Tuesday, October 28, 2014

Segmen Bloglist November by Dilakazuha



Segmen Bloglist November by Dilakazuha 

Tarikh tutup: 
31 Oktober 2014 


saya tag siapa yang baca entry ini.  
wajib yer! hehe 

jum jadi bloglist dilakazuha 
nak join klik banner di atas 

arigatou! 

Read More »

1st Segmen Blogwalking by Budak Kilabret



KLIK BANNER UNTUK JOIN!!

1st Segmen Blogwalking by Budak Kilabret

Tamat 16.11.2014

Join cepat sebelum terlambat ;)


simple je kan?

arigatou!

Read More »

Segmen Awesome Blogger Bloglist



Segmen Awesome Blogger Bloglist bakal berlangsung dari 24 Oktober 2014 hingga 30 Oktober 2014. Tujuannya untuk mengumpul para blogger untuk disenaraikan dalam bloglist blog ini sambil berblogwalking ke blog para blogger. Semua yang join akan disenaraikan dalam bloglist 'AWESOME BLOGGER'.

Syarat-syarat

  • Follow blog Invisible Note

  • Like facebook Invisible Note

  • Buat entri bertajuk Segmen Awesome Blogger Bloglist

  • Copy coding dalam entri INI dan publishkan

  • Copy URL entry dan pastekan di ruangan komen entry INI

  • Siap

  • Tambahan (optional)

    • IM baru buat instagram, kepada yang sudi boleh follow instagram invisiblenote

    • Semua blogger akan disenaraikan dalam bloglist dari bulan November hingga Disember 2014. Senarai peserta segmen juga akan disenaraikan dalam entry selepas tamat tarikh segmen. Berharap mendapat sambutan. Terima kasih semua :)

      credit to mialiana.com


      nak join klik banner di atas

      arigatou!

      Read More »

      Segmen New Friendlist Cikgu Farha



      Segmen New Friendlist Cikgu Farha

      Buat satu kenyataan: 

      "Cikgu Farha perlu memilih blog saya untuk direview kerana blog saya masih di dalam mode pengubahsuaian dari segi template dan sidebar yang masih kosong. saya masih lagi memerlukan pengkritik untuk memperbaiki content dan isi di dalam blog. 
      lagipun kita sama-sama cikgu. support geng sendirik kann..hahaha.."

      pakai hentam je tu..haha

      saya follower yang ke 1046

      Segmen akan tamat 21 Nov 2014

      kita support cikgu farha.
      nak join klik banner di atas

      arigatou!

      Read More »

      Gambar budak ditelan ular sawa di FB palsu


      Gambar budak ditelan ular sawa di FB palsu



      Kuala Lumpur: Penyebaran gambar yang mendakwa seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun ditelan seekor ular sawa di Kampung Tualang, Perak adalah palsu. Jurucakap Pengurusan Korporat Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Putrajaya berkata, gambar yang disebarkan itu adalah kejadian di Kampung Kindu, Tuaran, Sabah, baru-baru ini.

      Menurutnya, seorang remaja mendakwa rakannya ditelan seekor ular sawa bagaimanapun ia adalah sekadar rekaan“Difahamkan remaja terbabit ke kawasan itu bersama rakannya untuk mencuri ikan tetapi disedari oleh pemilik kolam itu. Remaja terbabit kemudian mereka cerita rakannya ditelan ular sawa bagi melepaskan diri,” katanya

      Katanya, gambar ular yang diletakkan bersama gambar kejadian terbabit adalah palsu kerana ia adalah jenis Anaconda berasal dari Amerika Selatan dan bukannya ular sawa.

      “Gambar itu adalah carian internet yang diletakkan bersama gambar kejadian bagi menyakinkan orang ramai berhubung perkara itu,” katanya.

      Menurutnya, pihak bomba berharap orang ramai menghentikan penyebaran berita palsu itu kerana ia hanya akan menimbulkan kerisauan.


      duh, dah tak ada cerita lain ke nak goreng? ada pulak cakap kawan dia kena telan ular. tak pasal-pasal satu malaysia dah tahu. disebabkan mencuri 5 ekor patin je lu olang bikin malaysia panass maa..haha.

      saya memang tak percaya pun. tengok sisik ular dah tahu, ini bukan ular Malaysia. ular sawa batik pun coraknya lagi cantik dari ular yang ini.

      mungkin, rasanya tukang buat cerita tu mimpi ular malam tadi. tu pasai la dia pi cita pasal ular..hahaha.

      apa maksud mimpi kena patuk dengan ular?
      mimpi dikejar ular atau dipatuk ular. jika anda masih bujang ertinya ada orang akan meminang atau jodoh anda semakin hampir. tetapi jika anda telah berkahwin. ertinya anda akan memperolehi kebaikkan dan kebahagiaan.

      lovenota : ada tak yang mimpi kena patuk ular? tettt~

      Read More »

      Monday, October 27, 2014

      Program 40 Tahun Dari Universiti Malaya (UM) Ke Penjara


      Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) : Program 40 Tahun Dari Universiti Malaya (UM) Ke Penjara

      Dahsyat! 

      Itu yang mampu kukatakan setelah melihat gambar-gambar yang tersiar mengenai Program 40 Tahun Dari Universiti Malaya (UM) Ke Penjara. semua peserta tersebut sudah semestinya penyokong kuat dan tegar Datuk Seri Anwar Ibrahim.

      Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Universiti Malaya pada kira-kira jam 9.35 malam bagi menyertai siri pidato Program 40 Tahun Dari Universiti Malaya (UM) Ke Penjara. Anwar diiringi isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya, Nurul Izzah Anwar.



      Program 40 Tahun Dari Universiti Malaya (UM) Ke Penjara


      Program 40 Tahun Dari Universiti Malaya (UM) Ke Penjara



      PENYOKONG Datuk Seri Anwar Ibrahim bertindak merempuh pintu pagar utama ke Universiti Malaya



      Datuk Seri Anwar Ibrahim berkeras ingin hadir pada majlis anjuran Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) pada malam ini walaupun tidak mendapat kebenaran pentadbiran universiti. Tanpa mempedulikan kemungkinan berlaku kekecohan berikutan kehadirannya itu nanti, beliau menegaskan ia adalah untuk memenuhi jemputan mahasiswa UM.



      Esok merupakan hari perbicaraan kes rayuan Anwar di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya di mana keputusan mahkamah mengenai sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan akan diumumkan. jika disabit kesalahan, beliau akan dikenakan hukuman penjara lima tahun.



      Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, dituduh meliwat Mohd Saiful, 28, di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.



      Kalau ada sesiapa yang free, kita terjah blog Mohd Saiful Bukhari Azlan eh?

      Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

      Program 40 Tahun Dari Universiti Malaya (UM) Ke Penjara

      Program 40 Tahun Dari Universiti Malaya (UM) Ke Penjara

      Program 40 Tahun Dari Universiti Malaya (UM) Ke Penjara

      Program 40 Tahun Dari Universiti Malaya (UM) Ke Penjara

      Program 40 Tahun Dari Universiti Malaya (UM) Ke Penjara

      Program 40 Tahun Dari Universiti Malaya (UM) Ke Penjara

      Program 40 Tahun Dari Universiti Malaya (UM) Ke Penjara


      Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi ucapan di pekarangan Dewan Tuanku Canselor, Universiti Malaya yang dihadiri kira-kira 1,000 peserta Program 40 Tahun Dari Universiti Malaya (UM) Ke Penjara. Ketika berucap beliau berkata: "Saya pilih untuk pulang. Tapi di sini kerana saya masih menaruh harapan dibebaskan, jika saya dipenjarakan, saya harus menerima dengan tenang. Saya harus lakukan sedikit pengorbanan dan tidak mahu anak muda kecewa. Saya sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan sekiranya keputusan tidak menyebelahi saya. Saya sudah beritahu (Datin Seri Dr Wan) Azizah (Wan Ismail) dan Nurul Izzah (Anwar) serta adik-adiknya supaya bersabar dan perlu ada sedikit pengorbanan," katanya yang berucap kira-kira 23 minit. Sebaik selesai berucap, Anwar kemudiannya bergerak keluar meninggalkan UM.

      Penyokong Anwar Ibrahim memang terlalu ramai, dan tidak dinafikan terlalu kuat. tengok je gambar di atas, hujan-hujan berpayung pun sanggup datang. sanggup rempuh pagar. saya tidak memihak pada sesiapa, ini cuma pandangan mata saya sahaja. tidak perlu lagi kita nafikan, kan?


      sumber: Harian Metro dan Berita Harian

      Read More »
      Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®