Sunday, January 04, 2015

Keheningan Malam



Sepi..
Malam di mana alunan muzik mengiringi
Kedengaran suara halus cengkerik menyanyi
Kehadiran bulan dan bintang yang juga menemani
Ditambah angin sepoi menampar pipi

Alangkah damainya hati ini
Menghayati kemeriahan dari penghuni malam
Membuatkan aku melupakan segala-galanya
Sambil menghayati kebesaran Allah SWT

Termenung daku seketika
Pernahkah kita menghargai suasana malam?
Kita hanya mensyukuri tibanya siang selama ini
Subhanallah

Keheningan malam ini menyedarkan aku.
Ya, saya mengaku saya adalah nyctophilia



Coretan Miss Balqis
4 Januari, Ahad, 6.45 AM


lovenota : sampai bila nak jadi burung hantu nie..wuuu


Read More »

Saturday, January 03, 2015

Perpisahan



Apabila berlakunya perpisahan,
Seringkali hati ini terasa berat sekali
Tidak mahu untuk melepaskan dia pergi lagi

Apabila berlaku perpisahan,
Seringkali ada pertelingkahan kecil
Lalu mendiamkan diri sehingga tiba masanya

Apabila berlaku perpisahan,
Seringkali air mata ini menitis ke bumi
Tidak terdaya untuk menghalangnya lagi

Sampai bila keadaan ini sentiasa berulang kembali
Sampai bila diri ini dapat bersabar lagi
Sampai bila?

Pergilah, aku sentiasa menunggumu 
Untuk kembali di sisi ku
Dan kembalikan senyumanku

Coretan Miss Balqis
Sabtu, 3 Januari 2014, 5.30 pm

lovenota 1 : nak sambung menangis..wuuuu..
lovenota 2 : jiwang gile nak mati. Sah buang tebiat!



Read More »

Friday, January 02, 2015

Selamat Tahun Baru 2015



Selamat Tahun Baru 2015. Happy New Year 2015. Welcome 2015. Goodbye 2014.

Alhamdulillah, saya masih lagi boleh bernafas di alam Allah SWT bersama-sama dengan orang-orang yang saya sayangi. Terima Kasih Ya Allah SWT. Terlalu banyak suka dan duka berlaku pada tahun 2014. bukan pada diri saya sahaja, pada negara kita juga di mana kejadian yang tidak diingini berlaku seperti kejadian MH370 dan MH17, banjir besar di Kelantan dan Terengganu serta banjir lumpur di Cameron Highland, kes kertas UPSR bocor, PMR yang dimansuhkan diganti dengan PT3 yang susah gila, minyak petrol yang kejap naik kejap turun, blogger seks yang tak habis-habis sengalnya, kes "buli" Peugeot CDM 25, kes "buli" abang besar singlet hitam, kes "orang-orang kaya" Peugeot Citroen DS5 langgar Toyota Estima, etc etc etc. eh, banyak jugak ye..hehe.

Lupakan kenangan semua itu. Buka lembaran baru, buka buku baru, buka kisah baru.

Kisah saya? tahun 2014 banyak menyingkap tabir senja *sastera merepek aku dah keluar*, tak adalah sedih sangat. biasa-biasa suam-suam kuku. kalau dilihat semula entry popular saya, banyak kisah yang menjadi hangat adalah kisah playboy bodoh dan bangang itu. okay, sudah kasar. peduli lah. hahaha. nak tahu? cari sendiri. malas nak bagi link. hahaha.

Kisah lain yang tidak diceritakan di dalam entry. saya sudah tukarkan kereta saya. oh tidak. saya mula merindui 'Beby Lisa' saya. tak tahu la di mana kereta tersebut berada sekarang ini. itulah kereta bermanual kecil saya yang paling comel, laju, pick-up, bawa 140 km/j pun lepas tau! kena saman speed-trap pun hanya sekali sepanjang penggunaan 4 tahun. bukan calang-calang kereta Kelisa saya tu. semoga kereta itu berbakti pada owner yang baru. *sob3*. Sekarang saya menggunakan kereta Toyota Vios, itu pun dipilih oleh abah saya. dia yang nak *sebab dia yang nak pakai sebenarnya..haha*. saya memanggilnya 'Princess Vio'. kelass tak nama dia? hehehe. disebabkan Vios besar, tak layak panggil beby dah. *sedar diri*.

Tahun ini saya sudah berumur 28 tahun. eh, belum masuk lagi, baru 27 tahun 3 bulan je tau..hihi. kahwin? ramai sangat dah tanya, bila nak kahwin? letih nak menjawab, sampaikan Anjang saya asyik nak carikan calon untuk saya. Yela, sebab tinggal saya je yang tak kahwin lagi ha. so saya pun berfikir, 


masalahnya, saya masih tak nampak bulan bintang matahari planet-planet pluto marikh dalam mimpi saya. nak buat macam mana? hahaha. biarlah adik saya yang kahwin dulu untuk tahun ini. saya lambat lagi. kesian kat mak ayah saya kalau saya kahwin jugak tahun nie, kopak duit katanya..hehehe. alasan lagi! XD

Ini juga terbukti apabila saya menilik tapak tangan saya *jangan percaya, syirik! haha*


See, saya mempunyai garis panjang, maksudnya saya akan berkahwin dalam usia 30 tahun. kekekekeke. alasan lagi-lagi! hahaha! tapi tak sampai 30 tahun saya akan berkahwin nanti. tapi memang bukan tahun ini. kalau sempat pun mungkin akan bertunang dahulu. insyaAllah.

Kalau korang masih tak percaya, sila buat survey untuk diri sendiri pulak! untuk yang belum bernikah la. kalau dah kahwin, nak try boleh je, terutama bagi lelaki yang sudah berkahwin teringin nak buka cawangan lain kan..hehehe. korang boleh ke laman web : Marriage Line Palm Reading dan jawab survey di situ. Result saya?


Meh saya Google Translate ye. survey itu mengatakan, "Anda akan terlibat dalam hubungan yang serius (sebelum perkahwinan) di mana anda akan memikirkan perkahwinan. Anda berkemungkinan tidak akan berkahwin pada usia muda". ini alasan lagi-lagi-lagi. kekekeke. dah-dah. jangan terlalu syirik! khurafat semua hado! :P

Dah terlalu merepek entry saya kali ini. maaf la. dah lama saya tak merepek, korang pun mesti ada yang rindu kan..perasan! hahaha. 

Azam Tahun Baru? saya nak diet! mak aih! sejak cuti sekolah berat badan saya meningkat. memang tak boleh jadi. so, saya nak kurangkan balik berat badan saya sebelum majlis Perkahwinan adik saya yang akan berlansung pada bulan Jun nanti. biar nampak slim-selim masa majlis itu nanti. nanti saya jemput uolss okay? :)

Semoga Tahun Baru 2015 ini dapat memberikan kenangan manis yang paling banyak bersama orang-orang yang tersayang, yang paling penting kerja pada tahun ini tak seserabut seperti tahun 2014. hehehe. insyaAllah :)


lovenota : Sekejap je masa berlalu. sekejap je berjarak jauh, harinie nak pergi dating. eh? lalalala~


Read More »

Disember Top Commentator


Walaupun saya jarang blogwalking dan memberi komen pukal seperti bulan-bulan lepas, blog saya tetap dikunjungi walaupun sudah lama dibiar sepi..sob sob sob. *macam lirik lagu plak. haha* Terima kasih diucapkan kepada semua blogger yang sudi datang masuk ke dalam blog saya. tiada apa yang dapat diberikan melainkan backlink jelah yang mampu saya bagi..hehehe.


Mereka juga yang masih memberi sokongan kepada saya. antara 10 orang blogger tersebut adalah seperti tertera di atas. Budak memang komen tegar sebab dia kalau datang sekali berpukal-pukal komen dia. sama juga seperti Cik Mimie. hehe.

so, sesiapa nak terjah diorang boleh kita terjah ye.

5. Amy J

Mereka sudah menunjukkan untuk menjadi sahabat blogger kita tak perlu 'main berbalas komen'. apa maksudnya? "kalau kau komen blog aku, baru aku komen blog kau". hahaha..faham kan? sesiapa yang terasa jangan marah pulak yer! sebab apa saya cakap macam tu? bulan Disember lepas adalah bulan yang paling sibuk kerana saya Marking Paper SPM untuk Subjek Kimia Kertas 2. memang jarang sangat saya tinggalkan jejak dan blogwalking di blog lain. tetapi mereka masih lagi sanggup datang ke blog saya dan tinggalkan jejak. ada juga blogger lain yang tak disenaraikan di atas, tetapi 10 blogger ini yang menjadi top commentator pada bulan Disember. memang saya respect la. you are truly blogger! :)

Mostly mereka adalah blog yang memang saya dah follow. bagi blog yang newbie komen blog saya akan saya follow sebentar lagi. bermulanya bulan baru, saya akan mulakan blogwalking saya dengan blog mereka dahulu. tunggu kunjungan saya ye..hehe. thanks!


lovenota : nanti saya nak buat analisis blog sepanjang tahun 2014. macam menarik. hehe

Read More »

Goodbye 2014 Giveaway Di Munirahizzan.com


Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia


Syarat penyertaan :-

1. Terbuka pada semua blogger lelaki dan perempuan dan bermastautin di Malaysia

2. Follow blog :

3. Follow Instagram :

4. Like Page :

5. Follow twitter :

6. Add To Circle Google+ Munirah Izzan

7. Buat satu entry yang bertajuk Goodbye 2014 Giveaway Di Munirahizzan.com.

8. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.

9. Tinggalkan URL entri penyertaan anda ke dalam ruangan komen entri ini.

10. Share status di wall facebook anda mengandungi URL entri penyertaan.

11. Pemenang dipilih menggunakan random.org dan akan diumumkan pada 09/01/2015. (Jumlah pemenang belum ditentukan kerana hadiah mungkin akan bertambah dari semasa ke semasa)

Semoga berjaya.

Selamat tinggal memori 2014..
Semoga kehadiran tahun baru 2015 bakal membuka lembaran baru yang lebih bermakna buat kita semua...

klik banner kalau nak join, sempat lagi nie
arigatou!


Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®