Saturday, February 19, 2011

:: update setelah sekian lama ::

 

memang betoi la tajuk kat atas tuh..
lama giler tak update blog..
ada lah dalam 2 bulan kan!

mana la tak busy..
keje semakin berlambak..


semua orang kata 
kerja guru nie senang..
paling senang..
oh tidak!!!

lain sekolah lain tugas lain ragam..
dan paling penting..
lain pengetua..

sekolah balqis nie pengetua cemerlang..
so paham2 la kalau ada pengetua cenggitu..
keje sume nak mantap..gempak!
yang jadi mangsa adalah guru2..
termasuk la saye..hoho..

takpelah..selagi ada kat sekolah iteww..
selagi itu la buat kerja demi pengetua cemerlang iteww..
mana lah tahu ada rezeki nanti..
jadi guru cemerlang pulak..uiksss!!


lama2 sakit jiwa pon ader jugak..
patot la ramai yang sakit mental adalah dari kalangan pendidik..
erk! insyaAllah boleh jaga mental dan fizikal..
amin!


rasanya Nuffnang memang dah tak berkembang da nie..
orang kata tak payah main dah..
dah kerja gaji 2ribu++
buat apa main lagi?

noooo...
nie semua adalah minat cik balqis menulis..
dari sekolah lagi memang berminat untuk menulis..
bukan sekadar duit..
~tak tahu la bagi nuffnanger yang lain~

tapi akibat dari kekangan masa 
balqis tak dapat nak luangkan masa untuk menulis..
memang sedih laa..
entah ada orang ingat balqis lagi ke tak..sob3~

tapi tadi balqis tengok keyword kat nuffnang..
ramai yang search ceritera cinta..
ada jugak yang masih cari blog cik balqis kan..
so minta maaf kepada semua coz memang dah lama tak update cerita2 sensasi..
hehe..
lepas nie balqis cuba curik masa untuk berblogging dengan anda semua!


p/s: suke tak anda semua kena cium dengan budak kat atas nie..hoho~
Read More »

Wednesday, February 02, 2011

:: iklan kejap ::


have a nice holiday!!
Gong Xi Fa Choi!

Read More »

Monday, January 31, 2011

:: Lagu Maher Zain - InsyaAllah versi Melayu ::


semakin aku jatuh cinta dengan lagu ini..

Andainya kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram
Bagai malam yang kelam
Tiada bantuan tiada tujuan
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Chorus
Insya Allah Insya Allah Insya Allah
Ada jalan-Nya
Insya Allah Insya Allah Insya Allah
Ada jalan-Nya

Andainya dosamu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Dikau keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Ulang Chorus

Kembalilah

Kepada Yang Esa
Yakin padaNya
Panjatkanlah doa
Oh Ya Allah
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar

Ulang Chorus

subhanallah~
sayu~
Read More »

Award Blog Super Duper Kiut + Chantek + Awesome + Menarik + Lawa + Fantastik

panjangnye nama award niee!
ishkk..tag tertunggak nieee..
baru den perasan dalam draft nie..haha..
mintak maap laa pada tuan punya tag nie..
hamba busy la sejak kebelakangan ini..
hari ini baru berkesempatan nak re-check suma draft..
hoho~



tag dari empunya blog ini: story budak kecik
tuan punya nie namanya Nurin Hidayah Aqilah..
sekolah lagi nie taw..
berasal dari Perak..
tengkiu bagi award ini yee..

syarat2 yang perlu anda buat sebelum ambil tag ini ye:
1. inform kat tuan punya tag itu : story budak kecik..
2. follow blog story budak kecik..tuan dia kata tak follow pon takper..hehe..
3. buat dengan seikhlas hati..
4. jawab soalan kat bawah nie dengan jujur..
5. kalau anda ditag tapi tak nak buat pun tak pe..

bek korang buat ape yang disuruh ye..haha..

soalan2 yang perlu anda jawab:

1. bila orang sebut nama anda, apa yang diorang akan cakap lepas tuh ?
pendeknye nama..ada Nur tak? Siti ke? Nurul ke? adudududu~~

2. apa yang korang pikirkan tentang blog story budak kecik ?
blog yang best n ok jugak la..ok tak jawapan camtu?hehe..

3. ucapan untuk owner blog ni ?
tengkiu bagi award pada blog yang tak seberapa ini..hehe

4. apa perasaan dapat awards ?
seronok..dapat awards lagi..tapi entah ke berapa tak tahu..hehe..

5. apa yang anda selalu buat kalau boring ?
oh..main internet..jalan2..

6. senaraikan 5 benda yang korang sayang sangat?
laptop
kereta
handphone..
(semua bernilai..huhu~)

7. tag at 3 org . =)
nie yang payah nie..
jap nak jerit kat shoutbox/shoutmix korang..
wajib buat taw..
untuk sesiapa yang berkenan pun boleh jugak ambil..
hehe..
Read More »

Sunday, January 30, 2011

:: Slot Terbaru Drama Gemilang di TV3 ::

first time aku rasa..
bila tengok 1 drama melayu tuh..
next sambungan rasa macam tak sabar nak tahu..
sepanjang hidup gua laa..
rasa mau ikut ini cerita sampai habis..

yes..drama Gemilang yang terbaru di TV3..


seronok habis lahh..
plot cerita memang menarik..

kisah zaman2 dahulu di mana 
kanak2 hidup susah semata2 membantu ibubapa mereka..
menoreh getah la paling popular dulu..
walaupun cikgu datang menjemput untuk sambung pelajaran..
tetapi anak muda tuh tak nak tinggalkan kerjanya 
semata2 tolong ayah dia..
sentapp sungguh..

ada 1 moment di mana si ayah terpaksa memberi anak2nya kepada orang lain..
sebab tak mampu nak jaga..
si abang yang merana kerana terpisah dengan adik beradiknya..
masa tuh jangan laa cakap..
nak meleleh je kot air mata aku..
nasib baik kat kedai makan..control2..hoho..

last2 ayah si abang nie meninggal..
so dia pun tinggal dengan cikgu yang baik hati tu..
anak perempuan cikgu tu tak suka dia..

esok neh nak tengok reaksi si perempuan tuh jumpa si abang tuh..
bila dah besar n meningkat remaja..
wahh..tak sabar!

yang paling aku bangga..
diorang buat penggambaran di UPSI..
kat Bangunan lama UPSI..
Tadahan Utara/Selatan n Bangunan Suluh Budiman..
hoho..

Pelakon-pelakon Drama Gemilang:

Shah Jaszle, Tiz Zaqyah, Kamal Adli dan Tasha Shilla serta dibantu oleh Dato’ Jalaluddin Hassan, Talha Harith, Muniff Isa, Kpenq Zulkifli, Puteri Chi Chi, Amin, Gregory Sze Lai Huat, Qishz, Nash dan Diandra Arjunaidi

so..saksikan la drama nie pada setiap Isnin pukul 9.00 malam di TV3..
Read More »

Sunday, January 23, 2011

Nujum Pak Belalang main Facebook!


lawak betol!
Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®