Friday, October 27, 2017

Laporan Penuh Bajet 2018




MEMARTABAT SYIAR ISLAM DAN PENGUTUHAN JATI INSAN
  • Bayaran 'one-off' RM1,500 kepada imam, bilal, guru KAFA dan guru takmir termasuk 'tok siak' (RM100 juta).
  • Bayaran elaun bulanan imam, bilal, guru KAFA dan guru takmir (RM588 juta);
  • Skim latihan kemahiran GiatMara terpilih akan diperkenalkan kepada sekolah tahfiz;
  • Membaik pulih dan menyelenggara sistem pendawaian di semua sekolah tahfiz yang berdaftar, dikendalikan GiatMara (RM50 juta);


KOMUNITI DAN KEJIRANAN 
  • Program latihan dalam komuniti di 50 kawasan PPR (RM40 juta).
  • Geran Komuniti Penduduk 1Malaysia (KP1M) sehingga RM10,000 kepada persatuan penduduk berdaftar (RM40 juta);
  • Bayaran khas 'one-off' RM1,500 kepada ketua kampung dan tok batin;

MENINGKATKAN KECEKAPAN PERKHIDMATAN AWAM 
  • Bayaran khas RM1,500 kepada penjawat awam.
  • Perluas kemudahan perubatan untuk ibu dan bapa pesara;
  • Menetapkan kadar pencen terendah sebanyak RM1,000;
  • Kursus Sarjana dan PhD secara 'in-house';
  • Meningkatkan cuti bersalin daripada 300 kepada 360 hari (maksimum 90 hari setahun);
  • Pegawai wanita mengandung 5 bulan ke atas dan suami dibenarkan balik awal sejam (bekerja di lokasi sama);
  • Pakar Perubatan Gred UD54 dan ke atas (telah diwartakan 4 tahun) diberi kelonggaran 1 hari seminggu melaksanakan Waktu kerja Fleksi;
  •  Menambah waktu kerja berperingkat iaitu bermula 9 pagi hingga 6 petang;
  • Kemudahan 7 hari CTR sepanjang perkhidmatan bagi menunaikan umrah;
  • Menaikkan CRK bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan daripada 7 hari kepada 10 hari setahun;
  • Membenarkan GCR melebih 150 hari sebagai cuti rehat pada tahun persaraan;
  • Memberi faedah persaraan (bersara atas sebab kesihatan);
  • Kenaikan pangkat 'time-based' kali 2 bagi kumpulan pelaksana untuk tempoh 13 tahun;


SERI DAN KITA-UKM 

  • Mewujudkan Institut Penyelidikan Sosio-Ekonomi (SERI) di bawah JPM dan menaik taraf Institut Kajian Etnik, KITA-UKM.

















Read More »

Friday, October 06, 2017

Happy Birthday to Me!



Terima kasih atas semua ucapan yang memenuhi ruangan di google, facebook, whatsapp, telegram, etc etc. di sekolah pun dapat banyak ucapan dari kawan-kawan dan anak murid. tetapi sambutan hari lahir saya masih kekurangan feel. tak sambut pun. entah..

oh..yang ke berapa? jeng jeng jeng. dah masuk 30-series sudah. alhamdulillah masih lagi dikurniakan umur yang panjang. syukur, syukur, syukur. kahwin? entah. di mana dia? entah. 


lovenota: mesti buat sesuatu dalam hidup nie. makin lama makin suram. bosan. 


Read More »

Wednesday, July 05, 2017

Tugasan Geografi PT3 2017: Usaha Untuk Mengatasi Halangan Memajukan Kawasan Kajian

CONTOH JAWAPAN LAPORAN / TUGASAN / KERJA KURSUS GEOGRAFI PT3 2017


CONTOH JAWAPAN

5. Usaha untuk mengatasi halangan untuk memajukan kawasan berlorek. 

Usaha yang dilakukan untuk mengatasi halangan pada kawasan berlorek di kawasan kajian anda perlulah saling berkaitan dengan halangan yang anda tulis di atas. 


Contoh huraian:

(a) Membina benteng tinggi

Masalah hakisan tanah ini dapat diatasi dengan membina benteng yang diperbuat daripada batu blok disekitar kawasan tanah tinggi. Kawalan dengan Cara Membuat Teres juga sesuai untuk mengawal hakisan tanah dan tanah runtuh. Teres yang dibuat akan mengelak air hujan mengalir menerusi lereng bukit sebaliknya melalui teres yang dibina dan melalui struktur aliran air yang dibina pada teres. Kini kaedah pembinaan teres mampu untuk memperlahankan masalah kelajuan larian air.

(b) Menanam semula pokok-pokok
menanam semula pokok-pokok di cerun bukit terutamanya di kawasan yang telah dibangunkan. Usaha tersebut juga dapat menguatkan tanah yang telah melalui proses pembangunan. Hutan rimba dan   bukit-bukau merupakan pasak kepada ekosistem bumi. Pembalakan dan penebangan hutan tanpa kawalan telah melonggarkan ikatan tekstur tanah menjadikan cerun longgar dan rebah. Hujan lebat yang turun akan menyebabkan tanah di lereng bukit menjadi longgar dan menggelongsor. Oleh itu, pokok-pokok besar yang berakar dalam dan tanaman tutup bumi perlu ditanam untuk menyelamatkan kawasan pembangunan yang terdedah kepada cuaca yang tidak tentu serta hujan lebat. Hal ini dapat membantu menyekat pergerakan tanah daripada dibawa aliran air bawah tanah yang mampu menggelongsorkan tanah yang tidak stabil. 

(c) membina sistem perparitan yang terancang
Hal ini demikian kerana sistem perparitan yang terancang penting bagi membolehkan air hujan dari cerun bukit mengalir dengan baik dan terus ke longkang, sungai dan laut. Air tidak akan bertakung di sesuatu kawasan kecuali apabila  berlakunya banjir. Sistem perparitan yang dibina dapat berfungsi sebagai benteng yang kukuh di lereng bukit. Sistem perparitan yang terancang juga dapat memadatkan struktur tanah di lereng bukit. 

(d) meratakan kawasan cerun
Jika pembinaan perlu dijalankan di kawasan cerun curam, langkah pertama yang perlu dilakukan ialah merendahkan dan meratakan kawasan tersebut. Ini akan memudahkan pembinaan. Cerun bukit perlu dipotong menjadi teres yang lebar untuk mengurangkan kadar kecerunan. Dengan ini, cerun yang curam dan sukar direndahkan dapat dijadikan tapak untuk pembinaan rumah. Selain itu, asas yang kukuh perlu dibina untuk memastikan rumah tidak runtuh. Kajian yang teliti dan teknologi moden digunakan untuk memastikan bangunan selamat diduduki. Walaupun kos pembinaan rumah di atas cerun bukit sangat tinggi, namun masih terdapat orang yang suka membina rumah di atas bukit atau berhampiran dengan cerun curam. Mungkin mereka suka akan pemandangan yang indah yang dapat dilihat dari aras ini.

(e) Menggunakan tenaga mahir

Sungai yang beraliran deras menyukarkan perjalanan dan berbahaya untuk dijadikan sistem pengangkutan. Hanya kano, bot kecil dan rakit yang dapat digunakan di jeram sungai. Kemahiran dan pengalaman diperlukan untuk mengayuh bit yang kecil melalui bahagian jeram. Untuk sampai ke pedalaman ini melalui sungai memakan masa beberapa hari. Sebahagian sungai-sungai ini mempunyai jeram yang beraliran deras dan berbahaya.

(f) memupuk semangat cinta akan alam sekitar

ibu bapa memikul tanggungjawab yang amat besar bagi memupuk semangat cinta akan alam sekitar dalam diri anak-anak sejak dari kecil lagi . Hal ini selaras dengan peribahasa, “melentur buluh biarlah dari rebungnya". Ibu bapa haruslah sentiasa mendedahkan anak-anak tentang kepentingan menjaga alam sekitar. Namun begitu, mendidik sahaja tidak cukup, ibu bapa juga seharusnya menunjukkan contoh teladan yang baik kepada anak-anak. Sebagai contoh, ibu bapa tidak sepatutnya membuang sampah di merata-rata tempat serta melakukan pembalakan haram kelak yang boleh mengakibatkan kejadian tanah runtuh. Sikap seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul tidak sepatunya  diamalkan oleh ibu bapa. Sikap ini dapat dilihat pada ibu bapa yang mengajar anak-anak menjaga alam sekitar sedangkan mereka sendiri tidak berbuat demikian . Implikasinya, jika ibu bapa menunjukkan contoh teladan yang baik, sudah tentu anak-anak akan mencontohi sikap tersebut kerana ibu bapa merupakan sumber inspirasi kepada anak-anak. Dengan ini, nescaya kejadian tanah runtuh dapat diatasi sekaligus dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar yang semakin hari semakin tercemar akibat kerakusan manusia yang hanya mementingkan diri sendiri.


RUMUSAN

Contoh huraian:
Kajian yang telah dijalankan di Taman Juta, Daerah Tenom ini telah memberi pengalaman yang sangat berguna kepada saya. Kajian ini membolehkan saya mengenalpasti bentuk buka bumi di Taman Juta, Tenom, Sabah iaitu tanah pamah. Selain daripada itu saya juga dapat mengetahui dengan lebih jelas potensi-potensi kawasan kajian ini iaitu pusat perniagaan dan prkhidmatan. Berdasarkan kepada kajian yang dijalankan, saya juga dapat mengetahui dengan lebih jelas beberapa kepentingan bentuk muka bumi di kawasan kajian seperti atas kegiatan perdagangan mereka yang aktif. Saya juga dapat mengenalpasti halangan-halangan untuk memajukan kawasan yang berpotensi di kawasan kajian serta usaha-usaha yang perlu diambil untuk mengatasi halangan akibat daripada masalah-masalah tersebut. Akhir kata marilah sama-sama kita sebagai penduduk di Taman Juta khasnya dan rakyat Malaysia secara amnya menggunakan kemudahan kawasan perumahan sebaik mungkin agar kita semua tidak menghadapi masalah-masalah yang boleh menjejaskan kehidupan kita akibat daripada tindakan kita sendiri. Kita sepatutnya bersyukur kerana dikurniakan oleh Allah SWT sebuah negara yang aman merdeka dengan pelbagai kemudahan yangdisediakan termasuk kawasan perumahan yang baik. Saya menyedari betapa bertuahnya penduduk serta responden di kawasan kajian mempunyai kesedaran tentang pelbagai potensi khususnya bagi meningkatkan kualiti kehidupan mereka. Saya berharap usaha penduduk dan responden di kawasan kajian tersebut dapat dipertingkat dan diperbaiki dari masa ke semasa.


SUMBER RUJUKAN

Senaraikan sumber rujukan (5 markah) seperti internet, buku, jurnal, artikel, majalah, sumber orang dan sebagainya. Digalakkan menyertakan foto / gambar / rajah / grafik yang relevan bagi menjelaskan lagi hasil kajian. anda haruslah menulis sumber rujukan dengan releven, betul dan pelbagai. anda juga digalakkan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) untuk mencari dan mengumpul data. Contoh penulisan sumber rujukan:


Sumber rujukan
(tulis secara lengkap sumber rujukan anda mengikut contoh di bawah)
buku
internet
akhbar
majalah
orang sumber
a. Buku
Nama pengarang. (Tahun penerbitan). Judul. Tempat penerbitan: Penerbit. 

contoh:
Lofti Ismail,1988. Sejarah Malaysia 1400 - 1963. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd.
Mohamad Noordin Sopiee, 1967. From Malayan Union to Singapore Separation: Political Unifacation in the Malaysia Region 1945-1965. Kuala Lumpur: Universiti Malaya Press.

b. Jurnal
Nama pengarang. (Tahun penerbitan). Judul artikel. Judul Jurnal, Jilid (Isu), Mukasurat. 
atau
Nama pengarang pertama, pengarang kedua, & pengarang ketiga. (Tarikh penerbitan). Judul artikel. Judul Jurnal, Jilid, Article 1. Diperoleh (Tarikh bahan diakses), dari (URL). 

contoh:
Ahmad Masjidin. “Malayan Union Dalam Ruangan Akhbar Warta Negara” dalam Jurnal Malaysia dari Segi Sejarah. Bil 8, April 1979.
Ishak bin Tadin, 1960. “Dato’ Onn and Malay Nationalism 1946-1951”, dalam JSEAH. Vol 1. Mac 1960.

c. Ensiklopedia / Wikipedia
dari internet:
Judul artikel (Tahun). Dalam 'Judul Ensiklopedia'. Diperoleh (tarikh diperoleh) dari (url laman web artikel yang diperoleh)
dari buku:
Judul petikan. (Tahun penerbitan). Dalam Judul buku (p. mukasurat). Tempat penerbitan: Penerbit.

d. Akhbar
Nama pengarang. (Tarikh penerbitan). Judul artikel. Judul Akhbar, Mukasurat.
atau
Nama pengarang. (Tarikh penerbitan). Judul artikel. Judul Akhbar. Diperoleh (tarikh bahan diakses), dari (URL). 

contoh:
(Tajuk akhbar) Utusan Malaysia, 17 Jun 1992, halaman 5. Diperoleh Julai 3, dari http://www.utusan.com.my/..../

e. Orang Sumber
Encik Ismail bin Mohd Kassim, 43 tahun. No 21, Jalan Lundu 7, Taman  Beringin, 52000 Kuala Lumpur.
Puan Hamidah binti Daudshah, 57 tahun, No 7, Jalan SG 1/ 30, Taman Sri Gombak, 68100 Selangor.

f. Temubual
Nama tokoh yang ditemubual. (Tarikh temubual). Judul temubual [Temubual].

contoh:
Abdullah Hj. Mohd Salleh. (1999, May 12). Sejarah penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur [Temubual]. 

g. VCD
Judul VCD. (Tahun penerbitan). [VCD]. Tempat penerbitan: Penerbit. 

contoh:
VCD Language and verbal skills. (1976). [VCD]. Virginia: Association for Retarded Citizen. 

h. Radio
Tajuk program, tarikh, masa, rangkaian.

i. Televisyen
Nama penerbit rancangan. (Producer). (Tahun penerbitan). Judul rancangan. Tempat penerbitan: Penerbit. 

contoh:
Towers, J. (Producer). (2000). Wrath of God. New York: The History Channel. 

j. Majalah
Nama pengarang. (Tarikh penerbitan). Judul artikel. Judul Majalah, Mukasurat. 

k. Sumber lain :
- artikel dari internet (Jenis sumber, alamat/punca sumber)
Nama pengarang. (Tahun penerbitan). Judul artikel. Diperoleh (tarikh bahan diakses), dari (URL).

Internet
http://geocities.com/kamashara/unionsm.html
http://cikgu.net/edisimerdeka/sejarah.php3.html

l. Kamus 

Kamus Dewan. (5th ed.). (1991). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Judul. (Edisi). (Tahun penerbitan). Tempat penerbitan: Penerbit. 

NOTA: nak lebih faham, boleh download cara penulisan sumber di sini



*******************


Nota: DIINGATKAN kepada semua pelajar bahawa tidak boleh meniru sebulat-bulatnya jawapan di atas kerana peniruan adalah satu plagiat. Jawapan di atas adalah contoh panduan jawapan untuk memudahkan anda menyiapkan tugasan sahaja. Adalah diingatkan semua hasil tugasan anda perlulah 100% original dan bukannya copy-paste. Jawapan di atas jika amat diperlukan, anda perlu olah mengikut ayat anda sendiri. 


Terpulang, nak markah penuh sila ikut cakap saya. 



*dalam proses*

Read More »

Tugasan Geografi PT3 2017: Halangan Memajukan Kawasan Kajian

CONTOH JAWAPAN LAPORAN / TUGASAN / KERJA KURSUS GEOGRAFI PT3 2017


CONTOH JAWAPAN


4. Halangan untuk memajukan kawasan berlorek.

Bahan Grafik dari Borang Soal Selidik

Contoh membuat analisa daripada borang soal selidik:

JADUAL 3: JADUAL MENGENAI HALANGAN UNTUK MEMAJUKAN KAWASAN BERPOTENSI DI TAMAN BUKIT UTAMA DI BUKIT ANTARABANGSA MENURUT 20 ORANG RESPONDEN

Halangan
Kekerapan
Tanah Runtuh
9
Cerun curam
8
Banjir
2
Jumlah
20
Sumber: Responden-responden yang disoal selidik


Carta Pai daripada hasil borang soal selidik


HALANGAN UNTUK MEMAJUKAN KAWASAN BERPOTENSI DI TAMAN BUKIT UTAMA DI BUKIT ANTARABANGSA


Anda harus menghuraikan beberapa masalah dan halangan yang menghalang untuk memajukan kawasan yang berpotensi. Berikut adalah beberapa contoh halangan yang mugkin dialami di kawasan anda.

(a) Saliran
Di kawasan ini, air sungai agak mudah melimpah keluar. Hal ini demikian kerana sungai di kawasan ini mempunyai kedalaman yang agak cetek disebabkan oleh proses pemendapan yang berlaku. Oleh itu, sungai hanya mampu menampung kuantiti air yang sedikit dan kejadian limpahan sungai mudah berlaku. Sungai yang beraliran deras pula sukar untuk pengangkutan.

(b) Tanah pamah
Di kawasan ini terdapat banyak tanah pamah dan ia banyak halangan bentuk muka bumi kepada manusia antaranya ialah tanah yang sempit di Alor Gajah ini. Selain itu, tanah pamah sering berlakunya banjir kerana kedudukannya yang rendah dan sistem perparitannya yang kecil. Oleh sebab itu Alor Gajah selalunya berlakunya banjir.

(c) Hakisan Tanah
Hakisan sering berlaku di kawasan tanah tinggi di kampong binjai rendah. Hal ini disebabkan oleh tadahan hujan yang dibina pada cerun bukit untuk kegiatan pertanian dan pembinaan rumah. Kegiatan ini telah banyak mengakibatkan hakisan-hakisan tanah serta tanih. Kegiatan pembalakan yang berleluasa dan tiada sikap bertanggungjawab juga telah mengakibatkan kepupusan beberapa jenis spesis tumbuhan dan haiwan di kawasan ini. Penebangan pokok di cerun bukit bagi pembinaan pula akan mendedahkan permukaan bumi kepada hakisan.

(d) Tanah Tinggi
Tanah tinggi di kampung ini menyukarkan para penduduk untuk melakukan pelbagai kegiatan. Kedudukannya yang agak terpencil menyukarkan penduduk untuk berhubung. Malah tanah tingginya juga mempunyai cerun yang agak curam. Malah, untuk membina petempatan di sini agak sukar kerana memerlukan kos yang agak tinggi dan kedudukannya yang agak terpencil dari kawasan Bandar. Di sini masih terdapat binatang buas seperti babi hutan. Oleh yang sedemikian, penduduk jarang terdapat di sini. Kawasan tanah tinggi yang bercerun curam juga sukar untuk dibina petempatan.

(e) Tanah runtuh
Oleh sebab Taman Juta terletak berhampiran dengan bukit, maka ia menghadapi risiko tanah runtuh. Jika tanah runtuh berlaku rumah-rumah di kawasan Taman Juta akan musnah dan ramai yang akan kehilangan tempat tinggal. Di samping itu, penduduk- penduduk juga akan mengalami kerugian harta benda kerana tanah runtuh berlaku.

(f) Pencemaran alam sekitar 
Pencemaran yang berlaku juga boleh menyebabkan sektor pelancongan negara terganggu. Hal ini kerana banyak tempat menarik telah tercemar dengan sampah sarap. Pantai-pantai yang cantik juga telah tercemar dengan minyak hitam daripada kapal-kapal laut. Perlombongan bauksit di beberapa kawasan di negara ini menjejaskan sektor pelancongan negara malah kesan kegiatan itu telah mengurangkan sebanyak 20 peratus kehadiran pelancong ke hotel dan resort yang berdekatan lokasi perlombongan. Selain itu, di Cameron Highlands misalnya, banyak bukit-bukit yang telah gondol disebabkan penerokaan, situasi itu menjejaskan minat pelancong untuk berkunjung ke situ . Sekiranya alam sekitar musnah dan terjejas, ia telah memberikan tanggapan negatif kepada pelancong luar. Masalah jerebu juga menjadi cabaran. Ianya berpunca daripada pencemaran jerebu merentas sempadan daripada Sumatera dan Kalimantan, Indonesia.


*******************


Nota: DIINGATKAN kepada semua pelajar bahawa tidak boleh meniru sebulat-bulatnya jawapan di atas kerana peniruan adalah satu plagiat. Jawapan di atas adalah contoh panduan jawapan untuk memudahkan anda menyiapkan tugasan sahaja. Adalah diingatkan semua hasil tugasan anda perlulah 100% original dan bukannya copy-paste. Jawapan di atas jika amat diperlukan, anda perlu olah mengikut ayat anda sendiri. 

Terpulang, nak markah penuh sila ikut cakap saya. 


*dalam proses*

Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®