Friday, December 05, 2014

Kenapa Sarung Cincin Kahwin Di Jari Manis?




Kenapa Cincin perkahwinan selalu disarungkan di jari manis, bukan di jari-jari yang lain? saya sebenarnya juga hairan tapi setelah membaca suatu artikel, menarik juga untuk dikongsikan kepada orang ramai. Cuba anda ikuti langkah-langkah berikut, anda pasti kagum kerana Tuhan benar-benar membuat keajaiban (ini berasal daripada petikan China):

1. Pertama, tunjukkan telapak tangan anda, jari tengah dibengkokkan ke dalam (lihat gambar).



2. Kemudian, 4 jari yang lain dirapatkan di hujungnya.

3. Permainan bermula, 5 pasang jari tetapi hanya 1 pasang yang tidak terpisah.

4. Cuba buka ibu jari anda, ibu jari mewakili kedua-dua orang tua. ibu jari boleh dibuka kerana semua manusia mengalami sakit dan mati. Oleh demikian, orang tua kita akan meninggalkan kita suatu hari nanti.

5. Tutup kembali ibu jari anda. kemudian buka jari telunjuk anda. jari telunjuk mewakili kakak/abang dan adik-beradik anda. mereka mempunyai keluarga sendiri, jadi mereka juga akan meninggalkan kita.

6. Sekarang tutup kembali jari telunjuk anda, buka jari kelingking, yang mewakili anak-anak. Cepat atau lambat anak-anak juga akan meninggalkan kita.

7. Seterusnya, rapatkan jari kelingking anda. bukalah jari manis anda tempat di mana kita menyarungkan cincin perkahwinan anda. anda akan hairan kerana jari tersebut tidak akan boleh dibuka. Kerana jari manis mewakili suami dan isteri, sepanjang hidup anda dan pasangan anda akan terus berpaut antara satu sama lain.

sweet kan?


lovenota : mesti korang cuba buat, kan? hehehe.


19 comments:

  1. ohh.. macam tu. haha. baru tahuu. :D

    ReplyDelete
  2. salam.^_^
    sweet sgt kan.dh cuba jugak.hihi.
    jemputlah singgah blog husna ye supplimentcenter.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. hihihihihi. sy dah lama tahu pasal ni. memang make sense kan? huhuhuh

    ReplyDelete
  4. Hehehe...betul2!! tengah try ni..memang tak boleh buka..

    ada jugak org cakap urat jari manis terus ke hati, sebab tu kena sarung kat jari manis..hee..WaAllahu alam.. :)

    ReplyDelete
  5. Salam, owh my God, baru sy tahu...terima kasih share ini..sy buat juga sambil bace dan bila sedar betullah xdpt nak buka...terus rasa mcm terharu..haha.. :D

    ReplyDelete
  6. kiteww cuba buat jugak haah make sense jugak hehe.
    dah join segmen persekolahan cik balqis :)


    http://ana-mizu.blogspot.com/2014/12/segmen-zaman-persekolahan.html

    ReplyDelete
  7. haha. betul la, tak boleh bukak.

    ReplyDelete
  8. Memang gigih nak bukak jari manis... He He He...

    ReplyDelete
  9. Penat qila nak buat and scroll at the same time ahahah!!!

    Sweetnyaaaa thanks thanks thanksss wiwiwi

    ReplyDelete
  10. pna bc artikel ni.. tulaa sweet kan. alahai :)

    ReplyDelete
  11. alaaa gitu rupanya hehehe
    shoooo suwit hehe

    tak kisah jari mana tapi nak cincin gak haha

    ReplyDelete
  12. haha. kantoi lak saya baca sambil buat.

    ReplyDelete

komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)

Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®