Wednesday, July 05, 2017

Tugasan Geografi PT3 2017: Potensi Memajukan Kawasan Kajian

CONTOH JAWAPAN LAPORAN / TUGASAN / KERJA KURSUS GEOGRAFI PT3 2017

CONTOH JAWAPAN




3. Potensi untuk memajukan kawasan berlorek.



Bahan Grafik dari Borang Soal Selidik



Contoh membuat analisa daripada borang soal selidik:

JADUAL 3: JADUAL MENGENAI POTENSI UNTUK MEMAJUKAN KAWASAN DI TAMAN BUKIT UTAMA DI BUKIT ANTARABANGSA MENURUT 20 ORANG RESPONDEN

Potensi
Kekerapan
Pertanian
9
Pelancongan
8
Pusat Perniagaan
2
Jumlah
20

Sumber: Responden-responden yang disoal selidik


Carta Bar daripada hasil borang soal selidik



Antara beberapa cadangan kawasan yang berpotensi untuk dimajukan adalah kawasan hutan belukar tepi jalan utama, kawasan lombong, kawasan paya bakau, kawasan kebun pokok getah atau kebun-kebun kelapa sawit. Antara cadangannya adalah seperti berikut :

1. Pembinaan rumah pangsapuri / rumah teres / kondominium (taman perumahan)

Contoh huraian:
Kawasan tanah pamah sesuai dijadikan kawasan penempatan utama. Taman Seri Kelemak turut berpotensi untuk dijadikan kawasan petempatan. Sememangnya kawasan kampung ini mempunyai kepadatan penduduk yang agak tinggi. Dengan keadaan bentuk muka bumi yang rata dan luas, ia memudahkan untuk membina petempatan di kawasan ini.

2. Pembinaan MRT / LRT / komuter / Keretapi

Contoh huraian:
Kemudahan pengangkutan bas / LRT / teksi memudahkan penduduk untuk berulang alik ke tempat kerja dan sekolah.

3. Bangunan pasaraya / pusat membeli-belah / restoran segera

Contoh huraian:
Dua orang responden yang berbangsa Melayu berpendapat bahawa kawasan ini sesuai sebagai kawasan perniagaan. Terdapat sebuah Pasaraya Giant di sini dan tidak lama lagi, sederet rumah kedai akan dibina di kawasan ini yang menjadikan kawasan ini sebagai kawasan yang berpotensi untuk menjalankan kegiatan perniagaan.

Deretan kedai yang banyak sekitar kawasan Kampung Raja telah menggalakkan aktiviti-aktiviti perniagaan. Terdapat ramai usahawan–usahawan yang membuka perniagaan. Antara perniagaan yang dijalankan ialah kedai makan,butik, kedai runcit dan servis seperti kedai gunting rambut, dobi pakaian dan bengkel. Oleh itu, ramai penduduk di sini menjalankan aktiviti perniagaan.

4. Pembinaan jalan raya / lebuhraya

Contoh huraian: 
Kawasan ini mempunyai tanah yang rata dan ia sememangnya sesuai dan mudah untuk membina kemudahan jalan raya di kawasan ini. jalan raya dan landasan kereta api lebih mudah dibina kerana ia hanya melibatkan kos yang rendah.

5. Bangunan kerajaan - sekolah, balai polis, balai bomba atau pejabat

Contoh huraian: 
penduduk di Kampung Raja terlibat di dalam bidang perkhidmatan kerana di kawasan Kampung Raja terdapat beberapa sekolah menengah, sekolah rendah, MRSM dan Institut Perguruan iaitu Institut Perguruan Sultan Mizan. Oleh itu, ramai penduduk di sini terlibat dalam bidang pendidikan dan menjadi tenaga pengajar di tempat–tempat tersebut.

6. Kemudahan infrastruktur - surau, taman permainan, stesen bas

Contoh huraian:
Kawasan tanah pamah juga sesuai dijadikan tempat pembinaan jalan raya dan kemudahan-kemudahan sosial. Kemudahan sosial yang disediakan ialah seperti tempat perhentian bas dan satu lagi yang dibina oleh kerajaan ialah dewan serbaguna. Kemudahan yang lain seperti perkhidmatam awan juga diadakan.

Kawasan tanah pamah juga dibangunkan untuk membina sebuah masjid iaitu Masjid Al-Hamidiah Kampung Kenayat. Dengan masjid ini penduduk lebih senang untuk mengerjakan solat berjemaah dan solat jumaat tanpa bersusah untuk ke masjid yang lebih jauh.

7. Pembinaan empangan

Contoh huraian:
Sungai yang mengalir deras di bahagian hulunya sesuai digunakan untuk menjana kuasa hidroelektrk. Di sepanjang bahagian hulu sungai boleh dibina empangan bagi tujuan ini. Sungai-sungai lain yang panjangnya 30 kilometer turut mempunyai potensi untuk penjanaan kuasa elektrik. Pembinaan empangan akan menambahkan bekalan elektrik.

8. Kawasan kegiatan ekonomi - industri, pertanian, pelancongan, pembinaan

Contoh huraian:
Taman Seri Kelemak mempunyai banyak potensi bagi menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi di kawasan ini. Selain itu, kawasan Taman seri Kelemak turut berhampiran dengan kegiatan perindustrian

Kawasan tanah tinggi berpotensi untuk bidang perindustrian, dengan mendirikan sebuah kilang melebur batu-bata. Batu yang boleh dilebur di kilang ini seperti batu granit dan batu kapur. Kilang ini boleh dibina di kampung ini untuk melebur batu-bata yang kecil mahupun yang besar saiznya. Batu-batan lebur akan dijual kepada pengguna untuk dijadikan salah satu binaan yang penting.

Pembekal kayu bakau - kawasan pinggir laut yang berpaya-kayu bakau digunakan sebagai cerucuk bangunan, kayu api dan kayu arang.

Selain itu, kampung ini sememangnya mempunyai potensi bagi kegiatan pertanian terutamanya kegiatan penanaman buah naga dan getah. Hal ini demikian kerana jenis tanih aluvium dan kawasan yang rata serta luas.

Kawasan tanah pamah yang subur ini sesuai dijadikan kawasan pertanian. Tanam-tanaman yang sesuai ditanam ialah sayuran seperti sawi, ubi, kacang panjang dan lain-lain lagi. Jenis tanah yang sesuai untuk kegiatan pertanian ialah Kampung Gelegoh lama. Kawasan tanah pamah yang terletak ditebusguna adalah dianggarkan keluasan sebanyak 5 hektar. 

Di kawasan tanah tinggi sesuai dimajukan untuk kegiatan pertanian. Teh dan tanaman hawa sederhana sesuai ditanam di sini. Di kawasan tanah tinggi mempunyai suhu dan keadaan yang sesuai untuk pertanian yang berpotensi juga untuk dimajukan. Kawasan ini mungkin perlu dibuat teres dan diratakan terlebih dahulu untuk dijadikan kawasan pertanian.

Di kawasan tanah beralun, terdapat getah dan kelapa sawit  yang ditanam di kebun kecil atau di lading kepunyaan FELCRA dan RISDA. Getah amat sesuai ditanam di kawasan tanah beralun yang bersaliran baik. Penduduk kampung di sekitar Bandar Kuala Berang terlibat dalam kegiatan ini.

Kawasan bekas lombong juga mempunyai potensi untuk dijadikan kawasan pertanian dan penternakan ikan air tawar. Contohnya kawasan bekas lombong di sekitar Ipoh yang ditebus guna sebagai kawasan kebun sayur, buah-buahan dan dijadikan kawasan ternakan ikan.

Pengairan dan kegunaan domestik: 
  • Tebing sungai menjadi daya tarikan untuk penduduk bersawah padi dan sungai menjadi jalan pengangkutan yang baik dan murah. Para penduduk amat bergantung kepada sungai ini. 
  • Tasik yang begitu luas memberi manfaat kapada penduduk untuk menjalankan aktiviti perikanan kerana tasik ini mempunyai sumber protein.
Tapak pelabuhan - Kawasan di sepanjang pinggir pantai mempunyai potensi untuk dibina pelabuhan Kawasan di pinggir laut yang terlindung daripada tiupan angin kencang dan laut dalam sesuai dibina pelabuhan. Ia juga penting untuk kegiatan perdagangan antarabangsa.

Perikanan menjadi sumber ekonomi yang penting bagi penduduk di sepanjang pinggir pantai dan di pulau-pulau. Laut menjadi sumber bekalan ikan yang utama. Oleh itu, banyak pelabuhan perikanan yang dibina di sepanjang pinggir laut Malaysia.

kawasan tanah pamah di sekitar Bandar Kuala Berang memang sesuai dijadikan tapak perusahaan. Keadaan tanah yang rata membolehkan pihak MARDED mendirikan kilang memproses getah. Bekalan getah diperoleh daripada pekebun-pekebun kecil atau lading getah FELCRA Dan RISDA.

Kawasan Taman Bukit Utama yang berbentuk muka bumi tanah tinggi ini sesuai untuk kegiatan pembalakan. Sesetengah kawasan ini diliputi hutan belantara yang membolehkan kawasan ini sesuai untuk menjalankan kegiatan pembalakan. 

Peranginan dan pelancongan - Kawasan tanah tinggi yang berudara segar dan mempunyai pemandangan yang indah. Pinggir pantai yang menarik menjadi tumpuan rekreasi dan pelancongan. Kawasan luar pantai pulau-pulau yang mempunyai pertumbuhan terumbu karang menerima ramai pelancong.

Selain potensi pertanian, kawasan tanah tinggi mempunyai potensi untuk dimajukan sebagai pusat rekreasi dan eko-pelancongan. Pembinaan taman rekreasi ala Perancis di Bukit Tinggi, Pahang pada tahun 2001 menunjukkan bahawa masih ada kawasan tanah tinggi yang berpotensi untuk dimajukan sebagai kawasan pusat rekreasi dan pelancongan.

Kawasan pinggir laut Malaysia mempunyai pantai berpasir yang indah. Ciri yang menarik ini menjadikan kawasan ini sebagai tumpuan utama kegiatan rekreasi dan pelancongan. Hotel bertaraf antarabangsa telah dibina di kawasan ini untuk menggalakkan industri pelancongan.

Sungai mempunyai potensi tinggi untuk dimajukan sebagai pusat eko-pelancongan. Contohnya ialah aktiviti membawa pelancongan menyusur sungai dengan bot. Kemudahan sukan air dapat menarik pelancong. Selain itu, sungai mempunyai potensi dijadikan tempat penternakan ikan air tawar, kerang dan udang.


UPDATE: Tanah hak milik kerajaan tidak boleh dijadikan sebagai kawasan pilihan untuk dimajukan. 

*******************



Nota: DIINGATKAN kepada semua pelajar bahawa tidak boleh meniru sebulat-bulatnya jawapan di atas kerana peniruan adalah satu plagiat. Jawapan di atas adalah contoh panduan jawapan untuk memudahkan anda menyiapkan tugasan sahaja. Adalah diingatkan semua hasil tugasan anda perlulah 100% original dan bukannya copy-paste. Jawapan di atas jika amat diperlukan, anda perlu olah mengikut ayat anda sendiri. 

Terpulang, nak markah penuh sila ikut cakap saya. 


*dalam proses*

Read More »

Tugasan Geografi PT3 2017: Lukisan Peta Lakar

CONTOH JAWAPAN LAPORAN / TUGASAN / KERJA KURSUS GEOGRAFI PT3 2017


CONTOH JAWAPAN 



2. Peta Lakar kawasan kajian.

Peta lakar anda mestilah mempunyai tajuk, simbol peta topografi, petunjuk, arah mata angin dan bingkai. Simbol peta ialah suatu lukisan atau perkataan yang digunakan untuk mewakili ciri geografi. Berikut adalah beberapa contoh simbol yang menunjukkan ciri geografi.





Singkatan digunakan untuk menunjukkan lokasi sesuatu ciri, bentuk muka bumi, dan kemudahan awam lain yang terdapat dalam peta. Contohnya:


Sek. = Sekolah
Kg. = Kampung
G. = Gunung
P.P. = Pejabat Pos
T.A. = Tali air
P.D. = Pejabat Daerah
Hosp. = Hospital
Tg. = Tanjung
W.P. = Wakil Pos
Pt. = Parit
S. = Sungai
R.R. = Rumah Rehat
Pdg. = Padang
Bt. = Bukit
K. = Kuala
T.A. = Tali Air
B.P. = Balai Polis
Kb. = Perkuburan
Ldg. = Ladang


Warna digunakan juga untuk menunjukkan ciri geografi di dalam peta dengan lebih tepat.

Tanah rendah = Hijau
Tanah tinggi = Oren Coklat
Kawasan perairan = Biru
Tumbuh-tumbuhan = Hijau
Kawasan bandar = Merah jambu dan kelabu


Langkah-langkah untuk menyediakan peta lakar

Langkah 1: Tinjau dan perhatikan kawasan kajian
Langkah 2: Lukiskan sebuah peta rangka kawasan - bingkai
Langkah 3: Lukis simbol fizikal dan simbol budaya
Langkah 4: Lengkapkan peta dengan tajuk peta, petunjuk peta, arah mata angin, skala peta dan tajuk.


Cara melukis peta lakar dengan menggunakan Google Maps atau Google Earth.


Contoh peta lakar:



Mentafsir Peta Lakar.
Contoh huraian 1:

Peta menunjukkan Kampung Temia dan kawasan sekitarnya yang terletak di kawasan tanah pamah yang rata. Terdapat sebatang sungai di kampung Temia dan kawasan sekitarnya yang mengalir dari barat laut ke tenggara. Hutan merupakan tumbuhan semulajadi yang terdapat dalam petak dan terletak di barat laut. Tanaman utama di kampung temia dan kawasan sekitarnya ialah padi, getah dan kelapa sawit. Terdapat beberapa petempatan di dalam peta. Selain daripada Kampung temia, terdapat juga Kampung Sena dan Kampung Mahir. Di antara kemudahan awam yang terdapat di Kampung Temia dan kawasan sekitarnya ialah sekolah, balai polis dan pejabat pos. Pertanian merupakan pekerjaan utama iaitu menanam padi, getah dan kelapa sawit. 

Contoh huraian 2:

Peta lakar ini menunjukkan kawasan sekitar sekolah. Di kawasan sekitar sekolah terdapat bukit, paya, sawah, sungai dan masjid. Kawasan bukit dapat dilihat di bahagian barat laut peta. Sungai Gawar mengalir dari kawasan tanah tinggi ke tanah pamah, iaitu dari arah barat laut ke arah tenggara. Kawasan paya terdapat di bahagian barat peta. Kawasan paya merupakan kawasan yang paling rendah dalam peta dan tidak mempunyai petempatan.           Terdapat sebuah masjid di bahagian timur laut peta. Jarak lurus dari sekolah ke masjid melalui jalan raya ialah 4 km. Di bahagian timur peta pula kelihatan sawah padi. Dapatlah dikatakan bahawa bersawah adalah antara pekerjaan utama sebilangan utama besar penduduk di kawasan ini.

Lorekkan kawasan berpotensi pada peta lakar

Berdasarkan peta lakar yang dilukis, anda dikehendaki untuk melorekkan kawasan berpotensi untuk dimajukan.

Contoh huraian:
Saya memilih kawasan berlorek di dalam peta lakar kerana berdekatan dengan kawasan Zon Perindustrian Bebas. 
Saya memilih kawasan berlorek di dalam peta lakar kerana mempunyai banyak permintaan terhadap kawasan perumahan kos rendah dan mampu milik.  
Saya memilih kawasan berlorek di dalam peta lakar kerana kawasan tersebut adalah kawasan tumpuan orang ramai yang boleh menjadi kawasan pelancongan. 

*******************


Nota: DIINGATKAN kepada semua pelajar bahawa tidak boleh meniru sebulat-bulatnya jawapan di atas kerana peniruan adalah satu plagiat. Jawapan di atas adalah contoh panduan jawapan untuk memudahkan anda menyiapkan tugasan sahaja. Adalah diingatkan semua hasil tugasan anda perlulah 100% original dan bukannya copy-paste. Jawapan di atas jika amat diperlukan, anda perlu olah mengikut ayat anda sendiri. 

Terpulang, nak markah penuh sila ikut cakap saya. 


*dalam proses* 
Read More »

Tugasan Geografi PT3 2017: Latar Belakang

CONTOH JAWAPAN LAPORAN / TUGASAN / KERJA KURSUS GEOGRAFI PT3 2017

CONTOH JAWAPAN 

1. Latar belakang ciri fizikal dan budaya kawasan kajian.

Peta adalah lukisan sebahagian permukaan bumi yang dilihat dari aras yang tinggi. Pada peta lakar ditunjukkan objek-objek yang disebut sebagai ciri geografi. 

Ciri fizikal ialah ciri-ciri semula jadi di kawasan kajian, contohnya ialah bukit, sungai, hutan dan paya. 

Ciri budaya ialah ciri-ciri yang terhasil dari objek-objek buatan manusia di kawasan kajian, contohnya ialah pertanian, perlombongan, perindustrian, sekolah, masjid, jalan raya, rumah, pasaraya dan jambatan.




contoh huraian 1:
Kawasan kajian saya adalah Bercham. Bercham merupakan kawasan petempatan pinggir bandar raya Ipoh, Negeri Perak. Bercham berasal dari kawasan perlombongan bijih timah yang berhampiran dengan Sungai Kinta. Bercham terletak di kawasan tanah pamah. Kawasan ini lebih rata berbanding dengan Ipoh. Di kelilingnya ada bukit-bukit batu kapur. Keluasan kawasan Bercham adalah lebih kurang 6 km persegi.  
Pekan Bercham terletak lebih kurang 8 km dari bandaraya Ipoh. Antara kawasan lain yang berhampiran dengan Bercham adalah pekan Tambun, Kampung Tasek, Tasek, Kawasan Perindustrian Tasek Kampung Tawas, Kampung Simee, Tiger Lane, Taman Cempaka dan Ampang.  
Bercham dapat dikatakan sebagai lokasi Ipoh yang baru. Ini kerana pasar raya yang besar-besar terdapat di sini. Antaranya ialah Jusco, Tesco, Tesco Extra, Plaza Kinta dan lain-lain. Bercham juga hanya bersebelahan dengan Sunway Tambun 'The Lost World'. Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga berhampiran dengan kawasan ini. Lebuhraya Utara-Selatan ada susur keluar di sini iaitu di bahagian Ipoh Selatan. Jadi Bercham menjadi titik masuk dan keluar ke Lebuh raya Utara Selatan.

contoh huraian 2:
Kuala Rompin ialah merupakan kawasan pentadbiran daerah Kuala Rompin. Kebanyakan penduduk Kuala Rompin menjalankan aktiviti seharian seperti pertanian dan perikanan. Kuala Rompin juga terkenal dikalangan kaki pancing menyebabkan Kuala Rompin terkenal dengan nama “Bandar Udang Galah”. Hal ini demikian kerana, pantai Kuala Rompin mempunyai keunikan tersendiri seperti cantik dan bersih. 
Kuala Rompin juga terkenal dengan ikan layaran menyebabkan ramai pemancing dari pelbagai negeri dan juga pemancing dari Singapura datang ke Kuala Rompin. Infrastruktur jalan raya disediakan untuk ke Pasar Tani Kuala Rompin seperti Jalan Dato Ibrahim yang menghubungkan kawasan Bandar Kuala Rompin dengan kawasan Pasar Besar Kuala Rompin. Melalui pemerhatian saya, terdapat juga bangunan-bangunan di sekitar Pasar Tani Kuala Rompin seperti bangunan Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Bekalan Air (JBA), Pusat latihan Angkat Berat Kebangsaan dan Sekolah Menengah Agama Rompin. Jarak Pasar Tani ini dari kawasan perumahan penduduk Kuala Rompin lebih kurang 2 kilometer sahaja menyebabkan ramai pengunjung yang datang ke Pasar Tani ini. 
Bentuk muka bumi di kawasan Pasar Tani ini ialah tanah pamah menyebabkan aktiviti perniagaan mudah dijalankan. Kawasan Pasar Tani yang dahulunya hutan yang berpaya telah ditebang untuk membina tempat perniagaan seperti Pasar Besar Kuala Rompin dan Pasar Tani Kuala Rompin yang dijalankan pada hari selasa setiap minggu. Terdapat sistem saliran yang sistematik dibina di kawasan Pasar Tani ini. Longkang yang dibina mengalir terus ke Sungai Kolek. Kawasan Pasar Tani yang rendah akan menyebabkan berlakunya takungan air ketika hujan lebat. Fenomena banjir dapat diatasi dengan adanya sistem saliran yang mengalirkan air terus ke luar. 

*******************


Nota: DIINGATKAN kepada semua pelajar bahawa tidak boleh meniru sebulat-bulatnya jawapan di atas kerana peniruan adalah satu plagiat. Jawapan di atas adalah contoh panduan jawapan untuk memudahkan anda menyiapkan tugasan sahaja. Adalah diingatkan semua hasil tugasan anda perlulah 100% original dan bukannya copy-paste. Jawapan di atas jika amat diperlukan, anda perlu olah mengikut ayat anda sendiri. 

Terpulang, nak markah penuh sila ikut cakap saya. 


*dalam proses*

Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®