Tuesday, July 09, 2013

Budak Baru Couple Seminggu buat Video


rata2 semua dah tengok dan tahu kan mengenai video yang dibuat oleh seorang budak perempuan yang bernama Puteri Awani Ahmad atau Puteri Syazwani Ahmad, 15 tahun, mengenai hubungan cintanya yang mencecah seminggu bersama Ery atau Huzairie Yahya, 17 tahun. Qis tak nak letak kat sini, uolss boleh cari sendiri kat Youtube *hope siapa yang upload video tu tolong la delete, tak ada hasil nak memalukan orang*.

iye, zaman sekarang budak2 sekolah memang ramai dok cinta-cintun sana sini. biasa la tuh kan, budak nak membesar, orang kata cinta monyet. ditambah lagi dengan pelbagai pendedahan kepada budak2 zaman sekarang melalui facebook, twitter, tagged, blog dan etc. zaman kita dulu nak bercinta pun tak reti, innocent je muka kan? haha.

kat sekolah Qis pun, budak2 sekolah menengah pada waktu rehat siap pergi dating lagi time rehat, bukannya pergi makan tapi berdating berjalan2 dengan pakwe makwe pergi tawaf satu sekolah. kalau waktu balik, mesti balik bersama..bukannya cikgu2 tak nampak. tapi tegur pun macam tak guna je, masuk telinga kanan keluar telinga kiri..haishh. waktu kokurikulum masa petang, pergi koko dulu lepas tu baru boleh dating. see..sabar jela budak2 zaman sekarang. itu baru pemerhatian di sekolah, belum lagi kat luar. semua nie bukannya benda baru pun untuk budak2 sekolah zaman sekarang. diorang kata, "biasa la tu cikgu". haishh~

dulu2 kita pun macam tu jugak. cuma pada zaman kita tak popular lagi dengan dunia internet, youtube, keek dan sebagainya. kita dulu masa cinta monyet siap bagi surat cinta, surat layang, guna orang tengah, bagi memo, bagi bahasa isyarat melalui mata..hikhik. kalau nak surat cinta tu siap letak bedak wangi2, sembur perfume ke kan, handwriting kemas sangat, cantik je tulisan, kertas tu plak siap ada gambar bunga2 taw..haha! lepas tu bagi melalui orang tengah. tak pun letak je bawah meja kononnya suprise..haha. betul tak? hehe.

cuma budak2 sekolah zaman dulu dengan zaman sekarang caranya berbeza. budak nie mungkin terlalu excited nak menyampaikan rasa cintanya kut *maklumlah kan, selalunya perempuan yang terlebih excited kalau hal2 macam nie..saya akuinya..hihi*. 

saya tak kata budak nie tak salah, memang ada salahnya tapi jangan lah semua orang menghentam dia. budak lagi tu kan, sepatutnya kita yang dewasa ini haruslah menasihatinya, bagi teguran yang baik supaya budak tu tak akan buat macam tu lagi *rakyat malaysia memang cepat bab2 menghentam orang nie kan..huhu*. lagipun Puteri dah pun meminta maaf kepada semua rakyat Malaysia kan? pergi baca kat blog beliau: 


so, di bulan Ramadhan yang mulia ini, maafkan lah perbuatan mereka. manusia tidak terlepas dari membuat kesilapan kan? dengar2 diorang dah putus, dah clash. entah ler~

sesiapa nak berkenalan dengan mereka, boleh je add facebook Puteri Awani dan facebook Ery

updated: Lawak Budak Couple Seminggu
sumber: MMVectoristic


lovenota 1: sekejap je diorang nie popular satu Malaysia kan? dasat3! haha
lovenota 2: den pun nak buat video jugak la camnie..ngee! XD

Read More »

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1434H


esok dah mula puasa di 1 Ramadhan 1434H. seriously Qis rasa sekejap sangat masa berlalu, betul tak? esok da puasa..xlame lagi nak raya dah. nanti dah akhir tahun dah *cuti sekolah tuu!  bestnyerr! hehe*. 

esok jangan ada yang ponteng2 puasa ye melainkan kaum hawa yang uzur. tahun lepas Qis dapat puasa hari pertama, tapi hari kedua pulak spoil..hahaha. dan jangan pulak buat2 sakit perut gastrik  semua bagai..bulan puasa nie la baru nak sakit2 kan..tak elok buat perangai tu..hehe. ok, Qis ada pesanan sikit untuk korang2 yer:


tahun lepas Qis dah tepek niat berpuasa di bulan Ramadhan iaitu Niat Puasa Sebulan dan Niat Puasa Esok Hari, so boleh tengok kat entry lama Qis ek [link]

kat sini juga Qis sediakan Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Bagi Negeri-Negeri Seluruh Malaysia 1434H/2013M. so, korang boleh download jadual waktu imsak dan berbuka puasa, lepas tu tampal di bilik masing2 ye..hehe!

✿ Sabah   WP Labuan ✿ Sarawak ✿ Johor ✿ Pahang ✿  Terengganu ✿ Kelantan ✿ 


✿ Perak Pulau Pinang ✿ Kedah ✿ Perlis 

sumber: e-falak

meh tgk video dari mat luthfi mengenai puasa ramadhan..hehe :P



lovenota 1: puasa tahun nie berazam untuk kurangkan berat badan, so diet in progress!
lovenota 2: baju raya tak cari lagi nie. nak stail macam mana pulak tahun nie ek? tett~ :P

Read More »

Monday, July 08, 2013

Isu kadar bayaran amah sebanyak RM 8, 000


Amah Indonesia: Kadar baru beban golongan wanita
SHAH ALAM - Kos pengambilan pembantu rumah asing dari Indonesia yang ditetapkan pada kadar RM8,000 dianggap membebankan dan tidak mengambil kira kesukarannya kepada golongan wanita.

sumber: sinar harian

sekarang nie, sesiapa nak ambil pembantu rumah 
@ amah Indonesia kena sediakan duit sebanyak RM 8 ribu la ye *mahal jugak kan? giloss uu..ishk3*. 

kadang2 kita wanita yang berkerjaya nie memang tiada masa untuk mengemas rumah, memasak, menjaga anak2, etc. sebab itu kebanyakan ramai di kalangan kita yang mengambil pembantu rumah. kalau dapat pembantu rumah orang melayu kita mungkin rasa lega dan selamat sikit la kan *rasanya kalau boleh semua orang nak pembantu rumah orang melayu kan?*. tapi ada juga ibubapa yang musykil nak ambil pembantu rumah warga Indonesia @ Filipina disebabkan banyak kes2 yang keluar paper seperti "orang gaji mendera anak majikan", "orang gaji menculik anak majikan untuk dijual" dan etc. agak seram di situ kan?

isu amah mahal nie keluar paper sinar harian hari ini (8 Julai 2013). rata2 orang yang komen mengenai isu ini membantah dan memboikot harga amah nie sebab terlalu mahal. antara komen2 tersebut ialah:
"Tambah seribu boleh buat tambang pergi Mekah""8.5k-11k kos nak ambil amah? lebih baik aku kahwin lagi satu""Anak letak nursery, kerja rumah suami isteri sama-sama buat. tak payah pakai amah merugikan negara sahaja""Jangan leburkan duit RM 8ribu. lepas itu amah lari, membazir sangat-sangat. baik beli emas""Masyukk.. 'jual orang lebih baik dari jual unta'..P.Ramlee dulu-dulu lagi sudah cakap""RM 8 ribu baik nikah, boleh bantu kat rumah juga. hehe""lebih elok 'gaji'kan isteri (ibu kepada anak2) sendiri. persepsi terhadap suri rumah yang harus dinaiktarafkan""banyak kes amah Indonesia tak pandai jaga anak malaysia, tapi masih ambil mereka, walaupun kata kos naik"
bagi Qis la, nanti kahwin kang Qis nak hantar anak pergi nursery je. tapi rasa lebih baik suruh mak je yang jagakan kan? *kena pujuk mak or mak mertua duduk sekali la nanti..hehe!*. hal rumahtangga si suami isteri kenalah bertimbang rasa, saling memahami dan saling tolong-menolong antara satu sama lain. dua2 kan bekerja bersama2 mencari rezeki, so jangan lah bagi beban pada sang isteri sorang je *tapi kebanyakan suami macam tu la, lepas tangan..ishk3*. bukan susah pun kan, isteri memasak, suami boleh basuh baju. lepas tu, isteri kemas isi dalam rumah, sang suami pulak boleh bersihkan luar rumah. kan elok macam tu, betul tak? *apa yang penting? kerjasama! hehe*.

saya rasa elok kita elakkan mengambil amah. sekarang nie makin mahal plak tu kan? so, jaga la anak sendiri. nanti kang anak dah tak kenal siapa ibu dia, sebab tiap2 hari asyik duduk dengan amah je kan. nanti timbul isu Si Tanggang plak..hehe.

*kalau orang gaji rupa macam nie rasanya ramai yang nak kan? haha!*

iklan jap: ada novel mengenai orang gaji yang brutal, sangat best! [link]


lovenota 1: ewah2 Qis, belom kahwin dah pandai mengomel isu nie plak kan! tett~
lovenota 2: tiba2 teringin nak ada beby sendiri..omaigoshh! XD


Read More »

Saturday, July 06, 2013

Gaya tidur anda


credit: churp churp

so, apa gaya tidur anda plak ye? hehe

gaya tidur Qis? 
alah, tak payah la tahu..malu i taww..hikhik XD

lovenota 1: kadang2 kita tidur mana sedar gaya ape kan? asalkan tidur nyenyak
lovenota 2: tidur adalah hobi saya. tidur seharian pun ok. lagi saya suka :P


Read More »

Friday, July 05, 2013

Salman Khan bakal berkahwin dengan Lulia Vantur


selak2 paper sinar harian tadi terjumpa artikel mengenai Salman Khan nak kahwin dah..wahhh!!~

Salman Khan bakal tamat zaman bujang?
LAMA membujang, akhirnya aktor kacak, Salman Khan, membawa kekasihnya Lulia Vantur berjumpa dengan ibunya.

sumber: sinar harian



baguslah nak kahwin kan? *macam abah cakap hero tua..hihi*. dah lama sangat membujang kan? ingat lagi kisah percintaan dia dengan Aishwarya Rai Bachchan *sebab dah kahwin kena lah tulis Bachchan..hikhik* dan Katrina Kaif. dua2 tak menjadi langung. ishk3~




Qis memang minat pada Salman Khan, dengan gaya lakonan yang macho..sweet..comel *masa dia muda2 dulu laa..hihi*..badan 6pax..cun! haha. kalau sesiapa yang ikut perkembangan Salman Khan, mesti anda takkan lupa pada gelang yang selalu dipakai oleh beliau kan. mana2 movie pun dia mesti pakai aksesori tu.



gambar2 salman khan masa muda2:











lovenota 1: den nie kahwin bile plak? ngee~
lovenota 2: siapa nk berkenalan dengan den, meh isi borang..haha XD


Read More »

Thursday, July 04, 2013

Hari yang Wajib, Sunat, Makhruh dan Haram BerPuasa


PUASA WAJIB 
  1. di bulan Ramadhan
*dah wajib puasa tu puasa jela kan. masa nie la ramai yang mengaku Cina la, India la, Bangladesh la, Myanmar la..hihi*

PUASA SUNAT
  1. Puasa sunat enam hari (puasa enam) pada bulan Syawal khususnya selepas Aidilfitri (berturut-turut enam hari adalah lebih afdal)
  2. Hari Isnin dan Khamis
  3. Puasa hari Asyura (10 Muharam)
  4. Puasa 9 Zulhijjah (Sempena wuquf di Arafah) bagi orang yang tidak mengerjakan haji pada waktu itu
  5. Puasa hari 13,14 dan 15 setiap bulan
  6. Puasa hari 28, 29, dan 30 setiap bulan
  7. Puasa Nisfu Syaaban (15 Syaaban)


PUASA HARAM
  1. Hari Raya Aidilfitri pada 1 Syawal
  2. Hari Raya Aidiladha pada 10 Zulhijjah
  3. Tiga hari Tasyriq (Hari selepas Hari Raya Korban) iaitu 11, 12, dan 13 Zulhijjah
  4. Hari Syak iaitu hari yang diragui antara 30 Syaaban atau sudah masuk 1 Ramadhan


PUASA MAKHRUH
  1. Puasa hari Jumaat secara berasingan. Contohnya : Tidak didahului dengan puasa hari Khamis sebelumnya atau Sabtu sesudahnya.
  2. Puasa 15 sehingga 30 Syaaban bagi bukan qada' atau puasa sunat yang tidak pernah dilakukan sebelum 15 Sya'aban tiba-tiba sampai 15, 16, 17 dan seterusnya ia ingin puasa sunat.
  3. Puasa terus menerus sepanjang tahun.


Qis google benda nie pun sebab Qis cari boleh tak kita puasa 29 Syaaban? sebab takut jadi Hari Syak. tapi rupanya hanya 30 Syaaban je yang tak boleh puasa..hehe!

bagi sesiapa yang tak habis ganti puasa lagi tu, boleh ganti lagi pada hari Isnin (29 Syaaban) *mesti ada yang tak habis ganti puasa lagi kan? hehe*


lovenota 1: demam panas la pulak sekarang nie. 
lovenota 2demam terkejut actually sebab ada orang aniaya kita. sabar je sekarang nie


Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®