Friday, March 01, 2013

1st March 2013


sekejap je rasa kan? bulan mac dah tiba..kejap je masa berlalu. tak rasa macam da lepas 60 hari jer..macam baru lepas 3 hari..keh3 :P

semoga saya dapat menghadapi segala cabaran dan dugaan yang lagi kuat pada bulan ini. sure busy giler dengan:
 # Pertandingan Asrama Peringkat Negeri
# Pertandingan Kawad Kaki Badan Beruniform Peringkat Daerah
# Kem Perkhemahan Badan Uniform Peringkat Sekolah

lama2 boleh sewel den kek skola neh..haha. nasib baik laa ada my sayangness yang telah banyak mengubat hati duka n lara saya nie..menghiburkan hati saya di kala otak saya dah weng tiba3..suka buat saya ketawa setiapkali kita berjumpa..ikut semua kerenah saya walaupun tahu dia penat tak cukup rehat tidur..dats why la i love u sayang :P
*amaran: sila jangan muntah dengan kenyataan ini..tQ*

hari nie, kebetulan birthday salah seorang kawan saya..kire adik laa..adik yang senget! hihi..


hepi birthday adik Akma or nama penuh Qurratul Akma *sedap nama* yang ke brape neh? tua da nie..hahaha..yang ke 23 la kut..hahaha! semoga dikurniakan murah rezeki dan dipanjangkan umur. semoga kekal berbahagia bersama si Shahril Cena yang sewel itu..haha! muahhxx! 

p/s: dis week tak dapat jumpa my sayangness..rindu sangat :(

Read More »

Wednesday, February 27, 2013

Wordless Wednesday # 12 : 11 Tabiat Lelaki Malas

11 tabiat Lelaki MALAS




Read More »

Tuesday, February 26, 2013

Keburukan makan Kuaci


ade ke keburukan makan kuaci? hahahaha..

hari nie Qis ada kerja di Kompleks Belia dan Sukan Paroi mengelola Pertandingan Tenis Peringkat Negeri 2013. sorang kawan Qis yang namanya tidak mahu dikenali cerita la kat kami. masa tu tengah sedap2 makan kuaci. then ada la seorang cikgu lelaki nie tegur la kawan Qis nie.

cikgu lelaki: cikgu, perempuan tak baik makan kuaci banyak2
kawan Qis: *pandang muka cikgu tu buat muka toya* masa nie kawan Qis fikir maybe cikgu nie nak bagitahu ada masalah dalaman wanita kut kalau makan kuaci.
cikgu lelaki: kalau makan kuaci banyak2 nanti ulat banyak dalam perut. nanti balik rumah mesti punggung rasa gatal2..tergaru2 la tidur malam nie
kawan Qis: $%&**$%

bila kawan Qis cerita tu memang ketawa terbahak3 laa..haha. perlu ke mention gatal punggung siap garu2 depan semua orang? malu la weii..kalau Qis mesti malu beb! cait!

sebenarnya cikgu lelaki tu melawak jer. makan kuaci nie banyak jugak khasiatnya dan banyak keburukannya.

masa Qis makan tadi terfikir jugak keburukannya.

1. kalau makan kuaci, bila bukak kulit kuaci tu mesti letak merata2 bersepah2..sakit mata tengok! betul tak? hahahaha..
2. kadang2 makan kuaci tu terselit kat celah gigi. kan payah tu nak keluarkan sisa2 tu. so, terus jadi tak selesa..kan kan kan? hehe!
3. bila makan tu, kita boleh jadi lalai. kerja kadang2 tak siap sebab asyik sangat melayan makan kuaci..macam tadi laa..asyik makan je terlupa nak kemas2. keh3 :P

sekian keburukan makan kuaci dari cik balqis :P

p/s: mr.stranger suka panggil cikgu balqis..sweet plakk 


Read More »

Friday, February 22, 2013

Kenangan lama zaman muda-muda dahulu kala

tajuk tak boleh blah! XD

tadi Shahril upload gambar zaman masa kami muda2 dulu. oh..sangat nostalgia!



sedar tak sedar kami dah berkawan selama 9 tahun. agak lama kan? kalau couple neh da boleh kawen suda..hihi! Qis mula berkawan dengan mereka sejak Tingkatan 4..masa tu akhir tahun Qis pindah ke PD n masuk ke Sekolah Tinggi Port Dickson ataupun dikenali sebagai High School PD. so, lagi rapat masa Tingkatan 5 la. masa tu memang rapat dengan Rose Nadia, Paan dan Shahril. then, datang Hariri masuk dalam kelas kami. 

Hariri nie kira penyelamat Qis dulu..Qis xsuka kelas english *tak tahu nape*. then, bila ade kerja grammer n literature yang pelik3 Qis tiru je jawapan si hariri nie..die terer english. hebatt! haha! seorang adik *sebab muda setahun dari kami* yang sengal2 jugak. muka nampak je jenis yang serius padahal suka merapu entah hapa3..haha!

Rose plak jenis yang sentiasa dengan Qis kat sekolah. dia jela peneman sejati sehingga tamat persekolahan. ingat lagi bila rose bawak henpon ke sekolah, Qis la tukang menjahanamkan henpon beliau. main game tak henti2. maklumlah masa tu guna henpon cikai je. tak canggih mana pun..hehe! 

si Shahril plak budak paling selenge..gila..sewel! *kan aku da kutuk ko neh! haha!*. dia suka mengusik Qis, mengacau, mula la main tarik3 ke sana ke mari. sampai sekarang kalau jumpa si mamat sengal nie mesti riuh. ada je benda nak buat gaduh! macam tak boleh jumpa lahh..sangat bahaya okeh..boleh berperang. haha! 

Paan pulak? takde pulak gambar beliau ye. *ko kan tak suka bergambar dulu..tukang ambil gambar je keje ko sampai la sekarang*. dia seorang yg jenis hepi go-laki..suka kutuk2 aku kan? paan pun jenis sengal2 jugak..hampeh! haha. now dia seorang photographer..dah ada studio sendiri kat PD. sape nak guna khidmat dia contact2 la den :P

Fendi pulak? hahaha..dia dulu zaman sekolah sangat la pendiam. tak pernah bersuara. nak bersembang punyala payah! malu2 nak cakap dengan Qis. kunun! haha! tapi lepas habis sekolah baru laa berani bersembang2 bagai. hape la! :P but now he is already married. so jangan verangan ye nak tackle..bakal papa nie :)

aku? hahaha..dahulunya seorang yang pendiam dah bertukar menjadi mulut paling becok..keh3! maafkan saya wahai kawan2. mulut saya dah renovate. haha! and dulu kuruss je den kan? slim solid gitu..sekarang? jangan cakap! diam2 je! hahahaha XD

walaupun kita jarang berjumpa, jarang bersosial, jarang bertentang mata beramah mesra, selalu bertelingkah merapu meraban. macam2 benda kita dah lalui, gaduh2 berdendam bercinta2 admire2 suke2 dalam diam tuh sume benda biase tapi kita tetap kawan baik sampai bila2..akan menjadi sweet moment dalam hidupku..

best friend forever! InsyaAllah :)
*padahal korang dok whatsapp korang kutuk2 aku kan? takpe..dimaafkan..haha!*

kepada Shahril, Paan, Rose, Hariri, Fendi, Azlan, Hidayah, Shikin n Aziana
* saya sayang awak semua *
*mati la kalau depa baca neh..kaw2 kena bahan. korang dah baca sila senyap2 okeh..tak payah nak heboh3 kutuk3 aku..hahaha*




Read More »

Thursday, February 21, 2013

Pindaan Tarikh Cuti Berganti Tahun Baru Cina


surat siaran [link]

seperti surat siaran di atas, sekolah ganti untuk perayaan tahun baru cina bertukar lagi dari 9 Mac 2013 ke 16 Mac 2013 pada hari sabtu juga. 

so, Mr.Stranger pelis be alert ye! :)


Read More »

Wednesday, February 20, 2013

Wordless Wednesday # 10 : Cermin Mata Ajaib


~lol~

p/s: nak kahwin jugakk! XD

Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®