Wednesday, December 09, 2015

Beauty Stalker


Lama saya tidak menulis sambil meluahkan perasaan. Tetapi malam ini saya terasa ingin mencoret serba sedikit di sini. Lama juga tidak menaip seperti membuat ayat karangan ala peperiksaan SPM. Pikiran, tiada siapa yang mahu membaca tetapi rupanya ada juga sweet-sweet stalker yang datang. saya rasa saya amat mengenali para stalker-stalker tersebut. yes, you..i know who you are, i know where you are. sudah lama tidak ketemu, tidak bertentang mata, bukan? 


Stalker is such a strong word. i prefer "Intense Research of an Individual". 

Salah ke stalker? Stalkerazzi..silakan, tidak ada sebarang peraturan untuk para stalker. kamu stalk saya, saya kembali stalk kamu. kamu pun tidak kisah, kan? kenapa buat begini? entah, mungkin perasaan ingin tahu yang agak menebal dan kuat, apa khabar kamu di sana? apa cerita terbaru mengenai kamu. sudah berkahwin ke tidak. sudah dewasa dan matang ke? Tiba-tiba terasa seram menyelubungi diri. aduh, sudah kenapa? Kadang kala pabila mengingatkan kembali peristiwa dan cerita lama tersebut menjadikan hati ini terasa gundah gulana. getaran itu masih ada, terasa kuat sekali. oh hati, jangan kau bermain cara seperti ini. lupakan, ya..lupakan.

Satu perkara sahaja yang ingin saya sampaikan kepada kamu. Ya, betul. Saya merindui kamu. i do miss you. Thanks for checking up on me even if you do not appreciate me at all.


lovenota : It's so awesome that i have a stalker like you :)


Read More »

Monday, December 07, 2015

Buaian Besar Tumbang di Port Dickson Waterfront



Seorang wanita parah manakala dua lelaki cedera ringan apabila buaian besar tumbang di tapak sebuah pesta ria di PD Waterfront, tengah malam tadi. Mangsa wanita dikenali sebagai Hawa Liana Kamar Bashah, 21, manakala dua lelaki lain dikenali sebagai Abd Rahman Mohamad, 35, dan Nor Aminur Rashid Nor Hisham, 17, yang masing-masing menaiki kerusi buaian berasingan. 

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson, Pegawai Bomba Kanan II Sulong Addin, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 12.05 tengah malam. Katanya, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 12.06 tengah malam dan seramai enam anggota bersama satu jentera segera dikejarkan ke tempat kejadian. 


Sebaik tiba di tapak pesta ria itu, katanya anggotanya mendapati buaian itu telah tumbang dan seorang wanita terperangkap pada kerusi buaian. Anggota bomba dengan menggunakan tangga memotong rantai buaian setinggi kira-kira tiga meter dan menurunkan bangku buaian perlahan-lahan, manakala dua lelaki tercampak ke bawah dan hanya mengalami cedera ringan. Semua mangsa segera dihantar ke Hospital Port Dickson.

Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) menggantung permit penganjuran pesta ria di PD Waterfront, berkuat kuasa serta merta, berikutan kejadian buaian besar tumbang malam tadi.


Yang Dipertua MPPD, Datuk Ab Khalid Mat, berkata tempoh penggantungan itu adalah sehingga pihaknya mendapat laporan lengkap mengenai kejadian itu dan keselamatan keseluruhan di tapak pesta ria itu. Katanya, penganjur berkenaan memang mempunyai permit yang sah dan biasa mengadakan pesta ria di kawasan itu.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Baharudin Mustapha, berkata dua mangsa yang cedera ringan, Abdul Rahim Mohd, 35, dan Nor Aminurashid Nurisham, 17, dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar di Seremban, pagi ini. Katanya, seorang lagi mangsa, Hawaliana Kamal Bashah, 21, patah tulang paha kiri.

Penganjur pesta ria mendakwa hujan lebat yang menyebabkan tanah tidak stabil menjadi punca kejadian itu. Wakil syarikat terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Alex berkata, setiap kali sebelum pesta ria itu beroperasi, kakitangannya akan memeriksa setiap permainan di situ, termasuk buaian besar itu. "Pemeriksaan dijalankan setiap petang bagi memastikan permainan yang disediakan dalam keadaan selamat untuk digunakan. Bagaimanapun, hujan lebat sebelum kejadian itu menyebabkan keadaan tanah menjadi tidak stabil dan mungkin menyebabkan tetulang utama yang menyokong permainan itu tidak stabil dan tumbang," katanya. Pesta ria itu diadakan sejak 1 November lalu hingga akhir bulan ini dan kejadian itu adalah kali pertama berlaku sejak beroperasi di sini, kira-kira 10 tahun lalu.

sumber: Berita Harian

****************************

Semalam saya berada di Waterfront Port Dickson nak makan malam di Sarah Seafood di belakang The Store. Siapa yang biasa makan area belakang The Store tu tahu lah kedai makan mana yang sedap dan murah. Saya selalu makan kat situ sebab mak saya suka dengan sup tulangnya. memang boleh "layan" makanan kat Sarah Seafood tu. Pada masa tu jam 7.30 malam. masa tu hujan betul-betul lebat siap ada guruh kilat bagai. terperangkap juga sekejap di dalam kereta. risau juga pada masa tu sebab PD nie kadang-kadang boleh banjir kilat tiba-tiba jugak. kang tenggelam pulak kereta nie. hahaha.

Tapi kalau penganjur fun fair tu dah cakap macam tu, betul la kot. tanah walaupun ditar cantik mana sekali pun, kalau dah kena hujan, lembutlah juga tanah tu. struktur tanah kawasan situ kena kaji baliklah. nanti jadi macam kejadian tanah mendap di KL pada tahun lepas. buat seram je..huhu.



lovenota : Seram juga kalau naik benda-benda funfair nie..huhu


Read More »

12 Lagu ke Anugerah Juara Lagu ke-30



Separuh Akhir Muzik Muzik 30 mempertaruhkan 30 karya berentap bagi menempah tiket ke pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-30, namun hanya 12 lagu yang layak beraksi di pentas akhir yang akan berlangsung pada 24 Januari 2016 untuk dinobatkan sebagai juara.


Senarai 12 lagu yang layak ke Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-30:
  1. Sampai Mati - Hazama 
  2. Potret - Akim & The Majistret
  3. Biarkanlah - Drama Band
  4. Knock Knock - Elizabeth Tan
  5. Bukan Hal Aku - Kaka Azraff dan Aliff
  6. Hanya Namamu - Caliph Buskers
  7. Malam Ini Kita Punya - Bunkface
  8. Not For Sale - Stacy
  9. Angin Kencang - Noh Salleh
  10. Mana Mungkin - Black
  11. Tak Pernah Menyerah - Dayang Nurfaizah
  12. Assalamualaikum - Faizal Tahir


Read More »

Saturday, December 05, 2015

Arwah Pak Yus Dalam Kenangan



Malam ini satu Malaysia rasa sangat sedih dan pilu apabila Astro Warna dalam Juara Parodi mengadakan Tribute to Pak Yus sebentar tadi. Saya yang berjiwa kental ini pun akhirnya menitiskan air mata. Speechless. Di twitter penuh dengan #PakYusDalamKenangan dan telah menjadi trending yang pertama dalam worldwide.

Siapa Pak Yus tu pada diri kita? Dia bukan siapa-siapa pun, bukan rapat dengan kita tetapi lihatlah, satu Malaysia menghargai dan mengenang Arwah Pak Yus. Kita yang hanya melihat di tv pun dah mengalir air mata, apatah lagi rakan-rakan yang sememangnya rapat dengan Pak Yus. Semuanya menangis teresak-esak, bukan dibuat-buat. Paling sedih bila tengok keadaan Tauke yang seperti tidak terurus, walaupun disiap mekap rapi, tapi air wajahnya nampak suram. 



Apabila Pak Yus pergi, baru semua orang nampak dan kenal siapa Yusry Bin Edoo yang sebenarnya. Seorang yang sangat pemurah, dermawan dan baik hati. Allahuakbar.





Selama kita dihiburkan dalam Maharaja Lawak Mega, tidak tersangka yang arwah akan pergi seusia yang begitu muda. Kita sememangnya akan merindui lawak-lawak spontan dari Arwah Pak Yus. Sememangnya Pak Yus salah satu pelawak kegemaran saya disebabkan lawaknya yang bersahaja, tidak dibuat-buat. Selalu tengok dalam Karoot Komedia, memang dia boleh bawa watak yang diberikan tak kiralah jadi perempuan pun dia boleh. Dan bila dia jadi perempuan, sangat menggelikan hati saya. 

Satu yang memang saya perasan sejak dari dulu, arwah memang suka cium orang. Dalam Karoot Komedia memang arwah suka cium Tauke, Jep, Ebby Yus, Shuib, Johan, Zizan dan Nabil. Cium yang betul-betul, bukan main-main. Nampak sangat betapa sayangnya arwah pada rakan-rakannya. 

Dan baru kita tahu arwah ada anak angkat rupanya. Mulia sungguh hati arwah. Siapa yang tak sedih dengan pemergian beliau? Kucing Pak Yus pun tahu tuannya dah tak ada.



Walaupun tak pernah jadi johan dalam Maharaja Lawak Mega, tetapi sebenarnya dia sudah menjadi raja dan dia sudah menjelajah seluruh kawanannya di dalam hati kita semua. He is really something, bukan biasa-biasa.

Mari kita imbas kembali perjalanan hidup Pak Yus.

1. Yus, atau nama sebenarnya Yussry Edoo, dilahirkan pada 15 Mac 1976 dan berasal dari Kangar, Perlis.

2. Mula menceburi bidang seni pada tahun 2001 selepas menyertai pertandingan Sinaran Pasport Kegemilangan anjuran sebuah stesen televisyen.

3. Bakatnya mula mendapat perhatian apabila menyertai pertandingan Raja Lawak musim pertama pada tahun 2007, seterusnya dinobatkan sebagai juara.

4. Pada tahun 2011, Yus bersama Tauke membentuk kumpulan Jambu dan menyertai Maharaja Lawak Mega. Mereka berjaya mendapat tempat keempat.

5. Gandingan kedua-dua mereka muncul naib johan Maharaja Lawak Mega edisi 2012.

6. Pernah dinobatkan sebagai Pelakon Teater Terbaik Kebangsaan pada tahun 2004.

7. Sudah terbabit dalam lebih 20 buah drama dan 11 buah filem.

8. Antara tagline Yus yang paling mendapat perhatian adalah 'Boleh tuju lagu', 'kicap ada kicap', 'Yaya Toure Manchester City', 'apa pun tak boleh' dan 'kokdiang'.

9. Yus antara artis yang aktif bersama Kelab Sukan Artis Malaysia (MASC).

10. Yus dilaporkan rebah selepas menjayakan Raja Band di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Dia kemudiannya dikejarkan ke Hospital Selayang namun meninggal dunia kira-kira jam 12.15 pagi.

Tenanglah kamu wahai Pak Yus. Damailah kamu di sana. 





lovenota: sebak!

Read More »

Wednesday, December 02, 2015

Tarikh Pembayaran Gaji Tahun 2016


Tarikh pembayaran gaji bagi kakitangan awam tahun 2016


Jika dilihat pada semua tarikh-tarikh gaji, semuanya di hujung bulan. Alhamdulillah. Sebab saya tak suka gaji awal..duit cepat habis. Susahnya nak berjimat kalau kaki jalan nie kan..hihi. 

Sekarang saya masih berada di Maktab Polis DiRaja Malaysia, Cheras kerana berkursus. Tadi pun dah panjang kaki ke ikea cheras. Nasib baik tak terjebak membeli. Hihi


lovenota : terasa sangat kehilangan Pak Yus Jambu. Al-Fatihah.


Read More »

Tuesday, November 17, 2015

Keputusan UPSR 2015 Meningkat



Pencapaian keseluruhan calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun ini meningkat sebanyak 0.02 mata Gred Purata Nasional (GPN) iaitu daripada 2.29 mata tahun lalu kepada 2.27 mata GPN tahun ini. 

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof, berkata peratusan pelajar mencapai semua A menyaksikan peningkatan sebanyak 0.76 peratus tahun ini iaitu daripada 7.89 peratus pada tahun 2014 kepada 8.65 peratus tahun ini. Ia membabitkan seramai 38,344 daripada 443,407 calon tahun ini berbanding 36,304 daripada 460,407 calon tahun lalu.

Bagaimanapun, calon yang mendapat pencapaian Baik (minimum Gred C, tidak termasuk semua Gred A) menurun sebanyak 1.34 peratus iaitu 57.69 peratus tahun ini berbanding 59.03 peratus pada tahun lalu. 

Peratusan calon yang mendapat pencapaian semua mata pelajaran di bawah tahap penguasaan minimum (semua Gred D dan Gred E atau kombinasi kedua-dua gred) menurun sebanyak 0.21 peratus iaitu daripada 2.87 peratus tahun lalu kepada 2.66 peratus tahun ini.

Empat mata pelajaran menyaksikan peningkatan Subjek Gred Purata (GPMP) iaitu Matematik, Bahasa Melayu (Pemahaman), Bahasa Melayu (Penulisan) dan Sains manakala Bahasa Inggeris menurun.

Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Damansara menjadi sekolah terbaik Wilayah Persekutuan dalam UPSR 2015. Seramai 81 daripada 178 pelajar memperoleh semua A, berbanding 69 pada tahun lalu.

Di Terengganu, seramai 2,558 calon peperiksaan UPSR memperoleh keputusan 5 dan 7A. Pengarah Jabatan Pendidikan negeri, Shafruddin Ali Hussin, berkata, pencapaian keseluruhan gred purata negeri meningkat sebanyak sebanyak 2.10 mata atau 0.05 peratus berbanding 2.15 mata tahun 2014.

Di Sabah, Seramai 1,612 calon UPSR 2015 memperoleh A bagi semua mata pelajaran, meningkat satu peratus berbanding tahun lalu. Pengarah Jabatan Pendidikan negeri, Datuk Jame Alip, berkata Keputusan Gred Purata Negeri (GPN) menunjukkan peningkatan iaitu daripada 2.67 peratus pada tahun lalu kepada 2.62 peratus bagi tahun ini.

Jika mahu semak keputusan UPSR dengan menggunakan khidmat SMS, langkah-langkahnya:

Taip : UPSR (jarak) ANGKA GILIRAN dan hantar ke 15888 
Contoh: UPSR KC001A040 hantar ke 15888


Read More »

Tuesday, November 03, 2015

Video Pelajar Sekolah Melamar dan Bercium



Siasat video aksi lamaran, kucupan pelajar



Pasir Gudang: Kementerian Pendidikan akan melakukan siasatan terperinci mengenai aksi lamaran dan kucupan pasangan kekasih membabitkan pelajar sekolah menengah yang tersebar di laman sosial, semalam.

Timbalan Menterinya P Kamalanathan perkata, pihaknya akan meneliti video berkenaan sebelum mengambil tindakan susulan.

"Kami akan mengenal pasti dan tidak tahu mengenai sekolah itu (lokasi kejadian). Saya belum menontonnya, tetapi buat masa ini kami akan melihat video dan kenal pasti di mana lokasinya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai video berdurasi pendek mengenai pasangan pelajar sekolah yang didakwa melalui proses lamaran dengan aksi berakhir adegan bercium.

Tindakan pasangan pelajar berkenaan yang disaksikan rakan sekolah mendapat kritikan hebat daripada pengguna laman sosial.

Kelihatan seorang pelajar wanita berlari ke arah seorang pelajar lelaki sebelum dilihat berpelukan dan bercium.

Sumber : Berita Harian

******

Tengok, zaman sekarang dah maju dah canggih. Baru budak sekolah dah pandai melamar @ propose lepas tu cium mulut..kissing bhai. Siap propose bagi bunga lagi. Kiranya nak ajak couple la nie..bukan main lagi kan? Zaman dulu-dulu takde nak macam nie. Malu-malu kucing lagi tau. Budak nie siap peluk cium bagai..Haha. 

Walaupun mereka pelajar India, agama mereka pun takde melarang, tapi peraturan sekolah tetap peraturan. Bukan nak buat isu perkauman, tapi ini sebagai pengajaran untuk semua pelajar tak kira pelajar Melayu, Cina atau India. Semua undang-undang dan peraturan adalah sama rata. Kalau disabit kesalahan akan diberi hukuman..tak silap saya kena buang sekolah kot. Kena check balik kat buku peraturan sekolah.

Kepada pelajar sekolah, selagi ada undang-undang, ikutlah. Disiplinkan diri. Itu yang membentuk jati diri anda. 


lovenota : budak sekolah semakin berani


Read More »

Monday, November 02, 2015

Rindu



Lirik Lagu Rindu - Shae Ft Nukilan

Verse 1 (Shae)
Di malam yang sepi
Aku sendirian dengar bisik hati
Ku pejamkan mata
Biarkan dibawa kembali ke suatu

Ruang dan masa
Indahnya bila dibuai sejarah
Di dalam keasyikan
Terlihatkan seraut wajah

Chorus (Kelana dan Shae)
Rindu membelenggu
Terkenang masa lalu
Hati jadi rindu tak terkata
Manapun kau berada
Semoga berbahagia

Verse 2 (Agenda)
Ku bertanyakan mana sita
Kembalikan warkah cinta
Moga manis jangan tangis hakis tinta
Semua janji yang pernah dideklarasi
Tinggal puisi sepi minta dideklamasi
Aku masih bergelut memeluk takdir
Detik bermula sehingga kemelut berakhir
Apapun juga keputusan
Aku terima walau jujurnya tak keruan dan

Yang dah berlaku biarkan berlalu
Nescaya nestapaku kan diubat waktu
Kau harus bahagia walau tak bersamaku
Khabarnya hidupmu kini ibarat ratu
Nahu lagu berbaur tabu ku tahu
Namun bukan niat ‘tuk menggugat dan mengganggu
Semoga kau pun merindui
Dua lokasi, hati satu frekuensi
Aku rindu

Bridge (Kelana dan Shae)
Rindu
Sejujurnya ku menginginkanmu
Di sini bersama menempuh dunia ini

Rindu membelenggu
Terkenang masa lalu
Hati ini jadi rindu
Tak terkata
Manapun kau berada
Semoga berbahagia

Andainya diberi kesempatan
Banyak yang mahu kuperkatakan
Menyusur rekahan mengukur punca retakan
Sejujurnya dirimu tak kupersalahkan
Sempurna perbuatan, perkataan dan perwatakan
Mungkin semuanya berpunca dari aku
Yang selalu keterlaluan memahukan sesuatu
Memorabilia, paraphernalia cinta
Setia mencerita sisa memori tercipta bila

Verse 3 (Kirana)
Ku mengadu ke purnama
Bertanyakan khabar pujanggaku di sana
Puisi cinta lama sibuk dihidupkan
Menjadi senandung lestari bayu tiup-tiupkan
Yang kau nyanyikan aku nyanyi juga
Tak sempurna tapi ku kan tetap coba
Semoga terus merindui
Dua lokasi, hati satu frekuensi

Aku rindu

Chorus (Shae dan Nukilan)
Rindu membelenggu
Terkenang masa lalu
Hati jadi rindu
Tak terkata
Manapun kau berada
Semoga berbahagia

Jangan ku kau lupa hingga hari kita bersua


lovenota 1 : this song is for u ♡
lovenota 2: you are very far,  but really close in my heart
lovenota 3: jangan layan aku yang sedang jiwang


Read More »

Monday, October 26, 2015

Last seen Whatsapp si Dia


Al-kisahnya, tadi konon-konon sebelum tidur ingin baca semua text message di Whatsapp, WeChat, Telegram, etc di dalam tab. Mungkin ada message penting dalam group sekolah. Dah seminggu tak on tab saya tu. Maklumlah, saya nie jenis pemalas sikit *actually pemalas banyak* nak online benda-benda canggih tahap dunia ini. Sebab itu ramai yang menggelarkan saya ini sangat 'ketinggalan zaman'. Tergaru-garu saya bila orang kata saya sebegitu. Itulah tabiat saya yang paling susah nak buang. 

Oh ya, berbalik pada tajuk saya. Saya mendapat message dari cik abang. Entah buang tebiat agaknya tiba-tiba rajin pula hantar message di Whatsapp. Bila baca tu memang hati berbunga riang. Seronok, ya..sangat. Bila rindu, tengok pintu rumah pun jadi la ye, kan? Dah macam drama melayu rasanya. Hihi. 

Maaf, saya tergedik sekejap. Lepas tu, Tiba-tiba mata melihat pada 'last seen'. Erkk??


Maka, bermulalah sifat syak prasangka saya. 

Oh, tidak! Kenapa ''last seen yesterday at 23:40''? Dia tidur pukul 9.30 tadi kot. Ingat lagi masa tu aku tengah syok tengok Gegar Vaganza. Dia nie jenis tidur mati. Aku pernah call tengah-tengah malam tak pernah berangkat. Apesal plak boleh last seen pukul 11.30?? Uihh, die tipu aku ke nie?? Mesti dia tak tidur nie. Mesti buat benda lain nihh. Dia chat dengan siapa?? Takkan la chat sampai lewat malam?? Esok kan kerja, nak bangun awal. Eh, tak boleh jadi nie!!! Dia curang belakang aku ke nie?? Perempuan mana pulak tu??!!! Mesti budak-budak kolej dia nie. Tahu la ramai budak pompuan bergetah!! Cantik muluss kiut miut dari aku!! Ishkk susah jugak berlakikan lecturer kolej nie!! Eh betul ke? OH TIDAKKKKK!!!

STOP!

Itu merepek. Haha. Itu adalah bisikan syaitonnn. Astaghfirullah al'azim. Jangan cepat berprasangka buruk. Sikit-sikit takpe, kalau merepek-kerepek jangan sesekali. Karang gaduh bertekak menangis bagai susah plak. 

Saya mengaku saya jenis cepat terasa hati. Seperti kes 'last seen' kat atas nie. Tapi saya tak kisah. Chewahh, kemain kau eh..hihi. Bukannya tak kisah 100% tapi fikir positif. Kita kenal pasangan kita, saya tersangat kenal dia jenis yang macam mana. Dia jenis buka henfon tak tutup internet, henfon letak merata-rata, masa tengah call pun boleh tertidur lepas tu henfon tercampak di mana-mana. Last seen itu langsung tak bermakna pada saya *walaupun dalam hati seperti dikoyak-koyak dicincang seperti roti canai*. 

Alah, saya dah tak heran dah. Nak cemburu pun tak kena pada usia saya nie. Kalau masa zaman muda-muda dulu lainlah. Sekarang nie fokus pada masa hadapan yang bakal mendatang. Tak ada masa nak cemburu buta nie. Tapi, bila saya betul-betul rasa cemburu, dia boleh suka pulak. Dia ada cakap, tak sangka awak cemburu, kan? Sebab tu saya kata, awak nie masih budak kecil bagi saya. Duh! I am a big girl now..huhu. 

Tapi sebenarnya, jangan mudah terpedaya. Berhati-hati ye. Pada perempuan muda di luar sana, nak tahu lelaki curang senang je. Kalau masa 'last seen' itu berubah selang beberapa minit, tapi masih tidak reply satu pun text anda, ya, dia memang sedang curang. Kena peka pada 'last seen' itu. Belum lagi cerita pasal 'double blue-tick' lagi. Sah-sah dia sengaja tak nak reply message kita. 

Kalau dia hide 'last seen', ternyata dia lelaki yang BACUL. Maaf ye kalau kasar. Kenapa saya katakan sebegitu? Sebab dia PENGECUT. Konon nak hide untuk elakkan pergaduhan, nak jaga hati pasangan. Itu semua BULLSHIT. Berani kerana benar. Nak sorokkan apa? Tinggalkan je orang sebegitu. Orang yang menipu ini memang banyak akal, tetapi ingat, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.

Never hide your 'last seen' in Whatsapp, it will let people know that you are ignoring them. 

Dah, waktu tidur untuk si musang. Sebab tu orang panggil saya beautyfox. Duh!


lovenota : Disebabkan ini juga kes penceraian semakin meningkat. Nauzubillah. 


Read More »

Sunday, October 25, 2015

Demam Kepialu


Sekarang ini dah tersebar demam kepialu di Malaysia. Risau juga kalau terkena pada kita sendiri kan? Mari kita kaji bagaimana demam kepialu tersebar, simptom dan cara mengelakkan diri anda daripada dijangkiti.

DEMAM kepialu atau tifoid merupakan penyakit yang disebabkan oleh bakteria Salmonella typhi yang mencemari makanan atau minuman.

Ia mudah dijangkiti dan pesakit akan mengalami simptom seperti demam, sakit perut dan sakit kepala yang mungkin berlanjutan sehingga beberapa minggu.

Komplikasi yang mungkin timbul jika ia tidak dirawat adalah perdarahan dan kebocoran saluran penghadaman, keradangan otak dan psikosis.

Ketahui tanda-tanda jangkitan demam kepialu, cara ia tersebar dan langkah yang boleh diambil untuk melindungi keluarga anda.



Read More »

Kisah Maria Farida dan Karen Rahman


Kronologi kisah Maria Farida dan Karen Rahman


Maria Farida memang seorang yang cantik. Saya sendiri pernah tengok dengan mata saya sendiri semasa penggambarannya di sekolah saya dulu. Wajahnya tidak menggambarkan usia sebenarnya. Apa rahsianya saya pun tak tahu.

Apa cerita dengan Maria Farida nie? Ini kisah paling sensasi Maria Farida bagi tahun 2015. Beliau dituduh sebagai perampas suami orang dan meruntuhkan rumah tannga orang lain. Cerita macam nie selalu kita dengar. Tapi kisahnya kali ini agak menarik sedikit.

Kisah Maria Farida bermula apabila seorang wanita iaitu Datin Karen Rahman memuat naik kenyataan bahawa Maria Farida yang juga sahabatnya menjadi punca kepada perpisahan dirinya dan suami. Gambar 'bersahabat baik' di bawah, dari kiri ialah Datin Karen Rahman bersama dengan bekas suaminya, Dato' Rahman (tengah)  dan Maria Farida.


Apa yang lebih teruk, dia turut menuduh Maria Farida telah ‘memandremkan’ suaminya sehingga lupa akan tanggungjawab sebagai seorang suami. Turut memuatnaik keterangan miss kepoh mengenai perkara tersebut di instagramnya.



Datin Karen Rahman ialah pengasas produk kecantikan iaitu KR Beauty Care. Beliau menggunakan nama Izlny Karen di Facebook. Nama sebenarnya ialah Hadijah.



Dia juga menerangkan bahawa dia dan suaminya, Dato' Rahman sudah bercerai 3 bulan yang lepas. So, dah bukan datin la. Karen Rahman je. Dato' Rahman juga mendedahkan beliau mula rapat dengan Maria Farida selepas sudah bercerai dengan Datin Karen Rahman di dalam Melodi.

Kemudian, anak kandung Datin Karen iaitu Shazleen Anis Rahman menerusi akaun Instagramnya mendedahkan perangai sebenar ibunya yang hanya “berdrama” sebagai mangsa keadaan sedangkan beliau juga seorang kaki clubbing dan pernah ditangkap khalwat bersama lelaki lain sebelum ini.



Shazleen Anis menyangkal semua tuduhan yang dilemparkan oleh ibunya, Datin Karen Rahman. Dan Shazleen Anis juga sudah menerangkan kesemuanya dalam Melodi tengah hari tadi. Malah, Shazleen Anis juga mengatakan benar Datin Karen selalu mabuk teruk, pernah ditangkap khalwat dengan lelaki lain, pernah disuruh untuk melakukan aktiviti terkutuk, pergi ke kelab malam, tidak menghormati suami dan menghalau keempat-empat anak-anaknya yang kini dijaga oleh Dato' Rahman.


Gambar Shazleen Anis Rahman

Jika anda masih ingat suatu ketika dahulu, Shazreen Anis Rahman pernah rapat dengan Aliff Aziz dan pernah menjadi kontroversi disebabkan gambar-gambar mereka yang telah tersebar.  


Maria Farida menyatakan masalah ini timbul apabila beliau tarik diri daripada terus menjadi duta produk kecantikan KR Beauty Care itu sejak Ramadan lalu. Dia juga mengatakan Datin Karen juga ada berhutang dengan Maria di mana beliau tidak membayar khidmat pelakon itu sebagai duta seperti yang terkandung di dalam kontrak iaitu sebanyak sepuluh peratus hasil produk tersebut. 



Maria Farida juga sudah membuat laporan polis disebabkan beberapa isu seperti keretanya disimbah cat merah dan dituduh menghancurkan rumah tangga orang dan perampas suami orang. Beliau juga telah diugut disimbah asid. 

Buat masa kini, Datin Karen tidak mahu mengulas lebih lanjut disebabkan kes ini sudah menjadi kes polis atas nasihat peguamnya. Dia dituduh oleh Maria Farida kerana terlibat dalam menyimbah cat di keretanya.

Tunggu jelah kisah selanjutnya.

Lama menunggu kes mereka, senyap sepi. Mungkin berdamai secara sukarela kot. Tup-tup hari ini (27 November 2015) Maria Farida sudah pun bernikah dengan Datuk Rahman. Hebat, kan? Majlis pernikahan diadakan di Kelab Golf Kuala Lumpur (KLGCC) selepas Zuhur itu tadi turut dihadiri keluarga dan teman artis. Siap ada hashtag sendiri, #mariarahman. Kelasss kauu maria!





Tahniah! 


Read More »

Wednesday, October 21, 2015

[21 Oktober] Jerebu: Penutupan Sekolah Sesi Petang Di Negeri Sembilan



*Klik untuk besarkan gambar*

Semalam dah tengok IPU Negeri Sembilan memang teruk, dalam tahap tidak sihat iaitu melebihi 121. tapi tak diumumkan penutupan sekolah pun. agak pelik juga kalau dilihat penutupan di beberapa daerah Perak, bacaan IPU di Perak pun lebih kurang sama dengan bacaan IPU di Negeri Sembilan. macam pilih kasih je, kan? huhu. sepatutnya pantau bacaan pada malam hari, bukannya tengok bacaan IPU pada waktu petang je, kena jugak la tengok bacaan malam. lepas tu baru umumkan penutupan sekolah.

Saya nie walaupun saya cikgu, saya lebih suka sekolah ditutup. Bukan suka disebabkan cuti, tetapi masalah kesihatan. ramai sangat anak murid saya yang tidak sihat, walaupun sekarang musim peperiksaan akhir tahun. minggu depan dah SPM. anak-anak murid nie kena jaga kesihatan baru dapat jawab soalan dengan baik. kalau kesihatan terjejas, biarpun budak pandai sekalipun, akan terjejas pencapaian peperiksaan akhirnya. memang ramai pelajar saya yang macam tu, kecundang disebabkan kesihatan. 

Ye saya faham ramai mengadu kenapa budak sekolah je yang cuti, kenapa pelajar kolej universiti tak cuti? Padahal sama je, masing-masing ada hidung, ada peparu, ada jantung.  Itu di bawah pengurusan Universiti masing-masing, tak tertakluk di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dah. Nak cuti mohon pada pengurusan universiti masing-masing. Sama juga dengan orang yang dah bekerja, tertakluk pada bos masing-masing. 

Tengok macam hari ini, jerebu kuat lagi kat sekolah saya. Bacaan IPU di Negeri Sembilan pada hari ini ialah 153 (jam 11 pagi). saya sendiri mengalami batuk teruk dan selsema akibat masalah jerebu. lepas tu, ada arahan terbaru dari Dato' Hajah Kalsom Bin Khalid, Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan, iaitu penutupan sekolah pada sesi petang dan sekolah agama pada hari ini (Rabu) 21 Oktober 2015. sepatutnya yang dah bersekolah nie diarahkan balik je. tak larat saya nak jalan sana-sini dalam keadaan yang terbuka nie. kalau sekolah di bawah satu bangunan macam opis pejabat tu tak pe jugak. tekak nie dah rasa perit sangat bila hirup udara berjerebu nie. Bergelen-gelen minum air terasa pahitnya.

Semalam ada viral mengatakan jerebu yang tersebar sekarang ini adalah jerebu kuning. tetapi JAS (Jabatan Alam Sekitar) menafikan kewujudan jerebu kuning tersebut. entahlah, ianya bergantung pada alat bacaan IPU negara masing-masing. kalau dah JAS kata macam tu, kita pun iyakan jelah. 

Ada berita mengatakan jerebu ini mungkin akan berterusan sehingga bulan November. kita doakan yang terbaik, semoga negara kita cepat pulih dan kembali kepada sedia kala. InsyaAllah.

[UPDATE: Kementerian Pendidikan telah mengarahkan semua sekolah di beberapa negeri ditutup pada Khamis, 22 Oktober ekoran situasi jerebu yang kian merosot. Sekolah-sekolah terbabit adalah di Negeri Sembilan, Selangor, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Kuala Lumpur; Perak; Pulau Pinang; Kedah; Perlis; daerah Bentong di negeri Pahang serta Bahagian Kuching, Bahagian Samarahan, Bahagian Sri Aman dan Bahagian Betong di negeri Sarawak.


lovenota : esok iaitu hari Khamis (22 Oktober 2015) cuti lagi..dapat menanda kertas Sains PT3 dengan aman..huhu.


Read More »

Thursday, October 15, 2015

Index Cemburu Lelaki Mengikut Horoskop


Saya dapat info nih dari blog hamba Allah tuh. berkenan la pulak kn..hehe. tetapi bila kita baca, memang ada yang kena pulak pada lelaki yang kita kenal. cuba korang pulak check partner masing-masing, agak-agak kena tak? so,check this out!! 

Setiap insan yang dilahirkan pasti mempunyai perasaan cemburu. Tidak kira semasa zaman kanak-kanak, remaja mahupun di kala usia mencecah batas dewasa, perasaan cemburu tetap wujud dalam sanubari manusia. Bagi pasangan yang bercinta, cemburu sentiasa mewarnai hubungan kasih yang disemai bersama.

Cemburu sering dikaitkan dengan kaum Hawa. Percaya atau tidak, lelaki juga mempunyai perasaan cemburu yang terselindung di sebalik egonya. Malah tanpa disedari lelaki zaman ini juga ada kalanya menyimpan perasaan cemburu yang mengatasi kaum perempuan. Jom kita lihat indeks cemburu kaum lelaki menurut bintang kelahiran…



Aquarius (21 Januari - 19 Februari)

Lelaki Aquarius biasanya akan menggunakan ayat-ayat yang memerli untuk menunjukkan cemburunya. Jangan ingat dia sedang bergurau. Apabila topik perbualannya hanya tertumpu pada seseorang saja, maka ternyatalah bahawa dia sedang cemburu.
Indeks: xxx
ORANGNYA: Pijak semut tak mati..
TIPS UTK MEMIKAT: Kacang aje..sentiasa berpakaian cantik,glamour..comfirm dia sentiasa nak berkepit aje dengan awak
WARNING: Lelaki Aquarius nie cepat bosan dengan org. so, sebelum dia tinggalkan kita..kita blah dulu

Pisces (20 Februari - 20 Mac)
Lelaki yang paling mulia dan baik hati, lagi kuat cemburunya. Tak lain dan tak bukan adalah lelaki Pisces. Indeks cemburunya amat memeranjatkan. Kalau kekasihnya menderhaka kepadanya, dia akan menjadi seperti wanita meraung-raung. Air matanya juga akan tenggelamkan anda.

Indeks: xxxxx
ORANGNYA: Segak, bergaya, mengada-ngada, choosy..
TIPS UTK MEMIKAT: Kasi jer belacan...
WARNING: Diorang tak suka makan belacan!

Aries (21 Mac - 20 April)

Lelaki Aries mempunyai sifat diktator secara semulajadi. Selain seorang yang memerintah, dia juga suka mengawal orang lain. Tidak kira dalam apa jua perkara, dia juga berharap menggunakan tenaga dan kuasanya untuk menyelesaikannya. Apabila berhadapan dengan musuh kekasih, dia akan segera mengambil tindakan untuk menyebabkan pihak lawan undur dari mengurat kekasihnya.
Indeks: XX

ORANGNYA: Anak mak! smart mamat. Intelligent,
TIPS UTK MEMIKAT: Bagus utk minah-minah tudung (NO OFFENCE) but its true..Jejaka Aries suka wanita yang sopan, tata-tertib sebab nak bawa tunjuk mak so kenalah bawa balik yang bagus punya.
WARNING: Jika anda betul anda rasa aries ini pilihan anda, pilihlah. Kalau tidak, janganlah main-mainkan hatinya. Hati dah luka sukar nak dibaiki. Macam motor yang dah rosak, berbulan-bulan di bengkel baru baik.

Taurus (21 April - 21 Mei)

Lelaki Taurus adalah lelaki yang peramah dan sangat jujur. Tapi jangan ingat dia tidak tahu cemburu. Dia tidak dapat terima kekasihnya menderhaka kepadanya. sekiranya dia dapat tahu anda keluar makan malam dengan lelaki lain, buatlah persediaan untuk memberi penjelasan kepadanya.
Indeks: xxxx
ORANGNYA: Mencabar. Garang seperti singa, takut seperti tikus. Mereka tidak tetap dengan pendirian sendiri...
TIPS UTK MEMIKAT: Low profile sikit, mereka suka sesuatu yang mencabar, let him find out the real you..
WARNING: Kadang-kadang diorang suka buat kelakar sorang2...kesian takde orang lain layan...

Gemini (22 Mei - 21 Jun)

Lelaki Gemini hanya menganggap cemburu itu sebagai satu permainan saja. Dia ialah seorang yang suka bermain-main. Oleh itu, dia paling benci akan cinta secara paksa. Malah dia tidak akan mungkin melepaskan peluang untuk berkenalan dengan wanita lain walaupun sudah memiliki kekasih. Jadi, indeks cemburu lelaki Gemini adalah kurang berbanding dengan lelaki Zodiak lain.
Indeks: xxxx
ORANGNYA: Gemok! egoistic, tak suka kalah. Kalau ada debate, jgn harap anda nak menang.. Dalam apa-apa persoalan jua mereka ada aje alasannya
TIPS UTK MEMIKAT: Sabar aje lah..be patient. Sebagai perempuan, mengalahlah sikit..Lambat laun hatinya akan lembut jugak.. Lelaki Gemini nie suka pada perempuan yang lembut, hatinya akan lembut jua.
WARNING: Jangan bersikap terlalu kasar dengannya..kalau dah tak tahan dengan mereka..blah aje jangan banyak cakap..mereka panas baran. Tak guna bertengkar, anda tak akan menang punya pasal diorang nak menang jer.

Cancer ( 22 Jun - 23 Julai)

Secara kebetulan lelaki Cancer terbalik dengan lelaki Gemini. Dia tidak akan berjauhan dengan kekasih malah selalu berhimpit dengan kekasih. Ini adalah kerana dia mempunyai perasaan kekosongan dan juga perasaan tidak selamat. (jangan ingat hanya perempuan saja yang mempunyai perasaan tidak selamat). Bayangkan kalau kekasihnya meninggalkannya, cemburu pasti akan menghuru-harakan dunia ini.
Indeks: xxxxx
ORANGNYA: Segak, kaya, bermurah hati, suka menunjuk-nunjuk dengan kemewahan. tetapi mereka adalah sebaliknya (berhati-hati ya)
TIPS UTK MEMIKAT: Jangan pula anda pun nak skaya. nanti habis duit dikebas.
WARNING: Tolong jangan terpedaya dengan kata manisnya. mula-mula manis, kalau dah lama jadi masam..kadang kadang jadi basi...

Leo (24 Julai - 23 Ogos)

Lelaki Leo sangat ego dan juga sangat tabah. Dia tidak akan cemburu kerana perkara yang remeh-temeh. Dia tidak akan menyebabkan air muka dirinya jatuh kerana cemburu. Walaupun kekasihnya telah melakukan perkara yang membuatkannya marah, namun dia tetap akan mengekalkan perasaan yang tenang untuk berbincang dengan kekasihnya.
Indeks: xx
ORANGNYA: Penyayang, warm-hearted, tidak kedekut bila mahu berkongsi kesenangan dan kemewahan dengan org yang disayanginya. Suka memberi hadiah. Jejaka Leo ini juga seorang yang ambitious, self-centered tapi tak ego (jejaka Leo memang begitu). Kuat ingatan, so berhati-hati di dalam setiap kata-kata dan perbuatan anda.
TIPS UTK MEMIKAT: Sebagai perempuan, haruslah menunjukkan kewanitaan yang selembut-lembutnya. Kena tahu bagaimana menilai dan menghargai setiap ciri dan kualiti ada pada jejaka Leo.
WARNING: Jangan..saya ulangi..JANGAN bercakap atau memuji lelaki lain di hadapan LEO. Mereka tak suka dibanding-bandingkan dengan org lain. Mereka itu sensitif dan kuat cemburu! Lelaki Leo tidak suka berkongsi perempuannya dengan orang lain.

Virgo (24 Ogos - 23 September)

Cemburu lelaki Virgo amat memeranjatkan. Lelaki Virgo tidak mempunyai hati yang lapang dan juga pemikiran yang luas. Cemburu telah menjadi perkara biasa dalam kehidupan pasangan ini. Walaupun dia amat mencintai kekasihnya, namun tetap bergaduh besar dengan kekasih kerana cemburu.
Indeks: xxxx
ORANGNYA: Pemalu, tak pandai mengawal emosi, ceng'eng. Suka mencari perhatian dari perempuan. Sanggup melakukan apa sahaja untuk memikat perempuan yang kadang-kadang boleh memalukan perempuan tersebut.
TIPS UTK MEMIKAT: Lelaki Virgo suka yang pendiam, tak kecoh, sofisticated, simple, jarang banyak cakap (cerewet pulak si virgo nie). So kenalah pandai menyerlahkan nilai-niai kewanitaan, gaya yang manis, kelembutan dan tak lupa kesabaran..(virgo ceng'eng..kuat merajuk)
WARNING: Bila pergi dating, jangan pakai yang ter "over welming"..virgo ini gatal..(chicky duck) kalau dia over gatal, kasi jer flying kick sama dia.

Libra ( 24 Spetember - 23 Oktober)

Lelaki Libra mementingkan imejnya yang bertatatertib. Disebabkan cemburu akan menjejaskan imejnya, maka dia rela mengekalkan penampilan yang baik. Sebenarnya dia tidak ingin menimbulkan perselisihan dengan kekasih akibat cemburu yang akan menjejaskan hubungan mereka.
Indeks: x
ORANGNYA: Cerewet, posessive, takes things lightly when comes toquarrel tapi jujur dalam segala hal...
TIPS UTK MEMIKAT: Senang aje..Libra suka perempuan yang ceria, happy go lucky..SO be yourself
WARNING: So bila nak date, pakailah make-up yang sederhana tetapi jangan lupa cover-up jerawat jika ada. a big turn off for Libra pasal diorang ingat diorang nie semua hensem sebab Samy Vellu pon Libra jugak tapi tak hensem pun...

Scorpio (24 Oktober - 23 November)

Semakin mendalam cinta terhadap kekasih semakin kuat cemburu. Inilah yang boleh menggambarkan lelaki Scorpio. Dia menghormati dan cinta sepenuhnya terhadap kekasih. Tetapi cemburunya juga tidak kurang. Sekiranya kekasihnya menunjukkan sebarang kemusykilan, maka dia akan menunjukkan cemburunya.
Indeks: xxxx
ORANGNYA: Action serius, mudah cemburu, mood swing..
TIPS UTK MEMIKAT: Sentiasa menghargainya..nak bergayut di telefon berjam-jam pun takpe! janji dengan dia, kerana Scorpio ini macam Libra juga, posessive.
WARNING: Buat pilihan yang betul bila mahu memikat Scorpio, kerana bila dah terjerat susah nak escape dari scorpio...(jangan kata aku tak kasi warning)

Sagitarius (23 November - 21 December)

Lelaki Sagitarius juga boleh cemburu. Namun cemburunya datang dengan cepat, pergi juga cepat. Dia selalunya cemburu sebelum mengenal pasti perkara sebenarnya. Apabila mengetahui hal sebenarnya cemburu pun reda. Tapi, apabila dia ada matlamat baru dia akan meninggalkan kekasih yang sering membuatnya cemburu.
Indeks: xxx

ORANGNYA: Fuyoh..siapa dapat memang untung. Sagitarius orangnya happy aje..suka (bergembira tepok tangan sama-sama..la la la..) bawa partner jalan-jalan. sort of adventurous
TIPS UTK MEMIKAT: Sentiasa ada plan bila nak keluar..tengok wayang ke? anything asalkan jangan membosankan...
WARNING: Jangan "u plan..i plan lah"..'confirm tak ada plan'.

Capricon ( 22 December - 20 Januari)

Lelaki Capricorn mempunyai sikap yang pesimistik. Dia merasa rendah diri di dalam kehidupan. Apabila dia berasa cemburu, dia tidak akan tunjukkan pada kekasihnya sebaliknya akan mengeluarkan ketidakpuasan ini pada tempat lain seperti sukan atau di tempat kerja.
Indeks: xxx
ORANGNYA: Egoistic, ada batu duduk di atas kepala, pendek kata Capricon seorang yang sukar nak meluahkan perasaannya. Jarang sekali anda akan mendengar dia melafazkan 'cinta' pada anda.

TIPS UTK MEMIKAT: COOL aje sis..Nak tackle mereka bukan mudah..Jangan give in selalu..Ajar sikit..Mereka jual mahal..Kita jual lagi mahal.
WARNING: Macam layang-layang terputus talinya..jual mahal..Mahal jugak sis..Jangan mahal sampai terputus tali..Melepaslah kau nanti...

~sya_balqis~


Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®