Saturday, April 05, 2014

CPUV Nuffnang sudah mencecah 125 iklan



kita tinggalkan gosip-gosip Che' Ta @ Rozita Che Wan yang nak saman pengiklan payu dara dan kisah sensasi mengenai MH370 yang masih lagi tidak dijumpai. *merepek dah*

saya ingin bercerita mengenai CPUV (Cost Per Unique Visit) ataupun yang dahulu dikenali sebagai Buffered Earning (BE). dahulu juga, BE tidak bergabung jadual bersama dengan Metered Earning (ME). Pihak Nuffnang mengasingkan BE dan ME. BE adalah kempen atau iklan yang masih berjalan iaitu berstatus "On Going" di blog kita. ME pula adalah kempen atau iklan yang sudah tamat tempohnya dan berstatus "Credited". Setelah berwajah baru, Nuffnang sudah menggabungkan BE dan ME di dalam satu kotak menjadi CPUV. 


di atas nie adalah design lama Nuffnang. nampak kan perbezaan yang lama dengan yang baru? dan memang ada tulis Buffered Earning (BE) yang sekarang sudah diganti dengan CPUV. gambar di bawah ini pula contoh kotak untuk Metered Earning (ME). saya sudah terbiasa memangggil BE sejak dari dulu lagi. sebab tu saya tak sebut CPUV. rasanya saya mesti tukar cara panggilan nampaknya ye? :)


entri ini bukan untuk berlagak semata-mata tetapi untuk berterima kasih pada pihak Nuffnang yang masih lagi memberikan CPUV selama 5 tahun ini kepada blog saya. dan juga menjadi dorongan kepada blogger yang baru tumbuh setahun jagung *hehe*. untuk pengetahuan anda, blog saya sudah mencecah 6 tahun, bermula pada tahun 2008. rakan-rakan blogger yang sezaman saya rasanya ramai yang sudah sibuk dengan kehidupan sendiri dan blog mereka hampir terkubur layu *ayat sastera yang amat kan? :P


CPUV yang saya dapat sudah mencecah BE yang ke 125, iaitu pada 31 Mac 2014 yang lalu Nuffnang memberikan iklan Anna Sui LVBD (La Vie De Boheme). kalau nampak iklan seperti di bawah ini, klik la ye :P . Selain Anna Sui LVBD, saya juga mendapat iklan yang masih berjalan di blog saya dari Herbal Essence dan Digi - Project Red.



setelah melakukan research sikit, Anna Sui merupakan seorang American Fashion Designer yang terkemuka di Amerika Syarikat. Beliau juga termasuk dalam ranking "Top 5 Fashion Icons of the Decade" bersama-sama dengan Yves Saint LaurentGiorgio ArmaniRalph Lauren, and Diane von Furstenberg. Jenama fesyen mewah beliau di seluruh dunia termasuk pakaian, kasut, kosmetik, eyewear, dan aksesori, dan minyak wangi. 

cantik tak design botol perfume nie? nampak gorgeos kan? serius cantik! ada unsur rama-rama pada penutup dan design bunga pada botol. warna purple plak tu.

laman web Anna Sui: [ link ]
profile Designer Anna Sui: [ link ]

ada yang bertanyakan kepada saya, apa tips untuk mendapatkan CPUV atau BE ini. saya bukanlah blogger yang AKTIF seperti blogger lain. cuma saya memang buat apa yang disarankan oleh blogger-blogger lain. 

antara tips untuk mendapatkan CPUV adalah:

>>> Pastikan Uniques Visitor (UV) di Blog Stat anda melebihi 50 UV sehari dan kekalkan jumlah pengunjung anda. tujuannya supaya senang pihak pengiklan tertarik dengan blog kita dengan melihat bilangan pengunjung yang datang. anda boleh mendapat pengunjung lebih dari 50 UV dengan membuat blogwalking (BW) pada blogger lain. bila anda berkunjung ke blog lain, pastikan anda meninggalkan jejak di 'Shoutbox' atau kotak komen supaya mereka boleh membalas balik kunjungan anda. 

>>> Kalau boleh sentiasa update entry di blog anda setiap hari. paling minimum 3 kali or 4 kali seminggu. jika anda selalu update, ramai pengunjung yang datang ke blog anda.

>>> Rajinkan diri untuk update 'Blogger Bio' pada setting dan sentiasa 'Update survey'. sekurang-kurangnya anda update survey anda sebulan sekali. 

>>> Pasang semua jenis iklan yang Nuffnang sediakan. pastikan 3 jenis kotak iklan, iaitu Skyscraper, Leaderboard dan Large Rectangle ditempatkan di posisi yang betul dan mudah untuk pengunjung melihat iklan tersebut. berusaha untuk mendapatkan '5 star' bagi ketiga-tiga posisi iklan tersebut.

>>> Pastikan anda berstatus 'Glitterati' kerana pihak Nuffnang lebih mengutamakan blogger yang berstatus ini dalam pemberian BE dan lain-lain lagi. jangan ada third-party or company ads yang lain jika anda tak nak status ini ditarik balik.

>>> Sekali sekala hantar tiket @ 'Submit ticket' (pertanyaan) pada pihak Nuffnang di 'Contact Us'. 

kebanyakan blogger-blogger lama sudah mencuba tips ini dan insyaAllah lepas tu dapatlah CPUV baru. kena rajinkan diri juga la ye? saya sekarang jarang sangat BW, dan ranking saya semakin menurun. tak apa lah, di mana ada rezeki, adalah dapat keuntungannya nanti. 


sejak bertukar design blog, ada perubahan sedikit pada star saya yang Skyscraper tu. agak pening jugak memikirkan nak menaikkan star balik. hehe :P


lovenota 1: terima kasih Nuffnang
lovenota 2: terima kasih juga kepada visitor yang tak putus-putus datang ke blog saya :)


Read More »

Friday, April 04, 2014

Gambar Terlampau "Melepas Rindu" di Petronas


Gambar 'Melepas Rindu' di Petronas tersebar secara meluas!
Pemilik gambar 'melepas rindu' di Petronas membuat laporan polis!
*eh eh..den terlepas isu ke? alahaii! rugik siot! hahaha!*

ada seorang hamba Allah swt, iaitu Nuraslinda Bt Afrizal, 21 tahun ataupun nama twitternya @aslinda_pit meletakkan gambar lucahnya bersama teman lelaki di laman sosial tersebut. keadaan gambar tersebut memang mengaibkan, seperti dalam keadaan 'doggy style'. lihat saja hashtag gambar tersebut *maaf, saya tidak akan meletakkan gambar memalukan itu yer. korang google je mesti jumpa punya lah :P*, dia menulis #love #myheart #petronas #doggyselfie dengan caption "Lepan windu nan cyng at petronas". nampaknya memang sengaja je menyebarkan gambar tersebut.

tetapi Aslinda telah menafikan bahawa itu bukanlah akaun twitternya, dan mengatakan semua penyebaran gambar lucahnya itu dilakukan oleh skandel teman lelakinya, iaitu Yusnani Bt Sudirman. beliau membuat laporan polis dan meminta supaya gambar lucah beliau bersama teman lelaki tidak disebarkan. 


ini bermakna Aslinda mengaku itu adalah gambar lucah versi doggy style itu miliknya. 

alahai, perempuan. sedih betul~
memang muka cun, tetapi tak berfikir panjang. nak selfie pun agak-agak la adik oi. satu Malaysia dah tahu ha. buek malu ja eh! 
memang best sketch abang MM nie. yang paling suka lukisan logo Petronas. siap ada love lagi..hehe :P


lovenota : suka ayat abang MM - tak semua kenangan perlu diabadikan, ada yang cukup sendiri rasa sendiri simpan.


Read More »

Thursday, April 03, 2014

Permohonan untuk Melanjutkan Pengajian bagi Lepasan SPM 2013



pelajar-pelajar lepasan SPM 2013 boleh membuat permohonan untuk melanjutkan pelajaran kepada beberapa agensi pendidikan seperti berikut:


PERMOHONAN UNTUK MELANJUTKAN PENGAJIAN KE TIMUR TENGAH (MESIR, JORDAN DAN MAGHRIBI) BAGI SESI KEMASUKAN 2014/2015 

  1. Sukacita dimaklumkan bahawa, bermula sesi 2014/2015, pelajar Malaysia yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke Timur Tengah (Mesir, Jordan dan Maghribi) perlu membuat permohonan secara atas talian di app.moe.gov.my/timurtengah.
  1. Permohonan atas talian akan dibuka pada 01 April 2014 (Selasa) pukul 12.00 tengah hari dan akan ditutup pada 16 Mei 2014 (Jumaat) pukul 12.00 tengah hari. Manakala borang permohonan atas talian yang telah dicetak beserta dengan dokumen-dokumen sokongan perlu dikemukakan ke Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pengajian Tinggi selewat-lewatnya 30 Mei 2014 (Jumaat) sebelum pukul 5.00 petang.
  1. Permohonan bagi melanjutkan pengajian ke Mesir, Jordan dan Maghribi bagi bidang Perubatan, Pergigian, Farmasi dan Pengajian Islam HANYA diproses oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)  sahaja. Oleh itu, semua permohonan perlu melalui atas talian dan dokumen dihantar ke KPM. KPM tidak melantik mana-mana ejen penempatan pelajar bagi menguruskan permohonan dan penempatan pelajar ke Timur Tengah.
  1. Sebarang pertanyaan dan kemusykilan bolehlah dirujuk kepada Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia di talian 03-8870 6611/6627.


UEM Scholarship 2014

UEM Group Scholarship Programme is an annual programme that supports the nation’s objectives of creating elite scholars and serves as a talent supply chain in developing future leaders for the country. The programme offers opportunities specifically for deserving outstanding and high-achieving Malaysians to pursue: Pre-university programme at Kolej Yayasan UEM (KYUEM) in Lembah Beringin, before furthering studies at a reputable university overseas, notably UK, US and Australia

Deadline  : Apr 06, 2014

Criteria

  • All applicants must be Malaysian citizens.
  • Proficient in English, hardworking, and possess positive personality traits.
  • An outstanding extra-curricular record will be advantageous to your application.
  • Excellent academic track record in Form 4 & 5
  • Obtained a minimum of 7As (A+/A’s) in relevant subjects at the 2013 SPM examinations
Preferred Discipline

  • Business (Finance/Business Management/Accounting/Economics/International Business)
  • Built Environment (Quantity Surveying/Town Planning/Land Surveying/Building Services/Building Management)
  • Engineering (Civil/Mechanical)

How to Apply

UEM Scholarship Portal
Contact Info
E-mail: scholarship.info@uemnet.com
Website: UEM Scholarship Site
Contact No: 603 2727 6850 / 6511/ 6439.



Permohonan Kemasukan ke Politeknik Premier/Konvensional/METrO Sesi Jun 2014 Bagi Calon Lepasan SPM dan SKM 

Calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dipelawa untuk memohon ke Program Diploma Politeknik KPM Sesi Jun 2014

Permohonan boleh dibuat dengan membeli Nombor Unik ID Kategori A berharga RM 10.60 di semua cawangan Bank Simpanan Nasional di seluruh negara.



Klik pautan berikut untuk melihat syarat kemasukan :
Politeknik Premier
Politeknik Konvensional/METrO
Lulusan SKM

tarikh tutup permohonan: 7 April 2014





Read More »

Tuesday, April 01, 2014

April Fool: 1 April


semua orang tahu mengenai April Fool, baik dari pelajar sekolah hingga ke sudah bekerja. macam-macam jenis atau gaya April Fool yang digayakan untuk bergurau senda dengan rakan-rakan. Hari yang dikenali juga sebagai 'Poison D'Avril' atau 'April Fish' ini disambut pada 1 April setiap tahun oleh seluruh dunia tak kira di mana sahaja. 

Sejarah 'April Fool' 

Teori popular mengenai asal usul hari jenaka ini bermula pada tahun 1582 di mana orang Perancis menggunakan kalendar Gregoria untuk menggantikan kalendar Julian. Kalendar baru itu menetapkan tarikh tahun baru pada 1 Januari. Menurut satu keterangan popular, ramai orang pada masa itu tidak setuju dengan tarikh baru berkenaan dan bertekad menyambut tahun baru pada 1 April. 

Teori lain, iaitu pada abab ke-8 Masehi, Sepanyol merupakan sebuah negara Islam yang maju dan tidak disenangi orang kafir. Bagaimanapun Sepanyol jatuh ke tangan tentera Salib yang amat kejam yang membunuh wanita dan kanak-kanak juga. Satu persatu wilayah Spanyol ditawan tentera salib sampailah ke wilayah akhir Granada. Penduduk Islam terpaksa bersembunyi di rumah. Tentera Salib membuat penipuan dan mengumumkan penduduk Granada dibenarkan keluar dengan selamat dan dibenarkan menaiki kapal yang disediakan untuk keluar dari Sepanyol. Ribuan penduduk Islam pun keluar dari rumah dan berkumpul di pelabuhan. Lalu tentera salib yang bersembunyi membakar seluruh penempatan Islam termasuk mereka yang masih bersembunyi. Mereka yang berkumpul di pelabuhan tidak dapat berbuat apa-apa. Kapal yang dijanjikan juga dibakar. Apabila mereka dikepung mereka kemudian dibunuh tanpa belas kasihan. Hanya takbir dan tangisan sahaja kedengaran. Tiada satu pun yang terselamat. Granada jadi medan darah Umat Islam. Sehingga laut berwarna merah darah. TRAGEDI BERDARAH INI BERLAKU PADA 1ST APRIL 1847 M DAN DIKENALI SEBAGAI "THE APRIL FOOL DAY" OLEH GOLONGAN KRISTIAN. 


Fatwa dan Hukum menyambut 'April Fool'

Presiden Persatuan Ulama Dunia, Dr Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi menyebut:
Menipu adalah satu sifat yang buruk. Ia tidak layak diamalkan oleh manusia yang berakhlak dan beriman. Bahkan ia adalah satu petanda kemunafikan. Ini kerana Rasulullah SAW bersabda : Orang munafik mempunyai tiga ciri : Dia menipu, tidak menepati janji, dan tidak menunaikan amanah. [HR al-Bukhari dan Muslim]

Rasulullah SAW memberikan amaran ke atas perbuatan menipu dengan tujuan menghiburkan manusia. Baginda SAW bersabda: “Kecelakaan ke atas sesiapa yang menipu untuk menghiburkan manusia, kecelakaan ke atasnya, kecelakaan ke atasnya.” [HR Abu Daud, at-Tirmizi, dan an-Nasai’e]

Rasulullah SAW juga bersabda: “Seseorang itu tidak dikira benar-benar beriman hinggalah dia meninggalkan penipuan yang bertujuan untuk bergurau dan meninggalkan berdebat walaupun dia membawa kebenaran”. [HR Ahmad dan At-Thabrani]. Sebahagian hadis Nabi SAW turut memberikan amaran ke atas umat Islam daripada menakutkan orang lain sama ada secara serius mahupun bergurau. Rasulullah SAW bersabda: “Tidak dibenarkan seseorang menakutkan seorang Muslim.” [HR Abu Daud]

Oleh kerana itu, menipu adalah dilarang dalam apa bentuk pun. Sambutan April Fool adalah dilarang kerana 4 sebab:
  • Larangan menipu yang sudah termaktub di dalam al-Quran dan as-Sunnah.
  • Kesedihan dan ketakutan yang tidak berasas (yang disebabkan penipuan itu) yang mungkin boleh menimpa seseorang mahupun kesemua ahli keluarganya walaupun hanya untuk satu jam.
  • Pengkhianatan ke atas kepercayaan yang diberikan.
  • Meniru budaya buruk yang bukan milik kita, iaitu penipuan.
Sheikh Shalih Fauzan menyatakan :
Penipuan adalah tidak dibenarkan langsung, pada bila-bila masa sahaja. Bahkan adalah tidak dibenarkan untuk meniru orang kafir dan menjadi seperti mereka, sama ada pada hari April Fool, mahupun pada hari-hari yang lain. Ini kerana Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia sebahagian daripada mereka.”

Berdasarkan fatwa-fatwa di atas, kita mendapati bahawa budaya April Fool jelas bertentangan dengan ajaran Islam yang menuntut umat Islam sentiasa bersifat jujur.

sumber: E-Fatwa - Portal Rasmi Fatwa Malaysia

Hukum sambut 'April Fool' oleh Ustaz Azhar Idrus:


dari video tersebut, Ustaz Azhar Idrus mengatakan hukum sambut 'April Fool' adalah haram.


Kebaikan dan keburukan sambutan 'April Fool'

sambutan ini paling popular dalam kalangan pelajar sekolah *kejap lagi saya pun mesti terkena dengan pelajar-pelajar saya disebabkan sekolah saya ada pelajar India dan Cina..huhu*. saya rasa 'April Fool' ini adalah sambutan yang wajib setiap tahun di sekolah. tak pasti lah sama ada pelajar ada kenakan cikgu ataupun tidak. zaman saya sekolah rendah dulu memang terkena lah, seperti:
"wei, tali kasut kau terbukak,". bila tengok elok je tali kasut tu.kalau pelajar lelaki tu, "weii, zip kau terbukak la. tak malu ke?," padahal tak terbukak pun."cikgu panggil kau pergi bilik guru,". bila pergi je cikgu cakap, "mana ada saya panggil,""ada admirer kau bagi hadiah nie,". buka kotak je, keluar katak. cehh
macam-macam lagilah yang saya kena dulu-dulu. kadang-kadang lagi teruk pun ada, tapi saya tak ingat. hehe

ada kebaikannya bila ada 'April Fool' ini. sesetengah orang mengatakan bila kita fool seseorang, kita dapat tahu dia adalah seorang penyabar ataupun tidak. adakah dia seorang yang mudah tertipu dengan pembohongan yang kecil itu. ada yang mengatakan 'April Fool' adalah hari di mana kita mengeratkan hubungan mesra dengan orang lain. remaja yang menyambut 'April Fool' ini sebenarnya hanya untuk bergurau senda memeriahkan dan menceriakan hari tersebut disebabkan lawak-lawak yang pelik dan jarang didengar. kemungkinan remaja stress dengan kerja sekolah atau assignment yang harus disiapkan ataupun sedih mendapat berita yang tidak menggembirakan. dari segi itu, bila dikenakan oleh kawan mereka sendiri, sekurang-kurangnya hidup mereka terhibur sedikit dengan lawak jenaka tersebut. maksudnya, hari 'April Fool' ialah hari melepaskan geram dan tekanan. tetapi, diingatkan jangan melebih-lebih dengan rakan-rakan anda. bagi saya la, tak perlu 'April Fool', bila-bila masa setiap hari setiap saat setiap jam, kita boleh bergurau senda dengan rakan-rakan. 

keburukan menyambut 'April Fool' pula, kejadian fool ini boleh menyebabkan pergaduhan yang kecil. kemungkinan bila dah terlalu banyak kena fool oleh kawan, mereka akan cepat terasa dan sensitif lalu menimbulkan kemarahan dan salah faham seterusnya pergaduhan, terutama pelajar di sekolah. ia juga boleh menyebabkan dendam kesumat dan orang lain akan bersangka buruk terhadap mereka. lama-kelamaan, ketidakpercayaan kepada seseorang akan menjadi lebih tinggi. tiada siapa akan percaya kepada orang yang terlalu kerap menipu. 

walaupun ia popular dalam kalangan remaja negara ini, seseorang itu janganlah begitu taksub dengan sambutan ini sehingga sanggup melukakan hati orang lain seterusnya boleh memutuskan hubungan persahabatan. 

bak pepatah orang; berkawan biar seribu, berkasih biar satu.


lovenota 1: saya dah lama tinggalkan dunia 'April Fool' sejak zaman sekolah menengah lagi
lovenota 2: tapi saya selalu kena fool. benci gila! :P 


Read More »

Tangguhkan PBS!



SHAH ALAM, 31 MAC - Gabungan NGO Islam & Melayu Malaysia (GNIMM) mendesak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) supaya menghentikan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sementara waktu bagi kajian rintis dijalankan terlebih dahulu.

Ketua Biro Pendidikannya, Mohd Nor Izzat Mohd Johari berkata, kajian rintis perlu dijalankan dalam tempoh tiga tahun bagi mendapatkan keputusan sama ada sistem PBS itu mampu diteruskan atau sebaliknya.

“Saya berharap agar Penilaian Menengah Rendah (PMR) dapat dijalankan seperti biasa kerana guru dan pelajar telah tahu format PMR. Selain daripada kekangan masa yang sangat suntuk sekarang untuk buat apa jua perubahan yang baharu.

“Terdapat banyak kelemahan dalam pelaksanaan PBS disebabkan kemampuan sistem pendidikan Malaysia yang masih belum bersedia untuk melaksanakan PBS,” katanya menerusi kenyataan medianya, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata format baharu PT3 bagi menggantikan PMR itu tidak mampu dilaksanakan pada tahun ini susulan formatnya masih kabur dan taklimat format yang lambat (April-Julai) sedangkan PT3 akan berlangsung pada Oktober depan.

“Terdapat dua komponen yang masih mendatangkan masalah dalam proses penambahbaikan ini iaitu sistem offline yang tetap memerlukan guru masukkan tahap pencapaian murid,” katanya.

Selain itu, dakwanya pelaksanaan PBS menyebabkan murid tidak dapat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada guru kerana keadaan kelas yang terlalu padat.

Malah katanya dengan proses pentaksiran itu akan menjadikan murid yang rajin menjadi pasif manakala murid yang kurang cerdik pula menjadi malas.

“Jumlah murid yang terlalu ramai, 40-50 murid dalam satu kelas. Selain itu, murid juga langsung tidak didedahkan dengan peperiksaan sejak PBS dilaksanakan,” katanya lagi.

sumber: sinar harian

**************************

saya sangat bersetuju jika PBS ini ditangguhkan dan PMR dijalankan seperti biasa. kalau nak buat PT3, sila jalankan tahun depan. saya sendiri sudah pening memikirkan format baru iaitu PT3 yang akan dijalankan pada bulan oktober sedangkan taklimat mengenai PT3 masih belum lagi diadakan. sempat ke nak siapkan semua sebelum bulan oktober ini? nak menghadam format baru lagi, sesi taklimat kepada guru, pelajar dan ibu bapa, siapkan keputusan evidens yang guru-guru belum lagi mulakan sebab deskriptor (DSP) yang baru belum dikeluarkan lagi. 

saya rasa desakan sebegini yang menyebabkan kepala saya makin sakit. saya disahkan migrain. sangat la mengecewakan. 

wahai Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), saya sebagai guru merayu tangguhkan PBS yang berformat baru, iaitu PT3. kesian pada guru, kesian pada para pelajar Tingkatan Tiga 2014 ini. Saya tak sanggup tengok pelajar-pelajar ini terpinga-pinga mengenai PT3. Mereka dah ditrainingkan dengan PBS sejak Tingkatan 1. ini pula PT3 yang tidak tahu bagaimana formatnya nanti. contoh ujian bertulis bulan oktober nanti pun tidak diberikan lagi. bagaimana guru nak mengajar dalam kelas sebab guru tak tahu nak ajar format macam mana. saya sendiri terpinga-pinga dan masih lagi mengajar menggunakan format PMR. sebab itu format yang saya pakar berbanding format baru PBS ini. saya langsung tiada bayangan mengenai format ujian bertulis itu. 

saya merayu demi anak-anak bangsa, masa depan mereka, masa depan kita juga.


lovenota 1: saya tekankan, saya lagi suka format PMR
lovenota 2: saya memang tidak meneruskan PBS selagi taklimat PT3 belum dilaksanakan.

Read More »

Monday, March 31, 2014

Love is #2 | Crying



Love is not knowing what to do

today i am crying a LOT!
and A LOT!
AND A LOT!

the saddest day happened in my life
31 March 2014


lovenota 1: after that i vomit a lot too
lovenota 2: what happen to me today? :"(


Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®