunan mereka juga akan kidal. Sebaliknya, jika kedua orang tua tidak kidal, kemungkinan tadi akan turun menjadi 2% sahaja.

6. Pakar psikologi dari Universiti Queen di Belfast menyatakan bahawa kucing betina cenderung tidak kidal, sementara kucing jantan cenderung kidal (siapa sangka, kucing boleh kidal juga!).

7. Entah mengapa, orang kidal katanya lebih tidak suka buku berjilid dibandingkan dengan mereka yang bukan kidal.

8. Orang kidal dapat merespon stimulasi (rangsangan) dengan lebih baik sehingga kebanyakan orang kidal juara dalam bermain game.

9. Semakin tua seorang wanita mengandung dan melahirkan, semakin besar kemungkinan anaknya lahir kidal.

10. 4 dari 5 pereka komputer Mac dilaporkan kidal. Antara Antara 5 Presiden US yang terakhir, 3 Presiden US yang kidal ialah Obama, Clinton dan Bush Sr.

11. Menurut sebuah kajian, orang kidal hidupnya 9 tahun lebih pendek dibandingkan dengan mereka yang bukan kidal.

12. Orang kidal lebih cenderung atlet, memiliki kesedaran yang lebih istimewa dan berfikir lebih cepat.

13. 50% orang kidal menggunakan mouse (tetikus) dengan menggunakan tangan kiri. 68% orang kidal menggunakan tangan kanan untuk memegang gunting dan 74% orang kidal menggunakan tangan kanan apabila memegang pisau 

14. Orang dengan tangan kidal relatif lebih cerdas daripada bukan kidal (Guardian UK)

15. Orang Kidal lebih mudah mengawal emosi dibandingkan dengan bukan kidal (National Geographic)

16. Jumlah orang Kidal meningkat pesat setelah tahun 1910 (BBC)

17. Orang Kidal sehingga kini berjumlah sekitar 10% dari seluruh populasi dunia (National Geographic)

18. Orang kidal mencapai akil baligh selepas 4 atau 5 bulan selepas orang tangan kanan

19. Orang kidal lebih cenderung untuk menjadi alcoholic berbanding tangan kanan

20. Menurut sebuah kajian yang dilakukan oleh Dr Alan Searleman dari St Lawrence University di New York, menunjukkan bahawa orang kidal mampu mendukung sisi kiri tubuhnya untuk semua kegiatan fizikal. Orang kidal juga dua kali lebih berjaya dalam penyelesaian masalah dan memiliki IQ lebih tinggi dari orang yang aktif dengan tangan kanan.



Haruskah kita ada keyboard untuk orang kidal? 



Siapa kidal? Komen sikit. Nak tahu jugak :D


lovenota : untung siapa yang kidal tu 


Read More »

Sunday, December 14, 2014

20 Fakta Unik Antara Lelaki & Perempuan


20 Fakta Unik Antara Lelaki dan Perempuan

1. Rata-rata perempuan tidur lebih lama 1 jam pada waktu malam daripada laki-laki.

2. Bayi perempuan cenderung lebih cepat berjalan dan bercakap manakala bayi lelaki 2 bulan lebih lambat.

3. Lebih banyak kehamilan dan kelahiran dengan komplikasi (gangguan) semasa mengandung bayi lelaki berbanding bayi perempuan.

4. Rata-rata berat otak lelaki lebih berat 1.4 kg daripada berat otak perempuan.

5. Pertukaran jantina lebih ramai dilakukan oleh lelaki.

6. Perempuan kurang mampu menahan sejuk disebabkan permukaan kulit yang lebih besar, jadi lebih suka pada suhu ruang yang lebih hangat dan panas.

7. Lelaki lebih suka berbincang terus mengikut matlamat objektifnya, sementara percakapan perempuan terputus-putus dengan keraguan dan perasaan. Disebabkan saraf penghubung antara hemisfera otak kanan (intuisi) dan kiri (logik) lebih sedikit pada perempuan. Sehingga ekspresi perasaan lebih mudah berlaku pada perempuan.

8. Perempuan lebih baik deria baunya disebabkan tingginya hormon estrogen yang diketahui sebagai pengaktif reseptor bau.

9. Perempuan mempunyai 75% lebih banyak kelenjar peluh (yang menghasilkan bau badan) daripada lelaki.

10. Kemampuan deria lelaki untuk merasai rasa masam, manis dan masin lebih rendah daripada perempuan.

11. Lebih daripada dua kali pada perempuan cenderung untuk homoseksual (menyukai sesama jenis) pada usia 45 tahun daripada lelaki.

12. Pada saat usia tua, perempuan mengalami keguguran rambut, pada usia yang sama sebahagian besar laki-laki mengalami kebotakkan. Kebotakkan disebabkan penghasilan berlebihan dari hormon androgen (hormon lelaki).

13. Apabila berselisih dengan perempuan di jalanan ramai, lelaki menghadapkan tubuhnya menghadap perempuan yang dilewatinya. Perempuan cenderung membalikkan badan, dengan secara tidak sedar meletakkan tangan di depan badannya untuk melindungi dada.

14. Kira-kira 48% lelaki berdengkur ketika tidur, hanya 22% pada perempuan.

15. Lelaki lebih banyak memilih warna merah, dan perempuan memilih warna biru.

16. Perempuan rata-rata 153 saat berada di dalam tandas,  manakala lelaki selama 113 saat.

17. Satu per empat perempuan berbanding dengan lelaki yang bercakap gagap.

18. Penyelidikan di Amerika, perempuan menggunakan masa hampir 2 kali lebih banyak untuk berbelanja berbanding lelaki.

19. Perempuan secara umum yang lebih menentukan corak dan gaya pakaian yang digunakan berbanding lelaki.

20. Penyelidikan di England, lelaki lebih mudah dibohongi / diperdayakan daripada perempuan.


Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®