serius..tadi aku pergi klinik Asia kat Port Dickson..
kena inject typhoid kat lengan kiri..
bukan inject botoxs2 yer tuan2 n puan2..
saya da cukup tembam untuk dibotoxkan..hehe..
aduhh..nie pun rasa sakit lagi sekarang nie..
nak angkat tangan pun kebas2..
macam manalah aku nak tido malam nie..huhu..
ape tu typhoid injection?
haaa...
siapa2 yang kerja kat premis2 makanan memang alert la pasal benda2 nie..
sebab nie arahan Kementerian Kesihatan..
kalau siapa2 pekerja yang xde suntikan ni kena tarik lesen perniagaan..
sebab benda nie wajib kena suntik..
so..macam kes aku nie..
apesal kena suntik bende alah nie?
bukak gerai makanan ke?? nooo...
tokei restoran kee?? oh tidakkk..
dah tuu?
hehe..tadi petang aku dapat panggilan..
kerja services kat Pizza Hut..
so wajib la suntik2 nie..
kalau tak..tak boleh kerja..
haha..tahniah untuk diri sendiri..
*clapp*
so..aku da start keje dah sekarang nie..
tapi aku takkan sesekali mengabaikan blog ku yang terchenta ini..
u alls dun wory lah..
hehe..
::still sakit nie..hukhuk~~ ::
[updated]
disebabkan entry ini selalu mendapat visitor sehingga kini, saya akan beri keterangan dengan lebih detail mengenai suntikan tifoid atau typhoid injection ini.
Satu vaksin, Typhim Vi atau Typhoid Vi Polysaccharide Vaccine menawarkan perlindungan terhadap kepialu selama tiga tahun dan biasanya digunakan oleh pengendali makanan.
Typhoid injection ataupun typhoid vaccines ialah Vaksin kepialu yang kini diwajibkan kepada semua Pengendali Makanan dan Minuman (F & B) di bawah Akta Makanan Malaysia 1983 dan Peraturan Kebersihan Makanan 2009. Vaksin kepialu juga perlu dipertimbangkan kepada mereka yang ingin melancong di mana negara-negara yang mempunyai kepialu (Salmonella Typhi).
Demam kepialu adalah penyakit yang mengancam nyawa disebabkan oleh bakteria yang dipanggil Salmonella Typhi. Ia menyebabkan demam panas, keletihan, lemah, sakit perut, sakit kepala, hilang selera makan, dan kadang-kadang ruam. Jika ia tidak dirawat, kira-kira 30% daripada orang-orang yang mendapatkannya mungkin mati. Sesetengah orang yang mendapat kepialu menjadi "pembawa" yang boleh menyebarkan penyakit kepada orang lain. Secara amnya, orang mendapatkan kepialu daripada makanan atau air yang tercemar. Oleh itu, adalah penting untuk kita memastikan bahawa orang-orang yang mengendalikan makanan kita bukan pembawa.
Anda boleh mendapat demam kepialu jika anda makan makan atau minum minuman yang telah dikendalikan oleh seseorang yang membawa Salmonella Typhi atau jika kumbahan tercemar dengan bakteria Salmonella Typhi yang masuk ke dalam air yang anda gunakan untuk minum atau membasuh makanan. Oleh itu, demam kepialu adalah lebih biasa di kawasan-kawasan di dunia di mana kurang kerap membasuh tangan dan air mungkin akan tercemar dengan kumbahan.
oleh sebab itu, semua pengendali makanan dan minuman (Food and Beverages) tak kira di hotel, kedai makanan segera seperti Pizza Huts, McDonalds, KFC etc dan kedai makan wajib mengambil suntikan tifoid ini. jika dikesan anda tidak disuntik, anda akan disaman; mungkin tauke kedai anda yang disaman sebab tidak memberi suntikan typhoid kepada pekerja mereka.