Thursday, December 30, 2010

:: Malaysia menang Piala AFF Suzuki 2010 ::




tahniah pada semua pemain2 skuad kebangsaan negara kita..
Khairul Fahmi Che Mat selaku penjaga gol tadi..
orang kelantan nie..
memang laa hebat..hoho~~

penyumbang gol terbanyak
Mohd Safee Mohd Sali..memang jadi Hero Malaya laa..
memang the best!

Malaysia 4 - 2 Indonesia

(lawa kan..boleh buat wallpaper..hehe!)



(teruja tak?hehe!)



(botak itu macho..hoho)


p/s: PM bagi cuti peristiwa 31 Disember (Jumaat) ini..
adehh..memang dah cuti pun! rugi2..bagi laa esok cuti kee..
kan kan kan..hehe~~


*new UPDATE*
sejak nama Khairul Fahmi Che Mat nie naik..
visitor blog awek @ girldfriend Khairul Fahmi die pon menaik..wahh!!
nak tau or nak melawat blogger Elia sila ke link di bawah:


blogger Elia!

Read More »

Tuesday, December 28, 2010

Saya Blogger Negeri Sembilan

dah ramai rasanya join segmen nie kan..
yang dianjurkan oleh Blog Pilihan Malaysia

so, hari ini hari selasa..
sempat lagi lah balqis nak join segmen nie kan..
hehe (n_n)


nama glamer: semua orang tau apee..cik balqis le.

status: single mingle..belum kahwin lagi..

cara hubungi: emm..camne ek..melalui facebook la kot..

daerah/jajahan: Port Dickson..but now kerja kat Gemencheh..

Tempat Tinggal: Taman Intan Perdana, Teluk Kemang


Apa yang menarik di Port Dickson?

1. Pantai2 yang korang selalu datang untuk mandi manda, 
main jet ski dan banana tuh semua..especially kat Teluk Kemang laa..hehe..

2. Dataran Teluk Kemang yang selalu ade ekspo or karnival..tak pun konsert artis2..


3. Ostrich Farm - korang pernah pegi tak? sebab tempat nie macam tersorok jee..

 

4. Sate Kajang Haji Samuri yang diimport dari kajang..hehe..
ada dalam entry balqis yang lepas kat sini.

5. Rumah Api Tanjung Tuan ataupun dikenali sebagai The Cape Rachado Lighthouse
nama je kat PD tapi adalah hak milik Kerajaan Melaka..


6. tempat bekas Buaya tembaga bersenang lenang..tempat korang ade tak? hehe..


7. ada Extreme Park yang korang boleh main macam2 seperti Go Kart, Paintball dan ATV

sedara sop dah pergi dah..cuba tanya dia best ke tak..hehe..


8. ada Royal port Dickson Yacht Club..sapa2 yang suka naik yacht boleh main kat sini jugak..


dan banyak lagi laa..tak larat pulak nak cerita..
Port Dickson kan tempat pelanconga..
so memang banyak la tempat2 yang menarik lagi..
lain kali la cerita bole..hehe..

okeh..sudah habis story..
siapa2 yang nak join lagi bole..
ada masa lagi nie..

p/s: esok meeting guru sampai petang..kompem tido dalam bilik meeting..huhu..

Read More »

Monday, December 27, 2010

Cicak Oh Cicak!

sesiapa yang baca surat khabar or online Kosmo hari ini 
tahu la cerita pasal jumpa cicak dalam botol kicap kan..

yang belum baca sila klik link di bawah

cuba korang bayangkan lahh..
kalau cicak tu dah lama giler dalam botol kicap..
agak2 kena virus tak?
kena infected kee..
korang rasa camne?

MySpace


iklan jap!

cantik kan cicak nie..
suka la cicak nie..aku puji die..cess!

tengok..kan dah suka..tersengih2 cicak nie bila aku puji..

 
cicak nie korang geli tak?hehe..
see..cicak pun pandai posing tau..ayu gituu..hehe..

balqis tak geli pada cicak..tak takut cicak..
tapi bila disuruh pegang or angkat ke ape..
memang surrender laa..lembikk semacam..tak mau2!! =P


berbalik pada persoalan di atas tadi..
so..bahaya ke x? hoho..


jawapan yang balqis dapat dari Mr Google
cicak mengandungi kotoran yang disebut sebagai 
E-Coli atau Escherichia Coli 
(siapa budak sains tuh tau la apa menatang nie)
memang berbahaya taw..



E-Coli


info pasal E-Coli nie boleh la rujuk pada web ini:
Bacteria E-Coli


so, pesanan balqis..sila la jaga kesihatan..
bakteria ada di mana2..
kang dapat sakit siapa yang susah..
hehe..

Read More »

Sunday, December 26, 2010

:: aku seorang pendidik ::

setelah lama bekerja part time di Pizza Hut Port Dickson..
akhirnya kembali bertugas sebagai guru mulai besok (27 Dis 2010)..
skema tak ayat saye? (^v^)v

yepp..saye sudah pun berada di Gemencheh..
SMK Dato' Mohd Taha, Gemencheh, Negeri Sembilan.

(saje bagi map..takde keje namenye..hoho)


entah berapa lama lagi aku akan berada di sini..
mungkin selama2nya?
atau pun 3 tahun and then kahwin?
hoho..itu saya tidak tahu yee tuan2 dan puan2..

kat sini cik balqis dok kuarters guru..
nak duduk luar aka rumah sewa pun kena ambil masa..
memang susah nak cari rumah sewa..
rumah kosong banyak jee..tapi nak contact owner tuh yang takde..

sebab tu la balqis amek keputusan tinggal kat kuarters..
senang ape dok sini..
jimat minyak kereta..
jalan kaki jee..elak trafik jam pagi2..
boleh bangun lambat..(niat jahat neh!)
boleh lengang2 kangkung jee pegi sekolah..
hehe!

apa2 pun gud luck la pada diri sendiri..
semoga berjaya menempuh liku2 dan cabaran hidup 
sebagai seorang pendidik!

p/s: rindu pada kereta balqis yang masuk "hospital" lagi..balqis eksiden taw! huhu..


new update: 
Malaysia 3 - 0 Indonesia!
tahniah pasukan Malaysia!!!
Read More »

Saturday, December 25, 2010

Anugerah Skrin 2010

baru tadi balqis layan anugerah skrin nie..
xingat pulak hari ini..
tapi dah tergerak hati nak bukak tv..
tengok jelah sampai habis kan..

secara totally persembahan anugerah boleh dikatakan ok laa..
boleh layan jugak la kan..
yang paling lawak si Dato Aziz Satar laa..
miang lagii..hoho..


keputusan penuh Anugerah Skrin 2010:

Rancangan realiti TV terbaik
Showdown 2010

Lakon layar terbaik kategori filem
Evolusi KL Drift 2 - Shamsul Yusof

Drama komedi terbaik
Simpang 3

Lakon TV terbaik
Antara Garisan

Program hiburan terbaik
Anugerah Bintang Popular

Pelakon pembantu lelaki terbaik drama
Isma Yusoof - Antara Garisan

Pelakon pembantu wanita terbaik filem
Nor Fazura - Pisau Cukur

Pelakon pembantu lelaki terbaik drama
Aaron Aziz - KL Drift 2

Rancangan bual bicara terbaik
RTM: Isu khas Gaza Palestin Kami Bersamamu

Laporan khas / berita terbaik
Aduan rakyat berbumbung langit

Videografi terbaik drama
Datang Bulan

Pelakon wanita terbaik filem
Sharifah Amani - Mualaf

Pelakon lelaki terbaik filem
Bront Palare - Belukar

Pelakon wanita terbaik drama
Nor Khiriah - Antara Garisan

Pelakon lelaki terbaik drama
Fauzi Nawawi - Sebelum Akhirat

Pengarah terbaik filem
Yasmin Ahmad - Mualaf

Pengarah terbaik drama
Murali Abdullah - Sebelum Akhirat

Rancangan muzikal terbaik
TV3 Anugerah Juara Lagu 24

Anugerah Yasmin Ahmad
Shaheizy Sam

Drama rantaian terbaik
Nur Kasih

Filem terbaik
Mualaf

Drama terbaik
Antara Garisan
Read More »

Friday, December 24, 2010

:: Permohonan Temu Duga Guru Sandaran Terlatih (GST) Lulusan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) ::



Permohonan Temu Duga Guru Sandaran Terlatih (GST) Lulusan Institusi Pengajian Tinggai Awam (IPTA) telah dibuka kepada graduan-graduan pendidikan mulai 20 Disember 2010 hingga 14 Januari 2011


pada sesiapa yang terlepas memohon boleh la memohon lagi..
and pada sesiapa yang nak jadi guru pun bole memohon..
tetapi kena ada ikhtisas pendidikan la dulu..
hehe..


sesiapa yang hendak memohon sila klik link di bawah:

Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®