Wednesday, October 17, 2012

Rahsia Wanita Berdasarkan 4 Unsur

Qis terjumpa satu artikel di mana rahsia wanita boleh dirujuk mengikut unsur. tetapi ada 2 jenis rujukan iaitu mengikut anak ke berapa dalam keluarga ataupun mengikut horoskop @ zodiak. so, Qis pun selitkan kedua2nya untuk informasi anda. saja suka2 takpe kan :)

Rahsia Wanita Berdasarkan 4 unsur - Rahsia wanita tanah, air, api, dan angin. Penentuan unsur seseorang ditentukan melalui anak ke berapa dalam keluarga.
  • Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan
  • Air - kedua, Keenam, kesepuluh
  • Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
  • Angin - keempat, kelapan, kedua-belas

Wanita berunsur Tanah 


Tanah yang subur mampu membuahi tanaman yang hijau dan mekar. Wanita yang bersifat tanah biasanya mempunyai sifat-sifat seperti:
Rendah diri di hadapan suaminya serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban demi kasih sayangnya kepada suami.Sebahagian sifat tanah, wanita jenis ini tidak cerewet, tidak suka bercakap meninggikan diri, tidak menyombong dan bukan seorang pemarah.Tenang dan mengamankan jiwa suami, selalu memberi galakan dan sokongan dan tidak suka membantah atau membangkang. Orang yang berperawakan manis dan lemah lembut, pembersih dan sentiasa menjaga kecantikan untuk suami.

Wanita tanah dilahirkan dibawah zodiak Taurus (21 April - 20 Mei), Virgo (24 Ogos - 23 September) dan Capricorn (22 Disember - 20 Januari) biasanya memiliki sifat-sifat berikut:

  • seorang yang boleh dijangka, berwibawa dan praktikal
  • penyabar dan boleh bertolak ansur, mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material
  • semangat produktif dan gigih yang disertai dengan sikap berhati-hati menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan.
  • Kebijaksanan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yang pendiam dan tenang.
  • Sifat marah yang terkawal serta sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat konservatif, serius dan sederhana.
  • Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah kekasih yang setia dan berwibawa.


Wanita berunsurkan Air

Air sifatnya bersih dan suci, sejuk, nyaman serta menghilangkan dahaga. Air juga sifatnya mencambahkan benih, menyuburkan serta menyegarkan. Wanita bersifat air mempunyai ciri-ciri seperti berikut:-
Menghidupkan hati suami menjadikan suami sentiasa bersemangat. Mengambil berat tentang suami dan kebajikan anak-anak serta tidak membiarkan anak-anak hanyut dibawa arus hidup. Hatinya bersih serta boleh membahagiakan suami dan anak-anak. Menenangkan hati suami bila si suami menghadapi masalah.

Wanita air terdiri daripada mereka yang lahir dibawah zodiak Cancer (22 Jun - 23 Julai), Scorpio (24 Oktober - 22 November) dan Pisces (20 Februari - 20 Mac) menpunyai ciri-ciri berikut :


  • Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju.
  • Mereka ini dipandukan oleh perasaan dan mempunyai sifat mudah bersimpati, berdaya imaginative, sentimental, mempunyai perasaan yang berubah-ubah dan sentiasa berhati-hati.
  • Tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang-orang yang berada disekeliling dan mudah, cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan.
  • Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan diri sendiri.
  • Sentiasa bertanggungjawab dan berusaha dalam melaksanakan tugasan yang diberikan.

Wanita yang berunsurkan Api
Api sifatnya panas dan membakar tetapi menerangi kegelapan malam. Ia juga menghangatkan kedinginan malam serta digunakan untuk memasak. Wanita bersifat api: 
Cintanya sentiasa hangat membara kepada suami serta kuat cemburu. Cergas dan cepat dalam geraklaku menjadikan dia seorang yang cekap dalam menguruskan hal-hal rumahtangga. Penasihat yang baik kepada suami. Pandai dan cekap menguruskan rumahtangga. Pandai menghias diri agar kelihatan cantik dan menarik di hadapan suami. Sentiasa waspada dan cepat bertindak bagi menyelamatkan keadaan.

Wanita api dilahirkan dibawah bintang Aries (21 March - 20 April), Leo (24 Julai - 23 Ogos) dan Sagittarius (23 November - 21 Disember) pula:


  • Dilahirkan sebagai pemimpi
  • Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun kekadang bernas.
  • Seorang yang artistik dan sukar dijangka tetapi biasanya romantik dan tidak pemalu.
  • Mempunyai personaliti suka menguasa dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah,mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya
  • Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi berasa sedih kadang-kadang terluka.
  • Jujur dan mahu perhubungan berjalan dengan lancar.
  • Wanita api haruslah diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan hubungan itu terus berkesan.
  • Tidak keberatan beralih arah jika berasa tertekan.

Wanita berunsur Angin 
Angin meredakan kehangatan, menjadi sumber tenaga. Wanita yang berunsurkan angin: 
Mempunyai sifat lemah lembut dan menyenangkan suami. Pandai bermain kata dan memujuk rayu. Sopan santun dan berbudi pekerti mulia. Bijak mewujudkan suasana selesa. Hati yang cepat berubah ubah.

Mereka ini lahir di bawah lambang Gemini (22 Mei - 21 Jun), Libra (24 September - 23 Oktober) dan Aquarius (21 Januari - 19 Januari) ini :

  • Berterus terang, berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan 
  • Berfikiran terbuka,mempunyai daya imaginasi dan inovatif , bagi mereka segalanya boleh dicapai.
  • Bergaya,tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling berkerjasama serta bersungguh-sungguh.
  • Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik.
  • Sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang unggul untuk berkonfrantasi.
  • Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan yang sebenar yang terpendam dalam hati mereka 
  • Dikenali dan diingati kerana sifatnya yang manja dan romantik.


nilailah diri anda sendiri :)
Read More »

Wordless Wednesday # 7 : Mall yang canggih


teringin nak dapat mall cmnie..kan best tuu..
tak perlu eskalator..
tak payah guna lif..
jimat duit kann..hekhek~
Read More »

Tuesday, October 16, 2012

Vampire's Crew: 1st Family Day

pada 6 oktober yang lalu bersamaan hari sabtu 2 minggu lepas..Qis join family day dengan rakan-rakan dari Tagged yang diadakan di Pantai Teluk Kemang, Port Dickson..Qis kenal pun dari Tagged jugak..emm..kenal tuh takde la lama..tapi da macam kenal lama..agak seronok jugak layan karenah and perangai diorang yang gile2..sewel..bengong2 ckit..suke phuih2 orang..tuh sikap yang paling faveret oleh ahli2 group nie..skali dgn Qis skali da suka dok phuihh orang..korang punya pasal la neh! aptb la..hahahaha~

suka sangat dapat jumpa dengan semua geng Vampire..kehkeh






*setiap gambar ada cerita*
letak gambar sikit cukup la ek..

yang tak boleh lupa..uncle spongebob hitam..mak aih..sampai la nie stil gelak2 kalau sebut pasal uncle spongebob..iyelahh..uncle faveret orked la katekan..kak loly siap bermimpi2 lagi..memang takkan lupa lah uncle tuh..kehkeh..

pada hari tu jugak diorang sambut birthday Qis dgn Kak loly..sangat2 meriah..siap main kejar2..kehkeh..memang kecoh la..sampai khemah sebelah dok pandang2 je..macam budak2 je walaupun semua da besor2 panjang..malu2.. XD


thanks for the cake! sedap! :D

   i love uolss larh Vampire Crew!   

p/s: tak sabar untuk 2nd family day tahun depan! excited! :D

Read More »

Monday, October 15, 2012

Google: Winsor McCay


hari nie google buat satu comic strip di laman utama ataupun homepage www.google.com
so mesti ramai yang da buka kan? agak menarik komik tu..cik balqis pon suka :D

google menyambut 107th Anniversary Winsor McClay's Little Nemo in Slumberland

siapa Winsor McClay? pernah tengok Little Nemo..nama macam Finding Nemo je..kan? tapi bukan kartun ikan tuhh..lain taww..hekhek~

Winsor McClay dilahirkan pada 26 September 1869 dan meninggal dunia pada 26 July 1934 
kartun Little Nemo beliau seperti gambar di bawah:


bagus kan Mr.Google..beri informasi yang memang kita tak tahu..sebab tu saya suka Google! saya lebih prefer Google dari Yahoo..hehe!
nak tahu lebih lanjut..pergi tanya Mr.Wikipedia..hehe! 

Read More »

Sunday, October 07, 2012

Anugerah Blockbuster 2011/2012



Anugerah Filem Paling Hebat
KL Gangster


Anugerah Tuan Direktor Terhebat
Syamsul Yusof (KL Gangster)


Anugerah Direktor Baru Terhebat
M Suurya (Sumpahan Puaka)

Anugerah Filem Aksi Terhebat
KL Gangster

Anugerah Filem Kelakar Terhebat
Hantu Bonceng

Anugerah Filem Takut Terhebat
Khurafat

Anugerah Drama Muzikal Terhebat
Nur Kasih The Movie

Anugerah Hero Terhebat
Zizan Razak (Hantu Bonceng)

Anugerah Heroin Terhebat
Yana Samsudin (Bini- Biniku Gangster)

Anugerah Watak Penyangak Terhebat
Fikri Bakar (Klip 3GP)

Anugerah Lagu Filem Terhebat
Ombak Rindu

Anugerah Hero Baru Terhebat
Shahir (Karak)

Anugerah Heroin Baru Terhebat
Tasha Shilla (Ratu The Movie)

Anugerah Khas PFM
Syamsul Yusof

Anugerah Astro First Terhebat
Kongsi

dan yang paling menang besar pada malam itu tak lain tak bukan~


Read More »

Saturday, September 29, 2012

Bajet 2013


Intipati Bajet 2013 
1. Pertumbuhan ekonomi diunjur berkembang kukuh pada kadar 4.5 peratus hingga 5.5 peratus. * KDNK nominal dijangka melepasi paras RM1.0 trilion.
2. Peruntukan RM251.6 bilion bagi program dan projek pembangunan, dengan fokus terhadap kesejahteraan rakyat.
3. Kutipan hasil Kerajaan Persekutuan 2013 dianggarkan meningkat kepada RM208.6 bilion.
4. Pelaburan swasta dijangka meningkat kepada RM148.4 bilion.
5. RM3.0 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan projek permulaan (EPP) bagi tahun 2013.
6. Penyediaan Dana Strategik Pelaburan Domestik berjumlah RM1.0 bilion di bawah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia untuk aktiviti penyumberan luar dan pemerolehan teknologi oleh syarikat tempatan.
7. Penyediaan dana sebanyak RM1.0 bilion di bawah Skim Pembangunan PKS bawah kendalian SME Bank.
8. SME Bank dengan kerjasama Bank Pembangunan Islam akan menyediakan Dana Industri Halal sebanyak RM200 juta untuk membiayai modal kerja PKS terlibat.
9. Skim perlindungan insurans berkelompok kepada penjaja dan peniaga kecil berdaftar dengan had maksimum RM5,000 dengan peruntukan RM16 juta setahun.
10. Perbadanan Nasional Bhd menyedia kemudahan pinjaman hingga RM25,000 bagi pemegang lesen dan RM500,000 bagi penyedia lesen menerusi program Transformasi Perniagaan. * Elaun Cukai Pelaburan 100 peratus untuk 10 tahun bagi aktiviti penapisan produk petroleum kepada yang layak.
11. Program Insentif Global bagi Perdagangan (GIFT) ditambah baik dengan pengecualian cukai pendapatan 100 peratus ke atas pendapatan berkanun bagi tempoh tiga tahun pertama operasi.
12. Perbelanjaan menerbitkan AgroSukuk diberi potongan cukai dua kali bagi tempoh empat tahun mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.
13. Dana Infra Nasional Bhd akan terbitkan bon runcit bernilai RM300 juta akhir tahun 2012 untuk biayai pembangunan MRT.
14. Perbelanjaan tambahan menerbitkan bon dan sukuk runcit akan diberi potongan cukai dua kali mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.
15. Pelabur individu diberi pengecualian duti setem ke atas surat cara yang terlibat dalam urus niaga bon dan sukuk runcit.
16. Suruhanjaya Sekuriti perkenal inisiatif Graduate Representative Program dengan sektor swasta bagi melatih 1,000 graduan.
17. Peruntukan modal Danajamin ditambah sebanyak RM400 juta dalam tempoh dua tahun. Suntikan ini dapat melipatgandakan nilai terbitan antara RM4.0 bilion hingga RM6.0 bilion.
18. RM100 juta disediakan kepada Yayasan Pasaran Modal melalui Tabung Pembangunan Pasaran Modal di bawah kawal selia Suruhanjaya Sekuriti.
19. Pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh 10 tahun kepada syarikat berstatus Tun Razak Exchange, pengecualian duti setem berstatus TRX Marquee dan pengecualian cukai bagi pemaju hartanah.
20. Yayasan Wakaf Malaysia, di bawah Jabatan Wakaf Zakat dan Haji diberi tanggungjawab untuk merangka pelan induk Wakaf Korporat dengan mengambil kira struktur perundangan Agama Islam Negeri.
21. RM9.0 bilion atau 43 peratus daripada nilai kos infrastruktur projek MRT diperuntukkan kepada syarikat Bumiputera.
22. Dana Pembiayaan Bumiputera berjumlah RM1.0 bilion akan disediakan oleh SME Bank untuk membantu PKS membiayai pengambilalihan anak syarikat milik GLC yang menjalankan aktiviti bukan teras dan telah dikenal pasti untuk dijual.
23. Skim Jaminan Modal Kerja akan dilanjutkan sehingga Disember 2013, dan diperluaskan kepada syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi serta kelayakan manakala dana pemegang saham syarikat ditingkatkan kepada RM20 juta.
24. Pembiayaan TEKUN bagi usahawan kecil dan sederharna diberi peruntukkan RM350 juta termasuk RM50 juta bagi Skim Usahawan Masyarakat India.
25. Skim Dana Pembiayaan Harta Intelek berjumlah RM200 juta akan ditawarkan oleh Malaysia Debt Ventures dengan kerajaan memberi subsidi kadar faedah sebanyak dua peratus dan jaminan 50 peratus melalui Credit Guarantee Corporation bagi membolehkan PKS menggunakan harta intelek sebagai nilai komersial dan instrumen untuk mendapatkan pembiayaan.
26. Peruntukan sebanyak RM19 juta bagi program latihan penilai harta intelek tempatan kendalian Perbadanan Harta Intelek serta mewujudkan platform pasaran harta intelek.
27. Syarikat yang melabur dalam syarikat subsidiari yang menjalankan aktiviti mengkomersialkan penemuan R&D diberi potongan cukai bersamaan dengan jumlah pelaburan.
28. Syarikat subsidiari yang menjalankan aktiviti mengkomersialkan penemuan R&D diberi pengecualian cukai pendapatan sebanyak 100 peratus ke atas pendapatan berkanun untuk tempoh 10 tahun.
29. Potongan cukai bersamaan dengan jumlah pelaburan oleh pelabur pemangkin dalam syarikat teroka dibenarkan ditolak daripada semua jenis pendapatannya.
30. Dana Skim Pembiayaan Teknologi Hijau akan ditambah sebanyak RM2.0 bilion lagi dan tempoh permohonan skim ini dilanjutkan sehingga 31 Disember 2015
31. Kerajaan akan memastikan hutang Kerajaan Persekutuan tidak melebihi paras 55 peratus kepada KDNK dan defisit fiskal terus berkurangan kepada tiga peratus menjelang 2015
32. Sistem percukaian negara akan diperkukuhkan dengan sistem cukai yang menyeluruh dan saksama
33. Perolehan kerajaan dan pembelian adalah berdasarkan prinsip “nilai untuk wang”
34. Peruntukkan RM6 bilion bagi melaksanakan pelbagai projek dan program untuk memastikan kesejahteraan rakyat dan memacu pertumbuhan ekonomi. Antara projek yang dikenal pasti termasuk membaik pulih dan menyelenggara sekolah, klinik kesihatan, projek perumahan, projek tangki air, rancangan tebatan banjir dan penyediaan kemudahan sukan.
35. Peruntukkan RM1.9 bilion bagi membina 123,000 unit rumah pada harga berpatutan di kawasan strategik, dan akan dilaksanakan oleh PR1MA, Syarikat Perumahan Nasional Bhd dan Jabatan Perumahan Negara.
36. Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) ke atas keuntungan pelupusan hartanah yang dibuat dalam tempoh tidak melebihi dua tahun mulai tarikh perolehan dikenakan pada kadar 15 peratus, bagi tempoh pegangan melebihi dua hingga lima tahun dikenakan pada kadar 10 peratus dan bagi tempoh pegangan melebihi lima tahun tidak dikenakan CKHT.
37. Peruntukan RM100 juta kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang dijangka dapat memulihkan 30 projek rumah terbengkalai
38. Insentif cukai pemulihan rumah terbengkalai untuk menggalakkan penyertaan sektor swasta
39. Kadar cukai pendapatan diturunkan satu mata peratusan bagi setiap kumpulan pendapatan bercukai tahunan melebihi RM2,500 sehingga RM50,000.
40. Kadar cukai pendapatan koperasi dikurangkan antara satu dan tujuh mata peratusan bagi semua kumpulan pendapatan bercukai.
41. Felda akan membangunkan 20,000 projek perumahan dalam kawasan Felda, membaiki rumah-rumah kampung tradisi, program latihan dan latihan kemahiran.
42. Yayasan 1MDB akan menyediakan RM300 juta bagi pemberian geran pendidikan, bantuan kewangan, pembinaan rumah untuk pelajar prasekolah di kawasan pedalaman Sarawak, Klinik Bergerak 1Malaysia dan program membaiki rumah bagi golongan miskin dan daif.
43. Syarikat GLIC dan GLC akan memperuntukkan RM500 juta untuk menjalankan aktiviti tanggungjawab sosial korporat dalam bidang pembangunan komuniti, biasiswa, pendidikan, sukan dan alam sekitar.
44.  Melalui Pakej Komunikasi Belia, rebat one-off sebanyak RM200 akan diberikan bagi pembelian satu unit telefon pintar 3G daripada peniaga yang dibenarkan. Inisiatif ini adalah untuk belia yang berusia antara 21 hingga 30 tahun dengan pendapatan bulanan sebanyak RM3, 000 dan ke bawah. Sejumlah RM300 juta diperuntukkan memberi manfaat kepada 1.5 juta belia.
45. Bantuan Rakyat Satu Malaysia atau BR1M 2.0 diberi kepada yang layak, kriteria sama seperti BR1M pertama iaitu pendapatan RM3,000 ke bawah. Sebagai tambahan BR1M 2.0 diperluaskan kepada individu bujang 21 tahun ke atas dan pendapatan bawah RM2,000 akan memperolehi RM250 seorang membabitkan peruntukan kerajaan RM3 bilion.
46. Kerajaan akan meneruskan program Baucar Buku Satu Malaysia kepada setiap pelajar IPTA dan pra-universiti. Untuk itu, nilai baucar akan ditingkatkan daripada RM200 kepada RM250.
47. Bakal haji yang mencarum di KWSP, kini dibenarkan mengeluarkan simpanan dari Akaun 2 mereka bagi menampung kekurangan kos tambang. Inisiatif ini terhad kepada jemaah muassasah dengan maksimum pengeluaran sehingga RM3,000.
48. Bonus penjawat awam sebulan setengah gaji secara berkala tiga 3 bulan.
ucapan penuh Datuk Seri Najib Razak >> [Intipati Bajet 2013]


Read More »

Wednesday, September 26, 2012

Wordless Wednesday # 6



canggih betul kan..
*speechless*

p/s: kalau betul ada..budak2 sekolah la yg paling suke..mesti bawak calculator tiap2 hari..cikgu matematik pun hepi sebab student semua bawa kalkulator pegi sekola..hikhik XD

Read More »

Wednesday, September 12, 2012

Pelan Pembangunan Pendidikan (2013-2025)


Sebagai gantian kepada Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 yang dilancarkan oleh YAB Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi pada 16 Januari 2007.
Muhyiddin menjelaskan semasa pembentangan pelan PPP bahawa ia dirangka menerusi jelajah dialog di seluruh negara dimana 7,039 syor diterima dan 12,000 peserta ambil bahagian.

Selain itu sebanyak 156 memorendum diterima dari pelbagai individu dan pertubuhan.
Muhyiddin menyifatkan  PPP adalah satu referendum bersejarah yang melambangkan cita-cita dan harapan rakyat terhadap sistem pendidikan negara.
Menurut beliau pelan itu sasarkan enam aspirasi utama iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwi-bahasa, etika dan kerohanian serta identiti nasional.

Pelan ini berbeza daripada laporan-laporan pendidikan yang terdahulu. Kementerian dimaklumkan oleh Panel Penilai Bebas Antarabangsa bahawa kajian semula sistem pendidikan ini telah dilakukan dengan amat teliti dan kualiti analisanya menepati standard antarabangsa.

Proses transformasi sistem pendidikan akan dilaksana dalam tempoh 13 tahun dengan Gelombang 1 (2012-2015) menumpukan kepada usaha memperbaiki sistem dengan memberi sokongan guru dan tumpuan kepada kemahiran asas; Gelombang 2 (2016-2020) pula mempercepatkan penambahbaikan sistem; dan Gelombang 3 (2021-2025) ke arah kecemerlangan menerusi operasi yang lebih fleksibel.

Sebelas anjakan yang digariskan kementerian ialah:

1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa:

Kementerian akan melancarkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang disemak semula pada tahun 2017. Kementerian akan menimbang pindaan kepada peraturan sedia ada untuk memberikan kelonggaran kepada sekolah mengamalkan jadual anjal. Selain itu Kementerian akan mengkaji kemungkinan melaksanakan laluan pembelajaran pintas selain pendidikan arus perdana, termasuklah membenarkan murid berpencapaian tinggi menamatkan pengajian sekolah menengah dalam masa empat tahun berbanding lima tahun sekarang dan menamatkan sekolah rendah dalam masa lima tahun, berbanding enam tahun. Peperiksaan UPSR pada 2016 akan mengandungi 80% soalan berbentuk pemikiran aras tinggi.

2. Memastikan setiap murid profisien dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris:

Kementerian akan meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris guru dengan memastikan semua 70,000 guru Bahasa Inggeris lulus Cambridge Placement Test (CPT) dalam tempoh dua tahun. Guru yang tidak mencapai standard ditetapkan akan mengikuti latihan intensif. Modul Sastera Inggeris akan diwajibkan kepada murid sekolah menengah. Bagi memantapkan penguasaan Bahasa Malaysia pula, Kementerian akan memperkenalkan kurikulum Bahasa Malaysia yang standard pada peringkat rendah, merangkumi semua sekolah jenis kebangsaan. Dengan perlaksanaan kurikulum ini, Kelas Peralihan di sekolah menengah kebangsaan akan dimansuhkan mulai 2017. Kerajaan juga akan menggalakkan murid mempelajari bahasa tambahan seperti bahasa Cina, India, Tamil, Arab serta bahasa ibunda atau bahasa antarabangsa yang lain.

3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai:

Bagi memupuk semangat patriotisme di kalangan murid dalam usaha membina satu identiti nasional yang kukuh dan jitu, Kementerian akan memperkukuhkan Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan elemen Sivik menjelang 2017. Pedagogi untuk Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral juga disemak semula untuk melibatkan lebih banyak aktiviti main peranan (role-play), simulasi, perbincangan dan tugasan dalam kumpulan kecil. Bagi murid bukan Islam, Pendidikan Moral akan mengandungi pemahaman tentang nilai teras semua agama utama di Malaysia. Kementerian juga akan mengkaji membolehkan murid bukan Islam berkongsi kelas yang sama apabila nilai-nilai sejagat diajar.

4. Meningkatkan kualiti guru dan menjadikan profesion keguruan sebagai profesion pilihan:

Kementerian akan mengetatkan syarat kemasukan ke latihan perguruan dengan mensasarkan hanya 30 peratus teratas dari kelompok pelajar cemerlang menyertai profesion perguruan. Bagi guru-guru yang sudah ada dalam sistem, Kementerian akan mengukuhkan pembangunan kerjaya mereka. Guru berprestasi tinggi berpeluang menikmati kenaikan pangkat bermula daripada Gred DG14 sehingga DG54 dalam tempoh yang lebih singkat, iaitu kurang daripada 25 tahun.

5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah:

Kementerian akan memperkenalkan kriteria pemilihan pengetua dan guru besar berasaskan kompetensi serta memperkukuhkan proses perancangan penggantian pengetua dan guru besar mulai 2013. Kementerian juga akan menempatkan pengetua atau guru besar cemerlang di sekolah-sekolah luar bandar dan di kawasan-kawasan miskin bandar.

6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan:

Kementerian akan menempatkan Jurulatih Mata Pelajaran Khusus Program Penambahbaikan Sekolah (SISC+) dan Jurulatih Pengetua Rakan Penambahbaikan Sekolah (Si-Partners) secara sepenuh masa di Pejabat Pelajaran Daerah. Jurulatih-jurulatih berkenaan akan memberikan bimbingan secara terus kepada sekolah berprestasi rendah. Satu projek perintis akan dilaksanakan di Sabah dan Kedah mulai Januari 2013 sementara perlaksanaan di seluruh negara bermula Januari 2014.

7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran:

Kementerian akan meningkatkan akses internet dan persekitaran pembelajaran maya melalui perlaksanaan 1BestariNet bagi semua 10,000 buah sekolah yang dijangka selesai sepenuhnya pada penghujung 2013. Dalam masa terdekat, semua murid akan mempunyai akses kepada rangkaian 4G di sekolah yang akan menyediakan landasan untuk perlaksanaan pembelajaran secara interaktif.

8. Mentransformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian Kementerian Pelajaran:

Struktur organisasi Kementerian akan disusun semula agar fungsi bahagian tidak bertindih dan lebih ramai tenaga kerja akan ditempatkan di PPD yang akan terlibat secara langsung dalam memantau dan mengurus prestasi sekolah.

9. Memperluaskan jalinan kerjasama dengan ibubapa, komuniti dan sektor swasta

Kementerian akan memperluaskan capaian Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) untuk membolehkan ibubapa memantau kemajuan anak mereka di sekolah secara atas talian. Kementerian juga akan menambah bilangan Sekolah Amanah kepada 500 buah menjelang 2025 dan turut melibatkan kumpulan alumni dan pertubuhan bukan kerajaan sebagai penganjur.

10. Memaksimumkan pulangan bagi setiap ringgit yang dibelanjakan:

Kementerian akan mengaitkan setiap program yang dilaksanakan dengan keberhasilan murid yang hendak dicapai dan merasionalisasi program berimpak rendah setiap tahun, Kementerian akan meningkatkan kecekapan dalam mengurus perbelanjaan dengan memberi keutamaan kepada bidang paling kritikal seperti peningkatan kemahiran dan latihan guru.

11. Meningkatkan Ketelusan akauntabiliti awam:

Semua pihak berkepentingan akan mempunyai akses yang tetap dan telus berkenaan tahap kemajuan setiap inisiatif yang dilaksanakan oleh Kementerian.  Laporan Tahunan mengenai kemajuan sasaran dan inisiatif pelan ini akan ditertbitkan utntuk tatapan umum mulai 2013.

Kesimpulan:
Sekiranya semua 11 anjakan dalam pelan ini dilaksanakan dengan cekap dan berkesan, untuk tempoh 13 tahun akan datang, Malaysia akan menyaksikan satu anjakan besar dalam sistem pendidikan negara, iaitu daripada sistem yang berfokuskan akses, kepada pendidikan yang berfokuskan kualiti. Kementerian akan mewujudkan Unit Penyampaian Pendidikan untuk memacu perlaksanaan pelan ini.

download draf awal: [link]

Read More »

Tuesday, September 11, 2012

Triad - Ratu di Hatiku OST Drama Adam dan Hawa


seriously cik balqis dah gilakan lagu ini! 
wahhh..sampai buat caller ringtones..
dengar lagu ini tiap2 masa..sah gila..haha~

uolss layan lagu ini yer..
dari kumpulan Triad - Ahmad Dhani :)

Triad - Ratu di Hatiku




Pernah aku mencintai wanita
Tapi tak seperti saat ku mencintaimu
Pernah aku merindukan wanita
Tapi tak seperti saat ku merindukanmu

Kamulah ratu di dalam hatiku
Ku cinta kamu sampai mati
Takkan pernah ada wanita yang bisa
Menggantikan kamu di hatiku
Menjadi ratu di hatiku


Pernah aku menikmati wanita
Tapi tak seperti saat ku menikmatimu
Pernah aku menangisi wanita
Tapi tak seperti saat ku menangisimu


Kamulah ratu di dalam hatiku
Ku cinta kamu sampai mati
Takkan pernah ada wanita yang bisa
Menggantikan kamu di hatiku
Menjadi ratu di hatiku


Kamulah ratu di dalam hatiku
Ku cinta kamu sampai mati
Takkan pernah ada wanita yang bisa
Menggantikan kamu di hatiku

Menjadi ratu di hatiku
Menjadi ratu di hatiku
Menjadi ratu di hatiku
Menjadi ratu di hatiku





Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®